Anda di halaman 1dari 6

2018312340048 PJMS

3102
1. Sistem kardiovaskular merupakan sistem yang berfungsi sebagai agen yang
membawa oksigen, nutrient dan keperluan lain kepada sel serta membawa keluar sisaa
metabolism serta produk-produk sel ke bahagian tubuh lain. Salah satu komponen
utama yang memainkan peranan penting dalam sistem ini adalah jantung. Jantung
berfungsi untuk mengempan darah ke seluruh tubuh badan. Namun begitu,bagi seorang
atlet jantung mereka akan mengalami hipertrofi hasil daripada beberapa faktor seperti
latihan yang dijalankan dan nutrisi makananan. Perkara ini turut disokong oleh
Sudhiranjan (2007) yang menyatakan bahawa hipertrofi kardiak merupakan peningkatan
jisim otot jantung, terhasil melalui pembentukan semula miokardium sebagai tindak
balas terhadap tekanan mekanik dan pelbagai rangsangan.

Antara salah satu faktor peransang hipertrofi ini adalah latihan yang dijalankan
secara berkala. Latihan yang dilakukan oleh atlet perlulah berdasarkan perancangan
tertentu mengikut prinsip FITT iaitu frekuensi atau kekerapan, intensity atau bebanan,
time atau tempoh masa dan type atau jenis. Kesemua komponen prinsip ini akan
membantu atlet dalam menyediakan perancangan latihan sesuai. Melalui perancangan
latihan ini, atlet mampu meningkatkan kadar bebanan, kekerapan latihan serta masa
latihan mengikut intensity yang bersesuaian apabila otot sudah mengadaptasi dengan
latihan yang sedia ada. Sebagai contoh seorang atlet melakukan latihan bebanan
menggunakan dumbbell seberat lima kilogram, setelah seminggu atlet ini merasakan
dumbbell tersebut ringan dan mampu mengambil bebanan baru iaitu sebanyak tujuh
kilogram. Menurut Lamb (1984) kejutan yang diberikan kepada otot semasa proses
latihan dan latihan bebanan menyebabkab anggota badan melalui proses penyesuaian
fisiologi dan latihan seterusnya akan meransang enzim untuk bertindak balas terhadap
latihan. Perkara ini menunjukkan latihan yang dijalani secara terancang oleh seseorang
itu mampu menyebabkan berlakunya hipertrofi jantung.

Selain itu, nutrisi pemakanan turut memberikan kesan terhadap hipertrofi


jantung. Pengambilan pemakanan yang seimbang mampu membantu dalam
pembentukkan otot serta dapat membekalkan tenaga yang diperlukan secukupnya.
Sekiranya seseorang itu mengambil pemakanan melebihi keperluan tubuh badan, kalori
tersebut akan disimpan di dalam badan dan bertukar menjadi lemak dalam satu tempoh
masa tertentu. Pengambilan nutrisi yang seimbang juga mampu mengelakkan lebihan
lipid terhasil dalam tubuh badan seseorang. Lipid merupakan mana-mana kumpulan
2018312340048 PJMS
3102
sebatian organik yang pelbagai termasuk lemak, minyak, hormon, dan komponen
membran tertentu yang dikelompokkan bersama kerana tidak berinteraksi dengan air
mendatangkan masalah kesihatan seperti salur darah tersumbat dan serangan jantung.
Menurut Christian et.al (2017) Jantung menggunakan sejumlah besar asid lemak
sebagai substrat. yang memberikan tenaga Keseimbangan pengambilan dan
pengoksidaan lipid fisiologi menghalang pengumpulan lebihan lipid. Antara proses yang
mempengaruhi fungsi jantung termasuk obesiti, diabetes dan kebanyakan bentuk
kegagalan jantung menyebabkan pengoksidaan asid lemak berubah dan sering juga
kepada pengumpulan lipid. Oleh itu perkara ini menunjukkan nutrisi mempengaruhi
bukan sekadar hipertrofi malah ianya turut memainkan peranan dalam kesihatan
seseorang.

Menurut Ozaki et.al (2015) latihan di bawah beban luaran yang tinggi atau
tekanan mekanikal yang tinggi, telah disarankan untuk memaksimumkan hipertrofi otot.
Kesimpulannya aspek latihan bebanan dan nutrisi ini sangat memberikan kesan kepada
hipertrofi kardiak dan otot seseorang. Namun begitu ianya perlu dilakukan secara
terancang bagi mengelakkan kecederaan.
2018312340048 PJMS
3102

RUJUKAN

David R. Lamb, (1984). Physiology of Exercise: Responses & Adaptations. Macmillan Pub Co;
Subsequent edition (January 1, 1984).

Hayao Ozaki, Takashi Abe, Alan E. Mikesky, Akihiro Sakamoto,Shuichi Machida and Hisashi
Naito, (2015). Physiological stimuli necessary for muscle hypertrophy. Tairyoku Kagaku,
Japan.

