Anda di halaman 1dari 9

5.

0 Pendahuluan Bab ini akan membincangkan rumusan hasil kajian, perbincangan tentang dapatan kajian,implikasi kajian dan cadangan kajian selanjutnya. Perbincangan adalah berdasarkan hasildaripada analisis data yang diperolehi daripada Bab 4 iaitu dapatan hasil kajian yangdikemukakan sebelum ini. 5.1Rumusan Hasil Kajian Kajian ini dilaksanakan adalah bagi mengenalpasti beberapa faktor seperti

kecerdasanfizikal, mental dan sikap yang dihadapi oleh murid-murid tahun dua dalam menguasaikemahiran menggunakan imbuhan apitan khususnya yang melibatkan penulisan karanganmereka. Ia juga bertujuan untuk melihat bentuk-bentuk kesalahan atau kelemahan yangselalu dilakukan oleh murid-murid tahun dua dalam penulisan. Selain daripada itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat sejauh manakah permainan bahasa dapat membantumeningkatkan penggunaan imbuhan apitan dalam penulisan murid khususnya dalamkalangan murid tahun dua di samping melihat penguasaan murid sebelum dan selepas permainan bahasa digunakan dalam penulisan kajian ini juga membuktikan teknik permainan bahasa

karangan.Dapatan

berkesandigunakan dalam usaha meningkatkan pemggunaan imbuhan apitan dalam kalanganmurid tahun dua. Ini dapat dilihat perubahan yang ketara yang dikesan dari pencapaian responden menerusi ujian pra, ujian pos dan menerusi permainan bahasa yang dijalankan oleh guru mata pelajaran berkenaan.Menerusi pemerhatian yang dijalankan juga mendapati penguasaan penggunaanimbuhan apitan dalam kalangan responden dipengaruhi oleh sikap responden itu sendiriyang menganggap penguasaan

penggunaan imbuhan apitan adalah suatu perkara yangkurang penting. Justeru itu mereka menganggap pelajaran juga tidak berapa pentingdalam kehidupan mereka. 5.2Perbincangan Dapatan Kajian Bahagian ini membincangkan hasil dapatan soalan kajian yang diperolehi

daripadaanalisis yang dibuat dalam bab 4. Perbincangan tersebut dijalankan berdasarkan kepadaempat soalan kajian yang ingin dijawab dalam kajian ini. 5.2.1Bentuk kesalahan atau kelemahan imbuhan yang selalu dilakukan olehmurid tahun dua dalam penulisan Perbincangan ini adalah bagi menjawab soalan kajian yang pertama iaitu bentuk kesalahan atau kelemahan imbuhan yang selalu dilakukan oleh murid tahun dua dalam penulisan mereka. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat banyak kesalahan penggunaan imbuhan khususnya imbuhan apitan yang dilakukan oleh murid tahun duadalam penulisan karangan. Ini jelas dapat dinilai menerusi ujian pra yang dijalankandalam kalangan 20 responden kajian ini di mana seramai 14 orang responden gagal dalam penulisan karangan berpandu yang mengkehendaki mereka menggunakan imbuhan apitan. Dapatan kajian ini disokong oleh Seman Saleh (2005) yang menyatakan bahawa punca kelemahan pengguhaan imbuhan ialah kerana guru-guru banyak menggunakanformat peperiksaan semasa menjalankan aktiviti pengajaran ataupun semasamenyediakan latihan kepada murid. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan kepada peperiksaan akan memberi implikasi kepada murid-murid yanglemah. Mereka tidak dapat mengikuti proses pembelajaran seperti mana murid-muridyang mempunyai tahap

keupayaan yang tinggi.Sementara itu, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia (1993)dalam laporannya bertajuk Laporan dan Analisis Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) mendapati berlakunya unsur-unsur kelemahan dalam kalangan calon peperiksaanSijil Pelajaran Malaysia yang dikaitkan dengan kesalahan penggunaan imbuhan dalam penulisan mereka.Rumusannya adalah, semua pihak iaitu ibu bapa, peranan guru dan pentadbiransekolah adalah begitu penting dalam memastikan masalah penguasaan imbuhan apitandalam kalangan murid tahun dua dapat diatasi. Semua pihak harus bertindak danmemberikan galakan dan bimbingan kepada anak-anak dan murid-murid mereka untuk mengatasi masalah ini.

