Anda di halaman 1dari 10

KESELAMATAN DAN KEAMANAN DARI PERSPEKTIF ISLAM

<?XML:NAMESPACE PREFIX = O /> Islam agama yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. menganjurkan nilai-nilai murni dan luhur.Ia digambarkan melalui keperibadian Rasulullah yang memiliki akhlak yang mulia, bersifat sederhana dan suka melakukan kebaikan sesama makhluk.Ciri-ciri yang dimiliki oleh Rasulullah ini telah menyumbangkan keamanan dan memberi rahmat kepada alam sejagat seperti yang digambarkan dalam firman Allah S.W.T.yang bermaksud: Tidaklah Aku utuskan engkau wahai Muhammad melainkan menjadirahmat kepada seluruh alam. (al-Anbia : 107) Keamanan yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.dibuktikan apabila kita melihat masyarakat Arab Jahiliyyah yang sebelum ini hidup dalam bermusuhan tampil membina tamadun Insaniah yang sungguh mengkagumkan.Kehebatan dan kemasyhuran bangsa Arab ini kemudiannya tersebar di bawah panji Islam ke kawasan-kawasan lain di muka bumi ini.Ketika bumi Eropah masih hidup dalam zaman kegelapan bangsa Arab telah mencipta tamadun yang meliputi pelbagai bidang seperti astronomi, ilmu sains, perubatan, ekonomi dan sebagainya. Rahsia di sebalik kejayaan ini adalah keamanan yang dibawa oleh Islam dan pejuangnya sehingga Islam menjadi satu agama yang dikagumi dan disegani. Tercemar Walau bagaimanapun kejayaan yang dibawa oleh Islam berdekat dahulu kelihatan agak tercemar.Ia dicemari oleh sikap umat Islam sendiri yang mengabaikan ciri-ciri keperibadian yang dibawa oleh Rasulullah.Keselamatan dan keamanan semakin sukar diwujudkan oleh sikap segelintir umat Islam masa kini.Tindak-tanduk kebanyakan mereka lebih menunjukkan kecenderungan untuk bermusuh-musuhan, tiada toleransi, tidak berlapang dada serta terburu-buru membuat keputusan.

Jika ada umat Islam yang menyeru ke arah perpaduan ia akan dituduh berkepentingan politik. Hasilnya apa sahaja langkah yang diwujudkan untuk perpaduan sering dipandang remeh dan persenda-sendakan. Dengan itu muncullah dewasa ini golongan yang kurang berhikmah dalam melaksanakan beberapa pendekatan untuk kepentingan umat Islam.Sebagai contoh, jihad bagi mereka adalah menghalalkan darah sesama umat Islamyang tidak sealiran denganu7u mereka.Sedangkan jihad menurut yang difahami oleh Islam mempunyai kepelbagaian sudut dan tujuan, mengikut suasana dan keperluan semasa. Justeru keamanan dan keselamatan yang bagaimanakah akan kita harapkan jika golongan berfahaman beginimendominasi masyarakat kita pada suatu masa nanti.Apa yang pasti perkataan Islam yang bererti selamat tidak lagi bererti selamat sebaliknya akan menyumbangkan kemusnahan hasil daripadafahamansempit yang dibawa oleh umat Islam sendiri. Maka kita sebagai umat Islam yang masih dapat menilai antara kaca dengan permata tentu tidak mahu melihat keadaan ini wujud.Ajaran yang dibawa oleh Rasulullah diselewengkankan yang hasilnya umatnya akan dihina dan lebih malang lagi agama Islam akandipinggirkan daripada arus globalisasi dunia. Sedangkan umat Islamlah yang sepatutnya menjadi juara keamanan dan kemakmuran. Lihatlah di Bosnia, Kasymir, Palestin malah di negara jira kita sendiri; keamanan dan kesejahteraan yang sepatutnya mereka miliki telah tergugat.Puncanya seperti yang telah kita nyatakan lebih banyak disebabkan nilai-nilai murni yang ditanam oleh Rasulullah telah mula diabaikan.Perpecahan sesama sendiri adalah salah satu puncanya.Jika mereka cuba untuk bersatu namun kesatuan yang mereka wujudkan lebih menjurus kepada kepentingan diri. Dalam bersatu mereka juga bertelagah.Dalam mewujudkan lebih banyak jamaah mereka juga mewujudkan lebih banyak perpecahan.Masingmasing puak berjuang untuk kepentingan puak mereka.Maka tujuan utama mereka untuk menjamin kesejahteraan umat Islam keseluruhannya sering dikaburi dengan slogan demi slogan lalu umat

