Anda di halaman 1dari 13

C. Penulisan Akademik 7.2.

1 Isu Lesbian Gay Biseksual Transgender (LGBT) di Malaysia Pengenalan Masalah kekeliruan gender semakin mendapat perhatian ramai masyarakat di Malaysia ketika ini. Jika di luar negara, isu ini sudah menjadi kebiasaan dan golongan ini telah diangkat ke tahap yang perlu dihormati sehingga perkahwinan sesama jenis adalah dihalalkan di sana. Lihat sahaja role model mereka iaitu artis barat yang banyak mengalami kekeliruan gender ini. Berbeza dengan masyarakat di Malaysia, kerana di sini kita masih mempunyai agama dan adat resam yang perlu dipatuhi oleh setiap kaum di Malaysia. Di Malaysia juga, golongan ini diselar, dipandang serong dan mendapat tentangan sepenuhnya oleh masyarakat sehingga pihak atasan seperti Majlis Fatwa Kebangsaan. Tetapi golongan ini dengan kurang ajarnya tidak mempedulikan dengan sebarang fatwa dan teguran yang telah dikeluarkan, malah mereka berani menentang dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bodoh tanpa rasa segan dan bersalah. Mereka lebih suka hidup dalam kesesatan berterusan tanpa mahu mengadakan sebarang perubahan dalam hidup mereka. Apakah motif mereka jadi begitu? Mungkin mereka ingin mendapat perhatian orang ramai dengan sikap mereka yang menjengkelkan atau mungkin juga mereka ingin memperlihatkan diri mereka lebih hebat berbanding dengan orang lain kerana mereka berbeza dari orang sekeliling mereka. Pelbagai gelaran diberikan kepada golongan manusia yang mempunyai kekliruan gender ini dan golongan seperti ini dinamakan Lesbian Gay Biseksual Transgender (LGBT). Sejak akhir-akhir ini, gejala berkaitan isu cinta dan hubungan sejenis menjadi semakin ketara dalam kelompok masyarakat di negara ini. Ia sering menimbulkan pelbagai reaksi anggota masyarakat, malah menjadi punca kepada konflik sesama mereka. Hakikatnya, telah wujud sekelompok anggota masyarakat yang secara terang-terangan telah menerima dan mengakui diri mereka sebagai pengamal kepada aktiviti ini yang lebih dikenali sebagai lesbian, gay, biseksual dan transgender atau LGBT. Dalam menangani gejala ini, sudah pasti wujud di kalangan

masyarakat yang membantah, mahupun yang menyokongnya, atau tidak berpihak kepada mana-mana puak. Namun bagi masyarakat yang berpegang kuat kepada ajaran agama, malah juga bagi kebanyakan mereka yang berpegang kepada nilainilai murni adat resam kehidupan, sudah pasti menolaknya dan melihat ia sebagai satu gejala yang tidak bermoral, menentang ajaran agama, dan menyalahi aturan fitrah dan tabii. Apa itu Lesbian? Lesbian adalah perkataan Inggeris, iaitu wanita yang mempunyai tarikan seksual atau romantik terhadap wanita lain. Penggunaan istilah ini dikatakan seawal 1870. Perkataan lesbian daripada kata sifat merujuk Pulau Lesbos di Greek. Lesbos pada zaman silam dikatakan ada hubungkait dengan wanita homoseksual kerana Sappho (625-570 Sebelum Masihi), pemuisi di pulau itu ada menggambarkan tarikan seksual seorang wanita kepada wanita lain. Hubungan lesbian juga menjadi satu kebiasaan di kalangan wanita pada zaman Sparta dulu di Greek. Ahli sejarah Romawi, Plutarch menyatakan: Cinta sangat disanjungi di kalangan mereka, remaja perempuan juga menjadi objek berahi bagi wanita bangsawan. Ahli seni lama Greek Lucian menggunakan lesbian sebagai kata sifat untuk merujuk kepada wanita homoseksual tetapi istilah yang selalu digunakan oleh penulis silam memberi makna sama ada wanita berkelakuan lelaki atau wanita yang ada hubungan seks dengan wanita lain. Dari tahun 1920-an, lesbian menjadi istilah yang biasa digunakan. Sesetengah wanita yang terbabit dalam hubungan jantina sama jenis tidak menampilkan imej dirinya lesbian tetapi sebagai biseksual, iaitu suka kepada keduadua jantina, lelaki dan wanita serta sikap ganjil yang lain. Islam dari awal mengecam keperibadian buruk seperti itu, lebih-lebih lagi apabila ia bertentangan dengan fitrah semula jadi manusia. Wanita yang memiliki ciri-ciri lesbian dapat dilihat melalui penonjolan sifatsifat sejati seorang wanita. Lesbian ini seorang yang homoseksual dimana mereka kadang-kadang bisekual. Golongan lesbian ini sangat menyukai wanita cantik dan seksi. Kadang-kadang sesetengah lesbian ini kuat cemburu. Di samping itu, golongan seperti ini suka keluar berhibur dan berpesta dengan rakan-rakan di kelab-

