Anda di halaman 1dari 38

Sidang Video 5

30 Mac 2013
Dr.membunga @ siti meriam yaacob

1
Pendekatan bercorak Ilmiah
Kesusasteraan mempunyai kaedah tersendiri
untuk menganalisis karya
Karya lama sastera sejarah (Sejarah
Melayu)
Karya moden novel, cerpen, drama dan
lain-lain

Pendekatan intrinsik
Pendekatatan ekstrinsik
2
Menganalisis karya dengan memberi tumpuan
kepada aspek dalaman sahaja
Novel
Tema, watak, plot, latar (hal-hal yang ada dalam
novel)
Puisi/sajak
Diksi, gaya bahasa, mesej dan lain-lain
3
Boleh berdiri sendiri sebab hanya merujuk
apa yang ada dalam karya
Boleh diaplai ke atas mana-mana karya
hanya mengkaji karya itu semata-mata

4
Berbeza dengan pendekatan intrinsik
Mengaitkan karya sastera dengan hal-hal di luar
karya
Tidak boleh diterapkan ke atas mana-mana karya
hanya menerapkan ke atas karya yang ada
hubungan dengan hal-hal di luar karya
Mesti membaca karya terlebih dahulu
Pastikan ada faktor lain yang boleh dikaitkan.
Contohnya Musim sepi
Unsur luar hal-hal yang ada dalam Musim Sepi
dan terdapat dalam masyarakat
5
Novel Kisah benar dlm masyarakat
Anak durhaka Anak tidak mempedulikan oran
tua
Tolong menolong dippraktikkan lagi di kg
6
Novelis Azizi Haji Abdullah meninggal
(21/8/2011)
GEORGETOWN, 21 Ogos: Novelis terkenal
tanahair, Haji Azizi Abdullah meninggal dunia
di Hospital Besar Pulau Pinang pukul 7.30
pagi tadi.
7

