Anda di halaman 1dari 6

LARI PECUT

Lari pecut adalah aktiviti yang memerlukan para pelajar membuat larian untuk satu jarak dengan sepantas yang terdaya. Kepantasan larian bergantung kepada dua faktor utama, iaitu panjang langkah dan kekerapan langkah. Dalam pelajaran Pendidikan Jasmani, para guru hendaklah menerangkan tentang cara pergerakan yang betul kepada pelajar mereka. Prinsip-prinsip asas larian pecut adala seperti berikut :a) b) c) d) berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut tangan digerakkan dengan pantas leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa ( tidak ditegangkan ) Teknik mulaan larian pecut Terdapat dua teknik mulaan yang digunakan dalam acara ini, iaitu gaya berdiri dan gaya dekam. Mulaan gaya berdiri Gaya ini sering kali oleh pelajar semasa mereka bersedia untuk memulakan larian dari sesuatu tempat. Oleh yang demikian, adalah paling baik jika para guru memperkenalkan teknik asas mulaan gaya berdiri dalam sesi permainan kecil yang memerlukan para pelajar berlari. Langkah-langkah a) b) c) d) e) f) g) kaki hadapan diletakkan seberapa dekat yang boleh dengan titik atau garis mula. Bengkokkan sedikit kaki hadapan. Berat badan ketika membuat persediaan hendaklah terasa seperti telah terkumpul di kaki hadapan. Condongkan badan ke hadapan. Tangan hendaklah dalam keadaan bersedia untuk bergerak. Apabila mula berlari, kaki hadapan hendaklah menolak keseluruhan bahagian badan dengan kuat. Semasa berlari, peserta hendaklah berlari dengan lurus dan memandang tepat ke arah hadapan.

Mulaan gaya dekam Pengajaran aspek ini kepada pelajar pernah dipersoalkan oleh pihak-pihak tertentu. Persoalan-persoalan yang timbul adalah seperti berikut :a) Tanpa alatan seperti kasut dan blok mulaan, bolehkah pengajaran mengenai gaya mulaan ini memberi kesan ? b) Sejauh manakah gaya dekam ini diperlukan oleh kebanyakan pelajar memandangkan kebanyakan aktiviti dan permainan berlari hanya memerlukan mulaan gaya berdiri sahaja ? Latihan Mulaan Gaya Dekam Daripada kedudukan sedia dalam gaya berdiri, beri arahan kepada para pelajar supaya mereka merendahkan badan, melutut dengan kaki belakang dankedua-dua tangan mereka menyentuh tanah. Selepas itu. Mereka boleh membuat penyesuaian menurut kehndak masing-masing.

Larian pecut yang mengamalkan gaya dekan untuk lakukan mulaan. Semasa berlepas dari blok, kaki menolak dengan kuat. Terdapat tiga jenis gaya dekam yang harus diketahui oleh para pelajar, iaitu gaya peluru ( bullet ), gaya sederhana dan gaya panjang. Bagi gaya peluru, kedua-dua belah kaki peserta dirapatkan, iaitu hujung kaki belakang ditempatkan selari dengan bahagian tumit kaki hadapan, sementara bagi gaya sederhana, lutut kaki belakang selari dengan hunung kaki hadapan. Kedua-dua gaya ini biasanya diamalkan oleh pelajar sekolah. Gaya panjang pula lebih selesa bagi peserta-peserta yang tinggi. Dalam gaya ini, lutut kaki belakang adalah selari dengan bahagian tumit kaki hadapan. Bagaimanapun kesesuaian dan keberkesanan sesuatu gaya itu dipengaruhi oleh beberapa factor. Antaranya ialah : a) bentuk peserta ( tinggi / rendah ) b) masa tindak balas peserta

