Anda di halaman 1dari 21

1

BAB 2

LGBT

2.1 PENGENALAN

bab ini membincangkan tentang definisi LGBT secara menyeluruh, sejarah timbulnya

LGBT, punca berlakunya fenomena LGBT dan kes yang telah menimbulkan masalah

tentang isu LGBT. Dalam bab ini dapat kita mengenal lebih mendalam apa itu LGBT.

2.2 LGBT

2.2.1 Pengertian

(Masters et. Al. 1992) LGBT boleh disama ertikan dengan homoseksual. Homoseksual

berasal dari kata Yunani iaitu homo yang berarti “sama”. Homoseksual dapat digunakan

sebagai kata sifat atau kata benda yang menggambarkan lelaki atau wanita yang

memiliki daya tarik seksual khusus untuk orang-orang yang berjenis kelamin sama

dengan waktu yang signifikan.


2

(Feldmen, 1990) Homoseksual adalah ketertarikan seksual terhadap jenis kelamin

yang sama. Ketertarikan seksual ini yang dimaksud adalah orientasi seksual, iaitu

kecenderungan seseorang untuk melakukan perilaku seksual dengan lelaki atau

perempuan (Nietzel dkk., 1998).

(Kendall ,1998) Homoseksual bukan hanya melakukan seksual antara seseorang

dengan orang lain dari jenis kelamin yang sama tetapi juga berlaku kepada individu yang

memiliki kecenderungan psikologi, emosional, dan sosial terhadap seseorang dengan

jenis kelamin yang sama.

(Hyde, 1990) mendefinisikan homoseksual sebagai orang yang orientasi

seksualnya mengarah kepada individu yang berjantina sama dengan dirinya. Istilah

homoseksual dapat digunakan baik untuk lelaki , yang lebih dikenal dengan istilah gay,

ataupun wanita lebih dikenal dengan istilah lesbian.

(Al Fitrah, 2014) Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender atau akronimnya

sebagai LGBT ini juga dianggap sebagai satu penyakit mental, kerana telah melawan

fitrah. Fitrah kehidupan manusia yang normal ialah hidup berpasang-pasangan.

Sebagaimana telah diciptakan oleh Allah, lelaki pasangannya adalah perempuan, begitu

juga dengan haiwan, jantan pasangannya adalah betina. Kesimpulannya, setiap makhluk
3

yang diciptakan oleh Allah di muka bumi ini berpasang-pasangan. Ini adalah fitrah

setiap ciptaan Yang Maha Esa.

2.2.2 LESBIAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat(1989) lesbian bermaksud perempuan yang

mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenis, perempuan homoseksual.

(Febry Eva Lovina Sembiring, 2014) mengatakan Lesbian adalah suatu istilah bagi

perempuan yang mengarahkan pilihan orientasi seksualnya kepada sesama perempuan

baik secara seks mahupun jantina.

(Bieschke, 2011), perempuan yang mempunyai tarikan seksual terhadap kaum

perempuan dikenali sebagai lesbian. Golongan ini mudah jatuh cinta dan kasih sesama

mereka. Mereka juga mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup bersama selama-

lamanya. Menurut penulis buku ini lagi , Sappho merupakan seorang penyair Yunani

yang hidup sekitar abad ke-6 dan ke-7 dan beliau pernah menulis artikel tentang cinta

seorang perempuan dengan perempuan yang lain. Sappho dikatakan tinggal di sebuah

pulau di Lesbos. Perkataan “Lesbian” juga dikatakan berasal dari pulau ini.
4

(Bieschke, 2011) Golongan lesbian ini bukan golongan yang biasa, mereka adalah

golongan yang istimewa. Sesetengah daripada mereka merasakan kurang sopan apabila

berada dalam masyarakat yang tidak mengamalkan gejala ini. Segelintir daripada

mereka akan merasa kurang selesa bila berpakaian dengan pakaian perempuan, mereka

lebih selesa apabila memakai pakaian lelaki sebagai hiasan tubuh. Mereka juga lebih

cenderung untuk melakukan aktiviti lasak yang selalu dilakukan oleh golongan lelaki

seperti bersukan

2.2.3 GAY

Di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (1989) gay bermaksud lelaki yang mempunyai

tarikan seksual terhadap kaum sejenis, lelaki homoseksual.

