Anda di halaman 1dari 10

'Biar LAMBAT

Asal Gembira'
Nama: Felicia Ang
Lee Sen Peng
Liang Kien Wah

TEKNIK MEMBACA DENGAN


BERKESAN
Membaca itu adalah jambatan ilmu.
Semakin banyak kita membaca
semakin banyak ilmu yang akan kita
perolehi.
Namun dengan hanya membaca
sahaja tidak mencukupi jika kita tidak
tahu teknik untuk membaca buku
dengan berkesan.
Sering kali kita terlupa atau tidak
faham perkara yang kita telah baca.

Ini adalah kerana kita tidak


menggunakan teknik membaca
dengan berkesan.
Adalah amat merugikan jika kita
tidak memahami perkara yang kita
telah baca.
Terdapat beberapa tip yang boleh kita
aplikasikan untuk membaca dengan
berkesan.

BACA DENGAN PERLAHAN-LAHAN


Bagi memudahkan anda memahami
kandungan buku yang dibaca, mulakan
dengan membaca keseluruhan buku
secara perlahan.
Tidak perlu tergesa-gesa untuk
menghabiskan pembacaan buku tanpa
memahami isi kandungan buku
tersebut.

NOTA RUMUSAN
BERIKUT disenaraikan teknik atau
susun cara atau pusingan
pembelajaran yang boleh diamalkan.
Ia boleh diubahsuai mengikut
kesesuaian pelajar masing-masing :
Pilih satu tajuk dan baca nota.
Faham kandungan secara umum
untuk menentukan fakta atau pokok
persoalan .

Baca dan garis fakta.


Baca dan cuba fahamkan kaitan
antara fakta yang digariskan dengan
nota asal .
Keluarkan fakta dan salin pada kertas
lain.
Faham fakta dan kaitannya dengan
keseluruhan fakta daripada tajuk itu .

Susun fakta ( jika perlu ).


Cuba tulis semula fakta-fakta tanpa
melihat fakta-fakta yang telah ditulis
dahulu .
Bandingkan apa yang kamu tulis.
Ulang hingga kamu puas hati.
Ulang membaca fakta , jika ada
masa.
Simpan dengan baik untuk tujuan
ulang kaji.

Mulakan tajuk baru dan lakukan


proses no. 1 hingga no. 12 , sehingga
habis kesemua tajuk dalam sukatan
pelajaran.
Kunci kejayaan dalam
menghasilkan catatan yang baik
ialah perbendaharaan kata. Ia akan
menolong kamu memahami apa
yang dibaca dan menulis semula
dalam bentuk ayat yang pendek,
lengkap dan bernas.

CARA-CARA :
Gunakan perkataan sendiri dan
bukannya menyalin ayat-ayat yang dipetik
daripada karanga asal.
Isinya mestilah disusun dengan teratur
dan mengandungi perkara-perkara yang
penting sahaja.
Buat garisan dan tanda-tanda di
bahagian yang penting bagi menarik
tumpuan apabila membaca.

Gunakan simbol-simbol yang kamu


dapat faham.
Tinggalkan satu ruangan kosong di
tepi sebelah kiri untuk dicatat
sebarang tambahan atau isi penting.

Anda mungkin juga menyukai