Anda di halaman 1dari 18

LGBT: Keburukan Dan Bahaya Dalam Masyarakat Hari Ini

1.0 Pendahuluan
Sejak akhir-akhir ini, gejala berkaitan isu cinta dan hubungan sejenis menjadi semakin ketara
dalam kelompok masyarakat di negara ini. Ia sering menimbulkan pelbagai reaksi anggota
masyarakat, malah menjadi punca kepada konflik sesama mereka. Hakikatnya, telah wujud
sekelompok anggota masyarakat yang secara terang-terangan telah menerima dan mengakui
diri mereka sebagai pengamal kepada aktiviti ini yang lebih dikenali sebagai lesbian, gay,
biseksual dan transgender atau LGBT. Dalam menangani gejala ini, sudah pasti wujud di
kalangan masyarakat yang membantah, mahupun yang menyokongnya, atau tidak berpihak
kepada mana-mana puak. Namun bagi masyarakat yang berpegang kuat kepada ajaran
agama, malah juga bagi kebanyakan mereka yang berpegang kepada nilai-nilai murni adat
resam kehidupan, sudah pasti menolaknya dan melihat ia sebagai satu gejala yang tidak
bermoral, menentang ajaran agama, dan menyalahi aturan fitrah dan tabii.

Agama Islam sudah jelas dan nyata dalam ajaran dan pendiriannya terhadap isu ini. Apa yang
amat malang, terdapat semakin ramai umat Islam yang terlibat dalam gejala ini, malah tanpa
segan serta bangga menjadi sebahagian dari kumpulan ini. Manakala bagi masyarakat yang
majoriti datang dari dunia Barat dan negara yang telah lama maju, aktiviti LGBT dilihat
bukanlah sebagai satu gejala atau penyakit, malah menjadi kesalahan pula jika
menganggapnya sebagai satu gejala atau penyakit. Dalam masyarakat ini, aktiviti dan
kehidupan LGBT merupakan satu pilihan peribadi. Pilihan ini perlu diiktiraf dan disokong
oleh semua ahli masyarakat walau di mana mereka berada sebagai satu hak peribadi individu
terbabit. Sebarang penolakan atau bantahan merupakan penafian terhadap hak asasi mereka
yang mana akhirnya dilihat melanggar piagam Hak Asasi Manusia Sejagat. Sesuatu yang
janggal juga di mana kumpulan yang membantah ini pula yang sebaliknya akan terus dicerca
dan dipulaukan secara besar-besaran dan menerima tekanan demi tekanan dari kumpulan
tertentu sehingga ke peringkat global.

Dari segi sejarahnya, kedudukan LGBT telah mula mendapat perhatian dunia perubatan dan
kesihatan atas inisiatif Persatuan Psikiatri Amerika atau APA melalui satu manual kesihatan
dan penyakit mental yang mereka terbitkan. Manual itu dikenali sebagai Diagnostic and
Statistical Manual of Mental Disorders atau DSM. Pada peringkat awal penubuhan manual
ini iaitu pada tahun 1952, isu LGBT pada ketika itu lebih menjurus kepada perbincangan
berkaitan homoseksualiti yang telah dikategorikan sebagai sejenis gangguan atau penyakit
mental, di dalam klasifikasi penyimpangan psikoseksual, yang mengandungi beberapa
gangguan identiti seksual lain termasuklah parafilias seperti fedofilia, fetisisme, seksual
sadism dan lain-lain berdasarkan kepada naluri dan orientasi seksual yang abnormal individu
terbabit.

Akibat dari keabnormalan yang dihidapi, ia mengakibatkan wujudnya rasa kebimbangan dan
ketakutan individu terbabit yang akhirnya mengakibatkan tekanan dan penderitaan dalam
kehidupan mereka. Ditambah pula dengan perasaan malu dan stigma yang tidak boleh
diterima oleh mereka dari masyarakat pada ketika itu. Namun kedaan telah berubah apabila
pada tahun 1974, pada revisi ketujuh manual tersebut bagi edisi kedua (DSM-II) ia telah
mengeluarkan homoseksualiti daripada senarai kategori penyakit mental, walaupun tanpa
sebarang justifikasi yang munasabah, baik dari sudut perubatan atau pun saintifik. Apa yang
ada pada ketika itu hanyalah beberapa tekanan dan tuntutan-tuntutan dari puak pelobi hak
asasi tertentu yang mewakili kumpulan gay dan homoseks. Usaha dan desakan mereka ini
akhirnya membawa kepada kejayaan di mana ia akhirnya dikeluarkan dari senarai manual
terbabit dan tindakan yang sama seperti ini disusuli pula oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia
atau WHO.