(Bieschke, 2011), gay bermaksud seorang lelaki yang mempunyai emosi dan

keinginan seksual terhadap lelaki lain. Golongan ini sangat mudah tertarik dengan lelaki

lain terutamanya kepada lelaki yang mempunyai rupa paras menarik, tampan, bergaya,

bertubuh sasa dan sebagainya.

Menurut (Bieschke, 2011) lagi, perkataan gay ini juga membawa maksud

homoseksual. Dari sudut yang lain pula, ia membawa maksud “seronok” dan “riang”.

Seronok yang dimaksudkan ialah mereka merasa lebih seronok dan bahagia apabila
5

aktiviti yang mereka lakukan mendapat perhatian daripada pihak yang lain. Apatah lagi,

mereka mempunyai pasangan yang memahami jiwa mereka dan kehendak mereka.

2.2.4 BISEKSUAL

Menurut kamus Dewan Edisi Keempat (1989), biseksual adalah cenderung untuk

melakukan hubungan seks dengan lelaki dan juga wanita.

(Al Fitrah, 2014) Biseksual adalah merujuk kepada individu yang mempunyai

kecenderungan untuk melakukan hubungan seks dengan kedua-dua jantina iaitu lelaki

dan perempuan. Golongan seperti ini mempunyai keinginan seks yang melampau kerana

mereka rela dan seronok apabila melakukan hubungan seks dengan kedua-dua jantina.

Biseksual adah istilah untuk orang yang tertarik secara seksual baik terhadap lelaki

mahupun perempuan. Biseksual juga didefinisikan sebagai orang yang memiliki

ketertarikan secara psikologi, emosional dan seksual terhadap lelaki dan perempuan.

(Al Fitrah,2014) Seorang yang mengalami biseksual akan menjalinkan hubungan

asmara dalam tempoh waktu tertentu dengan seseorang daripada gender yang sama,

kemudian di waktu yang lain, pelaku biseksual akan menjalinkan hubungan serius

dengan seseorang dari jantina yang berbeza pula. Jelas disini bahawa biseksual bukanlah

satu gejala yang memberikan manfaat dan juga kesihatan yang baik. Apabila hubungan
6

seks dilakukan dengan ramai pasangan, melibatkan jantina yang berbeza pula, ia akan

mendatangkan kemudaratan pada si pelaku.

2.2.4 TRANSEKSUAL

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat(1989) transeksual bermaksud seorang (lelaki

atau perempuan ) yan berperasaan dan berpenampilan sebagai anggota jantina yang satu

lagi, dan kadang-kadang menukar organ jantinanya melalui pembedahan.

(Al Fitah, 2014) Transeksual atau transgender ialah satu keadaan di mana seseorang

cenderung mengenalpasti diri mereka dengan gender yang tidak konsisten dengan

biologi mereka, dan biasanya mereka akan melakukan beberapa usaha perubatan untuk

menukar keadaan fizikal mereka supaya menyerupai jantina berlawanan.

(Ismail Tambi et. Al , 2007) golongan transeksual mengalami kecelaruan gender

iaitu merasai dirinya terperangkap dalam tubuh yang salah, di mana mereka

berkeinginan untuk memiliki jantina yang berlawanan dari yang ditentukan kepada

mereka sejak lahir.


7

(Hamdan Abdul Kadir et al.,2007) Kecelaruan gender yang dialami oleh mereka,

terutama di kalangan lelaki, menjadi isu yang sering diperkatakan dalam perbincangan

umum dan kajian akademik di Malaysia lantaran kewujudan mereka yang semakin

menonjol padahari ini.

2.3 SEJARAH KEMUNCULAN LGBT

Di dalam Al Quran sendiri telah menceritakan golongan Lesbian, Biseksual, dan Gay

telah mula wujud sejak sebelum masihi lagi iaitu di zaman Nabi Luth as. Nabi Luth A.s .

Kaum Nabi Luth A.s yang ketika itu menetap di Kota Sudum merupakan kaum yang

rosak akhlaknya kerana melakukan hubungan sejenis, meliwat dan mengahwini kaum

sejenis mereka. Kaum Nabi Luth A.s tidak mengindahkan seruan Nabi Luth A.s agar

kembali beriman kepada Allah dan meninggalkan amalan buruk mereka. Walau

bagaimana pun kaum Nabi Luth A.s telah dibinasakan oleh Allah dengan bencana alam,

seperti gempa bumi yang kuat dan hujan batu sehingga menghancurkan Kota Sudum.

