Anda di halaman 1dari 6

Bab 14 Sembelihan

14. Sembelihan
14.1.

Pengertian Sembelihan
14.1.1. menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan cara memutuskan urat halkum
dan merih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah
14.1.2. sembelihan wajib dengan tujuan dimakan dagingnya

14.2.

Rukun Sembelihan
14.2.1. Penyembelih
14.2.1.1.

Islam

14.2.1.2.

tidak dalam ihram haji atau umrah

14.2.2. Binatang Yang Disembelih


14.2.2.1.

halal dimakan

14.2.2.2.

mati dengan sekali sembelihan ( putus urat halkum dan urat merih)

14.2.3. Alat Sembelihan


14.2.3.1.

benda yang tajam kecuali gigi, tulang, kuku, rambut, tali

14.2.4. bagi orang Islam yang berada di negeri ahli kitab, mereka diharuskan makan daging
sembelihan ahli kitab

14.3.

Syarat Sah Sembelihan


14.3.1. niat sembelih kerana Allah
14.3.2. memutuskan urat halkum dan urat merih
14.3.3. menggunakan alat-alat sembelihan tajam selain tulang, gigi, rambut
14.3.4. menyembelih binatang yang halal dimakan dan masih hidup

14.3.5. binatang yang disembelih mati dengan sekali sembelihan


14.3.6. disembelih orang Islam atau ahli kitab
14.3.7. tidak dilakukan semasa berada dalam ihram haji atau umrah

14.4.

Perkara-Perkara Sunat Sembelihan


14.4.1. menyebut nama Allah
14.4.2. menggunakan alat sembelihan yang tajam
14.4.3. melakukan sembelihan di siang hari
14.4.4. memutuskan kedua-dua urat yang terletak di kiri dan di kanan leher supaya lebih cepat mati
14.4.5. menghadapkan binatang ke arah kiblat dengan membaringkannya ke sebelah ke sebelah
rusuk kiri

14.5.

Perkara-Perkara Makruh Sembelihan


14.5.1. alat sembelihan yang tumpul
14.5.2. menampakkan alat sembelihan kepada kepada binatang sembelihan
14.5.3. melakukan sembelihan di hadapan binatang lain yang hendak disembelih
14.5.4. tidak menghadap kiblat
14.5.5. tidak membaca basmalah
14.5.6. mematahkan leher binatang sembelihan sebelum nyawanya hilang

14.6.

Hikmah Sembelihan
14.6.1. boleh mematikan binatang dengan cara cepat dan selamat
14.6.2. memastikan daging yang dimakan bersih dan bermutu
14.6.3. sembelihan dengan nama Allah untuk memelihara akidah

14.6.4. membezakan antara daging yang halal dengan daging yang haram
14.6.5. dapat mengeluarkan semua darah binatang dengan cepat dan membersihkan daging daripada
darah yang mengalir bagi menghindari penyakit

15. Korban Amalan Mulia


15.1.

Pengertian Korban

15.1.1. menyembelih binatang ternakan (Al-anam) yang dilakukan pada hari


Aidiladha atau hari Tasyrik dengan tujuan beribadat kepada Allah
15.1.2. hukumnya sunat muakkad bagi yang mampu dan wajib bagi yang bernazar
15.1.3. waktu menyembelih adalah lepas naik matahari pada pada hari raya korban
dan berakhir apabila terbenam matahari pada hari 13 Zulhijah.

15.2.

Sunat-Sunat Korban

15.2.1. membaca basmalah atau bertakbir.


15.2.2. Membaca selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w.
15.2.3. Menghadap binatang ke arah kiblat.
15.2.4. memilih binatang yang gemuk.
15.2.5. menyembelih sendiri bagi lelaki

15.3.

Syarat-Syarat Sah Korban

15.3.1. mengorbankan binatang yang cukup umur


15.3.2. melakukan sembelihan pada waktu korban
15.3.3. sembelihan oleh orang Islam

15.3.4. mengorbankan binatang yang sihat dan tidak cacat


15.3.5. niat korban kerana Allah
15.3.6. binatang ternakan halal dimakan

15.4.

Binatang Yang Dijadikan Korban

15.4.1. biri2 atau kibas berumur 1 tahun atau lebih


15.4.2. kambing, sapi, lembu, kerbau berumur 2 tahun atau lebih
15.4.3. unta berumur 5 tahun atau lebih

15.5.

Pengagihan Daging Korban

15.5.1. daging hendaklah dibahagikan kepada orang Islam terutamanya fakir miskin
setempat
15.5.2. sebahagiannya boleh dimakan oleh orang yang berkorban
15.5.3. daging korban haram diberikan pada orang kafir
15.5.4. Cara Pengagihan Daging Korban Yang Sebaik-Baiknya:

15.6.

15.5.4.1.

1/3 disedekah kepada fakir miskin

15.5.4.2.

1/3 untuk orang ramai

15.5.4.3.

1/3 dimakan oleh orang yang berkorban

Hikmah Berkorban

15.6.1. mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail


15.6.2. menimbulkan rasa kesyukuran atas nikmat Allah

15.6.3. memupuk perasaan muhibbah dan silaturahim


15.6.4. fakir miskin berpeluang bersama-sama menikmati daging korban

6. Akikah

16.1.

Pengertian Akikah

16.1.1. menyembelih binatang ternakan yang dilakukan ketika mencukur rambut


bayi yang lahir sebagai tanda kesyukuran kepada Allah
16.1.2. hukumnya sunat muakkad dan wajib jika bernazar
16.1.3. Sebaik-Baik Akikah:
16.1.3.1.

2 ekor kambing untuk bayi lelaki

16.1.3.2.

1 ekor kambing untuk bayi perempuan

16.1.4. akikah afdal dilakukan pada hari ke 7 tapi boleh dikemudiankan asalkan
belum baligh. Jika sudah baligh boleh melakukan akikah untuk diri sendiri

16.2.

Syarat-Syarat Akikah

16.2.1. niat akikah ketika menyembelih


16.2.2. menyembelih binatang ternakan yang halal dan tidak cacat
16.2.3. menyembelih binatang yang cukup umur
16.2.4. memenuhi syarat-syarat sembelihan

16.3.

Daging Sembelihan Akikah

16.3.1. tidak wajib disedekahkan kepada fakir miskin


16.3.2. sunat dimasak manis dan dibuat jamuan
16.3.3. sunat tidak mematah-matahkan tulang akikah
16.3.4. mencukur rambut bayi selepas penyembelihan binatang akikah
16.3.5. dilakukan hari ke7 kelahiran bayi

16.4.

Hikmah Akikah

16.4.1. tanda kesyukuran kepada Allah atas kurniaan zuriat


16.4.2. mengeratkan silaturahim di kalangan masyarakat
16.4.3. mendekatkan bayi yang baru lahir dengan penghayatan Islam
16.4.4. menghebahkan kepada anggota masyarakat tentang anugerah yang
dikurniakan Allah

Anda mungkin juga menyukai