Apa yang menarik, manual APA pada ketika itu hanyalah mengeluarkan terma atau istilah
homoseksualiti sahaja, manakala pemahaman yang ada ialah ia tetap tidak mengiktiraf
bahawa homoseksualiti itu adalah sesuatu yang normal atau bukan penyakit, memandangkan
gangguan atau gejala homoseks itu telah secara tidak langsung digantikan sebagai sexual
orientation disturbance dan istilah ini masih lagi wujud sehinggalah ke hari ini. Oleh yang
demikian, sebarang bentuk gangguan atau penyakit perlu kepada intervensi tertentu dan
rawatan bagi memulihkannya, dan tidak terkecuali juga bagi gejala ini. Bagaimanapaun, atas
dasar hak asasi individu dan beberapa alasan politik sempit kumpulan tertentu, pemahaman
terhadap gejala ini telah menyimpang dari matlamat asal dan mula diterima secara berleluasa
bahawa ia sebagai sesuatu yang normal kerana telah tidak lagi dilihat sebagai satu penyakit
dan wajar untuk dipertahankan, yang akhirnya telah menjadi trend dan ikutan sekelompok
puak tertentu di peringkat global.

Seterusnya, memandangkan Islam telah mempunyai alasan yang amat kukuh dengan melihat
amalan ini sebagai satu gejala yang jauh menyimpang dari fitrah kejadian manusia yang
beradab dan berakhlak mulia, tindakan mantap perlu dilaksanakan tanpa lengah lagi. Atas
dasar tersebut juga, institusi berkaitan agama Islam, khususnya yang berkaitan
penguatkuasaan dan pendakwaan memperluaskan lagi skop dan bidang tugasan dengan turut
memfokuskan gejala ini agar ia dapat dibendung dari terus merebak. Manakala institusi
agama Islam yang berkaitan dengan penyelidikan dan latihan pula wajar mengukuhkan lagi
maklumat dan fakta berkaitan isu ini dan seterusnya merangka pelbagai kaedah intervensi dan
latihan yang sesuai agar gejala ini dapat dibanteras di peringkat akar umbi lagi.

Di samping itu, institusi-institusi seperti ini juga wajar mengambil peluang yang ada dengan
mengadakan pelbagai kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta serta NGO lain
agar usaha membanteras dan mengawal gejala ini dapat dilaksanakan secara lebih mantap.
Usaha ini, serta kerjasama pelbagai agensi, bukanlah sesuatu yang mustahil, memandangkan
telah ada beberapa contoh yang baik telah dilakukan. Umpamanya, JAKIM dengan kerjasama
Kementerian Kesihatan telah berjaya mewujudkan satu manual rawatan dan latihan yang
dikenali sebagai Manual Islam dan HIV/AIDS bagi mengendalikan pelbagi isu berkaitan
HIV/AIDS. Usaha murni ini boleh diperpanjangkan dan diperluaskan pula bagi menangani
gejala berkaitan LGBT.

















1.1 Definisi LGBT
Definisi berikut adalah sekadar maklumat umum yang berkaitan dengan isu semasa yang
sedang hangat melanda masyarakat Islam Malaysia. Definisi ini merujuk kepada Kamus
Dewan, terbitan Dewan Bahasa & Pustaka.

a. Homoseksual adalah merujuk kepada seseorang individu yang tertarik atau mempunyai
kecenderungan dari segi seks kepada orang yang sama jenis jantina;

b. Gay merujuk kepada lelaki yang mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya,
iaitu homoseksual;

c. Lesbian merujuk kepada perempuan yang mempunyai tarikan seksual terhadap kaum
sejenisnya, iaitu perempuan homoseksual;

d. Biseksual kecenderungan untuk melakukan hubungan seks dengan kedua-dua jantina
iaitu lelaki dan wanita

e. Transeksual seseorang lelaki atau perempuan yang berperasaan seperti perempuan atau
sebaliknya dan menampilkan perasaannya secara nyata sama ada melalui pertuturan, gerak
badan, cara berpakaian dan sebagainya



2.0 Takrifan LGBT Dari Sudut Sains Sosial
Menurut Lerner di dalam bukunya Genders Issues and Sexuality telah menghuraikan
bahawa golongan LBGT atau lebih dikenali sebagai golongan transgendereds dan
transsexual ialah individu atau kumpulan individu yang mengalami ketidakstabilan jantina
dan kerumitan seksualiti. Golongan ini menganggap bahawa identiti jantina mereka adalah
sepatutnya berbeza daripada apa yang sepadan dengan alat seks mereka secara fisiologi.