Islam terus dihimpit dan tertekan lantaran slogan mereka lebih menjurus kepada perpecahan. Pertelagahan yang berlaku sesama umat Islam turut mengundang musuh-musuh Islam untuk mengambil kesempatan menangguk di air keruh.Islam (agama yang semestinya dilihat mengajak kepada keamanan) dilihat di kacamata musuh sebagai agama yang membawa kepada kemunduran, dan kerosakan dan perpecahan.Justeru melalui perpecahan yang ada pada umat Islam lalu diambil kesempatan oleh musuh untuk menikam secara berdepan.Demikianlah perkiraan dan perancangan mereka. Islam Agama Keselamatan dan Keamanan Islam adalah agama pembawa kesejahteraan.Untuk itu sekali lagi ditegaskan ia tidak boleh dilihat sebagai agama yang mencetuskan keganasan atau memporak-perandakan kehidupan manusia. Rasulullah ketika menyelesaikan masalah masyarakat Islampada zamannya sentiasa menjuruskan kepada keamanan dan kesejahteraan.Demikian juga yang baginda lakukan ketika berhadapan musuh-musuh baginda. Tindakan baginda dalam berdakwah umpamanya, baginda tidak mendahulukan menghukum daripada mendidik.Baginda sentiasa mengajar para sahabatnya bahawa mendidik lebih utama daripada menghukum.Jika sahabat mendahulukan herdikan kepada Arab Baduwi yang kencing di dalam masjid maka Rasulullah bertindak sebaliknya.Sikap lemah lembut Rasulullah menggambarkan sikap rahmat yang dibawa oleh Rasulullah.Sikap rahmat ini kita lihat telah menjuruskan kepada wujudnya perasaan kasih sayang kepada para sahabat baginda.Kekecohan dan hingar-bingar bukanlah sifat Rasulullah s.a.w..Maka dengan itu Islam dapat dilihat sebagai agama yang membawa kepada keamanan dalam diri dan kehidupan para sahabat baginda masa itu. Adakah terdapat contoh lain yang lebih baik daripada apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w..Kita melihat apa yang dibawa oleh Rasulullah masih wujud masa kini.Namun ancaman, tuduhan dan ugutan semakin

mengambil tempat daripada mengutamakan mendidik dan menasihati di bibir umat Islam masa ini. Jika inilah sikap kebanyakan generasi Islam maka bagaimanakah keselamatan dan keamanan dapat diwujudkan di dada umat Islam masa kini.Apatah lagi kepada orang yang tidak beragama Islam. Sebut sahaja perkataan Islam apa yang digambarkan oleh bukan Islam adalah wajah-wajah militan, tiada toleran dan kemunduran di sana sini.Warna-warna inilah yang mewarnai segelintir masyarakat Islam masa kini walhal Islam yang dibawa oleh Rasulullah adalah agama untuk kesejahteraan, kedamaian dan keselamatan.Mungkin mereka ada alasanlain untukmempertahankan tindakan sebegitu namun soalnya adakah tindakan begini yang menjadi keutamaan Rasulullah s.a.w. dalam menyebarkan dakwahnya ke seluruh alam. Rasa Takut Sudah sampailah masanya Islam perlu dilihat sebagai agama yang membawa keselamatan dan keamanan kepada umat manusia seperti apa yang dilakukan oleh Rasululah s.a.w..Rasa bimbang di dada umat Islam apatah di mata musuh Islam perlu dibaiki.Mesej dakwah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. bersandarkan keamanan dan keselamatan perlu diguna dan dibangunkan semula oleh umat Islam kini. Apabila mesyuarah menjadi keutamaan baginda, maka itulah juga yang sepatutnya menjadi keutamaan umat Islam masa kini.Jika Rasulullah s.a.w. dapat bertolak ansur dengan kaum musyrikin dalam Perjanjian Hudaibiah apakah kita tidak boleh mengamalkan sikap demikian?Sayangnya ketika mencari perpaduan sesama umat Islam masa kini, kita melihat ada golongan Islam yang lebih mengutamakan syarat daripada kesatuan dan kesejahteraan umat. Perlu ditegaskan lagi bahawa Rasulullah s.a.w. hendaklah dijadikan contoh. Kebijaksanaan yang dipamerkan oleh Rasulullah perlu diikuti lebih-lebih lagi oleh mereka yang menganggap diri mereka sebagai ulama.Kita juga perlu mencontohi keamanan dan kesejahteraan yang menjadi strategi Rasulullah s.a.w. dalam meningkatkan dakwah di kalangan mereka yang bukan Islam.Serentak itu Rasulullah s.a.w.