c) kekuatan kaki d) kordinasi yang cekap

Menggunakan Blok Mulaan Blok ini digunakan bertujuan untuk menghasilkan suatu daya tolakan yang lebih berkesan apabila pelari mula bergerak ke hadapan. Cara menyediakan blok adalah seperti berikut : a) Jarak blok dari garis mula hendaklah memberi keselesaan, imbangan dan kecekapan meknikal kepada penggunanya ketika dalam keadaan sedia b) Jarak antara bahagia hadapan blok dengan garis mula adalah antara 40 cm 48 cm c) Jarak antara bahagian belakang blok dengan bahagian hadapan blok adalah bergantung kepada jenis gaya dekam yang digunakan d) Melakukan beberapa percubaan untuk mencari kesesuaian blok dan jaraknya yang paling baik untuk pelari adalah perlu e) Tentukan terlebih dahulu kaki manakah yang akan digunakan untuk memijak bahagian belakang blok f) Pastikan blok dipasang dengan ketat dan kuat.

Keadaan ke garisan 1. Berjalan menuju ke blok dan berdiri dengan blok itu berada di bawah kedua-dua belah kaki yang dikangkangkan 2. Dekam dan letakkan hujungkedua-dua belah kaki ke atas blok

3. Letakkan kedua-dua belah tangan di belakang garis mula. Jarak antara kedua-dua belah tangan hendaklah sama luas dengan bidang bahu. 4. Sesuaikan kedudukan badan untuk mendapatkan keselesaan dan imbangan yang maksimum. Keadaan sedia a) Tinggikan sedikit bahagian pinggang dari aras bahu b) Luruskan tangan dan gerakkan bahu ke hadapan garisan c) Tekankan kedua-dua belah kaki dengan kuat ke atas blok mulaan Berlepas dari blok mulaan Ini merupakan suatu tindakan ledakan. Semasa ia dilakukan kedua-dua belah kaki pelari menolak blok dengan kuat dan pantas. Tangan pelari dihayun untuk membantu pelepasan keseluruhan badannya dari blok tadi. Bagi memastikan pelari dapat berlepas dengan pantas dan sempurna, dia mestilah melakukan pergerakan-pergerakan yang berikut : a) Bergerak lurus ke hadapan tanpa menegakkan badan dengan serta-merta b) Jarak langkah yang pertama dilakukan secara sederhana, tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek. Mulaan di bahagian selekoh lorong larian

Sekiranya pelari harus memulakan larian dari bahagian selekoh lorong larian, dia hendaklah memasang blok mulaan secara bersudut. Cara ini akan memboloehkan pelari tersebut bergerak dengan lurus ke bahagian dalam lorong lariannya.

MENAMATKAN PERLUMBAAN LARI PECUT Semasa menuju ke garisan tamat, seseorang pelari tidak digalakkan melompat ke garis tersebut, sebaliknya dia hendaklah terus berlari tanpa mengurangkan kepantasannya. Amalan ini hendaklah ditegaskan oleh guru supaya para pelajar faham dengan maksud lari terus melintasi garis tamat . Biasanya dalam perlumbaan lari pecut, apabila tiba di garis tamat, pelariakan mendepakan tangannya ke belakang dan badannya pula ( bahagian torso ) digerakkan ke hadapan. Ada juga sesetengah pelari yang menamatkan lariannya dengan gaya menundukkan bahagian kepalanya apabila tiba di garisan penamat.

KESALAHAN YANG BIASA DILAKUKAN OLEH PELAJAR SEMASA BERLARI PECUT Rajah-rajah berikut menunjukkan kesalahan-kesalahan tersebut :

LATIHAN UNTUK LARI PECUT Aktiviti-aktiviti berikut boleh dijalankan sebagai aktiviti memanaskan badan di bahagian awal sesuatu pelajaran olahraga. Selain itu, guru boleh juga memperkenalkan aktiviti-aktiviti yang serupa untuk memperkukuh lagi pembelajaran para plajar. a) Lari setempat, angkat lutut tinggi-tinggi dan gerakkan tangan dengan pantas. b) Lari pecut sejauh 20 30 meter secara berulang-ulang. c) Lari sambil mengejar pasangan dan cuba cuit mana-mana bahagian badannya sebelum sampai di tandaan 30 meter. d) Berlari anak dan dengan pantas tukar kepada lari pecut sejauh 30 -50 meter. e) Lari kutip mata ( lari ulang-alik )

Anda mungkin juga menyukai