Menurut Lerner lagi, golongan transgendereds dan transsexual ini sering merasakan jika
mereka seorang perempuan, mereka sepatutnya adalah lelaki. Jika mereka seorang lelaki,
maka mereka sepatutnya adalah seorang perempuan. Golongan ini juga seringkali mengalami
masalah untuk bersosial kerana stigma pemikiran masyarakat terhadap mereka yang
beranggap bahawa mereka menjalani kehidupan secara songsang.

Laporan yang dikeluarkan oleh Bailey & Benishay pada tahun 1993. Gejala homoseksual
selalunya bermula dirumah. Berikutan dengan itu, ia selalunya berlaku kepada pasangan
kembar seiras berbanding dengan kembar tidak seiras. Kajian tersebut juga mendedahkan
bahawa anak yang bongsu adalah lebih cenderung kepada masalah transgendereds ataupun
transsexual berbanding dengan anak sulung di dalam keluarga.

2.1 Punca-Punca Berlakunya Masalah LGBT
a) Biologi
Homoseksual adalah keadaan pernyataan perasaan yang semulajadi menyebabkan seseorang
itu mempunyai nafsu terhadap kaum sejenis. Perasaan dan nafsu tersebut terhasil disebabkan
oleh bahan kimia dan hormon yang dikeluarkan dalam badan (luar kawalan). Pendapat ini
masih lagi dalam perbincangan dan tidak dapat dibuktikan secara menyeluruh oleh pakar
dalam bidang ini.

Terdapat juga teori bahawa aturan kelahiran menentukan sama ada seseorang homoseksual
atau tidak. Suatu kajian oleh Ray Blanchard memperolehi data bahawa semakin bongsu
seseorang anak, semakin besar kemungkinan dia homoseksual. Alasan-alasan di belakang
pemerhatian ini belum ditentukan. Ianya dipercayai bahawa dengan setiap kehamilan, badan
ibu mempunyai lebih hormon androgen yang boleh mempengaruhi orientasi seksual
seseorang anak.

Alasan ini disokong oleh pemerhatian bahawa hanya anak-anak lelaki yang lebih bongsu, dan
bukan anak-anak perempuan yang lebih bongsu, yang menunjukkan kemungkinan yang lebih
besar untuk menjadi homoseksual. Alasan sosial bahawa adik-adik bongsu mungkin
dipengaruhi oleh abang-abang mereka disangkal kerana apabila eksperimen ini dijalankan
dengan anak-anak angkat, kemungkinan anak-anak angkat merupai homoseksual tidak
menjadi apabila mereka semakin besar.


b) Dorongan individu
Rentetan dari proses pembelajaran sewaktu kecil. Umpamanya seorang ibu yang amat
teringin untuk mempunyai seorang anak perempuan tetapi sebaliknya mempunyai bayi lelaki.
Bayi lelaki ini semenjak dia kecil dipakaikan dengan pakaian seorang perempuan, diberi
permainan kanak-kanak perempuan, berambut panjang dan dilayan sebagai seorang kanak-
kanak perempuan. Proses ini akan membentuk kepercayaan di dalam dirinya bahawa dia
yang seorang lelaki adalah merupakan seorang perempuan. Apabila dia dewasa, beliau akan
mengalami kecelaruan identiti lalu merasakan bahawa dirinya adalah terperangkap di dalam
tubuh seorang lelaki.

c) Trauma Masa Lampau/Kanak-Kanak
Apabila seseorang mengalami trauma masa lampau yang sangat teruk, akan mendorong
mereka tidak menyukai jantina yang berbeza dengan mereka. Sebagai contohnya ialah
mangsa pemerkosaan. Menurut laporan Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM)
menunjukkan jumlah kes rogol yang melibatkan mangsa bawah umur adalah lebih tinggi bagi
tempoh 2000 hingga 2010 berbanding kes yang melibatkan mangsa bukan bawah umur.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, bagi tempoh lima
tahun sejak 2005, sebanyak 9,575 kes rogol melibatkan mangsa di bawah umur direkodkan
oleh PDRM.