5.2.2 Sejauh mana permainan bahasa membantu meningkatkan penggunaanimbuhan dalam penulisan murid Perbincangan ini adalah bagi menjawab soalan kedua kajian ini iaitu sejauh mana permainan bahasa membantu meningkatkan penggunaan imbuhan dalam

penulisanmurid. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa murid-murid tahun dua masih lemahdalam menguasai imbuhan apitan dalam penulisan mereka. Jika mereka didapati lemahdalam penguasaan imbuhan apitan ini, maka kelemahan ini akan berterusan dalam penulisan mereka hingga menduduki peperiksaa Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)kelak. Abd.Aziz Abd.Talib (2000) dalam penulisannya menyatakan masalah murid

dalammenguasai imbuhan adalah berkaitan dengan kecerdasan otak murid dan pengetahuan sediaada mereka. Menurut beliau lagi, kecerdasan otak seseorang murid

adalah kebolehanseseorang murid ini memahami tentang imbuhan. Bagi murid yang kurang cerdaskebiasaannya memerlukan masa yang lama untuk menguasai sesuatu kemahiran. Tanparangsangan yang lain, murid yang kurang cerdas akan terus lemah. Pengkaji mendapati ada persamaannya kenyataan ini dari dapatan yang

diperolehi.Rumusan dari dapatan ini dapatlah dibuat kesimpulan bahawa penguasaan muriddalam satu-satu kemahiran dalam bahasa Melayu adalah bertitik tolak dari kecerdasan mindamereka. Guru harus peka tentang tahap kecerdasan minda murid kerana pengukuran dapatdijalankan di sini. Teknik pengajaran juga harus dipelbagaikan untuk melihat murid yangkurang cerdas akhirnya akan dapat menyamai rakan mereka yang lain dalam menguasaisesuatu kemahiran 5.2.4 Adakah teknik permainan bahasa berkesan digunakan untuk

meningkatkanpenggunaan imbuhan dalam kalangan murid Perbincangan dalam bahagian ini pula membincangkan soalan kajian ini yang keempat iaituadakah teknik permainan bahasa berkesan digunakan untuk meningkatkan penggunaanimbuhan dalam kalangan murid. Dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa apabila pengkaji menggunakan teknik permainan bahasa dalam kalangan responden, terdapat perubahan yang positif terhadap pencapaian penguasaan murid. Ini dapat dilihat menerusi ujian pos, ujian pra dan juga pertandingan antara kumpulan menerusi permainan bahasa tersebut. Hal ini menyamai pendapat Michael Berman (1981), dalam bukunya Playing AndWorking With Words menerangkan bahawa pelbagai aktiviti permainan bahasa yangdigunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat merangsang

suasana pembelajaran. Ini akan mengekalkan tumpuan dan minat murid kepada proses pembelajaran yang sedang berlaku. Ini juga dapat mengubah minda mereka menjadi lebih baik Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Rancangan Kurikulum SekolahMenengah KBSM (1998) juga telah menyenaraikan beberapa objektif permainan bahasamelalui pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah untuk mengukuhkan lagikecekapan berbahasa dan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalamkalangan murid sekolah. Selain itu, untuk membolehkan murid menguasai kemahiran berbahasa tertentu mengikut keupayaan mereka di samping untuk mengukuhkan lagi isi pelajaran dan memberi peluang kepada pelajar menggunakan bahasa yang diajar. Apayang penting lagi adalah untuk memperluas dan memperkaya pengetahuan dan pengalaman pelajar dalam bidang bahasa dan juga berinteraksi secara tidak formalmelalui aktivitiaktiviti yang telah disediakan sama ada melalui perbicangan atau perbualan semasa bermain selain memupuk sikap bekerjasama, toleransi, berdisiplin,sabar dan amanah. Kenyataan ini menunjukkan bahawa permainan bahasa berkesandigunakan untuk meningkatkan penggunaan imbuhan dalam kalangan murid.Sebagai kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa pendekatan permainan bahasa merupakan satu teknik yang baik. Hal ini kerana ia akan menjadikan proses pembelajaran di sekolah lebih menarik dan praktikal. Bagi guru yang inovatif dan kreatif ia akan mempelbagaikan proses pembelajaran supaya lebih nampak menarik danmenyeronokkan. Menerusi kaedah yang digunakan ini akan dapat memberi motivasi kepadamurid-murid yang lemah untuk memudahkan mereka mengingati tajuk yang telah diajar oleh guru. Kaedah permainan ini akan sentiasa dinanti-nantikan oleh murid kerana iaamat

menyeronokkan dan menghilangkan kejemuan terutamanya di dalam penggajaranyang berbentuk penggunaan tatabahasa atau aspek berbahasa yang lain. 5.3 Implikasi Dapatan Kajian Dapatan dari kajian ini membawa kepada implikasi penting khususnya kepada pihakpihak yang tertentu yang mempunyai kepentingan dalam aspek-aspek yang tertentu.Pihak-pihak yang dimaksudkan adalah seperti berikut 5.3.1Guru dan Panitia Bahasa Melayu Guru perlu menggunakan pelbagai kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran semasa mengajar tatabahasa bahasa Melayu khususnya yangmelibatkan penggunaan imbuhan apitan. Kaedah yang digunapakai hendaklahsesuai dengan tahap dan kemampuan murid bagi memudahkan mereka mengikuti pembelajaran. Panitia Bahasa Melayu sudah semestinya mengambil peranandalam mengatasi masalah penguasaan penggunaan imbuhan apitan dalamkalangan murid tahun dua dengan merancang tindakan dan melaksanakan program-program tertentu seperti kelas tambahan, kuiz mingguan, anak angkatdan lain-lain lagi. Menerusi kaedah ini diharapkan kelemahan penggunaan imbuhan apitan dalam kalangan murid tahun dua akan dapat diatasi. 5.3.2 Pentadbiran sekolah Pentadbiran sekolah yang terdiri dari Guru Besar dan Guru-guru Penolong Kanankhususnya Guru Penolong Kanan Akademik perlu menjalankan peranan masingmasing dalam memastikan murid tahun dua dapat mencapai kemahiran

menguasaiimbuhan dengan baik dan berkesan. Pihak pentadbiran sekolah boleh

jugamerancang

program-program

tertentu

untuk

dilaksanakan

oleh

guru-

gurukhususnya Panitia Bahasa Melayu. Pentadbiran sekolah juga harus menjalankan pemantauan terhadap permasalahan yang timbul dan seterusnya mengambi ltindakan perlu.

