Anda di halaman 1dari 1

Cara-cara Menjaga Keselamatan Diri Daripada Diancam Di Sekolah

Perkara-perkara yang perlu kamu perhatikan apabila kamu berada disekolah

Apabila kamu tiba disekolah, sedangkan kebanyakan guru dan murid lain belum sampai elakkan
daripada berada di tempat tersebut bersendirian. Tunggu di tempat yang biasanya banyak orang
lalu lalang di situ.

Selepas waktu belajar pulang ke rumah dengan segera. Merayau-rayau di kawasan sekolah
tanpa pengetahuan dan kebenaran guru adalah berbahaya.

Jika kamu murid sesi pietang, kamu hendaklah pulang ke rumah sebaik sahaja tamat waktu
belajar. Adalah kurang selamat jika lewat pulang ke rumah.

Jangan percaya kepada orang yang tidak dikenali. Bagi orang yang kamu kenal pastikan ibu
bapa kamu sedia maklum sebelum kamu mengikut beliau pulang ke rumah.

Jika didapati ada orang yang boleh disyaki berada di kawasan sekolah, hendaklah beritahu
pihak sekolah atau guru dengan segera.

Elakkan daripada berada di tempat-tempat seperti stor sukan, bilik cetak dan lain-lain yang
biasanya tidak banyak orang berada di situ. Jika dengan kebenaran guru pun, pastikan anda
tidak bersendirian.

Sekirannya ada orang yang melakukan perbuatan yang kurang sopan, kamu hendaklah
beritahu pihak sekolah atau guru dengan segera.

Anda mungkin juga menyukai