berjaya menjadi model lantaran mempamerkan kepada musuh baginda bahawa Islam mementingkan kesejahteraan bukannya permusuhan. Menyumbang Kini negara kita sedang bergelut dengan kemelesetan ekonomi.Sebagai umatyang mahu menjadikan dirinya contoh dan inginkan Islam dilihat sebagai agama pembawa keamanan, kita perlu menyumbangkan sesuatu yang baik kepada keharmonian rakyat di negara ini. Kemelesetan ekonomi akan mengundang pelbagai kemungkinan dalam kehidupan masyarakat.Kegelisahan kemurungan dan ketidak stabilan politik boleh wujud pada bila-bila masa seperti apa yang terjadi kepada beberapa negara jiran.Di sinilah letaknya peranan kita untuk mempamerkan kemurnian ajaran Islam.Dengan itu umat Islam di negara ini perlu memperlihatkan sikapnya menghargai keamanan.Ini kerana keamanan adalah elemen yang sangat penting untuk kita menebus maruah negara yang mungkin tergadai.Apatalah lagi jika pucuk pimpinannya dipegang oleh orang Islam.Jika kepimpinannya tumbang maka tidak mustahil martabat Islam yang kita letakkan di tempat yang tinggi negara ini akan turut goyang. Inilah yang perlu kita elakkan dan jika ia berlaku juga dunia akan mencaci kita.Mereka akan mengaitkan kegagalan kepimpinan Islam dengan agama Islam yang kita bawa.Maka sudah tentu kita tidak mahu mereka menyamakan negara ini sama dengan negara Islam lain yang rata-rata mundur lantaran kegagalan pemimpinnya menguasai ekonomi negara. Belum Terlambat Kita masih belum terlambat.Agama Islam yang cemerlang perlu lebih dicemerlangkan lagi melalui tindak-tanduk umatnya.Islam agama yang mementingkan keselamatan perlu ditonjolkan oleh umatnya melalui tuturkata dan tingkah laku yang berhemat.Kata-kata memaki, mengancam dan menghina sesama Islam perlu dihentikan kerana ia tidak menggambarkan keselamatan dan keamanan yang dibawa oleh Islam. Orang yang masih melakukan perbuatan demikian samalah seperti orang yang menganjurkan permusuhan dalam kehidupan umat.Orang yang

menganjurkan permusuhan diibaratkan orang yang berdiri di tepi jurang neraka yang hanya menunggu saat kehancurannya. Justeru itu Islam melihat penganjur keamanan sebagai faktor yang akan menyelamatkannya daripada dihumban ke dalam api neraka.Sesiapa juga perlu menyedari betapa pentingnya keamanan dan keselamatan dipelihara.Malah, bukan hanya sekadar sedar tetapi hendaklah dengan penuh iltizam memeliharanya. Memelihara keselamatan dan kesejahteraan di dunia berkait rapat juga dengan memelihara keamanan dan kesejahteraan kehidupan kita di akhirat nanti. Tarikh : Ogos 19, 2004 - 1:10pm Editor : projakim Hits : 1828

KEADILAN ISLAM Oleh Syed Hasan Alatas ISLAM sangat memperhatikan Keadilan, dan mengajak ummat manusia kearah Keadilan. Keadilan merupakan salah satu sifat Allah S.W.T. Syariat Ilahi yang terkandung dalam al-Quranul karim menggambarkan Keadilan yang sebenarnya. Perhatikan beberapa firman Allah berkenaan Keadilan. Allah berfirman yang maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang-orang yang benarbenar menegakkan Keadilan, menjadi saksi karena Allah, biarpun terhadap dirimu sendiri ataupun ibu bapamu dan kaum keluargamu. Jika ia kaya ataupun miskin, Allah lebih mengetahui keadaan keduanya, maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, sehingga kamu tidak berlaku adil. Jika kamu memutar belikkan, atau engggan menjadi saksi, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan." (Q.S.Annisak:135) Keadilan Islam adalah Keadilan yang sebenarnya, tidak kira siapa, meskipun terhadap diri sendiri, ibu bapak, keluarga ,teman rapat ataupun terhadap musuh sekalipun kita dituntut supaya tetap berlaku adil. Tidak seperti kata peribahasa Melayu: bila tiba dimata dipicingkan, bila tiba diperut dikempiskan.