8
Novel HSB mengisahkan tentang perjuangan
sekumpulan penduduk Kampung Kertau yang
diwakili oleh Cah dan Hijrah serta beberapa
orang lagi. Penduduk Kampung Kertau rata-
ratanya mengerjakan sawah sejak turun
temurun. Sawahlah yang membesar dan
memberi penghidupan kepada mereka dari
generasi ke generasi. Bagi generasi lama
seperti Cah dan Pak Kasim mereka
mempunyai cara dan amalan tersendiri
dalam mengerjakan sawah. Generasi baru
seperti Hijrah yang kagum dengan amalan
dan kepercayaan ini cuba memahaminya.
9
Dalam hal ini pengarang ingin memaklumkan
kepada pembaca bahawa terdapatnya acara
tertentu yang diamalkan oleh penduduk
Kampung Kertau dalam mempastikan hasil sawah
mereka lumayan. Namun amalan ini sudah tidak
dipedulikan oleh generasi baru. Justeru itu
generasi muda tidak begitu menyayangi sawah
yang sebenarnya amat berjasa kepada kehidupan
mereka. Hal ini boleh dirujuk kepada watak
Sulaiman yang tidak menyokong perjuangan Cah
dan Hijrah. Ini berbeza dengan Hijrah. Hijrah
adalah orang sawah dan terus bergelumbang
dengan selut dan lumpur sawah. Justeru itu dia
turut berjuang mempertahankan sawah
sebagaimana Cah
10
Perjuangan mempertahankan sawah ini
dimulakan oleh Cah. Cah merupakan seorang ibu
tunggal yang gigih mengerjakan sawah untuk
kehidupan dan membesarkan dua orang anaknya.
Dia tidak senang hati dengan perkhabaran yang
disampaikan oleh ketua JKK, Derani bahawa
tanah orang-orang Kampung Kertau bakal
dibangunkan. Dia tidak sanggup melepaskan
sawah yang menjadi miliknya zaman berzaman.
Dia tidak dapat membayangkan tanah yang
menjadi punca rezekinya selama ini menjadi
milik orang lain. Baginya sawahnya adalah
maruahnya dan dia perlu mempertahankan walau
apapun yang akan berlaku.
11
Atas kesedaran itulah dia menyuarakan
perasaannya
Derani, kami nak makan apa lepas ni? Cah
bangun. Tak disangkanya dia tiba-tiba jadi
berani dan dia sendiri hairan pada dirinya
apabila dilihat kiri kanan, dia saja yang
berani (hlm 23).
Tindakan Cah ini turut membakar semangat
orang lain. Mereka turut sedar dengan nasib
mereka jika tanah sawah diserahkan kepada
pembangunan dan kemajuan.
12
Perubahan sikap Hijrah memberi kekuatan
kepada perjuangan Cah. Hijrah yang pernah
dianggap bodoh, betul bendul dan lain=lain
peribadi negatif memberi semangat untuk
Cah bertindak. Sekurang-kurangnya dia
mempertahankan tanah sawah untuk masa
depan Hijrah. Seperti dirinya Hijrah akan
bergantung kepada sawah. Tidak ada punca
rezeki yang lain yang akan diperolehi selain
daripada sawah. Justeru sawah tidak boleh
diserahkan begitu sahaja kepada Derani dan
kuncu-kuncunya.
13
Hijrah, Pak Kasim, Azmi dan beberapa lagi
berdiri teguh di belakang Cah. Namun begitu
pengaruh Derani agak kuat. Beberapa orang
mulai berpaling tadah. Mereka nampak duit,
mereka tidak mahu dianggap sebagai
menolak pembangunan.
Derani bijak memujuk. Dia dapat
mempengaruhi mereka yang tidak kuat
pendirian. Malah Pak Imam sendiri
terpengaruh.
Namun mereka yang sedar hak mereka tetap
tidak berganjak.
14
Apa yang ingin diperkatakan oleh Azizi di sini
adalah merupakan satu sindiran. Azizi ingin
menjelaskan bahawa terdapat di kalangan
pemimpin yang tidak amanah. Derani
mewakili pemimpin yang penting diri. Dia
tidak menjaga kepentingan anak buahnya.
Derani lebih mementingkan ganjaran yang
diperolehi apabila orang kampung bersetuju
untuk menjual tanah. Justeru itu dia
berusaha memujuk Cah dan anak-anaknya
agar bersara daripada menjadi petani.
Sulaiman merupakan orang yang telah
dipengaruhinya bersama beberapa lagi.
15
Cah telah menjadikan rumahnya sebagai markas.
Bersama Azmi, Pak Kasim dan beberapa lagi
mereka mengadakan perbincangan.
Perbincangan yang sulit dan senyap ini tidak
disenangi oleh Derani. Orang-orang Derani turut
serta dan menjadi pengintip
Cah dan teman seperjuangan dianggap sebagai
anti pembangunan. Dengan mudah sahaja Hijrah
ditahan oleh pihak berkuasa; konon mengganggu
pembangunan. Ini terjadi apabila Hijarah
bertindak memberi amaran kepada pemandu lori
yang membawa tanah.