Dalam hal ini kami berpendapat bahawa jika mangsa rogol iaitu daripada aspek hubungan
sumbang mahram (inses) di antara bapa (termasuklah saudara mara lelaki) dengan kanak-
kanak perempuan akan menimbulkan berkurangnya rasa kepercayaan terhadap bapa (atau
saudara mara lelaki). Ini kerana orang yang sepatutnya menjaga dan memelihara mereka
dengan penuh kasih sayang telah merogol dan merosakkan kehormatan mereka. Rasa
ketidakpercayaan ini akan boleh menyebabkan kanak-kanak perempuan cederung untuk
menjadi seorang lesbian. Pendapat kami ini adalah konsisten dengan Prof Madya Dr. Harlina
Halizah Siraj, Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan HUKM bahawa hubungan di antara bapa
dan anak-anak juga boleh menjadi faktor penyebab kepada gejala LGBT ini.

Sebaliknya bagi kanak-kanak lelaki yang tidak mendapat kasih sayang bapa kerana terlalu
sibuk bekerja, anak-anak lelaki ini akan bersama ibu dalam tempoh masa yang panjang
berbanding dengan bapa. Ini akan mewujudkan kanak-kanak lelaki tersebut rasa kurang
percaya pada potensi seksual yang ada pada diri sendiri. Selain itu tarikan individu terhadap
homoseksual, menjadi keinginan perasaan yang menyetujui untuk mendominasi hawa nafsu.
Harga diri tidak boleh diperolehi dari hubungan lain. Ketakutan pada kaum bertentangan
jenis menyebabkan tindak-balas erotik yang pasif.

d) Peluang dan ruang
Dewasa ini terlalu banyak peluang dan ruang untuk anak-anak muda untuk terjerumus ke
dalam gejala LGBT. Pembangunan berbentuk material yang pesat di ibu kota terutama di
kawasan Bukit Bintang dengan kemudahan hotel-hotel, pusat membeli belah, SPA, kelab-
kelab malam (termasuklah kelab malam untuk golongan gay) dengan mengadakan perniagaan
hingga ke awal pagi menyebabkan banyak wujudnya ruang dan peluang kepada golongan
remaja dan belia terjebak dengan najis dadah, pelacuran serta termasuklah gejala LGBT ini.
[10]


e) Pendidikan Seks Yang Salah
Faktor pendidikan seks yang salah ini memerlukan susunan ayat yang tepat kerana
dibimbangi sebarang salah faham akan menjadi sumber fitnah kepada diri saya sendiri.
Ibubapa perlu memberikan didikan seks yang betul kepada anak-anak mereka. Maksud betul
di sini ialah seorang anak lelaki dididik agar cenderung dan minat kepada perempuan dan
demikianlah sebaliknya terhadap anak perempuan. Pada waktu yang sama, anak-anak dididik
cara perhubungan yang betul agar tidak terjadi sesuatu yang dilarang oleh agama. Islam
menuntut hubungan seksual antara lelaki dan wanita (heteroseksual) dan hubungan ini ada
syarat-syaratnya. Kesongsangan berlaku apabila anak-anak dididik seolah-olah semua
hubungan antara lelaki dan wanita adalah haram. Didikan yang melampaui batas inilah yang
menyebabkan anak-anak membesar dengan kecenderungan seks yang berlawanan dari fitrah
ciptaan mereka. Penyelesaian kepada punca ini tidak sahaja disandarkan kepada proses
pendidikan ibubapa, tetapi meluas kepada para penjaga, guru, pensyarah, penceramah,
peranan masjid dan masyarakat.





f) Salah Faham Terhadap Takdir
Ramai dikalangan pengamal LGBT apabila ditegur tentang kecenderungan jantina dan
seksual yang berlawanan dari fitrah manusia, ada yang menjawab bahawa itu adalah takdir
Allah ke atas diri mereka dan mereka redha terhadapnya. Ini adalah kefahaman yang salah
terhadap takdir. Ketahuilah bahawa keredhaan terhadap takdir yang tidak disukai oleh Allah
SWT pada ukuran manusia terbahagi kepada dua kategori iaitu:

i. Kategori pertama adalah takdir yang berupa musibah
seperti penyakit dan kemiskinan. Maka kita dianjurkan untuk redha dan pada waktu yang
sama berusaha untuk mencari takdir lain yang lebih baik, seperti kesembuhan dari penyakit
dan kecukupan sesudah kemiskinan.

ii. Kategori kedua ialah takdir yang berupa sesuatu yang
dilarang oleh agama, seperti kecenderungan jantina dan seks yang berlawanan dari fitrah
manusia. Maka tidak ada dalil yang menganjurkan kita untuk redha dengannya. Sebaliknya
semua dalil-dalil agama mewajibkan kita untuk membencinya dan berusaha ke arah takdir
yang selari dengan tuntutan agama.






g) Media Electronic dan ICT
Teknologi moden dan media terkini seperti televisyen, CD, video, sistem audio, komputer,
modem, video kamera dan telefon bimbit mempunyai kesan yang besar terhadap masyarakat.
Internet adalah salah satu daripada media canggih yang mana semakin ramai orang
menggunakannya dengan harganya yang semakin murah dan kemudahan capaian produk-
produk teknologikal seperti komputer, modem, video kamera dan telefon bimbit
kebanyakannya kini dilengkapi dengan capaian Internet.