kelab. Mereka mempunyai pesta wajib iaitu Ladies Night yang diadakan di kelab malam. Tambahan pula, mereka sesame golongan sendiri sanggup melakukan seks sesama mereka. Golongan lesbian ini ternyata berpaksikan kepada kepercayaan bahawa hanya seorang wanita yang memahami kehendak dan keinginan seorang wanita. Apa itu Gay? Sebutan gay seringkali digunakan untuk menyebut lelaki yang memiliki kecenderungan mencintai sesame jenis. Menurut Duffy dan Arwater (2005), definisi gay yakini lelaki yang mempunyai orientasi seksual terhadap sesama lelaki. Gay bermaksud komuniti lelaki yang meminati lelaki dan tidak mempunyai perasaan terhadap golongan wanita walaupun wanita tersebut cantik dan bergaya. Lelaki gay ini lebih menjurus kepada sifat lelaki berwatak keperempuanan, berdasarkan pola perlakuan yang dilabel sebagai pondan, bapuk dan mak nyah. Perkataan pondan memerihalkan perlakuan lelaki berlagak perempuan dalam pelbagai cara. Darai. Dalam dialek Kedah, lelaki bersifat keperempuanan ini dipanggil Manakala bapuk, mak nyah pula merupakan perkataan yan g lebih

kontemporari sifatnya. Perkataan mak nyah dipercayai mula digunakan dalam kalangan masyarakat Melayu Singapura. Kini perkataan mak nyah lebih kerap digunakan sebagai alternatif pada perkataan pondan yang diterima pakai secara bebas dalam kosa kata perbendaharaan bahasa Melayu moden di Malaysia. Terdapat usaha dalam akhbar bahasa Melayu yang melaporkan isu homoseksualiti dengan melazimkan penggunaan perkataan pondan sama makna dengan gay yang merujuk secara langsung kepada lelaki homoseksual. Perkataan ini meletakkan status homoseksualiti pada suatu kedudukan yang tidak sesuai, kelihatan sumbang dengan cacat cela dalam latar budaya di Malaysia. Dari sudut sosiolinguistik perkataan pondan, darai, bapuk, mak nyah dari satu segi merendahkan atau memandang serong kepada lelaki bergaya perempuan yang dianggap menyimpang dalam masyarakat Melayu di Malaysia. Apa itu Biseksual? Menurut Krafft-Ebing, salah seorang seksologis Jerman mengistilahkan biseksual sebagai psychosexual hermaphroditism iaitu kewujudan dua keinginan

seks yang berbeza dalam satu jantina atau kejadian wujudnya ciri-ciri lelaki dan wanita dalam satu tubuh (Bowie dalam Storr, 1999). Menurut Ellis (dalam Storr, 1999) dalam pengertian umumnya, biseksual adalah orientasi seksual yang mempunyai ciri-ciri berupa tarikan dari segi seksual, cinta mahupun keinginan hawa nafsu terhadap lelaki dan perempuan. Menurut Masters (1992), biseksual adalah istilah untuk orang yang tertarik secara seksual baik terhadap lelaki mahupun perempuan. Biseksual juga didefinisikan sebagai orang yang memiliki ketertarikan secara psikologi, emosional dan seksual kepada lelaki dan perempuan (Robin & Hammer, 2000 dalam Matlin, 2004). Dari beberapa pengertian di atas, dapat disimpulkan bahawa biseksual adalah istilah bagi seseorang yang mempunyai orientasi seksual yang memiliki ketertarikan terhadap kedua-dua jantina baik dari segi, psikologi, emosional dan seksual.