Nabi Luth dan ahli yang mengikutinya sahaja telah diselamatkan oleh Allah s.w.t. Di

sini jelas bahawa golongan ini telah mula wujud sejak dari zaman dahulu lagi.

Pergerakan menuntut hak untuk golongan ini sebenarnya adalah bertitik tolak dari rasa

bersalah tamadun barat moden terhadap tindakan yang dilakukan oleh golongan

agamawan Kristian pada masa lampau, iaitu sebelum era Revolusi Perancis.
8

Revolusi Perancis merupakan satu "time mark" kepada perubahan yang berlaku

terhadap 'worldview' dan tata kehidupan Barat. Agama dalam erti kata ia sebagai

perundangan moral telah tidak lagi dinamakan sebagai asas peradaban mereka. Dalam

obsesi untuk mengeluarkan agama dari kehidupan, tindakan merungkai kesalahan-

kesalahan agamawan masa silam telah dijadikan perjuangan utama mereka untuk

menjustifikasikan Revolusi Perancis. Pada hakikatnya rasa benci terhadap agama dalam

Revolusi Perancis adalah kerana agama Kristian dicampur adukkan dengan raja-raja

mereka, dan kebencian terhadap kezaliman raja yang selaku ketua agama telah bertukar

menjadi kebencian terhadap agama itu sendiri.

2.4 PUNCA LGBT

Golongan LGBT ini boleh dikatakan telah berlakunya keruntuhan moral disebabkan

beberapa faktor yang mempengaruhi golongan minoriti ini. Oleh disebabkan beberapa

faktor ini, maka terjadilah gejala LGBT yang sedang menular di pelusuk dunia.

2.4.1 Keruntuhan Moral

(Roziah Sidek et . al. 2011) di dalam buku mereka iaitu buku Pengajian Islam Edisi

Kedua telah meletakkan beberapa faktor terjadinya keruntuhan moral di antaranya

adalah :
9

Penghayatan agama dalam kalangan golongan dalam remaja dan dewasa Melayu

pada masa kini kurang. Suasana kehidupan moden dalam rumah dan persekitaran

menyisihkan penghayatan agama secara berterusan.

Keperibadian dan ketahanan diri yang lemah adalah menjadi faktor penyumbang

kepada wabak gejala sosial seperti LGBT. Golongan remaja atau dewasa Islam yang

terlibat dengan gejala sosial tidak mempunyai jati diri atau keperibadian yang kuat.

Kebanyakan kes jenayah atau gejala sosial yang biasa boleh juga dikaitkan dengan

kepincangan dalam keluarga. Ketiadaan keharmonian dalam keluarga, perceraian ibu

bapa dan sebagainya meliarkan remaja dan menyebabkan mereka mencari kedamaian

melalui perbuatan yang salah.

Umat Islam selalu dihidangkan dengan hiburan yang negatif daripada kebudayaan

barat sedangkan mereka kurang didedahkan dengan aspek positif tamadun atau

kebudayaan barat. Budaya kuning yang tidak sihat dan menentang peradaban timur atau

Islam sebenarnya tidak mencerminkan kemajuan dan kejayaan barat. Sebaliknya,

keadaan ini mencerminkan keruntuhan kehidupan sosial barat.


10

Menurut Roziah Sidek lagi, kurang sifat malu dan hormat juga adalah salah satu

punca keruntuhan moral yang menyebabkan gejala LGBT. Sifat malu dan hormat

merupakan dua nilai ketimuran atau Islam yang penting. Ternyata dalam tradisi

kebudayaan Timur dan Islam sifat atau perasaan tersebut menjadi benteng terhadap

segala penyakit sosial.

2.4.2 Perkembangan Fizikal

Menurut Islam perkembangan atau pertumbuhan boleh ditakrifkan sebagai satu proses

yang bertahap, iaitu bermula dari bahan yang kecil menjadi besar mengikut tempoh-

tempoh yang tertentu sehingga menjadi matang (Mizan Adiliah, 2014).

