Program TID ialah program mengenalpasti bakat sukan peringkat sekolah. Ujian ini
terbahagi kepada 2 iaitu Ujian Antrophometrik dan Ujian Kecergasan.
Terdapat 4 komponen dalam Ujian Antrophometrik
a) Ketinggian Berdiri
b) Ketinggian Duduk
c) Panjang Depa
d) Timbang Berat
Ujian Kecergasan
a) Ujian Lari Pecut 40 meter
b) Ujian Jangkauan Melunjur
c) Ujian Lari Ulang Alik 10 meter
d) Lompat Jauh Berdiri
BAHAGIAN A (Anthropometrik)
a.Ketinggian Berdiri (Standing Height)
Ukuran jarak dari lantai ke bahagian paling atas kepala semasa posisi berdiri tanpa
beralas kaki.(tidak memakai kasut atau stokin). Tinggi atau rendah individu mempunyai
kepentingan terhadap sesuatu jenis permainan atau sukan seperti atlet bola keranjang
memerlukan ketinggian manakala atlet gimnastik dan terjun mendapat kelebihan
sekirannya rendah.
b. Ketinggian Duduk
Ukuran dari lantai hingga ke bahagian paling atas kepala semasa posisi duduk
melunjur. Nisbah ukuran panjang bahagian atas badan dan bahagian bawah badan
memberi kesan terhadap tahap pencapaian bagi sukan atau permainan tertentu seperti
atlet lompat tinggi memerlukan kaki dan badan yang panjang,berbadan rendah
mendapat kelebihan dalam acara angkat berat.
c. Panjang Depa
Jarak depa dari hujung jari kanan ke hujung jari tangan kiri dalam posisi melintang dan
selari dengan paras bahu.Ukuran depa yang panjang sesuai untuk atlet renang dan
peninju,atlet angkat berat memerlukan depa yang pendek.
Ukuran berat badan dalam kg dengan berpakaian sukan lengkap tanpa beralas
kaki.Berat atau ringan badan penting dalam pencapaian sukan dan berat badan yang
ringan sesuai untuk atlet lumba basikal dan atlet acara larian.
BAHAGIAN B (Kecergasan)
b. Jangkauan Melunjur
Keupayaan tahap kelenturan badan semasa posisi duduk melunjur di lantai. Kelenturan
badan memberi kesan terhadap prestasi dalam kebanyakan sukan dan permainan.