Apa itu Transgender? Transeksual atau transgender ialah satu keadaan di mana seseorang cenderung mengenalpasti diri mereka dengan gender yang tidak konsisten dengan jantina biologi mereka, dan biasanya mereka akan melakukan beberapa usaha perubatan untuk menukar keadaan fizikal mereka supaya menyerupai jantina berlawanan. Menurut beberapa pengkaji, golongan transeksual mengalami kecelaruan gender iaitu merasai dirinya terperangkap dalam tubuh yang salah, di mana mereka berkeinginan untuk memiliki jantina yang berlawanan dari yang ditentukan kepada mereka sejak lahir (Ismail Tambi, 2007; Hamdan Abd. Kadir, 2007; Teh, 2001; Benjamin, 1999; Ekins dan King,1997; Wan Azmi Ramli, 1991). Kecelaruan gender yang dialami oleh mereka, terutama di kalangan lelaki, menjadi isu yang sering diperkatakan dalam perbincangan umum dan kajian akademik di Malaysia lantaran kewujudan mereka yang semakin menonjol pada hari ini (lihat umpamanya tulisan Hafizahril Hamid 2010; Hamdan Abdul Kadir et al., 2007; Zulhizzam, 2005; Teh, 2002, 2001).

Fenomena transeksualisme telah dikesan dalam ketamadunan di seluruh dunia termasuklah di Malaysia sejak lama dahulu, dengan pelbagai gelaran tempatan diberikan kepada golongan ini. Kepesatan globalisasi budaya ekoran kemajuan dalam sistem teknologi komunikasi kini menjadi penyumbang kepada sebaran budaya ini (lihat Suriati Ghazali, Azilah Mohamad Nor dan Jabil Mapjabil, Narimah Samat dan Jas Laile Suzana Jaafar, 2010). Di samping itu, persekitaran yang mempunyai infrastruktur komuniti serta sistem sokongan sosial baik, telah menjadi penyumbang kepada pengukuhan identiti golongan ini (Nash, 2005; Ringo, 2002; Teh, 2002, 2001; Binnie dan Valentine, 1999; Bell dan Valentine, 1995; Nanda, 1999; Grimaldi dan Jacobs, 1996). Kini masyarakat di Malaysia seperti semakin menerima fenomena transeksualisme, dan gaya hidup transeksual semakin menjadi kelaziman kepada masyarakat.

Statistik LGBT di Malaysia Menurut Prof. Dr. Teh Yik Koon, berdasarkan anggaran yang dibuat oleh sebuah NGO yang dikenali sebagai Pink Triangle Foundation : Terdapat 10,000 Mak Nyah di Malaysia di mana 50.7% adalah Melayu, 27.5% Cina, 7.8% India dan 14% adalah daripada lain-lain kumpulan etnik minoriti (Teh, 1998:169). Bengkel Konsensus Kebangsaan Estimation and Projection of the HIV yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan bantuan pakar daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 26-29 Mei 2009, Expert Group Opinion on Estimation of Most at Risk Populations (MARPs) menganggarkan terdapat seramai 173,000 gay, 50,000 pekerja seks perempuan, 5,000 pekerja seks lelaki dan 5,000 transeksual di Malaysia. Pergerakan LGBT di Malaysia Kini isu LGBT menjadi suatu fenomena sosial yang lazim di Malaysia. LGBT didedahkan secara ketara oleh media massa pada awal dekad 1990an sebagai suatu gejala yang lahir daripada kemewahan ekonomi negara. Dengan motif untuk mendapatkan keuntungan, bahan cerita mengenai golongan LGBT di media massa dikisahkan dengan penuh sensasi. Dalam masyarakat Malaysia yang agak tertutup tentang seksualiti, isu LGBT dibongkar oleh media massa dalam bentuk pengakuan, kisah benar, dan luahan hati. Walaupun negara kita mempunyai undang-undang sekular dan Islam (Syariah) yang mengharamkan sama sekali perlakuan dan gaya hidup homoseksual, kewujudan gay scene di negara kita tidak kurang he batnya jika dibandingkan dengan negara-negara yang telah dapat menerima dan menghalalkan homoseksual seperti Thailand dan Belanda. Gay scene di negara kita boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama. Namun secara umumnya semuanya adalah berdasarkan kepada satu tujuan utama iaitu untuk memuaskan nafsu masing-masing. Di Malaysia, kelab hiburan untuk golongan gay telah wujud di negara kita sejak akhir tahun 70-an lagi. Kelab hiburan ini bukan dijalankan secara sembunyisembunyi atau underground. Masyarakat sekeliling dan pihak berkuasa amat sedar akan kewujudannya. Tidak pernah ada tindakan untuk mengharamkan premispremis perniagaan ini kerana secara undang-undangnya perniagaan kelab hiburan