Di Malaysia, sepanjang tahun 2009, jumlah pengguna Internet adalah seramai 16,902,600
pengguna berbanding tahun 2000, hanya sekitar 3,700,000 pengguna daripada populasi
masyarakat Malaysia yang mencecah 26,160,256 orang. Ringkasnya, peratusan peningkatan
pengguna Internet sejak tahun 2000 hingga 2009, jumlahnya adalah 356.8%[11]. Berdasarkan
data daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, pengguna Internet di rumah sahaja
telahpun mencapai lebih 2.5 juta pengguna. Daripada statistik yang dikemukakan oleh
sumber yang sama, pengguna Internet di rumah pada tahun 2008 adalah seramai 51.9% lelaki
dan 48.1% wanita. Kategori umur dewasa iaitu yang berumur 20 hingga melebihi 50 tahun
adalah sebanyak 75.3% manakala umur 19 dan kebawah adalah 24.7%. Seramai 55%
pengguna adalah belum berkahwin manakala 44.3% telah berkahwin. Kebanyakan pengguna
telah bekerja (51.5%)

Data ini menunjukkan penggunaan Internet yang sangat meluas di negara Malaysia.
Perkataan seks adalah merupakan salah satu daripada topik yang paling digemari untuk
dilayari di Internet. Dijangkakan sebanyak 4.2 juta (12%) daripada kesemua laman web
dalam Internet adalah yang berunsurkan seks/lucah atau pornografi, di mana 25% daripada
jumlah tersebut adalah hangat terutamanya di kalangan golongan muda di Malaysia.Ternyata
walaupun dari segi peratusannya nampak kecil, tetapi, jika dilihat dari segi hakikatnya, ia
adalah jumlah yang agak membimbangkan. Berdasarkan kajian lepas, daripada 31%
golongan yang melayari laman web berunsurkan lucah, 5.5% menunjukkan ciri-ciri ketagihan
manakala 17% adalah berisiko untuk menjadi ketagih.

Menurut statistik yang diperolehi melalui Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia
(2010), kekerapan penggunaan Internet di rumah yang melebih 15 jam adalah 29.6%. Angka
ini perlu dikaji untuk menilai samada wujud masalah ketagihan Internet, khususnya seks
siber, dalam kalangan pengguna.



3.0 Isu LGBT Dari Perspektif Islam

3.1 Dalil Al-Quran Tentang Pengharaman Amalan LGBT
Berikut adalah beberapa dalil daripada Al-Quran dan hadis yang menerangkan pengharaman
seks bebas (zina), gay dan lesbian:



Firman Allah di dalam Surah Al-Isra, ayat 32:
Yang bermaksud: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu
perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).


Allah SWT mengulangi lagi laranganNya di dalam Surah An-Nur, ayat 2:
Yang bermaksud: Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat
tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh
perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika
benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa
yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.



Manakala berkenaan dengan hubungan sesama sejenis pula Allah SWT berfirman di dalam
Surah As-Syuaraa, ayat 165 dan 166

Yang bermaksud: Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan
manusia

Yang bermaksud: Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu
(melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (kamu orang-orang yang
bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)!




3.2 Dalil Hadith Rasulullah SAW Tentang Pengharaman Amalan LGBT

Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Hakim, daripada Abu Hurairah RA:

( (


Maksudnya: Barang siapa yang berzina dan meminum arak, Allah mencabut daripadanya
iman sepertimana seseorang manusia menanggalkan baju daripada kepalanya.

Manakala hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim, daripada Ibnu
Abbas RA:


:


Maksudnya: Sesiapa yang kamu dapatinya mengamalkan maksiat kaum Nabi Luth, maka
bunuhlah peliwat dan yang diliwat.

Dalil yang ketiga berkenaan dengan isu LGBT ini ialah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan
oleh Al-Baihaqi, daripada Abu Musa:




Maksudnya: Jika seorang lelaki mendatangi lelaki lain (meliwatnya) maka mereka berdua
adalah penzina, dan jika seorang wanita mendatangi wanita lain (lesbian) maka mereka
berdua adalah penzina.

