Anda di halaman 1dari 8

2018242340127 EDUP3083

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BUKU JAWAPAN
PEPERIKSAAN UJIAN TERBUKA (OBT)

PROGRAM
PISMP
(Programme

AMBILAN
AMBILAN JUN 2018
(Intake)

SEM
9
(Sem)
ANGKA GILIRAN
2 0 1 8 2 4 2 3 4 0 1 2 7
(Index Number )
NO.K/PENGENALAN
9 9 1 0 1 2 0 2 5 4 7 6
(Identity Card No.)
KOD KURSUS
EDUP 3083
(Course Code)
NAMA KURSUS
ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU
(Course Title)
TARIKH PAGI/ PETANG
PEPERIKSAAN 7 JUN 2022 SESI

(Examination Date)

IPG KAMPUS IPOH

ARAHAN KEPADA CALON

1. Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words


menggunakan font Arial 12, serta langkau 1.5 baris. Setiap helaian
jawapan hendaklah dilabelkan dengan nombor angka giliran di sebelah kiri
header dan kod kertas peperiksaan di sebelah kanan header.

2. Calon diingatkan untuk tidak melakukan plagiarisme dan hendaklah mematuhi


peraturan penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG

3. Calon hendaklah menjawab soalan secara individu dan diingatkan agar tidak
berbincang dan meniru jawapan calon-calon lain

4. Calon yang GAGAL menghantar jawapan pada masa yang ditetapkan adalah
dikira telah gagal peperiksaan berkenaan.
SULIT

ANGKA GILIRAN: 2018242340127 KOD KURSUS: EDUP 3083

Untuk kegunaan pemeriksa :


Bahagian / Pemeriksa 1 Pemeriksa 2 Pemeriksa 3 Jumlah

No Soalan

Jumlah

JAWAPAN SOALAN 1
Pendidikan merupakan proses yang dinamik dan sentiasa berubah. Oleh
itu usaha untuk menyusun semula dan menambah baik sistem pendidikan sedia ada
perlu dipentingkan bagi memastikan murid-murid dibekalkan dengan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi era
abad ke 21.

Strategi perubahan pertama yang boleh dilaksanakan adalah strategi


kekuasaan. Strategi ini berkesan untuk kumpulan. Dalam strategi ini, pihak atasan
akan memaksa kumpulannya berubah seperti yang dirancang dengan cara
memberikan suatu ganjaran pada perubahan yang positif atau hukuman dan
pengukuhan negatif demi mencapai persetujuan terhadap rancangan perubahan.
Sebagai seorang ketua sekolah, saya akan menggunakan strategi ini untuk
membinakan bilik darjah abad ke 21. Tujuannya adalah untuk memastikan setiap
guru menjadi fasilitator pembelajaran untuk membantu murid belajar. Dalam
pembinaan ini, setiap guru perlu membuat perubahan dalam merealisasikan
pembinaan bilik darjah abad ke 21 ini. Ketua sekolah boleh memberi insentif dan
ganjaran kepada guru yang kreatif dan dinamik.

Selain itu, strategi pujukan juga menggunakan kemahiran intrapersonal yang


tinggi supaya dapat mempengaruhi orang lain membuat perubahan. Dalam strategi
ini, agen perubahan perlu memberikan rasional kepada perubahan yang ingin
dilakukan. Agen perubahan ini boleh terdiri daripada guru dan anak murid. Selain
daripada merasionalkan perubahan itu, agen perubahan itu juga perlulah

SULIT
SULIT

ANGKA GILIRAN: 2018242340127 KOD KURSUS: EDUP 3083

mempunyai ilmu yang luas dan berkemahiran berkenaan perubahan yang ingin
dilaksankan. Sebagai contoh, guru besar sebagai agen perubahan boleh
membudayakan penggunaan TMK dalam kalangan guru dan murid. Dengan ini, guru
besar boleh mengadakan kursus-kursus teknologi maklumat untuk guru supaya
memberi persediaan kepada guru untuk menerima perubahan anjakan paradigma
bagi menggunakan ICT dalam P&P.

Bagi strategi memudah cara pula, kumpulan sasaran menentukan rancangan


yang dipilih oleh mereka. Seterusnya, agen perubahan akan bertindak untuk
menghantar sumber-sumber yang diperlukan dalam bentuk barangan dan
perkhidmatan teknikal kepada kumpulan sasaran. Tindakan ini adalah untuk
memastikan bahawa tiada sebarang halangan kepada kumpulan sasaran untuk
meneruskan perubahan yang dirancang. Contohnya, guru ingin melakasanakan
penggunaan TMK dalam pengajaran. Dengan ini, guru besar perlu memastikan
setiap bilik darjah dilengkapi dengan LCD, skrin, dan Laptop bagi memudahkan
penggunaannya.