ini adalah suatu yang sah. Selagi mereka tidak melakukan perlakuan yang melanggar undang-undang pihak berkuasa tidak dapat mengambil tindakan. Suatu ketika dahulu disko bernama Matahari yang lokasinya kini telah menjadi Pasar raya SOGO di Jalan Tunku Abdul Rahman merupakan tempat berkumpulnya golongan gay pada setiap hujung minggu. Setelah itu pada awal tahun 80-an muncul pula sebuah kelab yang terletak di Bukit Bintang dan masih lagi meneruskan perniagaannya sehingga ke hari ini. Pada hari ini terdapat lebih daripada 10 kelab hiburan gay di Kuala Lumpur yang merupakan kelab hiburan bagi golongan gay yang bukan saja menjadi tempat berhibur, bertemu rakan-rakan malah tempat mencari pasangan. Golongan gay juga telah menggunakan taman dan tempat-tempat awam lain untuk mencari pasangan mereka. Hanya segelintir dari mereka yang mencari cinta di kawasan-kawasan ini. Majoritinya hanya mencari pasangan untuk memuaskan nafsu. Tidak kurang juga yang lebih berani untuk melepaskan nafsu di tempat berkenaan seperti di dalam kenderaan atau di sebalik rimbunan pokok bunga. Bermula dengan Padang Kelab Selangor atau Dataran Merdeka pada hari ini yang mendapat gelaran Green Carpet dalam kalangan gay pada awal tahun 70 -an, berpindah kepada kawasan tempat letak kereta di belakang Hotel Kowloon di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada tahun 80-an. Kemudian, sekitar tahun 90-an kawasan tempat letak kereta berhampiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang lebih dikenali sebagai Jurassic Park dalam kalangan gay dan kini beralih kepada Taman Tasik Permaisuri yang juga di kenali sebagai Lost World dan taman di Kelana Jaya berhampiran Stadium Petaling Jaya dan MAS Training Centre. Pada awal tahun 2000 menyaksikan pula wujudnya spa-spa yang menjadi medan tempat golongan gay memuaskan nafsu mereka. Spa-spa ini bukan sahaja menyediakan bilik mandian wap (steam room) malah bilik-bilik gelap untuk pengunjung melakukan seks. Dalam keadaan yang gelap itu mereka tanpa segan silu melakukan seks beramai-ramai dan bertukar-tukar pasangan. Kini wujud pula rumah-rumah urut yang sebenarnya bukan menawarkan khidmat urut tetapi khidmat seks kepada pengunjungnya. Pengunjung boleh memilih tukang-tukang urut yang sebenarnya pelacur-pelacur lelaki yang mereka sukai dengan bayaran bermula daripada RM100 untuk satu jam perkhidmatan. Ramai