Daripada dalil-dalil yang tersebut diatas, menunjukkan bahawa perbuatan LGBT ini adalah
haram disisi Islam. Isu LGBT yang membawa kepada fahaman budaya songsang melawan
arus sistem agama, kemanusiaan dan keluarga sering menjadi berita paling panas ketika ini di
negara kita. Malahan perlakuan LGBT ini adalah perlakuan yang songsang yang ditolak oleh
semua agama sawawi.






3.3 Kesan Keburukan Dan Bahaya Dalam Masyarakat
Kesan yang paling ketara kepada pengamal hubungan sesama sejenis ini ialah seperti berikut:

a. Penyakit HIV AIDS
Penyakit AIDS mulai menjadi tumpuan ramai apabila pada 5 Jun 1981, doktor mulai
mengambarkan wabak paru-paru berair yang biasanya sukar terjadi, yang menular dikalangan
lima orang homoseksual di Los Angeles. Semenjak itu, AIDS dan homoseksual menjadi
bagaikan seerti. Pada awal-awal penyakit merebak, San Francisco merupakan kawasan gay
paling teruk dijangkiti, di mana hampir separuh daripada populasi homoseksualnya telah
dijangkiti.

Kini selepas penurunan kadar jangkitan AIDS dalam kalangan homoseksual pada tahun-tahun
kebelakangan, peningkatan jangkitan AIDS kembali meningkat dalam kalangan gay melalui
tempat mandi umum, tempat popular bagi kalangan gay mencari seksual bebas, kini menjadi
tempat utama penyebaran AIDS dalam kalangan homoseksual.


b. Penyakit Siflis
Antara penyakit lain kerana aktiviti seks yang songsang ialah penyakit siflis. Penyakit
jangkitan seks mempengaruhi organ seks dan juga organ lain. Gonorea dan sifilis ialah
penyakit seks yang paling biasa. AIDS ialah penyakit yang paling berbahaya kerana masih
tiada penawar. Penyakit jangkitan seks juga dikenali sebagai penyakit kelamin atau venereal
(VD Venereal Disease). Penyakit jangkitan seks telah mencapai taraf epidemic. Sifilis dan
gonorea mempunyai bilangan kes yang paling tinggi antara penyakit berjangkit yang
dilaporkan. Walau bagaimanapun bilangan kes sebenar dianggarkan tiga hingga lima kali
ganda bilangan kes yang dilaporkan.

c. Timbul Masalah Kecelaruan Dalam Hubungan Keluarga
Jika kita meneliti masalah LGBT di negara-negara barat yang membenarkan perkahwinan
sesama sejenis. Terdapat masalah kecelaruan dalam hubungan keluarga. Ini kerana bagi
wanita yang berkahwin dengan wanita, mereka tidak boleh melahirkan anak kerana tiada
sperma. Bagi lelaki yang berkahwin sesama lelaki juga turut mengalami masalah yang sama
kerana tiada telur untuk mengandung. Untuk menyelesaikan masalah mendapatkan anak,
mereka memilih untuk mengadakan persemanian beradas untuk mendapatkan anak. Kaedah
ini amat bertentangan dengan syariah Islamiah kerana kita tidak dapat menentukan kesahihan
nasab keturunan.

Rentetan dari itu, timbul pula pelbagai masalah kerana matlamat rumahtangga yang kabur.
Islam menggalakkan perkahwinan kerana untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT,
mengikuti sunnah Nabi Muhammad SAW, mengawal hawa nafsu dengan cara yang halal,
mengembangkan zuriat keturunan dengan cara pernikahan yang sah disisi syarak. Perbuatan
perkahwinan sesama sejenis ini bukan sahaja dilaknat oleh Allah SWT, malahan
bertengangan dengan fitrah manusia itu sendiri.

4.0 Kaedah Penyelesaian Secara Islam
Berikut adalah beberapa cadangan oleh kami untuk mengatasi masalah LGBT menurut
perspektif Islam:

i. Kesedaran dari dalam hati untuk berubah
Golongan LGBT muslim adalah pada asasnya Islam. Walaupun mereka melakukan dosa yang
terkutuk ini, ruang dan peluang harus diberikan kepada mereka untuk kembali ke panggal
jalan. Walaupun mereka sedar mereka terjebak dalam kancah maksiat, tetapi kami sangat
percaya jauh disudut hati mereka, mereka sedar apa yang mereka lakukan adalah tidak
normal dan bertentangan dengan ajaran Islam. Maka, kepada golongan LGBT yang mahu
berubah, setiap perbuatan mestilah dimulakan dengan niat terlebih dahulu. Iaitu niat untuk
berubah.

