Anda di halaman 1dari 7

Perancangan Akademik

JMS 417
PENSEJARAHAN
BARAT DAN TIMUR
Sidang Akademik 2014/2015
KELAS SIDANG VIDEO
Sidang Video

TARIKH

Masa

Sidang Video 1
Sidang Video 2
Sidang Video 3
Kursus Intensif
Kursus Intensif
Sidang Video 4
Sidang Video 5
Sidang Video 6
(Tarikh dan masa kelas sidang video perlu diisi oleh pelajar dengan merujuk kepada jadual Sidang
Video Sidang Akademik 2014/2015 yang telah diupload dalam portal)

1
-1-

JMS 417/4 - PENSEJARAHAN BARAT DAN TIMUR


PENGURUS KURSUS: DR. SAH-HADIYATAN ISMAIL
PENGENALAN
Kursus ini merupakan tinjauan secara perbandingan di antara penulisan
sejarah di Barat dan Timur, atau Eropah dan Asia. Tentang pensejarahan
Barat, ia bermula dengan zaman Klasik yang meninjau tentang pensejarahan
Greek (Herodotus, Thucydides) dan Rom (Sallust, Livy, Tacitus dan lain-lain).
Ini diikuti oleh Zaman Pertengahan (Africanus, Eusibius, St. Augustine dan
lain-lain), dan akhirnya pensejarahan moden yang dimulai dengan abad
Renaisans atau Abad Pencerahan hinggalah kepada tokoh-tokoh seperti
Ranke dan Marx.
Tentang pensejarahan Timur, tinjauan akan dilakukan terhadap penulisan
sejarah Cina (Ssu-ma Chien), penulisan sejarah Islam (al-Mas'udi, al-Tabari,
Ibn Khaldun dan lain-lain), dan pensejarahan Melayu yang dimulai dengan
teks Sejarah Melayu dan historiografi negeri-negeri Melayu lainnya.
Memandangkan penulisan sejarah di Timur tumbuh dan berkembang dalam
"ruang dan waktu" yang tersendiri, maka ia mempunyai tradisi dan ciri yang
tersendiri dan berbeza. Namun sebagai kajian perbandingan, sudah tentu
wujud unsur dan nilai yang sama dan universal.
Tajuk-tajuk yang akan dibincangkan:
1.

PENSEJARAHAN BARAT

I.

Pensejarahan Yunani:

2.

i.

Membincangkan pensejarahan terawal yang wujud sejak abad ke-5


S.M.

ii.

Fokus adalah kepada karya-karya sejarah yang dihasilkan oleh


Herodatus dan Thucydides yang melambangkan ciri-ciri
Pensejarahan Yunani.

Pensejarahan Rom
i.

Membincangkan tentang pensejarahan kedua terulung selepas


pensejarahan Yunani yang bermula pada abad ke-3 S.M.
2
-2-

ii.

3.

Fokus kepada karya-karya sejarah Livy, Tacitus, Fabius Pictor,


Marcus Percius Cato dan lain-lain dari segi matlamat dan kaedah
penulisan.

Pensejarahan Kristian
i.

Pensejarahan oleh penulis Kristian sejak abad ke-4 T.M. seperti


Eusebius, Onosius dan St. Augustine.

ii.

Menilai penulisan mereka yang melihat isu-isu sejarah dari sudut


agama Kristian.

PENSEJARAHAN MODEN
1.

2.

3.

Pensejarahan Ranke dan Croce


i.

Menumpukan perhatian kepada karya sejarah Leopold Von Ranke


yang dianggap perintis kepada pensejarahan moden di Barat pada
abad ke-19.

ii.

Menumpukan perhatian kepada karya sejarah Benedetto Croce


pada abad ke-20.

Sejarah kebendaan (Materislisme)


i.

Menilai Pensejarahan Marxist.

ii.

Menilai Pensejarahan sarjana-sarjana Marxist.

Pensejarahan Annales
i.

Kebangkitan aliran Annales sejak dekad 1920an di Perancis.

ii.

Perkembangan aliran Annales di Amerika Syarikat.

PERHATIAN
Untuk Pensejarahan Barat, buku R. Suntaralingam, Pensejarahan Barat,
Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1987 akan digunakan sebagai teks wajib.
II.

PENSEJARAHAN TIMUR
3
-3-

1.

Pensejarahan China

i.

Tradisi Pensejarahan China


(a)
(b)
(c)

Tradisi pensejarahan dan sejarawan istana.


Sumbangan Ssu-ma Chien dalam pensejarahan China.
Perkembangan pensejarahan China moden.

2.

Pensejarahan Islam

I.

Perkembangan Pensejarahan Islam


(a)
(b)
(c)

II.

Pensejarahan Arab Jahiliah


Asas Pensejarahan Islam dan sejarah pensejarahan Islam.
Tokoh-tokoh awal-Aban bin Othman, Shurahbil bin Said dan
Wahab bin Munnabih.

Perkembangan Pensejarahan Islam Zaman Umaiyah dan Abbasiyah


(a)
(b)
(c)

Pensejarahan Zaman Umaiyah dan sumbangan tokoh-tokoh.


Pensejarahan Zaman Abbasiyah dan sumbangan tokoh-tokoh.
sumbangan Ibn Khaldun dalam pensejarahan.

