Anda di halaman 1dari 6

PROGRAM

PEMBANGUNAN
SUKAN
LUTFI
ANEP
SYAZMI
2. Menjelaskan program kenal pasti
bakat
 Program ini dijalankan di peringkat sekolah rendah dan menengah, tujuan program ini diadakan
adalah untuk mencari bakat-bakat sukan yang terpendam di kalangan murid sekolah.
Pengenalan TID (ISN)

 Setiap sekolah akan menjalankan pelbagai program untuk murid-murid tahun


6 selepas peperiksaan UPSR. Sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan baru -baru ini saya telah jalankan Ujian TID untuk murid-murid
tahun 6 yang dijalankan selama 2 hari.
 Program TID ialah program mengenalpasti bakat sukan peringkat sekolah.
Ujian ini terbahagi kepada 2 iaitu Ujian Antrophometrik dan Ujian
Kecergasan.
 Terdapat 4 komponen dalam Ujian Antrophometrik
a) Ketinggian Berdiri
b) Ketinggian Duduk
c) Panjang Depa
d) Timbang Berat

 Ujian Kecergasan
a) Ujian Lari Pecut 40 meter
b) Ujian Jangkauan Melunjur
c) Ujian Lari Ulang Alik 10 meter
d) Lompat Jauh Berdiri
BAHAGIAN A (Anthropometrik)

a.Ketinggian Berdiri (Standing Height)


Ukuran jarak dari lantai ke bahagian paling atas kepala semasa posisi berdiri tanpa beralas kaki.(tidak memakai kasut atau stokin).
Tinggi atau rendah individu mempunyai kepentingan terhadap sesuatu jenis permainan atau sukan seperti atlet bola keranjang
memerlukan ketinggian manakala atlet gimnastik dan terjun mendapat kelebihan sekirannya rendah.

b. Ketinggian Duduk
Ukuran dari lantai hingga ke bahagian paling atas kepala semasa posisi duduk melunjur. Nisbah ukuran panjang bahagian atas
badan dan bahagian bawah badan memberi kesan terhadap tahap pencapaian bagi sukan atau permainan tertentu seperti atlet
lompat tinggi memerlukan kaki dan badan yang panjang,berbadan rendah mendapat kelebihan dalam acara angkat berat.

c. Panjang Depa
Jarak depa dari hujung jari kanan ke hujung jari tangan kiri dalam posisi melintang dan selari dengan paras bahu.Ukuran depa
yang panjang sesuai untuk atlet renang dan peninju,atlet angkat berat memerlukan depa yang pendek.

d.Ukuran Berat Badan


Ukuran berat badan dalam kg dengan berpakaian sukan lengkap tanpa beralas kaki.Berat atau ringan badan penting dalam
pencapaian sukan dan berat badan yang ringan sesuai untuk atlet lumba basikal dan atlet acara larian.
BAHAGIAN B (Kecergasan)

a. Lari Pecut 40 meter


Keupayaan larian pecut 40 meter dengan catatan masa terpantas dengan permulaan gaya berdiri statik.Kepantasan dan
kelajuan adalah elemen penting dalam sukan dan permainan seperti olahraga,berbasikal,badminton,hoki dan sebagainya.

b. Jangkauan Melunjur
Keupayaan tahap kelenturan badan semasa posisi duduk melunjur di lantai. Kelenturan badan memberi kesan terhadap
prestasi dalam kebanyakan sukan dan permainan.

c. Lari Ulang Alik (10 meter)


Catatan masa yang paling singkat untuk melakukan lari ulang alik 10 meter. Tahap ketangkasan memberi kesan terhadap
permainan bola sepak, badminton,sukan olahraga dan lain-lain.

d. Lompat Jauh Berdiri


Keupayaan kekuatan kedua-dua belah kaki semasa melompat.Rasionalnya kuasa eksplosif otot kaki dikesan terhadap
pencapaian beberapa jenis sukan seperti bola tampar dan acara lompatan padang.

Anda mungkin juga menyukai