16
Cah dan penyokong-penyokongnya
meneruskan perjuangan. Dia yakin Hijrah
tidak lama ditahan. Dia tidak kesal meskipun
Sulaiman tidak mahu menjamin Hijrah keluar
daripada tahanan. Cah tidak mempedulikan
nasihat Sulaiman agar tunduk kepada
pembangunan.
Bagi mempastikan perjuangan mereka
membuahkan hasil seorang peguam telah
dilantik.
17
Mereka terperangkap apabila ramai penduduk
Kertau telah bersetuju untuk menjual tanah.
Tanah sawah mereka menjadi mangsa apabila
lori-lori memasuki kampung tersebut. Sawah Pak
Kasim yang terletak disebelah tanah yang dijual
telah turut tertimbus sebahagiannya oleh tanah
merah. Padi-padi telah bertukar wajah hasil dari
tanah merah yang dibawa masuk untuk proses
pembangunan.
Walaupun beberapa usaha dilakukan, namun
usaha Cah dan penyokongnya menemui jalan
buntu. Mereka tidak mampu menentang akta
pengambilan tanah.
18
Klimak novel ini ialah apabila seluruh
penduduk Kampung Kertau diminta ke bandar
untuk mendengar kes pengambilan/
penjualan tanah. Cah tidak pergi kerana
tidak sihat dan Habibah menemaninya.
Ketika inilah jentera datang untuk
melenyapkan padi yang sedang menguning.
Habibah tidak sanggup melihat padi yang
hampir boleh dituai dimusnahkan begitu
sahaja. Dia cuba menghalang jentera itu
terus mara. Namun apabila dia merebahkan
badannya ke tanah, parang yang berada di
tangannya telah mencederakan lehernya.
19
Peristiwa ini menyebabkan jentera berhenti
dari operasinya dan Cah di bawa ke hospital
untuk dirawat. Sulaiman yang pada mulanya
menyokong Derani agak terkilan. Dia kesal
dengan sikap licik Derani mengerah
penduduk kg ke bandar dan jentera diarah
untuk menghapus sawah.
Usaha Cah dan teman-temannya tidak begitu
berjaya. Mereka tidak berjaya
mempertahankan sawah milik mereka.
Mereka hanya diberi pampasan yang lebih
tinggi.
20
Kajian intrinsik
21
Mengkaji karya sastera dengan
membincangkan aspek dalaman sahaja
Mengkaji novel Harga Sebuah Maruah dengan
merujuk;
Tema, watak, plot, latar, gaya bahasa.
Tema dan watak