mungkin tidak menyedari perkara ini. Namun ia telah menjadi suatu perkara biasa dalam kalangan gay di Malaysia. Malah pelancong luar negara juga telah biasa dengan nama-nama seperti Fresh, Friendly, Haven, Khun, Jari Mas, Arlena dan banyak lagi. Punca-punca berlakunya LGBT Pada zaman globalisasi kini banyak faktor yang mampu meruntuhkan institusi sosial atau moral manusia dengan sekelip mata sahaja. Pelbagai pendekatan yang digunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab yang mampu menyebabkan manusia terus hanyut di dalam dunia yang tidak bermoral demi keuntungan diri sendiri. Banyak perkara yang dahulunya dianggap devian kerana melanggar norma masyarakat tetapi tidak lagi kini kerana menganggap ia perkara normal kerana arus modenisasi. Banyak faktor masalah sosial terutamanya masalah LGBT ini berlaku. Antara faktor tersebut ialah didikan ibu bapa, pengaruh rakan-rakan, faktor genetik dan faktor pengaruh dari barat. Ramai yang mengakui bahawa didikan ibu bapa, rakan sebaya dan suasana persekitaran yang bertanggungjawab menyebabkan terjebaknya seseorang itu dalam gejala LGBT ini. Ia mungkin berlaku disebabkan oleh didikan dan layanan ibu bapa terhadap anak-anak di masa kecil kerana kebanyakkan ibu bapa pada zaman moden ini tidak menerapkan nilai-nilai agama dan nilai-nilai murni pada anak-anak. Pengaruh rakan sebaya dan persahabatan yang terlalu rapat sesama jantina juga menyebabkan terjadinya fenomena LGBT. LGBT juga dipercayai bermula di sekolah dan institut pengajian tinggi yang berasrama penuh. Bagi pelajar lelaki institusi pengajian tinggi ini, pendedahan yang keterlaluan dengan bahan pornografi sama ada dari video, cakera padat, majalah serta internet mendorong mereka untuk melakukan perkara yang sama dan mereka merasa ingin mencuba sesuatu yang baru. Faktor semula jadi pula merujuk kepada kesan pengaruh biologikal seperti faktor genetik, hormon, struktur, fungsi, dan saiz bahagian otak namun tidak dapat diterima oleh majoriti masyarakat. Faktor keturunan atau gen, iaitu adanya ketidakseimbangan jumlah hormon pada diri seseorang sejak lahir dan jumlah hormon wanita cenderung lebih besar daripada lelaki. Hal ini dapat mempengaruhi

sifat dan perilaku si lelaki tersebut. Jati diri kewanitaan biasanya lebih kuat, sehingga mereka cenderung berkelakuan seperti wanita dan selalu tertarik terhadap aktiviti yang dilakukan wanita sekali gus tertarik kepada lelaki yang tampan. Tidak dapat dinafikan juga bahawa pengaruh budaya barat merupakan salah satu faktor utama yang menyebabkan terjadinya LGBT di Malaysia. Budaya barat dianggap sebagai budaya yang berpengaruh dalam kehidupan masa kini. Bagi masyarakat Barat, LGBT bukan sesuatu tingkah laku luar biasa atau devian, malah beberapa negara Barat seperti Belanda dan Britain mengiktiraf kedudukan LGBT. Ia semakin ketara apabila kajian mendapati 50% rakyat Amerika Syarikat menyatakan bahawa tingkah laku LGBT adalah sesuatu yang tabii dan bukan pilihan hidup mereka. Kesan LGBT Aktiviti LGBT ini banyak memberi kesan tidak kira ke atas individu, masyarakat mahupun keluarga. Individu yang mengamalkan cara hidup

homoseksual ini mungkin akan menghadapi tekanan dari segi mental dan emosi. Golongan ini akan merasa diri mereka dihina masyarakat yang menganggap mereka sebagai orang asing serta tidak mendapat layanan seperti orang lain dan sering dilihat sebagai pelik. Malah Penglibatan mereka tidak dapat diterima secara keseluruhan kerana masyarakat merasakan terdapat jurang antara mereka dan orang lain. Ini akan menyebabkan timbulnya tekanan yang melampau kepada golongan ini dan menyebabkan mereka hanya bergaul bersama rakan-rakan sejenis tanpa mempedulikan keadaan persekitaran. Hal ini akan berlarutan sehingga timbulnya konflik di dalam diri sehingga menyebabkan mereka berasa terasing dan seterusnya tidak dapat kembali menjalani kehidupan yang normal seperti manusia lain. Kesan lain daripada LGBT ini adalah kebarangkalian menghidapi penyakit yang berbahaya. Pengamalan seksual antara golongan ini menyebabkan mereka perlu lebih berhati-hati dan bertanggungjawab kepada kepelbagaian masalah kesihatan seperti AIDS dan STD. Walaupun jangkitan AIDS dan STD disebabkan oleh pelbagai faktor, tetapi golongan homoseksual sering dijadikan penyebab utama. Penyakit ini mampu memberikan kesan yang besar terhadap hidup mereka serta penyisihan masyarakat akan menyebabkan mereka berasa tersisih dan terpinggir.