3.

Pensejarahan Melayu

I.

Pensejarahan Melayu Tradisional


(a)
(b)
(c)

II.

Penelahan terhadap kajian-kajian pensejarahan Melayu.


Sumber-sumber penulisan.
Sumber-sumber pensejarahan Melayu dan penggunaannya di
Malaysia.

Teks-teks terpilih dan penelitian sejarah tradisional.


(a)
(b)
(c)
(d)
(e)
(f)

Hikayat Raja-raja Pasai


Hikayat Aceh
Hikayat Patani
Sejarah Melayu
Hikayat Siak
Tuhfat al-Nafis
4
-4-

(g)
III.

Misa Melayu

Pensejarahan Negeri
(a)

Tradisi dan perkembangan dalam pensejarahan abad ke-19, awal


abad ke-20.

(b)

Teks-teks terpilih:
- Wan Yahya Wan Muhd. Taib, Salsilah atau Tarikh Kerajaan
Kedah, Pulau Pinang: Straits Times, 1911.
- Wan Muhd. Amin Wan Muhd. Said, Pesaka Selangor (Kenangkenang Selangor), Singapura: Malayan Printers Ltd., 1937.
- Muhd. Said Haji Sulaiman, Hikayat Johor, Tawarikh al-Marhum
Sultan Abu Bakar, Singapura: Malayan Publishing House, 1940.
- Mohd. Rakaawi Yusof, Hikayat Sarawak, Kuching: Sarawak
Printing Co., 1932.

4.

Pensejarahan Melayu Abad Ke-20 (sehingga 1960)


(a)

Perkembangan pensejarahan Melayu abad ke 20 (hingga 1960)


(sehingga 1960).

(b)

Peranan sumbangan tokoh-tokoh pensejarahan 1940-60.

(c)

Teks-teks terpilih:
- Abdul Hadi Hassan, Sejarah Alam Melayu, Tanjung Malim, 1925.
- Hj. Buyung Adil, Sejarah Alam Melayu, Tanjung Malim: Pejabat
Karang Mengarang, 1939.
- Ibrahim Hj. Yaakop, Melihat Tanah Air, Kota Bharu, 1941.
- Abdullah Abbas Nasution, Sejarah Melayu Raya, Pulau Pinang:
Pasama Press, 1954.

SENARAI BUKU-BUKU TEKS/RUJUKAN


Abdul Rahman Hj. Ismail, China Tradisional, Pensejarahan, Pusingan
Wangsa dan Proses Pencinaan, Pulau Pinang: USM, 1983.
5
-5-

Abu Talib Ahmad & C.B. Kheng (ed), Isu-isu Pensejarahan, P. Pinang: USM,
1995.
Mahayudin Hj. Yahaya, Pengertian Sejarah Islam dan Pemasalahannya,
Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana, 1984.
Mohd. Yusof Ibrahim & Mahayudin Hj. Yahaya, Sejarawan dan Pensejarahan,
Ketokohan dan Karya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988.
Mohd. Yusof Ibrahim, Pensejarahan Melayu 1800-1960, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994.
Muhammad Yusuf Hashim, Pensejarahan Melayu Nusantara, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990.
Suntharalingam R., Pensejarahan Barat, Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1987.

KERJA KURSUS
Kursus ini mengandungi dua komponen:
i)
ii)

Kerja Kursus
Peperiksaan Akhir

40%
60%

Kerja kursus yang diwajibkan mengandungi dua komponen:


i)

Tugasan - 20%
Tajuk dan hal-hal yang berkaitan dengan tugasan akan dimuat naik di
portal JMS417.
Tarikh akhir menghantar tugasan ialah pada 31 Januari 2015.

ii)

Peperiksaan Berterusan - 20%


(Dijalankan semasa kursus intensif)

6
-6-

KELAS SIDANG VIDEO


Kursus ini mempunyai 6 slot sidang video iaitu 3 slot sebelum Kursus Intensif
dan 2 slot selepas Kursus Intensif. (Tertakluk kepada pindaan oleh pihak
PPPJJ, sebarang perubahan akan dimaklumkan di Portal PPPJJ)
Agenda Sidang Video
Sidang video pertama:

Apakah Pensejarahan itu?


Mengapa Pensejarahan perlu dikaji?
Ruanglingkup Pensejarahan.

Sidang video kedua:

Pensejarahan Yunani
Pensejarahan Rom

Sidang video ketiga:

Pensejarahan Kristian

Kuliah Intensif

Pensejarahan Ranke dan Croce

Kuliah Intensif:

Pensejarahan Marx
Pensejarahan Annales

Sidang Video keempat

Pensejarahan China

Sidang video kelima

Pensejarahan Islam

Sidang video keenam

Pensejarahan Melayu
Menilai prestasi ujian dan tugasan pelajar

*Agenda ini adalah perancangan awal, berkemungkinan akan terdapat


perubahan semasa sidang akademik berjalan.

Hal-hal Lain:
Sebarang pertanyaan, sila hubungi saya melalui emel: sah.ismail@usm.my atau
telefon 04-6532279
Dr. Sah-Hadiyatan Ismail
Pengurus Kursus
Sidang Akademik 2014/15

7
-7-

Anda mungkin juga menyukai