22
Tema ialah pokok persoalan atau idea utama
yang ingin disampaikan oleh pengarang
Tema mesti ada dalam setiap novel
Tema boleh dikesan setelah membaca
keseluruhan novel.
Tema dapat dikesan melalui gerak geri dan
tindak tanduk watak utama, watak penting.
23
Novel ini membawa tema perjuangan dalam
mempertahankan hak daripada terlepas ke
tangan orang lain.
Perjuangan diwakili oleh Cah, Hijrah, Azmi
dan Pak Kasim serta beberapa lagi.
Perjuangan pada mulanya mendapat
sokongan yang padu, namun kerana kelicikan
watak antigonis Derani; ramai yang telah
berpaling tadah.
Tema perjuangan dapat dikesan melaui
tindak tanduk Cah, Hijrah dan Azmi.
24
Tema perjuangan boleh dilihat kepada
kesungguhan watak Cah dalam
mempertahankan sawahnya. Dia yang
pendiam tiba-tiba menjadi berani. Dengan
lantang dia menolak cadangan Derani untuk
menjual tanah. Keberanianya bersuara telah
mengejutkan Derani dan orang ramai mulai
memikirkannya kemabli. Antaranya ialah
Azmi dan Pak Kasim. Jika cah tidak ada
semangat perjuangan, dia tidak akan berani
bersuara. Hal ini adalah kerana dia seorang
yang pendiam dan tidak mempedulikan orang
lain.
25
Tema perjuangan juga boleh dirujuk kepada
sikap Cah yang tidak pernah kenal sifat putus
asa. Walaupun Hijarh ditahan oleh pihak
berwajib, namun Cah tidak patah semangat.
Malah ia memberi semangat kepada Cah
untuk terus berjuang. Dia tidak takut
berhadapan dengan apa jua tindakan kerana
yakin dia berada di pihak benar. Semangat
perjuangan menyebabkan Cah tidak
menitispun air mata. Baginya itu adalah
pemula perjuangan.
26
Perjuangan dalam novel ini juga dapat
dirujuk kepada strategi yang diatur oleh Cah
dan teman-temannya. Mereka berkumpul di
rumah Cah untk mendapatkan kata sepakat.
Mereka memutuskan untuk menggunakan
khidmat peguam walaupun terpaksa
mengeluarkan wang. Tanpa semangat ini
usaha tidak dilakukan kerana orang-orang
yang menyokong Derani semakin bertambah.
Ini bermakna usaha Derani hampir berjaya.
Cah tidak sanggup dipaksa menyerahkan
sawahnya meski ia dibayar pampasan.
27
Perjuangan mempertahankan hak ini
seterusnya boleh dilihat pada watak Cah
yang berani bertindak ke atas kemaraan
jentera yang memusnahkan padinya yang
menguning. Perjuangan tidak mengenal
bahaya, itu yang dilakukan oleh Cah. Cah
bertindak demikian dengan harapan pemandu
jentera tidak akan meneruskan usahanya
melenyapkan padi yang sedang menguning
yang merupakan rezekinnya.
28
Perjuangan mempertahankan tanah sawah boleh
juga dirujuk kepada watak Hijrah. Semangat
mempertahankan sawah menyebabkan Hijrah
berubah tiba- tiba. Demi mempertahankan
tanah milik keluarganya Hijrah berubah sikap.
Jika selama ini dia hanya berdiam diri, kini dia
merasakan betapa dia juga perlu bertindak. Dia
mengumpul kekuatan; keluar daripada dirinya
dan menjadi orang perjuangan. Dia ingin
membuktikan kepada Derani bahawa Cah tidak
keseorangan. Ibu tua itu masih ada anak yang
akan menyokongnya. Derani tidak boleh
bertindak semudah itu. Dia juga ingin memberi
kekuatan kepada ibunya.
29
Tema perjuangan juga boleh dirujuk kepada
watak Azmi. Selain menyokong perjuangan
Cah, watak ini turut bertindak secara
profesional. Menyedari kemungkinan
kemenangan agak tipis kerana semakin ramai
orang bersetuju menjual tanah; Azmi
berusaha mendapatkan khidmat peguam.
Dia percaya peguam boleh melakukan
sesuatu bagi menolong perjuangan mereka.
Walaupun mereka terpaksa akur dengan akta
pengambilan tanah, peguam yang dilantik
telah berjaya menaikkan kos pampasan.
30
Watak ialah tokoh atau pelaku dalam
sesebuah novel. Watak terdiri daripada
beberapa kategori. Watak bulat, watak
utama, watak pembantu dan lain-lain.
Watak utama dalam novel Harga Sebuah
Maruah watak Cah
Watak pembantu yang penting Hijrah, Azmi,
Derani.
31
Watak ini merupakan watak utama. Pengarang
banyak mengisahkan gelodak jiwanya daripada
hal-hal yang berkaitan dengan peribadi luaran.
Pembaca hanya mengenali Cah sebagai ibu
tunggal yang tiba-tiba menjadi berani bertindak
dan berani mengeluarkan pandangan. Sebelum
ini dia adalah wanita yang tidak mengambil tahu
tentang orang lain. Dia menumpukan perhatian
kepada sawah dan anaknya 2 orang, khususnya
setelah suaminya meninggal.
32
Cah merupakan seorang ibu yang penyayang.
Walaupun Sulaiman tidak bersetuju dengan
langkahnya yang enggan menjual tanah,
namun dia tidak marah dengan anak itu atau
menganggap sebagai tidak mengenang budi.
Dia juga tidak marah kepada Sulaiman yang
tidak mengambil berat dengan Hijrah yang
berada di lokap.
Sebagai ibu yang penyayang, dia cuba
memahami gerak geri Hijrah yang ada hati
terhadap Habibah. Dia permudahkan
keinginan anaknya.
33
Cah adalah watak yang cekal. Dia
membesarkan anak-anak dengan
mengerjakan sawah sendirian setelah
suaminya meninggal dunia. Hanya wanita
yang cekal hati sahaja sanggup mengerjakan
sawah untuk meneruskan kehidupan bersama
anak-anak.
Cah mempunyai jiwa yang cekal. Dia
berusaha bersungguh-sungguh
mempertahankan sawahnya dengan
melakukan apa sahaja
34
Ketua JKK
Bertindak atas kepentingan diri
Menyebab Cah bertindak berani
Punca Hijrah menjadi berani dan
meninggalkan dirinya yang lama
Punca Hijrah ditahan di lokap
Punca Cah bertindak di luar rasional
35
Sungguhpun watak Derani hanyalah watak
sampingan, namun kehadirannya
mempengaruhi perjalanan hidup watak lain.
Bincangkan.
36
Novel Musim sepi membincangkan hal-hal
yang berlaku dalam Masyarakat. Bincangkan.
Novel Harga Sebuah Maruah mengutarakan
kisah benar. Bincangkan.

37
Sekian terima
kasih
38

Anda mungkin juga menyukai