Selari dengan ajaran Islam, setiap perbuatan mestilah dimulai dengan niat, lafaz dan
perbuatan. Insya Allah, kami yakin golongan LGBT ini boleh dipulihkan pemikiran mereka
untuk kembali menjadi normal. Kemudian, barulah diubah penampilan mereka seperti cara
berpakaian, cara percakapan dan perlakuan mereka kepada normal.


ii. Mendirikan Solat
Seterusnya, ibadah solat yang sempurna pula akan dapat menghalang umat Islam daripada
berbuat dosa. Solat itu sendiri telah menjadi benteng pertahanan kepada kita daripada nafsu
yang mendorong untuk berbuat maksiat. Ini adalah berdasarkan kepada dalil Al-Quran firman
Allah SWT:


Maksudnya: Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu
dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu
mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah
lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu
kerjakan.

Jika diperhatikan sungguh-sungguh kita akan dapati bahawa manusia cukup suka melakukan
perkara-perkara yang negatif yang menyeronokkan, meskipun perkara yang dilakukan itu
memudharatkan dirinya. Untuk mengaitkan kelebihan ini dengan tajuk kertas kerja ini, maka
difahami bahawa mereka yang mendirikan solat, maka Allah SWT akan membuka mata hati
mereka sehingga mampu menilai sesuatu perbuatan itu apa kategorinya. Apakah ianya baik
di sisi agama, di mata orang atau ianya keji pada hukum agama dan mata masyarakat? Jadi,
manusia yang dianugerahi Allah akan kelebihan ini akan terpandu perjalanan hidupnya agar
tidak terjebak dengan aktiviti tidak bermoral seperti LGBT ini.

Allah SWT telah memerintah supaya mendirikan solat dan juga telah menerangkan kesan
solat kepada mereka yang mendirikannya. Solat itu mencegah perbuatan keji iaitu perbuatan
yang haram dan kata-kata mungkar. Perbuatan yang keji dan perkataan yang mungkar, kedua-
duanya menghasilkan dosa.


iii. Mendapatkan Perkhidmatan Kaunseling/Khidmat Nasihat
Dewasa ini terdapat banyak perkhidmatan kaunseling yang disediakan untuk membantu
golongan LGBT supaya dapat menyelesaikan kemelut identiti gender ini secara klinikal dan
kognitif. Malahan, perkhidmatan nasihat yang sama juga ada disediakan dimana-mana
pejabat agama di seluruh negara. kami juga menyokong penuh usaha pihak kerajaan yang
telah menubuhkan pusat perlindungan Ilaj Home untuk golongan LGBT untuk
mendapatkan rawatan dan kaunseling kaedah Islam.




iv. Peranan Ibubapa, Pendidik dan Masyarakat
Ibubapa harus lebih berperanan untuk memantau anak-anak remaja agar tidak terjebak
dengan masalah LGBT ini. Ibu bapa perlu memiliki kualiti bimbingan yang baik supaya
anak-anak tidak mengira peringkat umur termasuklah anak-anak remaja berada dalam
pengaruh budaya keluarga yang sihat. Jika tidak, pengaruh buruk di luar rumah yang sedang
menunggu akan mempengaruhi mereka. Ibubapa wajib membina asas pendidikan yang kukuh
(foundation) kepada anak-anak. Kita tidak mahu anak-anak menjadi keliru dan tidak tahu
memilih mana yang baik dan buruk dalam hidup mereka. Dr Yusof al-Qardhawi mengatakan
bahawa kesan paling menonjol akibat dari tamadun hari ini ialah terpisahnya ikatan akhlak
yang mendedahkan manusia kepada pelbagai krisis dan gejala. Bimbang dengan tekanan ini,
kami menyeru ibubapa agar membimbing anak-anak secara serius terutamanya dari sudut
rohani atau bimbingan hati.


v. Peranan Masjid
Kami juga menggesa agar pihak kerajaan untuk terus memperkasakan institusi masjid di
seluruh negara. Masjid bukan sahaja dijadikan tempat beribadah tetapi ia juga berperanan
sebagai pusat pembangunan sosial dan komuniti umat Islam di negara ini. Pihak masjid
adalah digesa untuk turut melaksanakan program pencegahan seperti kempen menjauhi zina,
anti Valentines days dan program untuk golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual
(LGBT) melalui kutbah Jumaat, ceramah, kuliah magrib dan melalui aktiviti-aktiviti masjid
sepanjang tahun.



