(PERKEMBANG AN KOGNITIF) PANDANGAN PIAGET TERHADAP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
✘ Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melalui peringkat-
peringkat perkembangan kognitif yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza (Mok Soon Sang, 2009).
✘ Beliau berpendapat persekitaran tidak membentuk kognitif
kanak-kanak, sebaliknya, kanak-kanak membina pengetahuan mereka secara aktif untuk memahami persekitarannya. Keadaan ini berlaku melalui pelbagai proses penerokaan, manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya. ✘ Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu berlaku secara berperingkat. Peringkat yang lebih awal adalah penting bagi perkembangan peringkat-peringkat yang berikutnya kerana peringkat-peringkat yang lebih awal itu menjadi asas bagi perkembangan yang berikutnya.
✘ Jean Piaget telah memperkenalkan 4 konsep utama teori
kognitif iaitu:- I. Skema (Schema) II. Penyerapan (Assimilation) III. Pengubahsuaian (Accomodation) IV. Keseimbangan (Equilibrium) 4 PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
PERINGK PERINGK PERINGK
PERINGKA AT AT AT T SENSORI OPERASI OPERASI PRAOPER MOTOR KONKRIT FORMAL ASI ERINGKAT SENSORI MOTOR ( 0 – 2 TAHUN ) (Peringkat bayi) belajar interaksi deria dengan persekitarannya. Contoh : Bayi belajar dengan mengangkat benda,memainkan- mainkannya, merasa dan menggigit. Memerhatikan benda melalui penglihatan dan pendengaran bunyi. 2 tahun - memperoleh kepercayaan tentang pengekalan objek, iaitu dia sedar objek itu akan terus wujud walaupun tidak dapat disentuh atau lihat. Mengulangi sesuatu tingkah laku secara berulang kali, misalnya menghisap ibu jari. Belajar melalui pemerhatian terhadap pelakuan orang lain. Mula meniru tindakan yang mereka tidak pernah lakukan sebelum ini. Pembelajaran bayi bergantung kepada pengalaman sensori dan motor (menggenggam, menghisap, mendengar dan lain-lain). PERINGKAT PRAOPERASI ( 2 – 7 TAHUN ) Mula berfikir secara logik tapi belum dapat menguasai kebolehan memproseskan pemikiran mengikut peraturan-peraturan yang logik. Mempratikkan kemahiran yang baru diperoleh dengan menggunakan simbol untuk mewakili objek. Cth : kanak-kanak prasekolah suka bermain masak-masak, berlagak memandu kereta. Semakin maju dalam penguasaan dan penggunaan bahasa. Belum dapat bezakan antara sifat-sifat benda hidup dan benda bukan hidup. Kanak-kanak mempunyai imaginasi bahawa batu adalah hidup dan pokok boleh befikir seperti manusia (animism). Kanak-kanak masih belum dapat membezakan pandangan orang lain dengan diri sendiri (egosentrisme) Memusat kepada kepentingan diri dan sukar menerima pendapat orang lain Kanak-kanak menghadapi kesukaran mengoperasi konsep, misalnya walaupun boleh mengira secara urutan, mereka tidak memahami operasi bilangan. INGKAT OPERASI KONKRIT ( 7 – 11 TAHUN ) Kanak-kanak telah mula berkemampuan berfikir secara logik. Tetapi keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada konkrit sahaja. Dapat dilihat apabila kanak-kanak memperoleh konsep keabadian atas kuantiti sesuatu bahan walaupun bahan itu mengalami perubahan yang ketara. Boleh menguasai prinsip pengelasan - dapat mengklasifikasi objek ke dalam set atau kumpulan berdasarkan sesuatu ciri. Contoh, pengelasan mengikut ciri, warna, saiz dan bentuk. Boleh menguasai perkaitan logik - berkebolehan untuk menyusun dalam minda mereka senarai secara siri ketinggian, berat atau jantina. Contohnya, membezakan diantara orang yang lebih tinggi atau lelaki dan perempuan. Tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir secara abstrak. PERINGKAT OPERASI FORMAL ( 11 TAHUN KE Dapat melakukan andaian dan ramalan berdasarkan fakta. Tidak lagi tertumpu kepada objek konkrit semata. Piaget berpendapat mereka sebenarnya dapat berfikir secara logik ,termasuk berfikir secara abstrak, berfikir secara sistematik dan membuat hipotesis. Contohnya mampu memberi idea tentang punca sesuatu perkara. Pemikiran hipotesis membolehkan kanak-kanak itu meramalkan “apa yang mungkin berlaku “ daripada “apa yang akan berlaku”. Menguasai kebolehan untuk menyelesaikan masalah dengan kombinasi pengetahuan ,pengalaman dan kemahiran. TERIMA KASIH