Anda di halaman 1dari 46

PENGENALAN ILMU TAMADUN

JANUARI 2021
Takrif dan prinsip asas Tamadun

“… pencapaian manusia dalam


bentuk kota, sistem tulisan,
kesenian, seni bina, kepercayaan,
undang-undang dan politik”
(M.A.J. Beg, 1985)
Takrif dan prinsip asas Tamadun
“… keadaan masyarakat manusia
yang dicirikan atau didasarkan pada
taraf kemajuan kebendaan serta
perkembangan pemikiran sosial,
budaya, politik dll dan peradaban”
(Kamus Dewan, 1998)
TAMADUN DARI SEGI BAHASA
TAMADUN DARI SEGI BAHASA

ERTI TAMADUN

ARAB MELAYU INGGERIS


TAMADUN DARI SEGI BAHASA

ERTI TAMADUN

ARAB MELAYU INGGERIS


UMRAN PERADABAN URBANIZATION
HADHARAH KEBUDAYAAN RENAISSANCE
MADANIYYAT KEMAJUAN CULTURE
THAQAFAH CIVILIZATION
TAMADUN
`umran
“…dari perkataan `amara, ya`muru, umranan iaitu
membangun, membina, hidup, berumur”

Iaitu suatu kawasan tanah di mana sekumpulan


masyarakat yang tinggal menetap di situ dalam
keadaan yang berkembang subur lagi makmur.
(Ibn Khaldun, 14M)
hadharah
“…dari kata akar hadhara, yahdhuru, hadhratan”

Iaitu suatu wilayah yang mengandungi aspek


kehidupan sosial dan nilai yang berdasarkan
ajaran agama apabila dibentuk kehidupan
bernegara dengan kota pertahannya serta
kehidupan secara kolektif yang tersusun.
(Ibn Khaldun dan Malik Ben nabi, 20M)
madaniyyat
“…dari kata akar ‘madinah’ iaitu bandar”

Iaitu suatu peringkat yang tertinggi dalam


kehidupan kebendaan sesebuah masyarakat yang
jelas kelihatan dalam aspek pembangunan,
perancangan dan penyusunan bandar serta
penyediaan kemudahan infrastruktur.
(Farid Wujdi dan Muhamad Abduh, 20M)
thaqafah

Iaitu pencapaian dari sudut pemikiran,


bahasa dan segala yang berhubung
dengannya.
ISTILAH TAMADUN

ERTI TAMADUN

ARAB MELAYU INGGERIS


UMRAN PERADABAN URBANIZATION
HADHARAH KEBUDAYAAN RENAISSANCE
MADANIYYAT KEMAJUAN CULTURE
THAQAFAH CIVILIZATION
TAMADUN
peradaban

Iaitu keadaan dan tingkat kemajuan rohani


dan jasmani sesuatu bangsa atau
masyarakat.
kebudayaan
“…dari perkataan budaya iaitu tamadun,
peradaban, cara berkelakuan (berfikir dsb),
kemahuan (akal budi)”

Iaitu keseluruhan cara hidup (yang merangkumi


cara bertindak, berkelakuan dan berfikir) serta
segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa
kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat.
kemajuan

Iaitu taraf kehidupan yang bertambah baik


dari sedut ekonomi, pentadbiran,
pendidikan dan lain-lain.
ISTILAH TAMADUN

ERTI TAMADUN

ARAB MELAYU INGGERIS


UMRAN PERADABAN URBANIZATION
HADHARAH KEBUDAYAAN RENAISSANCE
MADANIYYAT KEMAJUAN CULTURE
THAQAFAH CIVILIZATION
TAMADUN
civilization
“…dari perkataan:
 ‘civitas’ iaitu bandar
 ‘civil’ iaitu berkenaan manusia dan masyarakat
 ‘civic’ berkenaan kehidupan rasmi dan hal ehwal
bandar atau rakyat”

Iaitu kemajuan dalam tingkat penghidupan


manusia yang meliputi aspek pemikiran dan
kebendaan.
culture
“...Perkembangan kecerdasan manusia dari sudut fizikal,
daya fikir, semangat melalui latihan dan pengalaman”