Di samping itu, aktiviti LGBT ini juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada keluarga mereka. Aktiviti mereka dianggap akan menimbulkan malu kepada keluarga. Ahli keluarga mula berasa malu untuk mengakui salah seorang ahli keluarga mereka berada dalam golongan tersebut. Ini menyebabkan ikatan kekeluargaan menjadi longgar dan akan menimbulkan unsur-unsur negatif yang akan disalurkan dalam jiwa golongan homoseksual ini. Golongan homoseksual ini juga akan mula membentuk institusi kekeluargaan mereka sendiri dan sekali gus akan memusnahkan populasi semulajadi dalam masyarakat sekali gus ia juga melibatkan masyarakat kerana aktiviti ini memusnahkan kekuatan moral. Penekanan diberikan pada golongan homoseksual yang melakukan

hubungan seksual di luar tabii. Aktiviti ini diketahui mencatatkan sahsiah budaya dan kesatuan masyarakat serta budaya masyarakat setempat. Ia juga

mencerminkan kemunduran dan apabila masyarakat menjadi terlalu terbuka, segala perbuatan yang di luar tabii manusia akan timbul dan ini menjadi faktor penggalak pada keruntuhan sahsiah masyarakat. Masalah keruntuhan akhlak akan berleluasa menyebabkan negara hilang ketamadunan. Cadangan Penyelesaian Isu LGBT Oleh itu beberapa pendekatan perlu dilakukan untuk merawat, memulih, menukar orientasi, identiti, gejala LGBT di peringkat usia remaja sebelum menjadi tidak terkawal apabila dewasa. Bagi mereka yang terlibat dengan amalan luar tabi`i ini perlu diberikan nasihat dan bimbingan secukupnya agar mereka sedar tentang kesalahan yang mereka lakukan dan kembali ke jalan yang diredai Tuhan serta menjalani kehidupan yang tabi`i. individu tersebut seharusnya mendapatkan khidmat kaunseling, secara tidak langsung tekanan yang dihadapi akan berkurangan. Selain itu, sentiasa

mendekatkan diri dengan Pencipta Alam dengan memenuhi tuntutan agama dan menghadiri majlis-majlis agama yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu. Keluarga merupakan pembimbing ataupun pendidik terdekat khususnya anakanak. Ibu bapa haruslah memainkan peranannya sebagai pembimbing dalam membentuk jati diri anak-anak dengan memberikan didikan dan ajaran yang sempurna dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi, dan bukan menggalakkan

aktiviti dan gejala yang tidak sihat yang bertentangan dengan norma kehidupan seorang manusia. Dalam mendidik anak-anak terutamanya ibu bapa perlulah menjaga batas pergaulan anak-anak sebagai contoh memisahkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan apabila umur mereka mencecah tujuh tahun. Selain, ibu bapa perlulah mengawasi tingkah laku anak-anak sebagai contoh anak lelaki tidak seharusnya bermain anak patung dan tidak boleh dipakaikan pakaian seperti perempuan kerana ini mungkin mempengaruhi minda anak tersebut. Ibu bapa juga perlulah memberi perhatian dalam mendidik anak dengan meluangkan masa bersama mereka dan mengetahui permasalahan mereka secara mendalam bagi mengelakkan kekeliruan. Cabaran ibu bapa bermula apabila anak meningkat remaja ataupun akil baligh ini kerana mereka perlu dibimbing bagi membentuk identiti mereka supaya mereka tidak celaru dan sentiasa mendapat sokongan dan motivasi daripada keluarga. Guru-guru di sekolah perlu berperanan bagi mengubah jiwa dan pemikiran kanak-kanak yang mempunyai kecenderungan bertentangan dengan fitrah jantina. Guru-guru kaunseling dan agama sepatutnya membuat pelbagai kegiatan yang boleh mendorong kanak-kanak dan pelajar berminat memakai pakaian dan bersikap berdasarkan jantina mereka. Pengaruh rakan-rakan dan media juga merupakan faktor kepada penularan kegiatan LGBT. Kumpulan gay dan lesbian di Barat begitu aktif menyiarkan aktiviti mereka dalam laman web dengan pelbagai cara untuk menghasut manusia mengikuti kumpulan mereka. Umat Islam terutamanya remaja yang menghadapi kekosongan jiwa atau kehausan hawa nafsu memilih corak kehidupan gay atau lesbian bagi menutup kegiatan mungkar mereka. Perkara berkaitan hawa nafsu dan bisikan syaitan perlu diatasi secara pengisian dan latihan kerohanian. Kerajaan masih menyediakan perkhidmatan sokongan sosial bagi membantu golongan ini terutamanya kepada yang ingin kembali ke pangkal jalan. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat dengan kerjasama sebuah pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) telah menubuhkan Pusat Bantuan Khidmat Sosial (PBKS) di kawasan Chow Kit, Kuala Lumpur. Tujuan penubuhan pusat ini adalah untuk membantu tiga golongan yang berisiko dijangkiti HIV/AIDS iaitu orang yang hidup dengan HIV/AIDS (ODHA), pekerja seks wanita dan transgender (Mak Nyah). Antara perkhidmatan yang disediakan di PBKS ialah kaunseling, rujukan