Seterusnya, strategi pendidikan semula merupakan strategi penggunaan


maklumat baharu yang telah disediakan oleh agen perubahan dan menyerahkan
maklumat tersebut untuk menentukan rancangan mereka sendiri. Agen perubahan
akan mendorong kumpulan untuk memikirkan semula serta melakukan refleksi
merenung tindakan-tindakan yang telah diambil serta mengenal pasti kekuatan dan
kekurangan yang ada. Sebagai contoh, guru-guru perlu memiliki keupayaan dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang mampu melahirkan generasi
yang kreatif dan inovatif. Dengan ini, guru besar boleh memberikan kursus kepada
guru supaya meningkatkan ilmu dan kemahiran guru dalam perancangan PdP yang
kreatif.

Kesimpulannya, Guru merupakan agen perubahan yang merupakan antara


faktor utama perubahan dan transformasi dalam pendidikan dapat berjalan dengan
lancar dan berjaya. Sikap guru terhadap perubahan boleh ditingkatkan dengan
latihan, kefahaman dan kepentingan perubahan difahami oleh guru-guru sekolah.
Oleh itu, kepentingan perubahan perlu dinyatakan secara jelas oleh pemimpin

SULIT
SULIT

ANGKA GILIRAN: 2018242340127 KOD KURSUS: EDUP 3083

sekolah secara kerap bagi memastikan sikap guru terhadap perubahan dapat
ditingkatkan.

SULIT
SULIT

ANGKA GILIRAN: 2018242340127 KOD KURSUS: EDUP 3083

BAHAGIAN B
JAWAPAN SOALAN 1
Keprihatinan didefinisikan oleh Fuller (1969) sebagai tanggapan guru atau
sesuatu yang dianggap sebagai masalah atau sesuatu yang selalu difikirkan oleh
guru dan ingin membuat sesuatu terhadap. Berdasarkan teori keprihatinan,
seseorang guru akan menghadapi pelbagai kebimbangan atas fokus yang berbeza
di setiap peringkat.

Sebagai seorang guru baharu yang menghadapi penempatan pertama di


sebuah sekolah pendalaman (Kategori P3) di Keningau, saya akan berada dalam
peringkat keprihatinan terhadap kemandirian diri. Pada peringkat awal pengalaman
pengajaran, saya akan berasa bimbang tentang kemampuan diri untuk mengawal
kelas. Bagi mengelakkan murid membuat bising dalam bilik darjah, saya akan
mencari kaedah yang berkesan untuk mengawal kelas. Sebagai contoh, kaedah
permain “Traffic Light Cards”. Guru boleh menggunakan kad traffic light untuk
mengawal murid. Guru boleh meminta murid mengangkat kad kuning jika ingin
bertanya dan guru akan bergerak ke tempat murid tersebut untuk memberikan
bimbingan. Manakala murid boleh mengangkat kad merah sekiranya berpendapat
bahawa murid lain membuat bising. Kad hijau boleh diangkat sekiranya murid
bersetuju dengan pendapat guru. Dengan menggunakan kaedah permainan ini,
murid akan mempunyai mendapati setiap individu dalam bilik darjah mempunyai
tanggungjawab untuk mewujudkan suasanan kelas yang sesuai untuk belajar.

Pada peringkat keprihatinan terhadap tugas, saya akan lebih fokus terhadap
cara memperbaiki pengajarannya dengan baik serta menguasai isi kandungan mata
pelajaran. Bagu memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan, saya
akan menilai keperluan-keperluan pembelajaran yang spesifik dan mengaplikasikan
strategi-strategi serta aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk pelajar. Sebagai contoh, saya
akan merancangkan satu pdp yang mampu menarik perhatian pelajar supaya
mengarah pelajar kepada topik pengajaran. Contohnya, saya akan memulakan
pengajaran dengan program multimedia, iaitu skrin dengan animasi sebelum tajuk
dikemukan. Di samping itu, saya akan menyediakan bahan pengajaran yang tepat
dan jelas untuk membantu pelajar mengekod maklumat dalam ingatan jangka
SULIT
SULIT

ANGKA GILIRAN: 2018242340127 KOD KURSUS: EDUP 3083

panjang. Antara strategi yang boleh digunakan termasukalah penggunaan contoh,


kes-kes kajian, perwakilan dan pengurusan grafik serta penggunaan mnenomik,
analogy dan sebagainya.