Iaitu perkara yang berkaitan dengan agama,


senibina, seni lukis, akhlak dan adat istiadat.
Disebut juga cara hidup sesuatu masyarakat.
renaissance

Iaitu kebangkitan ke zaman pembaharuan.


urbanization

Iaitu perubahan kawasan luar bandar


menjadi bandar
ISTILAH TAMADUN
ISTILAH TAMADUN
 dari perkataan arab “tamadun”
 mula diperkenalkan oleh Dr Jurji Zaidan, 1904
 dari asal perkataan “madana” iaitu kehalusan budi
pekerti dan akhlak mulia seperti orang kota.
 dari kata akar ‘tamaddana’, ‘yatamaddanu’, ‘tamaddunan’
Iaitu: 1. Pemilihan sesuatu tempat untuk didiami
2. Membangunkan sesuatu kawasan sehingga
menjadi bandar
3. Fenomena perubahan daripada liar kepada maju.
ISTILAH TAMADUN

Oleh itu istilah TAMADUN membawa erti:

“kehidupan kota yang menghasilkan


pencapaian yang tinggi di dalam pelbagai
aspek kehidupan manusia samada
kerohanian atau kebendaan”.
TAMADUN DARI PELBAGAI
PERSPEKTIF
PERSPEKTIF BARAT, MELAYU DAN
ISLAM

PERSPEKTIF TAMADUN

BARAT MELAYU ISLAM


PERSPEKTIF TAMADUN BARAT,
MELAYU DAN ISLAM

PERSPEKTIF TAMADUN

TAMADUN BARAT TAMADUN MELAYU TAMDUN ISLAM

Arnold Toynbee Abu Bakar Hamzah Ibn Khaldun

J.K. Fiebleman W. Hashim W. Teh Muhammad R.Redha

E.B. Taylor Sayyid Qutb

Oswarld Spengler Said Hawa

Will Durant Umar Audah

Muhammad al-Bahiy
Perspektif Tamadun Barat

Arnold Toynbee:
Tamadun ialah suatu sistem masyarakat yang
dapat membantu manusia menambah hasil
pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai
empat elemen iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem
politik, pengetahuan dan seni.
Perspektif Tamadun Barat

J.K. Fiebleman:
Tamadun ialah kepandaian mengeksploitasi
material oleh masyarakat. Dengan perkataan lain,
proses masyarakat ke atas material dengan sendiri
menjadikannya barang baru bagi sesuatu
keperluan.
Perspektif Tamadun Barat

E.B. Taylor:
Tamadun ialah suatu rangkaian rumit yang
merangkumi aspek-aspek keilmuan, kepercayaan,
kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi,
bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh
masyarakat.
Perspektif Tamadun Barat

Oswald Spengler:
Tamadun Barat lebih mementingkan kebendaan,
kerana kebendaan itu yang membawa kemajuan.
Perspektif Tamadun Barat

Will Durant:
Tamadun ialah peraturan masyarakat yang dapat
membantu meningkatkan pengeluaran,
kebudayaan dan ia merangkumi empat elemen,
iaitu somber ekonomi, sistem politik, tradisi
moral dan kesenian.
PERSPEKTIF TAMADUN BARAT,
MELAYU DAN ISLAM

PERSPEKTIF TAMADUN

TAMADUN BARAT TAMADUN MELAYU TAMDUN ISLAM

Arnold Toynbee Abu Bakar Hamzah Ibn Khaldun

J.K. Fiebleman W. Hashim W. Teh Muhammad R.Redha

E.B. Taylor Sayyid Qutb

Oswarld Spengler Said Hawa

Will Durant Umar Audah

Muhammad al-Bahiy
Perspektif Tamadun Melayu

Abu bakar Hamzah (1972):

Tamadun ialah sesuatu yang lahir dan


berkembang bersama-sama dengan kehidupan
manusia dan perkembangan yang lahir
daripadanya, samada sesuatu yang berupa
niskala (abstrak) mahupun yang berupa sekala
(material).
Perspektif Tamadun Melayu