kepada agensi-agensi berkaitan (seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Tenaga Kerja, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Baitulmal dan Pusat Zakat), pusat persinggahan (drop-in centre) dan pendampingan (outreach). Kerjasama yang erat juga dibentuk dengan agensi-agensi Kerajaan seperti Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bagi melengkapkan perkhidmatan sosial kepada golongan ini. Agensi-agensi kerajaan dan swasta serta NGO mengadakan pelbagai kerjasama dengan lain agar usaha membanteras dan mengawal gejala ini dapat dilaksanakan secara lebih mantap. Usaha ini, serta kerjasama pelbagai agensi, bukanlah sesuatu yang mustahil, memandangkan telah ada beberapa contoh yang baik telah dilakukan. Umpamanya, JAKIM dengan kerjasama Kementerian Kesihatan telah berjaya mewujudkan satu manual rawatan dan latihan yang dikenali sebagai Manual Islam dan HIV/AIDS bagi mengendalikan pelbagai isu berkaitan HIV/AIDS. Usaha murni ini boleh diperpanjangkan dan diperluaskan pula bagi menangani gejala berkaitan LGBT. . Perubahan bergantung pada kekuatan diri, setakat mana mereka mampu mengawal diri untuk tidak melakukannya. Rakan-rakan juga perlulah membantu

mereka untuk dari terus bergelumang dengan dosa dan tidak harus membiarkan mereka begitu sahaja dari terus terjerumus kepada perkara terkutuk ini. Masyarakat juga perlulah berusaha untuk sama-sama membantu golongan ini dan tidak menyisihkan dan memandang hina terhadap golongan ini. Oleh itu, usaha dari pelbagai pihak perlulah ada bagi mengatasi masalah homoseksual ini kerana ia merupakan satu perkara yang berbahaya dan memberi kesan yang buruk kepada diri, malah agama, masyarakat seterusnya kepada negara. Semua pihak bertanggungjawab untuk mengekang fenomena ini daripada terus berleluasa. Kerjasama yang bersepadu diperlukan untuk menjamin budaya masyarakat timur serta nilai akhlak yang baik menjadi amalan masyarakat untuk menjamin sebuah negara seimbang dari semua aspek kehidupan. Masalah ini harus diperhalusi dan dipantau dengan teliti oleh semua pihak bagi menjanjikan impak yang positif. Sepertimana pepatah melayu ada mengatakan bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat. Sekiranya tiada kata sepakat dicapai maka

matlamat untuk mencapai negara maju yang berwawasan 2020 akan terkubur begitu sahaja. Oleh itu, masyarakat perlu berganding bahu dalam menangani masalah ini. Rumusan LGBT dilihat sebagai antara simptom penyakit sosial yang jika tidak dibendung akan memporak-perandakan sistem budaya bangsa dan mengikis nilai sesebuah negara. Isu LGBT ini harus dilihat dari sudut yang lebih besar iaitu nilai kenegaraan. Kita tidak mahu melihat negara mencapai kemajuan dengan mengorbankan nilai murni. Maka, kita amat perlu memantau gejala ini dan dalam masa yang sama, satu proses penerangan perlu dipergiatkan untuk menyedarkan masyarakat terutamanya golongan muda mengenai kemudaratan gejala ini. Kita merayu agar semua pihak untuk turut serta menggalakkan usaha dalam pemupukan nilai murni bagi mempromosikan kesedaran terhadap nilai-nilai murni kemanusiaan yang murid dalam kalangan masyarakat Malaysia.