Anda di halaman 1dari 2

Pendahuluan

Linguistik sebagai sebuah bidang ilmu yang masih belum difahami sepenuhnya oleh ramai pelajar bahasa dan orang kebanyakan. Mereka berfahaman yang ilmu linguistic itu ialah ilmu mempelajari bahasa. Oleh sebab itu, sarjan linguistic ialah seorang yang pandai bertutur banyak bahasa. Sebenarnya belajar bahasa itu sebahagian kecil daripada ilmu linguistik. Bidang ilmu linguistik mengkaji banyak perkara mengenai bahasa daripadanya. Selain itu, bidang linguistik merupakan suatu kajian saintifik tentang bahasa manusia yang merupakan suatu bidang kajian yang menarik sedang berkembang dengan memberika kesan yang penting dalam bidang lain yang agak berbeza.bidang termasuk dalam bidang linguistik ialah bidang pendidikan, antropologi. Sosiologi, pengajaran bahasa , psikologi kognitif dan lain- lain. Meskipun bidang linguistik ini penting, namun ramai individu yang masih samarsamar dengan linguistik walaupun berpendidikan tinggi. Hakikatnya, pada dasar ilmu ini adalah berkenaan dengan sifat bahasa dan komunikasi. Akhirnya, sebagai ringkasan tentang sifat am linguistik iaitu mengikut kebanyakan ahli bahasa, tujuan utama dan mengajar dan belajar bahasa adalah sebahagian

linguistic bukan hanya setakat memahami bagaimana bahasa itu sendiri distrukturkan dan cara bahasa berfungsi. Bagi aspek seorang guru pula, ilmu linguistik penting untuk dipelajari supaya guru- guru dapat mengaplikasikan ilmu- ilmu linguistik seperti teori- teori untuk mengenal murid- murid dan juga termasuk ilmu tatabahasa yang digunakan di sekolah.

Penutup

Jika seorang guru itu telah belajar atau didedahkan kepada sistem bunyi, tatabahasa, dan struktur makna dalam bahasa Malaysia, masih belum terjamin yang dia akan menjadi guru bahasa Malaysia yang biak. Untuk menjadi seorang guru yang baik, diperlukan banyak sifat dan pengetahuan yang lain, seperti bahan mengajar, motivasi pelajar, kaedah, persekitaran yang mendorong, sikap yang sihat, alat bantu, dan sebagainya. Setiap satu hal ini sama pentingnya. Pengetahuan linguistik bahasa Malaysia itu akan menjadi alat sahaja. Ini akan membolehkan kita memahami bahan yang diajarkannya itu. Agak mustahil bagi kita memahami bagaimana seorang guru itu akan dapat mengajarkan bahasa Malaysia tanpa pengetahuan sistem dan bagaimana sistem itu berlaku. Wilkins (1972) mengatakan kita jangan harus menerima sahaja hasil linguistik dan terus mencari kegunaannya. Apa yang patut dilakukan ialah kita mengenali semua masalah pengajaran bahasa dan kemudian baru melihat jawapannya dalam linguistik. Inilah sumbangan besar linguistik kepada pengajaran bahasa, iaitu memberi maklumat tentang bahasa itu. Kalau seorang guru bahasa itu gagal mencapai tujuan sesebuah rancangan mengajarkan bahasa itu, maka harus ada banyak sebabnya. Misalnya, kegagalan mengajarkan bahasa Malaysia di sekolah itu boleh disebabkan oleh banyak hal. Kekurangan pengetahuan linguistik memangnya menjadi satu sebab. Latihan guru bahasa Malaysia juga menjadi sebab, iaitu guru yang tidak terlatih mengajar bahasa Malaysia. Guru yang tidak mahir dalam bahasa Malaysia ditugaskan mengajarkan bahasa Malaysia. Guru-guru seperti ini tidak akan berjaya. Ada banyak sebabnya dan kita tidak harus menyalahkan mana-mana satu pihak sahaja.

Anda mungkin juga menyukai