Pernah terjadi dimasa hayat Nabi Muhammad s.a.w. seorang yang terhormat dan mempunyai kedudukan yang tinggi telah melakukan kesalahan mencuri, maka datanglah beberapa orang menemui Nabi s.a.w. supaya orang tadi dibebaskan dari hukuman, maka Nabi s.a.w.bersabada: "Sesungguhnya telah binasa orang-orang yang sebelum kamu yaitu sekiranya yang mencuri itu yang berpangkat tinggi, lalu mereka dibiarkan saja.Tetapi jika yang mencuri itu mereka yang lemah, lalu dengan segera dijatuhkan hukuman keatasnya. Demi Allah yang aku di dalam kekuasaan-Nya, kalaulah Fatimah binti Muhammad (anak nabi s.a.w. yang sangat dikasihi) mencuri, niscaya kukudungkan tangannya." Inilah sebahagian kecil contoh berkenaan keadilan Islam yang tidak pandang bulu, meskipun terhadap diri sendiri ataupun keluarga sendiri, kita tetap mesti melaksanakan Keadilan, meskipun terhadap orang yang kita benci sekalipun kita dituntut supaya berlaku adil perhatikan firman Allah yang bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlakulah adil, karena adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, seungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan."(Q.S.al-Maidah:8) Keadilan seperti inilah yang telah mengangkat nama baik ummat Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. dan seterusnya pada zaman sahabat yang benar-benar melaksankan Keadilan mengikut ajaran Islam yang sebenarnya. Islam melarang kita berlaku zalim terhadap sesiapa sahaja, meskipun terhadap musuh yang kita benci sekalipun. Hal ini jelas dapat kita lihat, ketika Nabi s.a.w.dan ummat Islam memasuki kota Makkah dimana musuh telah menyerah kalah. Ramai dari mereka yang menyerah yang telah dimaafkan, dan dibebaskan, termasuk mereka yang berlaku kejam dan zalim terhadap ummat Islam, ketika mereka berkuasa. Ketika itu tentera Islam masuk ke dalam Kota Makkah dengan mengucapkan takbir dan tahmid mensyukuri kemenangan yang telah diperoleh. Mereka dilarang melakukan apapun kerusakan seperti membunuh mereka yang lemah seperti wanita, kanak-kanak orang tua dan mereka; yang tidak melakukan perlawanan, malah tentera Islam dilarang memusnahkan pohon kayu. Inilah Keadilan yang telah membawa Rahmat bagi seluruh alam. Rasulullah s.a.w. malah telah melaksanakan keadilan semenjak beliau masih muda lagi. Ketika hampir-hampir berlaku pertumpahan darah karena masing-masing

golongan merasa diri ataupun suku mereka lebih berhak meletakkan hajaral aswad pada tempatnya di Kakbah. Pemuda calon Rasulullah s.a.w. ketika itu berusia 35 tahun. Nabi s.a.w.meletakkan hajaral aswad di atas sehelai kain, dan meminta semua golongan ikut mangangkat bersama-sama sehingga dengan demikian semua pihak merasa puas hati. Jadi Keadilan akan membawa kedamaian dan ketenteraman dalam asyarakat. Inilah sebahagian dari Keadilan Islam.
Perpaduan dari konteks Islam Satu Malaysia atau juga disebut sebagai One Malaysia adalah satu gagasan yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak sebagai satu panduan dalam memupuk perpaduan dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama demi menjamin kestabilan kearah kemajuan dan pembangunan rakyat Malaysia yang lebih baik. Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada komposisi kaum, agama dan budaya yang berbeza. Oleh yang demikian wajarlah jika terdapat konsep atau gagasan yang diwujudkan pihak pemerintah untuk menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat dalam kehidupan didunia yang serba moden ini. Islam sendiri memberi garis panduan yang jelas dalam usaha membentuk perpaduan dikalangan masyarakat berbilang bangsa seperti mana yang difirmankan Allah dalam Al-Quran surah Al-Ruum(40:22) yang bermaksud: Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada hal demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang yang mahu mengetahui dan seterusnya Allah SWT berfirman dalam surah AlHujuraat(49:13) yang bermaksud: Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal(litaaarafu).Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah lagi Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. Ayat ini memberi satu pengajaran supaya manusia bekerjasama menegakkan kedamaian, keamanan dan persaudaraan sejagat tanpa mengira warna kulit, bahasa mahupun budaya. Segala bentuk konsep dan gagasan ciptaan manusia atas tujuan perpaduan sebenarnya tidak lengkap dan punyai kelemahan, melainkan kita menjadikan Al-Quran dan AlSunnah sebagai sumber rujukan dan panduan dalam mencipta konsep perpaduan sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Jaatsiyah(45:20) yang bermaksud :Al-Quran ini adalah pedoman bagi manusia,petunjuk dan rahmat bagi kaum yang menyakini. Malaysia sebenarnya sebuah negara yang bertuah kerana didiami oleh berbilang bangsa. Perbezaan dari segi budaya ini sebenarnya memberi kelebihan untuk rakyat negara ini kerana mereka dapat mengetahui dan mempelajari kebaikkan dari nilai-nilai budaya setiap bangsa. Sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasminya sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan (Perkara 3(1)), sewajarnya cara hidup berpandukan Islam dijadikan asas keutamaan bagi rakyatnya yang beragama Islam dan juga kepimpinan negara yang diketuai seorang Islam sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah(2:208) yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam itu semuanya. Dalam menjadikan Islam sebagai cara hidup, rakyat Malaysia