Firman Allah SWT:

         
        
     
       
        
       

Maksudnya:
12. dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari
tanah; 13. kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan Yang
kukuh; 14. kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami
11

ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu
menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu Dengan daging. setelah
sempurna kejadian itu Kami bentuk Dia menjadi makhluk Yang lain sifat keadaannya.
maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. 15. Kemudian,
Sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati. 16. kemudian Sesungguhnya kamu akan
dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat.
(surah al-Mu’minun : 12-16)

Berdasarkan pengertian ayat di atas, jelaslah kepada kita tentang turutan kejadian

manusia yang bermula daripada tanah sehinggalah menjadi makhluk yang bernyawa

yang digelar sebagai insan (Mizan Adiliah, 2014).

Terdapat banyak pendapat ahli tokoh dan sejarah mengenai definisi perkembangan

fizikal, termasuk (Gallahue, 1993) yang menyatakan perkembangan fizikal terbahagi

kepada tiga bahagian iaitu keseimbangan, aspek pergerakkan dan aspek manipulasi

(mizan Adiliah, 2014).

Zaman remaja adalah tempoh yang mana seorang individu dikelilingi oleh isu-isu

seksual, iaitu keupayaan mengalami ataupun melahirkan perasaan seks. Perubahan

kematangan seks dan perubahan hormon yang terlibat adalah asal bagi kematangan seks

seorang remaja. Zaman remaja adalah masa mempelajari seks dengan tujuan mencari

suatu identiti seks peribadi. Pada peringkat usia ini remaja mempunyai perasaan ingin

tahu yang tinggi mengenai misteri alam seks. Pada peringkat ini remaja memikirkan

sama ada mereka mempunyai daya tarikan seks, adakah perkembangan mereka
12

berterusan, adakah mereka akan dicintai seseorang adakah normal apabila mereka

melakukan hubungan seks. Kebanyakkan remaja akhirnya menunjukkan perkembangan

seksual yang matang tetapi terdapat jangka masa yang mana hadirnya perasaan

kekeliruan dan perasaan mudah dilukai sepanjang kehidupan seksual mereka (Mizan

Adiliah, 2014).

2.4.3 Akil Baligh

(Mizan Adiliah, 2014) Dalam konsep fiqah Islam tidak ada digunakan istilah semasa

remaja, malah beberapa ulama’ muktabar mengatakan bahawaistilah yang ada hanyalah

mumaiyiz ertinya “orang yang boleh membuat perbezaan antara yang perkara-perkara

yang berlainan” yang mana seorang anak harus dididik dan dipersiapkan untuk

menghadaoi konsekkuensi yang akan diterima pada saat akil baligh. Hal ini meliputi

pendidikan memahami dan menjalankan kewajipan fardhu ain dan fardhu kifayah agar

bersedia menghadapi kehidupan dunia.

(Mizan Adiliah, 2014) Baligh merupakan perubahan biologi yang menandakan

permulan remaja. Tempoh ini bermula apabila tahap hormon yang memasuki saluran

darah meningkat ekoran respos kepada isyarat daripada bahagian otak iaitu hipotalamus.

Apabila tahap pertumbuhan horman bertambah dalam badan, lonjakan pertumbuhan

kanak-kanak dengan tiba-tiba akan berlaku. Lonjakan ini merupakan tanda yang nyata

tentang permulaan akil baligh.


13

Menurut (Sigmund Freud, 1983) awal remaja adalah peringkat yang paling

bermasalah disebabkan perubahan dramatik psikologi yang berlaku pada masa tersebut.

Zin genital, khasnya didorong tenaga sesksual yang hebat, dan remaja ini sekali lagi

dilanda fantasi. Remaja ini akan merasa susah atau tidak selesa apabila berada di

kalangan ibu bapanya. Golongan remaja yang dianggap oleh (Hall, 1904) sebagai

kumpulan individu yang sedang berada dalam zaman yang penuh dengan keributan dan

tekanan perasaan. Kedudukannya dalam tahap yang sedang memikirkan tujuan

kehidupan (Mizan Adiliah, 2014).