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan Kajian tentang permainan bahasa yang melibatkan penggunaan imbuhan apitan dalam karanganmurid tahun dua di Sekolah Kebangsaan Pasoh 2 (FELDA), Jempol, Negeri Sembilanmerupakan satu kajian yang melibatkan seramai 20 orang responden yang berlatarbelakang berbeza antara satu sama lain yang mernpunyai kekuatan dan kelemahan dalam penguasaanimbuhan apitan dalam kalangan mereka. Kajian ini dijalankan hanya untuk satu sekolah sahajadan mungkin juga imbuhan-imbuhan lain turut bermasalah dalam kalangan mereka yang lain.Oleh yang demikian dicadangkan satu lagi kajian dijalankan dalam kalangan murid tahap satuyang lain berdasarkan penggunaan imbuhan juga seperti imbuhan akhiran atau imbuhan awalandengan populasi yang lebih ramai dari responden sebelum ini agar hasil dapatan

lebihmenyeluruh dan lebih nyata.Kajian yang dijalankan hanyalah berfokus kepada murid tahun dua sahaja. Adalah lebih bermakna lagi sekiranya kajian dapat dilaksanakan terhadap murid tahap satu yang lain pula disekolah yang sama supaya lebih ramai responden terlibat. Melalui cara ini, akan dapatmemberikan gambaran dan juga mengenal pasti murid-murid lain yang mungkin menghadapimasalah yang hampir sama dalam menguasai imbuhan dalam konteks tatabahasa Bahasa Melayu.Ini akan dapat membantu dengan lebih mendalam lagi dalam penguasaan imbuhan awalan atauakhiran ini. Ia juga akan dapat membantu guru-guru mencari kaedah dan pendekatan yang lebih sesuai untuk digunakan untuk mengatasi masalah

tersebut.Dalam kajian yang dijalankan ini, guru yang berkenaan telah menggunakan dua jenis permainan bahasa menerusi pertandingan antara kumpulan yang

menunjukkan respondenmemberikan tindak balas yang membanggakan. Dalan kajian yang dicadangkan, adalah lebih baik guru yang berkenaan menggunakan permainan atau kaedah yang lebih menarik agar dapatmenarik lebih minat murid untuk menguasai aspek tatabahasa yang lebih khusus terhadapimbuhan awalan atau akhiran. Sudah tentu akan member lebih keseronokan belajar terhadap murid.

5.5 Rumusan Dalam bab ini, pengkaji telah membincangkan perkara-perkara berkaitan ringkasan kajian,rumusan hasil kajian yang telah dibuat, membincangkan tentang dapatan kajian, implikasidapatan kajian dan juga mencadangkan kajian lain dlaam cadangan kajian lanjutan.Didapati secara amnya, daripada analisis dan dapatan kajian ini menunjukkan

murid yangmenghadapi masalah dalam penguasaan imbuhan apitan perlukan langkah pengajaran yang lebihmenarik dan kreatif bagi membangunkan minda mereka dalam membantu menyelesaikanmasalah yang dihadapi. Mereka juga perlukan perhatian ibu bapa, guru dan pentadbir sekolah.Melalui kajian ini juga, didapati ada responden yang masih gagal dalam menguasai imbuhanapitan namun mereka berfikiran positif dan menunjukkan kerjasama yang baik dalam aktiviti berkumpulan. Ini menunjukkan bahawa walaupun mereka ini lemah dalam menguasai imbuhanapitan tapi mereka masih mempunyai semangat untuk terus belajar dengan dorongan yangdiberikan oleh guru dan pentadbir sekolah.Pemilihan isu permainan bahasa dalam penguasaan imbuhan apitan adalah merupakan satu tanggungjawab pengkaji sebagai pendidik anak bangsa. Dalam usaha memenuhi danmemikul tanggung jawab ini, masalah yang dikemukakan tidak boleh dipandang ringan olehsemua pihak. Banyak usaha dijalankan untuk mengatasi masalah ini melalui pelbagai kaedahdalam memastikan penguasaan imbuhan dalam kalangan murid berada pada tahap yang baik.Dengan sokongan pentadbir, ibu bapa, guru-guru, badan-badan berkanun dan lain-lain pihak lagi,semua program yang dijalankan akan dapat menyelesaikan masalah ini pada tahap terbaik.

Anda mungkin juga menyukai