Wan Hashim Wan The (1997):

Pencapaian tinggi pemikiran ahli


masyarakatnya dalam aspek budaya dan
kesusasteraan, agama dan moral, pelbagai
aspek kesenian, tatsusila iaitu adab, budi
pekerti, serta organisasi politik atau
kemampuan mewujud dan menguruskan
sesebuah kerajaan yang demokratis.
Perspektif Tamadun Melayu

…Wan Hashim Wan Teh (1997):

..Termasuk dalam konsepsi tamadun ialah


kemajuan dalam pengurusan ekonomi dan
perdagangan serta peningkatan dalam
teknologi yang berkemampuan meningkatkan
keselesaan hidup manusia.
PERSPEKTIF TAMADUN BARAT,
MELAYU DAN ISLAM

PERSPEKTIF TAMADUN

TAMADUN BARAT TAMADUN MELAYU TAMDUN ISLAM


Arnold Toynbee Abu Bakar Hamzah Ibn Khaldun

J.K. Fiebleman W. Hashim W. Teh Muhammad R.Redha

E.B. Taylor Sayyid Qutb

Oswarld Spengler Said Hawa

Will Durant Umar Audah

Muhammad al-Bahiy
Perspektif Tamadun Islam

Ibn Khaldun:
Tamadun ialah kemuncak pembangunan yang
berkait dengan peningkatan kemewahan,
keindahan suasana dan minat kepada pelbagai
aspek industri yang boleh mempertingkatkan
kualitinya. Ini termasuk keperluan kepada bahan-
bahan makanan, pakaian, peralatan rumah tangga
dan sebagainya.
Perspektif Tamadun Islam

Muhammad Rasyid Redha:


Agama adalah asas tamadun. Ini kerana
peningkatan unsur maknawi (spiritual) akan
mendorong kebangkitan fizikal. Rasionalnya
semua tamadun di dunia ini ditegakkan
berasaskan kepercayaan agama. Peningkatan atau
kemusnahan sesuatu tamadun itu bergantung
kepada keteguhan pegangan agama atau
sebaliknya.
Perspektif Tamadun Islam

Sayyid Qutb:
Tamadun Islam ialah segala bentuk kemajuan
yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat
seperti sistem sosial, pemerintahan, politik,
ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan
syariat Allah, serta bercirikan nilai-nilai moral
Islam.
Perspektif Tamadun Islam

Umar Audah al-Khatib:


Tamadun ialah himpunan ilmu pengetahuan,
syariat, peraturan tradisi dan moral yang
menunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi,
akhlak, politik, kesenian dan seluruh kehidupan
kebendaan dan kerohanian dalam sesuatu sejarah.
Perspektif Tamadun Islam

Muhammad al-Bahiyy:
Tamadun ialah keseluruhan penghasilan atau
produktiviti yang mengambarkan nilai
keperibadian manusia samada berbentuk falsafah,
pengetahuan, kesenian, politik, kesusasteraan dan
lain-lain.
CIRI-CIRI TAMADUN
CIRI-CIRI TAMADUN
 Kerajaan / sistem pentadbiran
 Kemajuan teknologi
 Kota / bandar
 Organisasi sosial yang tersusun
 Perkembangan ekonomi
 Mempunyai kepercayaan tertentu dan agama
 Tulisan dan bahasa
 Perkembangan ilmu pengetahuan
KESIMPULAN
KESIMPULAN

Takrif, konsep dan prinsip-prinsip asas


tamadun yang dibincangkan menggabungkan
suatu idealisme kesejagatan persepsi tentang
perkembangan kehidupan manusia. Antara
Barat dan Islam tiada perbezaan dari segi
menentukan tamadun adalah pencapaian,
perkembangan dan kemajuan oleh sesuatu
masyarakat. Yang berbeza ialah asas, sumber
dan matlamat yang dibawa oleh tamadun
disebalik pencapaian itu. Tamadun Islam
adalah yang diwahyukan oleh Allah SWT
manakala tamadun Barat dan lainnya dibentuk
oleh pemikiran dan pengalaman manusia.

Anda mungkin juga menyukai