Anda di halaman 1dari 7

MODEL CO-

TEACHING
Seorang ajar seorang memerhati
◦ Seorang guru dalam aliran perdana akan mengajar manakala seorang lagi guru pendidikan khas berperanan sebagai pemerhati
◦ Contoh situasi
-bagi aktiviti kemahiran menghantar bola pada aras dada. Guru aliran perdana akan mengajar sambil menunjukkan
demonstrasi kepada semua murid termasuklah murid MBK.
-guru pendidikan khas tadi akan berperanan sebagai pemerhati kepada murid MBK sahaja untuk memastikan mereka
memahami setiap penerangan dan contoh lakuan yang ditunjukkan.
Seorang ajar seorang bantu
◦ Bagi pendekatan ini, seorang guru perdana akan mengajar manakala seorang guru pendidikan khas akan membantu semasa
guru perdana tadi mengajar
◦ Contoh situasi
- bagi kemahiran menggolek bola, guru yang mengajar akan memberikan penerangan dan demonstrasi lakuan. Semasa
demonstrasi ini dijalankan, guru pembantu tadi akan bergerak dalam kelas untuk membantu murid melakukan lakuan yang
betul terutama kepada MBK.
Pengajaran selari (parellel teaching)
◦ Pengajaran kaedah selari ini dijalankan secara 2 kumpulan namun begitu masih menggunakan keadah pengajaran yang sama
terhadap kedua-dua kumpulan tadi
◦ Contoh situasi bagi kaedah ini adalah ketika melakukan kemahiran lari berpagar.
-bagi kumpulan pertama ianya terdiri daripada murid yang telah menguasai kemahiran lari berpagar manakala kumpulan
kedua pula adalah terdiri daripada murid yang masih belum menguasai kemahiran tersebut serta mempunyai murid MBK
dalam kumpulan tersebut.
◦ Kaedah pengajaran bagi kumpulan satu adalah menggunakan alatan sebenar manakal bagi kumpulan dua mereka masih
menggunakan alatan ubahsuai
Pengajaran stesen
◦ Kaedah pengajaran ini akan melibatkan dua atau lebih tenaga pengajar kerana setiap guru akan menggunakan kemahiran
mereka yang tersendiri untuk mengajar kemahiran kepada murid
◦ Contoh situasi adalah pengajaran stesen dengan tiga guru

-bagi stesen pertama guru tersebut akan mengajarkan kaedah ansur maju bagi kemahiran tertentu sebagai contoh lakuan
menendang bola dengan menggunakan bahagian dalam kaki
-stesen dua pula, guru di stesen ini akan menjalankan sesuatu aktiviti yang bertujuan untuk meneguhkan semula lakuan
menendang bola dengan menggunakan bahagian dalam kaki
-stesen tiga pula guru akan mengendalikan sebuah permainan kecil kepada murid dengan tujuan untuk mengaplikasikan
lakuan menendang bola dengan menggunakan bahagian dalam kaki
Pengajaran alternatif
◦ Guru aliran perdana akan mengajar keseluruhan kelas secara serentak dan pada masa yang sama guru pendidikan khas akan
mengenalpasti murid-murid yang menghadapi masalah untuk mengikuti sesi PdP yang dijalankan.
◦ Contoh situasi
-ketika guru mengajar kemahiran lompatan satu kaki dan mendarat degan dua kaki, guru pendidikan khas akan mengenalpasti
murid yang menghadapi masalah untuk menguasai kemahiran tersebut. setelah murid dikenal pasti, mereka akan dipanggil
mengikuti guru pendidikan khas tadi untuk mempelajari kemahiran tersebut secara ‘personal’
Pengajaran berpasukan (team teaching)
◦ Pada pendapat saya, kaedah ini adalah melibatkan kedua-dua tenaga pengajar untuk berkolaborasi dalam menjalankan PdP
yang berkesan kepada semua murid. Namun begitu kedua-dua tenaga pengajar mampu untuk bertukar fungsi serta peranan
mereka pada bila bila masa.
◦ Contohnya adalah guru pertama akan memberikan penerangan beserta contoh lakuan manakala guru kedua akan bergerak
dalam kalangan murid untuk memerhatikan tingkah laku murid. sekiranya terdapat murid yang tidak memberikan perhatian.
Mereka akan ditegur oleh guru kedua tadi
◦ Namun begitu, peranan ini boleh berubah antara kedua guru tersebut bergantung kepada situasi dan kesesuaian semasa PdP
dilaksanankan

Anda mungkin juga menyukai