Menurut (Harre, 1983) remaja mula melakukan penyesuaian diri yang lebih kompleks

dengan keluarga, teman sebaya dan guru, melalui aktiviti seharian dan kehidupan sosial

sesuai dengan perasaannya. (Hall, 1904) juga berpendapat perkembangan seseorang

individu ditentukan oleh naluri iaitu tenaga-tenaga biologi dan faktor genetik dan

bukannya persekitaran. Beliau mengatakan zaman remaja sebagai zaman storm and

stress yang bersifat biologi yang terhasil daripada perubahan-perubahan yang berlaku

semasa baligh yang tidak dapat dielakkan. Mencapai akil baligh merupakan satu masa

apabila emosi menjadi tidak stabil dan tergugtat. Hall percaya bahawa hasil daripada

tekanan-tekanan dan perubahan tersebut, remaja akhirnya akan menjadi individu yang

matang dan bermoral (Mizan Adiliah, 2014).

2.4.4 Rasa Ingin Tahu


14

(Mizan Adiliah, 2014) Remaja merupakan golongan usia yang sangat penting dan perlu

mendapat perhatian kerana mereka mempunyai risiko tinggi untuk terjadinya kehamilan

yang tidak dikehendaki. Remaja dianggap sebagai kelompok yang mempunyai risiko

secara seksual mahupun kesihatan reproduksi kerana memilik rasa ingin tahu yang kuat

kadangkala tidak dapat dimbangi dengan pengetahuan serta kedewasaan yang cukup.

Selain itu, sebahagian besar remaja masih mempunyai pengalaman yang terbatas. Proses

kematangan seksual kadangkala menyebabkan muncul dorongan seks pada remaja lantas

mendorong remaja untuk melakukan hubungan seks.

Keadaan ingin tahu ini ditambah lagi dengan dorongan luaran dari media elektronik

serta media cetak seperti TV, CD dan rangsangan dari bahan-bahan pornografi yang

begitu mudah didapati masa kini. Ianya menjadi bahan bualan dan cabaran kepada

remaja yang dirinya sedang menghadapi perubahan dan kecelaruan identity. Dalam

keadaan ini mereka terpedaya dan sukar mengawal nafsu yang dikenal pasti sebagai

antara punca utama berlakunya gejala LGBT dan kehamilan luar nikah dalam kalangan

remaja (Mizan Adilah, 2014).

2.4.5 Cara Didikan Ibu Bapa


15

Keutuhan institusi kekeluargaan dapat menjamin kecermelangan remaja khusunya dalam

alam pendidikan dan perkembangam personaliti. Ibu bapa adalah merupakan salah satu

faktor persekitaran yang banyak mempengaruhi pembentukan dan perkembangan

personoliti atau sahsiah remaja (Mizan Adiliah, 2014).

Menurut bapa psikologi moden pula, (Freud, 1983) ibu bapa yang tidak memainkan

peranan dalam pembentukan tingkah laku remaja menyebabkan berlakunya kemunduran

pembentukan dan perkembangan personaliti atau sahsiah remaja tersebut. Cara gaya

keibubapaan atau cara asuhan dipercayai banyak mempengaruhi personaliti remaja

khusunya pelajar sama ada dalam rumah mahu pun luar rumah (Mizan Adiliah, 2014).

2.4.6 Kurang Tegas

Menurut (Mac Green, 1998) individu yang kurang tegas menjadi mangsa seksual dalam

hubungan. Cirri-ciri personaliti yang menyumbang kepada keadaan ini ialah pengalaman

menjadi mangsa dalam hubungan tidak sihat, kurang keupayaan penyesuaian, pasangan

seksual yang bersilih ganti, dan perasaan tidak selamat dalam hubungan dengan jantina

berlainan. Beberapa cadangan yang dikemukan oleh Mac Green bagi pencegahan yang

berkesan perlu melibatkan (MIzan Adilah, 2014) :

i. Latihan tingkah laku tegas diri selain daripada pemberian maklumat dan

perubahan sikap.
16

ii. Latihan tegas diri yang memfokuskan terus kepada hubungan dengan jantina

yang berbeza.

iii. Pemeriksaan kesihatan dan kaunseling berterusan dicadangkan kepada wanita

yang sering menjadi mangsa seksual dalam hubungan.

2.5 KES TENTANG LGBT

(Sidek Mohd Noah, 2002) kajian bermula dengan adanya kes atau masalah yang hendak

dikaji. Masalah wujud apabila pengkajimerasakan wujud jurang yang jelas antara apa

yang diketahui dengan realiti sebenar atau wujud jurang antara teori dengan praktis.

