Anda di halaman 1dari 9

Definisi Tingkah laku Tingkah laku adalah perlakuan atau percakapan seseorang individu.

Ia juga merupakan semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara sedar ataupun tidak sedar atau separa sedar. Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Garry Martin dan JosephPear (2003) berpendapat bahawa tingkah laku juga merangkumi aktiviti aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar dan aktiviti eletrik oleh setiap organ.

Definisi Tingkah laku bermasalah

Mohd Nazar Mohamad ( 1990 ) mentakrifkan tingkah laku bermasalah individu sebagai tingkah laku yang menggangu perjalanan kehidupannya.

Menurut

Robert H Woody di dalam bukunya berjudul The School and the

Behaviour Problem Child menyatakan semua tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan dalam berbagai bentuk dan ragam. Kanak-kanak tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan keadaan dan suasana pembelajaran. Keadaan begini selalu menjejaskan pelajaran dan keupayaan mereka untuk belajar dan berhubung dengan orang lain.

JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH Tingkah laku Bermasalah dapat dikategorikan kepada dua bahagian iaitu :1. Tingkah laku Bermasalah Negatif

Tingkah laku yang menghalang ( bergantung ) : Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan diri. Kebimbangan Pergantungan lebihan Pengunduran diri Pengasingan diri

Tingkah laku yang mengganggu ( disruptif ) : Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan orang lain. Hiperaktif Kelakuan nakal Bising . Bergerak sesuka hati Ketawa kuat Agresif secara lisan / fizikal

Tingkah laku anti sosial ( distruktif ) : Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan diri, sekolah dan masyarakat. Permusuhan nyata Vandalisme Kumpulan liar Klik Geng

2. Tingkah laku bermasalah Positif Tingkah laku bermasalah positif merangkumi : Tingkah laku ingin tahu sikap ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang dilihat Tingkah laku cepat belajar cepat menangkap atau catch up sesuatu perkara yang baru dipelajari, dapat mempelajari sesuatu yang baru dengan cepat Tingkah laku pintar cerdas sentiasa cepat dan pantas apabila menggunakan otak dan berfikir Tingkah laku proaktif sentiasa menunjukkan kesungguhan atau sikap maju ke depan berbanding kawan-kawan yang lain

CIRI-CIRI KANAK-KANAK YANG BERMASALAH TINGKAH LAKU

Suka menakut-nakutkan kanak-kanak yang lebih kecil atau lebih muda dari mereka. Mencederakan kanak-kanak atau rakan sebaya mereka Suka mencari gaduh atau pasal dengan kawan-kawan Sering bercakap bohong atau bercakap besar Melakukan kegiatan negatif seperti mencuri, menghisap rokok Suka menyakiti hati kawan-kawan Menjahanamkan harta benda Tidak duduk diam Suka terjerit-jerit dan menjerit apabila bercakap Tidak mendengar arahan atau kata dari orang tua Panas baran Tidak menyiapkan kerja rumah atau tugasan yang diberi

PUNCA-PUNCA TIMBUL MASALAH TINGKAH LAKU KEPADA KANAK-KANAK

Faktor Diri Murid Menurut Duke ( 1980 ) menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab terhadap perlakuannya sendiri. Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak

berdisiplin kerana mengikut kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar, iaitu apa yang dikatakannya sebagai the potential influence of students free will .

Mengikut Rabven ( 1977 ) apabila murid-murid tidak berminat dalam mata pelajaran tertentu dan guru pula tidak menarik minat mereka maka murid-murid tersebut akan hilang semangat belajar dan akan melakukan apa jua yang telintas dalam fikiran mereka. Faktor Keluarga Mengikut Parsona ( 1964 ) bahawa rumah adalah kilang menghasilkan peribadi manusia. Jika ibu bapa gagal memproses anak-anak mereka di kilang ini maka hasilnya ialah anak-anak yang tidak bermoral. Kajian-kajian Sandstorm ( 1968 ), Maslow, Combs, Kelly dan Rogers ( 1962 ) dan Bee ( 1975 ) menunjukkan bahawa perasaan ketegangan akan terluah sebagai perlakuan salah penyesuaian yang dilakukan di rumah dan di sekolah.

Menurut Hussein Mahmood ( 1980 ) mendapati bahawa masalah besar yang dihadapi oleh pelajar-pelajar adalah masalah-masalah yang berkaitan dengan rumah dan keluarga.

Kajian Harbans Kaur ( 1982 ) dan K Kandiah ( 1982 ) mengenai Jevenile Delinquency mengesahkan bahawa hasil dari kajian mendapati pesalah laku bermasalah datangnya dari rumahtangga yang serba kekurangan.

Faktor Masyarakat Thrasher ( 1963 ) dan Whyte ( 1943 ) mengatakan apabila salah laku itu sudah menjadi kebudayaan kecil ( sub-culture ) di sesuatu kawasan itu maka individuindividu di dalamnya akan menyesuaikan diri dengan keadaan itu.