P. Christian Schulze, Konstantinos Drosatos, and Ira J. Goldberg, (2017). Lipid Use and Misuse
by the Heart. New York. Circ Res. 2016 May 27; 118(11): 1736–1751doi:
10.1161/CIRCRESAHA.116.306842

Sudhiranjan Gupta, Biswajit Das, And Subha Sen, (2007). Cardiac Hypertrophy: Mechanisms
and Therapeutic Opportunities. Texas A&M University System Health Science Center
Antioxidants & Redox Signaling volume 9, Number 6, Mary Ann Liebert, Inc.DOI:
10.1089/Ars.2007.1474
2018312340048 PJMS
3102

2. Menurut Bobbert (2005) Istilah plyometrics digunakan untuk menerangkan


kaedah latihan yang terdiri daripada lompatan, lonjakan dan anjakkan. Latihan pliometrik
ini kebiasaannya dijalankan adalah untuk meningkatkan kuasa otot supaya dapat
menjana satu daya yang maksimum dalam tempoh masa yang singkat. Program latihan
yang dirancang ini kebiasaannya mengikut kaedah latihan bebabnan atau latihan jeda
tetapi ianya akan dispesifikkan lagi untuk memastikan latihan tersebut menjurus kea rah
penghasilan kuasa otot yang maksimum. Program yang dirancang ini akan mengikut
kepada sebuah perancangan yang sistematik dan konsisten untuk memastikan otot
dapat mengadaptasi dengan latihan tersebut.

Antara prinsip latihan pliometrik yang boleh digunakan iaitu frekuensi atau
kekerapan yang bermaksud kekerapan latihan dilakukan mungkin dikira dalam tempoh
mingguan atau bulanan. Sebagai contoh seseorang atlet menjalankan latihan lompatan
pliometrik untuk meningkatkan kuasa otot kaki dengan kekerepan dua atau tiga kali
dalam seminggu. Menurut Campillo et.al (2018) berdasarkan hasil kajian yang telah
dijalankan, mereka mengeluarkan hipotesis bahawa latihan lompatan pliometrik ini lebih
berkesan dilakukan sebanyak dua sesi dalam satu minggu berbanding satu sesi sahaja.
Hal ini kerana, semakin kerap sesuatu latihan itu dilakukan, semakin cepat otot dan
tubuh badan kita dapat mengadaptasi kepada latihan tersebut.

Setelah tubuh badan dapat mengadapatasi latihan tadi, atlet boleh menjalankan
latihan lebihan bebanan. Namun begitu peningkatan ini perlulah dilalukan secara
berperingkat bagi mengelakkan kecederaan otot akibat bebaban yang berlebihan.
Menurut Ozaki et.al (2015) latihan di bawah beban luaran yang tinggi atau tekanan
mekanikal yang tinggi, telah disarankan untuk memaksimumkan hipertrofi otot. Oleh itu,
prinsip peningkatan bebanan ini merupakan salah satu kaedah yang membantu dalam
menghasilkan kekuatan otot dalam latihan yang dijalankan.

Prinsip berikutnya adalah variasi yang bermaksud jenis latihan yang dilakukan
perlulah pelbagai namun begitu masih berfokuskan kepada penghasilan kuasa pada otot
yang diperlukan. Oleh kerana latihan ini akan dijalankan dalam satu tempoh masa yang
panjang ianya mampu menimbulkan rasa bosan kepada atlet. Oleh itu kepelbagaian
jenis latihan yang berfokuskan kepada pencapaian yang sama boleh dijalankan.
2018312340048 PJMS
3102
Sebagai contoh, aktiviti tekan tubi atau push up boleh divariasikan atau diubah dengan
aktiviti diamond push up, plyo push up dan lain-lain lagi yang menfokuskan kepada
bahagian otot yang sama.

Kesimpulannya setiap latihan ini perlu dijalankan mengikut perancangan dan prinsip
tertentu bagi memastikan setiap atlet mencapai tahap maksimum. Menurut Asmadi et. al
(2012) bagi individu yang ingin cergas dalam sukan terutama bagi atlet yang ingin
meningkatkan prestasi maka konsep latihan yang sistematik perlu dirancang supaya
kemampuan atlet mencapai tahap optima. Sekiranya latihan ini dilakukan secara tidak
teratur ianya mampu mendatangkan kecederan atau tidak memberikan kesan yang
penuh terhadap atlet yang melakukannya.
2018312340048 PJMS
3102

RUJUKAN

Asmadi Ishak Dr. Hairul Anuar Hashim Hishamuddin Ahmad Dr. Mohd Nizam Jarwis, (2012).
Modul Qgj 3013 Latihan Dan Kecergasan. Faculty of Sport Science and Coaching.
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Perak, Malaysia

Bobbert, M and Casius, L, (2005). Is the effect of a countermovement on jump height due to
active state development, Med Sci Sports Exerc, 37(3):440-446.

Rodrigo Ramirez-Campillo, Felipe García-Pinillos, Amador García-Ramos3, Javier Yanci, Paulo


Gentil6, Helmi Chaabene and Urs Granacher (2018) .Effects of Different Plyometric
Training Frequencies on Components of Physical Fitness in Amateur Female Soccer
Players, Department of Physical Activity Sciences, Research Nucleus in Health, Physical
Activity and Sport, Universidad de Los Lagos, Osorno, Chile

Anda mungkin juga menyukai