2.5.1 Irshad Manji2 dan isu homoseksual

(Khalif Muammar, 2006) homoseksual adalah berkait rapat dengan pemikiran

liberalisme.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (1989), liberal membawa maksud bersifat atau

berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkonkong kepada sesuatu aliran

pemikiran). Sementara liberalisme bererti pemahaman yang liberal, berpandangan bebas,


2
Irshad Manji dilahirkan pada tahun 1968, seorang feminis, penulis, wartawan, dan
aktivis Muslim warganegara Kanada. Beliau amat dikenali sebagai pengkritik terhadap Islam radikal dan
terjemahan ortodoks Qur'an. Melabelkan dirinya sebagai "Muslim Refusenik", akhbar The New York
Times juga menamakan beliau sebagai "mimpi ngeri Osama bin Laden". Irshad mengabdikan dirinya
terhadap pembangkitan pemikiran kritis atau diterangkan sebagai "ijtihad" dalam tradisi Islam. Antara
usaha yang dijalankan ialah dengan pelancaran Projek Ijtihad, sebuah program untuk merangsang Muslim
dan bukan Muslim terutamanya generasi muda untuk menyoal kembali terjemahan-terjemahan tradisional
dan ortodoks Islam untuk membentuk rangkaian Muslim yang bertunjangkan anjakan Islam yang lebih
terbuka. Beliau ada menulis sebuah buku yang bertajuk the problem with Islam today.
17

pemahaman atau pendirian yang mengkehendaki demokrasi serta kebebasan dalam

kegiatan ekonomi.

(Khalif Muammar, 2006) salah satu isu yang dibangkitkan oleh kelompok liberal

adalah kelompok yang beria-ia mempertahankan hak kebebasan dan hak asasi individu

contoh homosekual. Para aktivitis homoseksual ini, seperti Irshad Manji salah seorang

yang paling lantang menyuarakan aspirasi Islam liberal. Penelitian terhadap

perkembangan gerakan Islam liberal antarabangsa menunjukkan bahawa tuntutan

dekonstruksi hukum homoseksual sebenarnya telah muncul beberapa tahun yang lalu.

Irshad Manji yang mendapat perhatian besar di barat setelah menulis bukunya the

problem with islam today, berbangga dengan statusnya sebagai seorang lesbian.

Sebelum itu, isu ini telah diangkat oleh golongan islam liberal di New York dalam buku

Progressive Muslims (2005). Bahkan jauh sebelum itu iaitu pada tahun 2001 sebuah

kajian telah dilakukan oleh Amreen Jamel yang bertajuk :”The Story of Lut and the

Quran’s Perception of the Morality of Same-sex Sexuality” dalam Journal of

Homosexuality.

2.5.2 Ambiga Sreevanasan3 menuntut hak LGBT

3
 Ambiga Sreevanasan lahir pada 1956, merupakan Presiden Badan Peguam Malaysia sejak 2007.
Beliau merupakan seorang peguam kanan yang tegas berhubung hak asasi manusia untuk berhimpun
Dato' Ambiga Sreenevasan merupakan individu yang cuba menegakkan dasar toleransi atau kebersamaan
antara agama di Malaysia
18

Malaysia telah dikejutkan dengan isu gerakan kemanusiaan yang ingin perjuangkan

kebebasan di Malaysia. Namun, gerakan ini juga mendapat tentangan daripada pelbagai

pihak. LGBT dilihat begitu aktif dalam kalangan remaja kita, terutama remaja Islam.

Fahaman atau ikutan yang dibawa dari barat, berjaya menarik minat ramai individu di

Malaysia. Individu yang dikatakan aktif menuntut hak LGBT dalam negara kita ialah

Ambiga Sreevanasan. Beliau juga dikenali sebagai wanita besi kerana semangatnya

berjuang menentang arus. Beliau menuntut supaya LGBT mendapat pengiktirafan di

Malaysia dan diberi hak kebebasan untuk menjalankan aktiviti mereka. Beliau telah

menerima kutukan dan kritikan daripada pelbagai pihak. Namun, ada juga pihak-pihak

yang memberikan sokongan kepada beliau. Ternyata pengaruh beliau dalam

menyuarakan hak LGBT amat kuat .