5.0 Kesimpulan
Isu berkaitan LGBT ini yang membawa kepada fahaman budaya songsang melawan arus
sistem agama, kemanusiaan dan keluarga sering menjadi berita paling panas ketika ini di
negara kita. Mereka yang memilih serta terjebak dalam budaya songsang ini dengan jelasnya
telah melakukan sesuatu yang tidak normal serta tidak menghormati institusi keluarga, agama
dan aspek moral. Jika dilihat dari perspektif yang lebih besar, budaya ini merosakkan sistem
sosial dan keluarga. Budaya songsang ini bukan lahir daripada kehendak normal, tetapi
dibudayakan melalui cara hidup songsang yang jauh terpesong daripada sistem kemanusiaan
sejagat.

Akibat daripada pembudayaan negatif ini akan membawa kemusnahan sistem sosial dengan
pencangahan nilai dan perkosaan adat budaya kita sebagai orang Timur. Ibu bapa kepada Gay
dan Lesbian, terpaksa menghadapi tekanan yang datang dari pelbagai sudut sama ada
keagamaan, kemasyarakatan dan undang-undang sosial dunia yang berlandaskan nilai-nilai
murni. Dalam usaha untuk membangunkan dan mengekalkan nilai murni yang baik, anak
yang terjerumus ke dalam budaya LGBT perlu melihat tanggungan orang yang menyanyangi
mereka untuk sedar bahawa pembabitan mereka dalam budaya LGBT itu sebenarnya adalah
salah. Institusi keluarga adalah benteng terakhir untuk melahirkan keluarga dan insan
berintegriti melalui pembinaan keluarga bahagia, peningkatan integriti dalam pengurusan
kesihatan jasmani dan rohani serta pemantapan nilai-nilai murni sebagai asas dalam
pembentukan identiti.

Oleh itu, janganlah kita bersikap berdiam diri dengan alasan hal ini tidak melibatkan diri
secara langsung. Perlu diingatkan kerosakan yang berlaku ini akan tetap menimpa kita, jika
tidak sekarang mungkin pada masa akan datang.

Firman Allah di dalam Surah Ar-Rum, ayat 41 yang bermaksud:

Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab
apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah
hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka
telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Firman Allah di dalam Surah Al-Anfal, ayat 25 yang bermaksud:

Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan
sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan
menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.

Di dalam konsep menegah kemungkaran, sama-samalah kita memelihara diri, keluarga dan
masyarakat daripada terjatuh ke dalam lembah kemaksiatan. Tindakan kita pada hari ini akan
menentukan masa depan kita pada hari esok. Allah akan bertanya apakah yang telah anda
lakukan demi menyelamatkan anak bangsamu?

Semoga penjelasan di atas dapat membantu segelintir yang menghadapi cabaran
kecenderungan jantina dan seks yang berlawanan dari fitrah manusia. Yakinilah bahawa
setiap cabaran ada penyelesaiannya, bergantung sama ada kita ingin mencarinya dan berusaha
untuk menyelesaikannya. Tidak ketinggalan, jangan berputus asa dari pertolongan Allah
kerana Allah bersedia membantu sesiapa yang sentiasa mengharapkan rahmat-Nya.




























Rujukan:
Buku Rujukan:


1. AZ-ZIKIR-TERJEMAHAN AL-HIDAYAH AL-QURAN AL-KARIM
-AL-HIDAYAH HOUSE OF QURAN SDN BHD

2. Elizabeth Reis, American Sexual Histories, 2nd Edition, Wiley Blacwell Publication,
USA, 2012

3. L. Lee Lerner, Brenda Wilmoth Lerner & Adrienne Wilmoth Lerner, Thomson Gale,
USA, 2006

4. Kamus Dewan Edisi Ke-4, Terbitan Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur, 2002

5. Ski Hunter, Collen Shannon, Jo Knox, James I. Martin, Lesbian, Gay and Bisexual
Youths and Adults, Knowledge for human services practice, Sage Publication Ltd, London,
1998



Keratan Akhbar:
1. JMM Puji Kerajaan Anjur Seminar Tangani Isu LGBT, Utusan Malaysia, 1hb Mar 2013

2. Siti Naquiah Abdullah, LGBT bunuh keturunan, musnah institusi keluarga, Berita
Harian, 3hb Julai 2012

3. Sokong sekat laman pornografi, Berita Harian, 28/7/2010. Diambil daripada
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sokongsekatlamanpornografi/Article/

4. MAIM tidak mahu remaja terlanjur terus hanyut. Berita Harian, 8/8/2010.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MAIMtakmahuremajaterlanjurterushanyut/Artic
le

Anda mungkin juga menyukai