Pada peringkat impak dalam perkembangan guru, saya akan mulai melihat
pelajar sebagai individu yang mempunyai pelbagai keperluan. Sebagai contoh, saya
sebagai guru akan memberikan motivasi kepada murid seperti memberi ganjaran.
Pelajar yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat boleh dimotivasikan
secara luaran dengan menyediakan pelbagai bentuk ganjaran. Oleh itu, saya akan
mengenal pasti kebaikan dan kelebihan pelajar dan suburkanya dan mereka pasti
akan mengulangi kebaikan ini pada masa akan datang. Pelbagai bentuk ganjaran
boleh diberikan seperti hadiah, puji-pujian, markah bonus, dan sebagainya.
Ganjaran bukan sahaja diberikan terhadap pencapaian yang diperolehi tetapi juga
terhadap usaha yang diberikan. Insentif diberi agar pelajar berusaha untuk
menguasai pengetahuan dan maklumat tetapi juga bersaing antara satu sama lain
untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Ganjaran luar yang
berkesan secara tidak langsung mampu menjana motivasi dalaman pelajar.

SULIT
SULIT

ANGKA GILIRAN: 2018242340127 KOD KURSUS: EDUP 3083

JAWAPAN SOALAN 3
Kepimpinan teragih merupakan amalan perkongsian antara pemimpin,
subordinat dan situasi yang berlaku dalam organisasi (Harris & Spillane, 2008).
Gaya kepimpinan ini adalah berbentuk penyebaran atau pengagihan fungsi oleh
beberapa orang individu untuk mencapai tugas melalui interaksi antara satu sama
lain. Kepimpinan teragih adalah bersifat lebih lateral dan kurang hierarki dalam
cara organisasi berfungsi (Spillane, 2006). Tambahan pula, kepimpinan teragih juga
dapat melahirkan guru-guru untuk saling bekerjasama secara kolektif dan kolaboratif
berdasarkan bidang kepakaran masing-masing. Bukan itu sahaja, kepimpinan
teragih turut melibatkan subordinat untuk mengambil keputusan secara bersama
bagi mencapai matlamat yang hendak dikecapi dalam organisasi. Jadi, kepimpinan
teragih merupakan jenis kepimpinan yang digalakkan untuk dilaksanakan di sekolah
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pada abad ke-21 ini, peranan pemimpin atau Pengetua dan Guru Besar
(PGB) di sekolah sebagai hero sudah tidak lagi relevan. Zaman PGB yang hebat
adalah PGB yang serba tahu sudah berlalu. Zaman telah berubah, maka amalan
kepimpinan seharusnya berubah selari dengan cabaran dan perkembangan
semasa. Kepimpinan Teragih dibina berasaskan kepada perkongsian dalam
tindakan dan interaksi dalam kalangan guru yang sihat. Kepimpinan Teragih
menawarkan pelbagai perspektif alternatif dalam memimpin sekolah. Ia bermaksud
tidak hanya terdapat satu alternatif model kepimpinan sahaja untuk
mentransformasikan sekolah. Sebaliknya Kepimpinan Teragih memberi peluang
kepada PGB untuk bekerja dalam persekitaran sekolah dengan pendekatan yang
berbeza dengan penglibatan banyak pihak berbanding hanya satu atau dua pihak
sahaja. Kepimpinan Teragih adalah kepimpinan yang menggunakan pendekatan
secara kolektif dan menumpukan usaha kepada pembangunan kapasiti di sekolah
supaya mencapai matlamat sekolah.

Kepimpinan Teragih tidak menjadikan berlakunya pertindanan tanggungjawab


kepimpinan (leaders redundant), sebaliknya Kepimpinan Teragih memberikan
mereka tanggungjawab untuk melibatkan pihak lain yang terdapat di sekolah, dalam

SULIT
SULIT

ANGKA GILIRAN: 2018242340127 KOD KURSUS: EDUP 3083

suasana emosi kerja yang positif (emotif) ke arah pembinaan hubungan saling
percaya mempercayai dan kolaboratif dalam memajukan sekolah.

SULIT

Anda mungkin juga menyukai