Pada tahun 2012, Ambiga Sreevanasan telah membuka sejarah baharu di Malaysia

apabila beliau lantang menyuarakan sokongan beliau ke atas golongan LGBT. Walaupun

perjuangan beliau bertentangan dengan nilai, etika dan keagamaan di Malaysia namun,

suara beliau dalam memperjuangkan LGBT ini tetap mendapat perhatian. Perjuangan

beliau mendapat tentangan daripada rata-rata penduduk Malaysia yang beragama Islam.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan

demokrasi berpelembagaan dan agama Islam sebagai agama rasmi. Oleh itu, perjuangan

yang dibawa oleh Ambiga amatlah tidak sesuai dengan perlembagaan negara kita. Hal

ini kerana ianya bertentangan dengan ajaran Islam dan tidak seharusnya diteruskan.
19

2.5.3 Comango bantah keputusan Malaysia menghalang aktiviti LGBT seks

songsang.

Selain itu, Comango (The Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process) merupakan

pertubuhan hasil gabungan 54 badan NGO di Malaysia. Pertubuhan ini telah

mengemukakan tuntutan supaya LGBT diberikan hak kebebasan tanpa sekatan dan

mendapat pengiktirafan di Malaysia.

Malaysia digesa untuk mengiktiraf hak-hak “Sexual Orientation ang Gender

Identity” (SOGI) terutamanya hak lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT).

Implikasi perkara ini akan membawa kepada amalan kebebasan orientasi seksual

songsang termasuk memberi kebenaran untuk mengiktiraf perkahwinan sesama jenis.

Kesungguhan yang ada dalam jiwa mereka dalam memperjuangkan hak kebebasan

manusia terutamanya LGBT amatlah tinggi.

2.5.4 Ariff Alfian Rosli, Kahwin Gay di Dublin Ireland

Menurut (Berita Semasa Online, 2011), Malaysia dikejutkan dengan isu rakyat Malaysia

yang berkahwin dengan kaum sejenis di luar negara. Ariff Alfian Rosli ialah pelajar

perubatan dari Malaysia yang ditaja PETRONAS berkahwin dengan pasangannya

selepas dikatakan empat tahun menghilang tanpa khabar berita sejak 2009.
20

2.5.5 Seksualiti Merdeka : Majlis Peguam mahu Najib jamin hak golongan LGBT

Menurut (The Malaysian Insider, 2011) KUALA LUMPUR, 2 Nov – Majlis Peguam

menggesa pihak berkuasa berhenti daripada mengambil tindakan pendakwaan ke atas

golongan minoriti seksual jika mahu Malaysia dihormati sebagai sebuah Negara

demokratik, kata presidennya Lim Chee Wee. Sehubungan itu Majlis Peguam juga mahu

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengotakan kata-kata beliau berada di

Australia baru-baru ini bahawa Malaysia merupakan Negara demokrasi yang progresif

dan bukannya penindas kumpulan pelarian dan pencari suaka dalam membela nasib

kumpulam minoriti seksualiti.

Di sebalik kontrovesi terbaru berkaitan dengan penganjuran program tahunan

Seksualiti Merdeka, Lim berkata, Majlis Peguam sekali lagi bangga dalam

menganjurkan usaha itu dengan bertemakan “Queer Without Fear”.

“kami mengangap komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender(LGBT) sebagai

golongan yang berhadapan debgab tindakan pendakwaan atas asas orentasi seksual dan

identity jantina,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Kata beliau tidak dapat dinafikan bahawa ada pihak yang tidak bersetuju dengan

orentasi seksual dan identiti gender anggota komuniti LGBT. “ Tetapi minoriti seksual

ini, malah komuniti minoriti yang lain perlu dilindungi,” kata beliau sambil menambah,
21

kebebasan individu tidak bermakna jika mereka didampingi secara selektif ataupun bagi

mereka yang bersetuju dengan pandagan majoriti.

2.6 KESIMPULAN

Bab ini telah membincang tentang makna LGBT secara menyeluruh, sejarah

kemunculan LGBT dan punca terjadinya fenomena isu LGBT Selain itu, di dalam bab

ini, dapat mengetahui beberapa kes yang berlaku tentang gejala isu LGBT di dalam

Negara dan luar Negara.

Anda mungkin juga menyukai