Anda di halaman 1dari 11

BENTUK

DAN JENIS
KESANTUNAN VERBAL
PENGENALAN

●”Yang kurik itu kendi,yang merah itu saga.Yang baik itu budi,yang indah itu bahasa.”

●Menurut Amat Juhari Moain(1992),kesantunan berbahasa adalah kesopanan dan kehalusan

dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan.

●Bahasa yang digunakan penuh dengan adab tertib,sopan santun,dan mengandungi nilai-
nilai
hormat yang tinggi.
KESANTUNAN VERBAL
●Komunikasi seharian dengan menggunakan bahasa ,kata-kata, pertuturan secara sopan dan beradab.

●Dikenali sebagai kesantunan berbahasa.

●Menurut Haji Omar (1993), Kesantunan berbahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan ketika menggunakan
bahasa,baik dalam bentuk lisan dan tulisan.

●Dalam masyarakat Melayu kesantunan berbahasa sangat penting kerana bahasa melambangkan kehalusan
budi,kesopanan dan tingkah laku penutur dan masyarakat bahasa tersebut.

●Misalnya,bertanya khabar terlebih dahulu apabila bertemu sahabat lama atau memberi salam apabila bertemu
dengan sahabat handal atau orang yang lebih tua sebagai tanda menghormati orang lain.
  
”Apa khabar? Lama kita tidak berjumpa.
”Assalamualaikum.
”Terima kasih.Sila duduk.

●Semasa kita berkomunikasi,komponen-komponen bahasa seperti fonetik dan fonologi,semantic,morfologi,dan


sintaksis digunakan

●Fonetik dan fonologi berkaitan dengan penyebutan dan bunyi bahasa.

●Sintaksis ialah ayat-ayat yang digunakan secara betul.

●Morfologi berkaitan dengan struktur,bentuk, dan golongan kata

●Sematik berkaitan dengan makna kata atau ayat.


ASPEK-ASPEK KESANTUNAN
VERBAL
1.Cara sapaan lisan atau bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap

sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa.

2.Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika
menggunakan bahasa.

3.Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab
tatatertib.

4.Dalam kesantunan berbahasa,bahasa Melayu mempunyai system sapaan dan panggilan yang
tersendiri.
5.Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran,rujukan hormat,dan ganti nama.

6.Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu.Penggunaan kosa kata dan ganti nama
diberi
perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan,pangkat,umur,dan keakraban hubungan.

7.Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus,termasuk di dalamnya ialah
laras bahasa istana.Antara ungkapan berkenaan ialah patik,tuanku,berangkat,bersiram,bersemayam,
Junjung kasih,bercemar duli dan sebagainya.

8.Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa.

9.Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan,pangkat,umur,dan keakraban


hubungan.

10.Contoh 1:Pak Cik - digunakan untuk orang lelaki yang amat sebaya dengan ayah sendiri.

11.Contoh 2:Mak Cik – digunakan untuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak sendiri.

12.Comtoh 3:Tok – digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk
12.Contoh 3:Tok – digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk
atau
nenek sendiri.

13.Contoh 4:Abang – digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah sendiri dan juga tidak sebaya.

14.Contoh 5 :Kakak – digunakan untuk orang perenpuan yang tidak setua emak sendiri dan juga tidak
semuda diri.

15.Contoh 6: Adik- digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang lebih muda daripada diri sendiri.

16.Sistem panggilan kekeluargaan terbahagi kepada:

♥panggilan kekeluargaan pertalian darah


♥gabungan nama kekeluargaan asas.

17.Gelaran pergaulan tak bersahaja.

18.contohnya,Tuan,Encik,Cik,Puan,Saudara,Saudari,dan sebagainya

19.Contoh bagi gelaran warisan ialah:Raja,Pangeran,Nik(Kelantan),Wan(Kelantan,Terengganu),Syed,Syarifah,Raden


(Jawa),Daeng(Bugis) dan sebabainya.

20.Contoh bagi Gelaran Kurniaan ialah:Tun,Puan Sri,Pendeta za’aba dan lain-lain lagi.
KESANTUNAN NONVERBAL
●Kesantunan non verbal ialah komunikasi bahasa tanpa kata-kata atau dikenali sebagai bahasa tubuh dengan cara
beradab dan sopan.

●Bahasa tubuh merupakan proses pertukaran fikiran dan idea di mana mesej yang disampaikan seperti melalui
isyarat,ekspresi wajah,pandangan mata,sentuhan,dan gerakan tubuh.

●Lima fungsi bahasa bukan verbal menurut Mark L.Knapp ialah:-

1.Pengulangan (repeating)-mengulangi kembali gagasan yang sudah disampaikan secara verbal.


2.Pengantian (substituting)-menggantikan verbal dengan symbol atau lambing.
3.Kontradiksi (contrast/regulating)-menolak sebuah pesan verbal dengan memberikan makna lain menggunakan
pesan non verbal.
4.Pelengkap (complement)-melengkapi dan menyatukan bahasa bukan verbal.
5.Penegasan (accenting/moderating)-menegaskan dan mengukuhkan bahasa bukan verbal.
ASPEK-ASPEK KESANTUNAN NON VERBAL

●Gerakan Anggota Badan


1.Gerakan anggota badan yang berlaku dalam komunikasi tanpa lisan mempunyai makna tertentu.
2.Oleh itu,penggerak anggota dapat menyampaikan mesej dalam komunikasi yang dihasilkan.
3.Biasanya pergerakan anggota badan membawa makna sejagat yang difahami oleh semua orang seperti isyarat
gerakan tangan, isyarat air muka, dan bahasa tubuh.

●Gerakan Mata
1.Gerakan mata mempunyai makna tertentu dalam komunikasi tanpa lisan.
2.Contohnya:- Mata yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan tidak berminat.
-Mata dan dahi berkerut,Menujukkan minat tetapi tidak percaya.
●Gerakan tangan
1.Gerakan tangan mempunyai maksud sejagat yang difahami oleh kebanyakan orang tanpa mengira
latar belakang kebudayaan.

2.Gerakan tangan yang digunakan bersama-sama bahasa lisan dapat mengukuhkan keberkesanan
komunikasi yang berlaku.

3.Contohnya:- Isyarat gerakan tangan yang digunakan secara tersendiri untuk menyampaikan
maksudnya.

● Mimik muka
1.Riak air muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang dapat diterjemahkan maknanya dalam
komunikasi tanpa lisan.

2.Air muka dapat menyatakan emosi, kehendak dan harapan seseorang.

3.Riak air muka juga dapat menambat hati seseorang untuk bertindak balas terhadap seseorang.

4.Contohnya:-Melalui pengamatan air muka orang yang berinteraksi dengan kita, kita akan mengetahui
banyak maksud yang tersurat dan tersirat.
TERIMA

KASIH

Anda mungkin juga menyukai