yang beragama Islam hendaklah sentiasa bersikap adil dan saksama dalam setiap aspek kehidupan kerana keadilan dapat menjamin kepada perpaduan. Firman Allah SWT dalam surah Al-Maaidah (5:8) yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. Sebagaimana Allah telah menjadikan Rasul-Nya sebagai contoh dan teladan yang baik bagi umat manusia, maka wajarlah umat Islam di Malaysia pula menjadi contoh yang baik kepada umat lain. Dalam merealisasikan perkara ini umat Islam di Malaysia hendaklah sentiasa mengamalkan kesederhanaan dan bertolak-ansur serta tidak bersikap angkuh, takbur dan sombong kerana sikap-sikap itu dicela Allah. Tidak salah untuk umat Islam di Malaysia mencari kemajuan dan kekayaan namun janganlah sehingga mengambil hak kaum lain dan melampaui batas dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti rasuah dan salahguna kuasa. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Qashas ayat 77 yang bermaksud: Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu(keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah(kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu(dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan Apabila sesebuah kerajaan memerintah dengan adil dan saksama dari segi pembahagian hasil kekayaan negara untuk rakyat semua tanpa memikirkan perbezaan kaum dan latar belakang budaya pastinya rakyat akan lebih bersatu dan hidup harmoni lantaran keperluan kehidupan mereka dapat dipenuhi. Firman Allah SWT dalam surah Al-Zariyat(51:19) yang bermaksud: Dan pada harta mereka,(ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri(daripada meminta). Melalui konsep 1Malaysia pihak pemerintah turut menekankan kepentingan nilai-nilai murni dan keadilan sosial yang sememangnya dituntut dalam Islam dan menjadi perkara penting untuk membangunkan rakyat yang hidup aman dan saling menghormati. Firman Allah SWT dalam surah An-Nahl ayat 90 yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu(dengan suruhan dan laranganNya ini),supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya. Selain itu amat wajar untuk rakyat mematuhi dan cuba merealisasikan hasrat pihak pemerintah dalam memupuk perpaduan manakala pihak pemerintah pula dalam melaksanakan apa jua konsep dan gagasan untuk perpaduan dan kemajuan rakyat haruslah kembali kepada ajaran Islam yang berpandukan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagaimana firman Allah SWT dalam surah An-Nisaa ayat 59 yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan taatlah kepada UlilAmri(orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantahbantah(berselisihan) dalam sesuatu perkara,maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Kitab Allah(Al-Quran) dan (Sunnah)RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik(bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. Kesimpulannya perpaduan adalah sesuatu yang dituntut dalam Islam bahkan Islam melarang keras umatnya untuk mencela mana-mana kaum hanya semata-mata berbeza kaum keturunan bahkan Islam meletakkan keadilan sebagai perkara utama untuk membina keharmonian dan kemakmuran hidup manusia.

Allah berfirman dalam surah An-Nisaa ayat 58 yang bermaksud Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa melihat. Kesimpulannya wajarlah kita kembali kepada ajaran Islam yang menyeluruh tanpa meninggalkan sebahagian dan mengambil sebahagian yang lain kerana Islam adalah agama yang meliputi segenap aspek kehidupan manusia di muka bumi ini.

Anda mungkin juga menyukai