Faktor Sekolah Marimuthu ( 1980 ) menjelaskan terdapat perhubungan rapat di antara keadaan keluarga yang kucar kacir dengan perlakuan-perlakuan salah laku generasi muda. di kalangan

Saiz sekolah juga memberi kesan kepada murid. Sekolah yang besar atau keadaan bersesak-sesak mempunyai pertalian yang disignifikan dengan masalah tidak berdispilin ( Balley, 1971 dan Reynolds, 1977 ) Menurut Dunhill ( 1965 ) mendapati keadaan dalam kelas yang tidak dikelolakan dengan baik akan menimbulkan disiplin kerana keadaan demikian akan

menimbulkan watak yang kurang baik di kalangan murid.

PENGERTIAN MODIFIKASI TINGKAH LAKU

Langkah-langkah yang sistematik berdasarkan prinsip-prinsip psikologi untuk mengubah tingkah laku yang negatif kepada positif. Antara langkah-langkah sistematik ialah :

Mengenal pasti tingkah laku negatif yang perlu diubah Menetapkan matlamat Menentukan strategi bertindak Merancang prosedur atau plan bertindak Melaksanakan strategi mengikut plan bertindak Menilai keberkesanan dan mengubahsuai rancangan jika perlu Memsstikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan

Objektif modifikasi tingkah laku murid ialah :1) Pengekalan dan peningkatan tingkah laku yang diingini 2) Pengurangan dan pelupusan tingkah laku yang tidak diingini

TEKNIK MEMODIFIKASIKAN TINGKAH LAKU

1 Peneguhan

Positif dan peneguhan Negatif Menurut Skinner ( 1930 ), tingkah laku boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai yang diberi sebaik saja wujunya tingkah laku operan itu. Peneguhan boleh berupa positif dan negatif. Peneguhan Positif Peneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong individu mengulangi tingkah laku berulang-ulang. Peneguhan Negatif Peneguhan negatif berfungsi mengelakkan dari tingkah laku yang tidak diingini berulang lagi supaya tingkah laku positif dapat dikuatkan lagi.

2 Denda dan Peneguhan Denda dilakukan unuk mengelakkan tingkah laku yang tidak diingini berulang. Dengan erti kata lain ialah mengehentikan perbuatan atau tingkah laku yang tidak baik daraipada dilakukan lagi. Ia biasanya hanya memberi kesan yang singkat sahaja. Apabila individu terlupa, ia akan mengulangi semula perbuatan atau tingkah laku tersebut.

Peneguhan pula sekadar memberi dorongan agar tingkah laku yang diingini atau sebaliknya berfungsi dengan sebaiknya.

3 Reverse Psychology Ia adalah kaedah menggunakan psikologi untuk memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif. Ia bertujuan agar murid-murid dapat melupakan tingkah laku negatif dan beralih kepada tingkah laku positif.

4 Shaping Shaping meupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini melalui beberapa peneguhan diberi secara beransur-ansur.

5 Token Economy Ia merupakan satu sistem untuk membahagikan beberapa peneguh simbolik yang akan ditukarkan kepada pelbagai peneguh yang diidamkan seperti point merit, markah, peratus. Kebiasaannya ia digunakan di sekolah-sekolah berasrama penuh bagi pengukuhan disiplin murid.

6 Kontrak ( Lisan atau Bertulis ) Melalui cara ini ia dapat memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif secara perjanjian lisan atau bertulis.

7 Kawalan Kendiri Tingkah laku ini merujuk kepada kebolehan individu mengawal tingkah laku sendiri. Ia dilakukan seperti berikut :-

a) Menentukan tingkah laku yang ingin dimodifikasikan b) Mengumpulkan data c) Merancang program tindakan d) Menilai program e) Menamatkan Program

KESIMPULAN Sebagai kesimpulannya tingkah laku bermasalah ini harus ditangani oleh ibu bapa, guru dan masyarakat sekeliling dengan bijak dan teratur agar ia tidak membantutkan atau menganggu proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak samada di rumah, di dalam bilik darjah atau disekeliling mereka. Melalui keberkesanan sistem pembelajaran yang berkesan akan mempercepatkan

perkembangan pembelajaran murid-murid di sekolah. Ibu bapa juga perlu memberi peluang atau kebebasan kepada anak-anak untuk memilih apa yang mereka suka, mendengar penjelasan dan pendapat serta memberi sokongan tentang perkaraperkara yang mereka minati. Ibu bapa juga perlu mengamalkan sikap memberi ganjaran atau peneguhan setiap kali anak-anak berjaya. Sentiasa memberi galakan dan motivasi.

RUJUKAN Ahmad Mohd Salleh. (2008). Pengajian Agama Islam & j-QAF: Metodologi dan Pedagogi Pendidikan. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Hjh. Noresah Baharom. (2002). Kamus Dewan Edisi Ketiga. c. 7. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Heward, W.L., (2006). An Introduction to Special Education, Merrill-Pearson Education Inc

Smith, D.D.D. & Tyler, N. C. (2009). Introduction to Special Education: Making A Difference (7th Ed). Prentice Hall.

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel & Rafidah Kastawi. (2008). Perkembangan Kanakkanak Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai