Anda di halaman 1dari 155

BAB 2

PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA

UNIT EKONOMI

AE 025

OBJEKTIF PENGAJARAN & PEMBELAJARAN


Selepas mempelajari bab 2 ini, diharapkan para pelajar berupaya :
Menyatakan dengan jelas perbezaan beberapa konsep keluaran negara.

Menghitung atau mengira pendapatan negara menerusi tiga kaedah secara teori dan 2 kaedah yang diamalkan di Malaysia.

UNIT EKONOMI

AE 025

Mengaplikasikan data pendapatan negara bagi memerihal struktur ekonomi Malaysia

Menyenarai dan menerangkan dengan jelas masalah pengiraan pendapatan negara serta kelemahannya. Menghuraikan kegunaan data pendapatan negara serta kelemahan dalam menggunakannya sebagai pengukur taraf hidup antara negara dan antara masa.
UNIT EKONOMI AE 025 3

2 : PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA

2.1 Kaedah Pengiraan 2.2 Masalah Pengiraan 2.3 Kegunaan Data Pendapatan Negara 2.4 Kelemahan Data Pendapatan Negara

UNIT EKONOMI

AE 025

PENGENALAN DEFINISI PENDAPATAN NEGARA


Jumlah nilai semua barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam sebuah negara untuk suatu tempoh masa tertentu biasanya setahun.

UNIT EKONOMI

AE 025

Pendapatan negara diukur dengan wang kerana amat sukar untuk kita mengira nilai barang yang terlalu banyak dalam ekonomi sekiranya ia dikira berdasarkan unit fizikalnya. Barang akhir : Barang yang tidak akan melalui proses pengeluaran selanjutnya di mana ianya boleh digunakan terus oleh pengguna keseluruhannya.

UNIT EKONOMI

AE 025

KONSEP ASAS

1. 2. 3. 4.

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Keluaran Negara Kasar (KNK) Pendapatan Faktor Bersih Luar Negeri (PfBLN) Harga Pasaran & Kos Faktor - Cukai Tak Langsung (ctl) - Subsidi (sub) 5. Pelaburan Kasar & bersih - Susut nilai (SN)
UNIT EKONOMI AE 025 7

6. Perubahan Inventori 7. Keluaran Negara Bersih (KNB) 8. Bunga Kasar & Bersih - Bunga Atas Pinjaman Pengguna - Bunga Atas Pinjaman Kerajaan 9. Untung Syarikat - Untung yang Diagihkan ( Dividen ) - Untung yang tidak Diagihkan (Pendapatan Tertahan) - Cukai Keuntungan Syarikat 10. Nilai Ditambah / Nilai Barang Akhir
UNIT EKONOMI AE 025 8

9.1.1 KONSEP ASAS KELUARAN NEGARA

1. Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)

Nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam sesebuah negara dalam suatu tempoh (setahun) oleh faktor pengeluaran tersebut sama ada milik warganegara atau bukan warganegara.

UNIT EKONOMI

AE 025

KDNK MALAYSIA
Negara Malaysia

M M M M

B B B B

I I I I

F F F F

?? B M I
AE 025

Nilai Keluaran yang dihasilkan oleh faktor pengeluaran pelbagai negara. Warga Bangladesh Warga Malaysia Warga Indonesia Warga Filipina
10

UNIT EKONOMI

2. Keluaran Negara Kasar (KNK)


Nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam tempoh tertentu (setahun) oleh semua faktor pengeluaran milik negara itu sahaja sama ada berada di dalam atau di luar negara.

UNIT EKONOMI

AE 025

11

KDNK PELBAGAI NEGARA DAN PEMBENTUKAN KNK MALAYSIA


M M M M B B B B F F F F S S S S S M M M M F F F F
BR BR BR BR M M M M F F F F

MALAYSIA
UNIT EKONOMI

SINGAPURA
AE 025

BRUNEI
12

KNK MALAYSIA
MM MM MM MS MS MM MB MB MS MB
Buruh Malaysia Di Singapura

MM

Buruh Malaysia Di Malaysia

MM

MM

MB

MB

Buruh Malaysia Di Brunei

UNIT EKONOMI

AE 025

13

3. Pendapatan Faktor Bersih Luar Negeri (PFBLN)

Perbezaan antara penerimaan faktor dari luar negeri dengan pembayaran faktor ke luar negeri.

UNIT EKONOMI

AE 025

14

Penerimaan Faktor Dari Luar Negeri merujuk kepada pendapatan yang diterima oleh faktor faktor pengeluaran milik sesebuah negara yang bekerja di luar negeri. Cth: Upah/gaji warganegara yang bekerja di luar negara. : Pelaburan Petronas di luar negara Pembayaran Faktor Ke Luar Negeri merujuk kepada pembayaran pendapatan yang dibuat kepada faktor - faktor pengeluaran negara asing yang bekerja dalam negara tersebut. Cth: gaji/upah pekerja asing dalam negara : Pelaburan asing dalam negara
UNIT EKONOMI AE 025 15

Nilai PFBLN boleh menjadi negatif atau positif. Ia bergantung kepada besar atau kecilnya nilai pembayaran dan penerimaan faktor.

Nilai PFBLN - ve bila : Penerimaan Faktor Dari Luar Negeri < Pembayaran faktor Ke Luar Negeri.
Nilai PFBLN + ve bila : Penerimaan Faktor Dari Luar Negeri > Pembayaran faktor Ke Luar Negeri.

UNIT EKONOMI

AE 025

16

SECARA RUMUS :

KDNK = KNK + PFKLN - PFDLN ATAU KDNK = KNK - PFBLN

KNK = KDNK - PFKLN + PFDLN ATAU KNK = KDNK + PFBLN

UNIT EKONOMI

AE 025

17

4. Harga Pasaran & Kos Faktor


Harga Pasaran
Harga pasaran adalah harga barang akhir dan perkhidmatan yang dijual di pasaran. Maka harga tersebut dipengaruhi elemen cukai tak langsung (CTL) dan subsidi

Ringkasnya :
UNIT EKONOMI

AE 025

Harga pasaran = Kos Faktor + CTL Subsidi

18

Cukai Tak Langsung


Cukai tak langsung adalah cukai yang boleh dipindahkan kepada orang lain. Cth:
Apabila CTL dikenakan oleh kerajaan ke atas sesuatu barang / perkhidmatan, harga pasarannya akan menjadi tinggi. Maka apabila KDNK, KNK dan KNB dinilai pada harga pasaran, CTL akan dicampurkan.

UNIT EKONOMI

AE 025

19

Contoh 1 :
Andaikan kos pengeluaran bagi menghasilkan sebuah komputer riba berjumlah RM 4000 seunit. Akan tetapi harganya di pasaran ialah RM 6000 seunit. Wujud kenaikan harga sebanyak RM 2000. Perbezaan harga ini disebabkan oleh CTL yang telah dikenakan ke atas komputer riba tersebut apabila ianya di pasarkan atau dijual di pasaran. Dengan hal yang demikian harga pasaran dikatakan telah mengandungi elemen CTL.
UNIT EKONOMI AE 025 20

Subsidi
Subsidi adalah bantuan kerajaan kepada pengeluar.
Biasanya diberikan kepada pengeluar industri muda dan industri utama dlam negara.

Apabila subsidi diberikan, harga pasaran barang / perkhidmatan berkaitan akan turun.
Maka apabila KDNK, KNK dan KNB dinilai pada harga pasaran, subsidi ditolak.

UNIT EKONOMI

AE 025

21

Contoh 2 :
Andaikan kos pengeluaran bagi menghasilkan seguni baja kimia berjumlah RM 400. Akan tetapi ianya dijual di pasaran dengan harga RM 300 seguni. Wujud pengurangan harga sebanyak RM 100. Perbezaan harga ini disebabkan oleh subsidi yang telah diberikan oleh kerajaan. Dengan hal yang demikian harga pasaran dikatakan telah menolak elemen subsidi pada harga tersebut.
UNIT EKONOMI AE 025 22

Kos Faktor
Kos faktor ialah harga barang akhir / perkhidmatan yang dinilai mengikut harga yang dibayar oleh pengeluar kepada pemilik faktor-faktor pengeluaran.

Ringkasnya :
UNIT EKONOMI

Kos faktor = Harga pasaran + Subsidi- CTL


AE 025 23

Contoh 1 : Berdasarkan contoh komputer riba


Sebagaimana yang diketahui kos pengeluaran seunit komputer riba adalah sebanyak RM 4000 seunit. Dengan hal yang demikian kos faktor adalah berjumlah RM 4000. Ia lebih murah berbanding harga pasaran ( RM 6000 ) kerana ia belum lagi mengandungi CTL. Dengan hal yang demikian kos faktor dikatakan belum lagi mengandungi elemen CTL.
UNIT EKONOMI AE 025 24

Contoh 2 :
Berdasarkan contoh baja kimia
Sebagaimana yang diketahui kos pengeluaran seguni baja kimia adalah sebanyak RM 400. Dengan hal yang demikian kos faktor adalah berjumlah RM 400. Ia lebih mahal berbanding harga pasaran ( RM 300 ) kerana ia telah dicampurkan elemen subsidi yang diberikan oleh kerajaan. Dengan hal yang demikian kos faktor dikatakan telah mengandungi elemen subsidi.
UNIT EKONOMI AE 025 25

5. Pelaburan

Pelaburan adalah perbelanjaan yang dilakukan oleh sektor firma kerana membeli barang modal baru yang akan digunakan dalam proses pengeluaran. Dalam mengira pendapatan negara mengikut kaedah perbelanjaan, pelaburan yang perlu diambil kira adalah pelaburan kasar dan bukannya pelaburan bersih

( I kasar = I bersih + susutnilai )


UNIT EKONOMI AE 025 26

6. Perubahan Inventori
Inventori atau barang stok ialah barang akhir yang belum sempat dipasarkan atau barang separuah siap atau barang perantaraan yang masih dalam proses pengeluaran. Maka perubahan nilai stok perlu diambil kira semasa mengira pendapatan negara berdasarkan kaedah perbelanjaan. Perubahan nilai stok diperolehi dengan menolakkan stok di akhir tahun daripada stok di awal tahun.

( Nilai inventori = jumlah stok di akhir tahun jumlah stok di awal tahun )
UNIT EKONOMI AE 025 27

7. Keluaran Negara Bersih (KNB)


Nilai keseluruhan barang dan perkhidmatan akhir yang dihasilkan dalam tempoh setahun setelah ditolak dengan perbelanjaan untuk susut nilai. Ia juga di kenali sebagai pendapatan negara yang menunjukkan daya pengeluaran dan keluaran negara yang sebenarnya. Susutnilai ialah kemerosotan nilai bagi barang modal yang digunakan dalam proses pengeluaran.

KNB = KNK - Sn
UNIT EKONOMI AE 025 28

8. Bunga Bersih
Dalam proses pengiraan pendapatan negara, bunga yang diambil kira ialah bunga bersih. Bunga bersih merupakan bunga yang tidak meliputi bunga atas pinjaman pengguna dan bunga atas pinjaman kerajaan. Kedua-dua bunga tersebut tidak dianggap sebagai pendapatan negara kerana tidak menyumbangkan kepada tambahan keluaran negara tetapi pendapatan kepada individu yang telah mengeluarkan pinjaman kepada pihakpihak yang berkenaan.
UNIT EKONOMI AE 025 29

Bunga atas pinjaman pengguna merujuk kepada pendapatan yang diterima oleh pemilik modal kerana meminjamkan modal mereka kepada pengguna untuk membeli barang barang tahan lama seperti kereta, alatan elektrik dan sebagainya.

Manakala bunga atas pinjaman kerajaan pula merujuk kepada pendapatan yang diterima oleh pemilik modal kerana meminjamkan modal kepada kerajaan untuk perbelanjaan kerajaan yang tidak melibatkan proses pengeluaran barang dan perkhidmatan.
UNIT EKONOMI AE 025 30

9. Untung Syarikat
Keuntungan syarikat pula dapat dibahagikan kepada beberapa komponen.
Antaranya : ( i ) cukai keuntungan syarikat, ( ii ) keuntungan yang tak dibahagi dan ( iii ) keuntungan yang dibahagi @ dividen.

UNIT EKONOMI

AE 025

31

(i)

Keuntungan yang dibahagi @ dividen Ia dibayar kepada menyumbangkan modal individu yang cukai

( ii )

Keuntungan yang tak dibahagi & keuntungan syarikat

Tidak dibayar kepada individu yang menyumbangkan modal tetapi dianggap ebagai pendapatan negara.

UNIT EKONOMI

AE 025

32

10. Nilai Ditambah

Nilai ditambah ialah peningkatan nilai barang setelah melalui proses pengeluaran dalam sesuatu kegiatan ekonomi tertentu.

Sebagai contoh dapat kita lihat dalam industri tekstil.

UNIT EKONOMI

AE 025

33

Contoh Pengiraan Nilai Ditambah


Keluaran Ulat sutera Benang sutera Nilai keluaran 12 000 18 000 Nilai ditambah 12 000 0 = 12 000 18 000 12 000 = 6 000

Kain sutera

28 000

28 000 18 000 = 10 000


41 000 28 000 = 13 000 Jumlah nilai ditambah = RM 41 000

Busana 41 000 sutera Nilai barang Akhir = RM 41 000

Jumlah nilai bagi barang akhir menyamai jumlah nilai ditambah.


UNIT EKONOMI AE 025 34

Semasa mengira pendapatan negara kita harus mengambil nilai barang akhir iaitu nilai bagi busana sutera dan bukannya nilai bagi barang barang perantaraannya seperti ulat sutera, benang sutera dan kain sutera.

Atau kita hanya mengambil kira jumlah nilai ditambah bagi setiap barang yang berlaku dalam proses penghasilan busana sutera tadi. Ini bermakna nilai keluaran yang akan diambil kira ialah RM 41 000.

UNIT EKONOMI

AE 025

35

Contoh Pengiraan Nilai Ditambah (Dengan Barang Import


Keluaran Nilai keluaran 12 000 Nilai ditambah

Gandum (Barang Import) Tepung Gandum


Roti

12 000 12 000 =0

18 000
28 000

18 000 12 000 = 6 000


28 000 18 000 = 10 000 Jumlah nilai ditambah = RM 16 000
AE 025

Nilai barang Akhir = RM 28 000


UNIT EKONOMI

36

Gandum adalah barang import. Tepung gandum ialah barang perantaraan dan roti adalah barang akhir. Mengikut kaedah keluaran, yang dicampurkan ialah nilai ditambah yang bersamaan dgn nilai brg akhir (roti) tolak nilai brg import (gandum), iaitu RM 28 000 RM 12 000 = RM 16 000. Nilai gandum RM 12 000 mesti ditolak kerana gandum ialah brg import yang tidak dikeluarkan dlm negara. Nilai tepung gandum RM 18 000 tidak dicampurkan kerana tepung gandum ialah barang perantaraan.
UNIT EKONOMI AE 025 37

Apabila proses pengeluaran tidak melibatkan barang import sebagai input, jumlah nilai ditambah bersamaan dgn jumlah nilai barang akhir yang dikeluarkan dalam negara. Sebaliknya, jika proses pengeluaran melibatkan barang import sbg input, jumlah nilai ditambah bersamaan dgn jumlah nilai brg akhir tolak jumlah nilai brg import

UNIT EKONOMI

AE 025

38

2.1.3.
PERBEZAAN BEBERAPA KONSEP KELUARAN NEGARA

UNIT EKONOMI

AE 025

39

a. KNK dan KDNK

Konsep yang membezakan di antara KDNK dengan KNK ialah Pendapatan Faktor Bersih Luar Negeri ( PFBLN )

UNIT EKONOMI

AE 025

40

KDNK dikatakan telah mengandungi elemen Pembayaran Faktor Ke Luar Negeri tetapi belum lagi mengandungi elemen Penerimaan Faktor Dari Luar Negeri.

+ Pembayaran Faktor Ke Luar Negeri KDNK - Penerimaan Faktor Dari Luar Negeri
UNIT EKONOMI AE 025 41

Sebaliknya, KNK pula dikatakan hanya mengandungi unsur Penerimaan Faktor Dari Luar Negeri sahaja dan telah tidak lagi mengandungi elemen Pembayaran Faktor Ke Luar Negeri.

+ Penerimaan Faktor Dari Luar Negeri KNK - Pembayaran Faktor Ke Luar Negeri
UNIT EKONOMI AE 025 42

b. KNK dan KNB


Yang membezakan di antara KNK dengan KNB ialah susut nilai. Susutnilai pengurangan nilai aset tetap selepas ia digunakan. Maka susut nilai perakaunan negara. harus ditolakkan dalam

KNB = KNK Susut nilai

UNIT EKONOMI

AE 025

43

a. Keluaran negara pada harga pasaran dan kos faktor


Jika keluaran negara dikira berdasarkan harga pasar, maka nilai keluaran negara dikatakan dikira dari aspek pengguna dan nilai tersebut sebenarnya berdasarkan harga yang terdapat di pasaran. Jika keluaran negara dikira berdasarkan kos faktor, maka nilai keluaran negara dikatakan dikira dari aspek pengeluar dan nilai tersebut sebenarnya berdasarkan kos atau harga faktor - faktor pengeluaran yang digunakan dalam proses pengeluaran atau pada peringkat pengeluaran.
UNIT EKONOMI AE 025 44

Perbezaan di antara harga pasar dan kos faktor ialah CTL dan subsidi.

Maka, perbezaan di antara KDNK, KNK dan KNB pada harga pasaran dengan KDNK, KNK dan KNB pada kos faktor ialah CTL dan subsidi

UNIT EKONOMI

AE 025

45

PENDAPATAN NOMINAL (HARGA SEMASA) DAN PENDAPATAN BENAR (HARGA TETAP)


PENDAPATAN NOMINAL
Pendapatan nominal merujuk kepada jumlah pendapatan negara yang dikira berdasarkan harga pada tahun itu atau lebih dikenali sebagai harga pada tahun semasa. Ia dipengaruhi oleh a. Perubahan dalam kuantiti keluaran (Q) b. Perubahan dalam tingkat harga umum (P)
UNIT EKONOMI AE 025 46

Contoh : Jika keluaran negara pada tahun ini ( 2003 ) dikira berdasarkan harga pada tahun 2003, maka nilai pendapatan tersebut dikenali sebagai KNK Nominal. Contoh : Katakanlah Nilai keluaran negara pada tahun 2003 = RM 40 Billion. Ini bermakna nilai RM 40 Billion tersebut telah dikira berdasarkan harga pada tahun 2003.

UNIT EKONOMI

AE 025

47

PENDAPATAN BENAR
Pendapatan Benar merujuk kepada jumlah pendapatan negara yang dikira berdasarkan harga pada satu tahun yang tetap, atau lebih dikenali sebagai harga pada satu tahun asas. Tahun asas adalah satu tahun yang dipilih sebagai asas perbandingan bagi perubahan tingkat harga umum.
Ia tidak dipengaruhi oleh perubahan dalam tingkat harga umum melalui masa dan hanya dipengaruhi oleh perubahan dalam jumlah keluaran.
UNIT EKONOMI AE 025 48

Contoh : Jika keluaran negara pada tahun ini ( 2003 ) dikira berdasarkan harga pada satu tahun asas, katakanlah tahun 1990, maka nilai pendapatan tersebut dikenali sebagai KNK Benar untuk tahun 2003. Contoh : Katakanlah Nilai KNK Benar pada tahun 2003 = RM 32.79 Billion. Ini bermakna nilai RM 32.79 Billion tersebut sebenarnya telah dikira berdasarkan harga pada tahun 1990 dan bukannya mengikut harga pada tahun 2003.

UNIT EKONOMI

AE 025

49

Bagaimana nilai KNK Benar pada tahun 2003 ( RM 32.79 Billion ) itu diperoleh?
Perhatikan Rumus berikut :

IHP0 KNK Benar1 = -------- X KNK Nominal1

IHP1
UNIT EKONOMI AE 025 50

CONTOH PENGIRAAN

Andaikan:

KNK Nominal tahun 2003 = 40 Billion. IHP tahun asas = 100 IHP tahun 2003 = 122

UNIT EKONOMI

AE 025

51

IHP0 KNK Benar1 = -------- X KNK Nominal1

IHP1
100 KNK Benar2003 = -------- X 40 Billion 122 = 32.79 Billion
UNIT EKONOMI AE 025 52

Nilai KNK Benar sebenarnya telah menyingkirkan pengaruh perubahan harga ( kenaikan harga ) atau inflasi yang berlaku pada tahun semasa. Itulah sebabnya nilai tersebut jauh lebih rendah berbanding nilai KNK Nominal untuk tahun tersebut.

Dengan hal yang demikian nilai KNK Nominal yang berjumlah 40 Billion itu tadi sebenarnya begitu tinggi pada tahun 2003 kerana ianya telah mengambil kira kenaikan harga yang berlaku pada tahun 2003.

UNIT EKONOMI

AE 025

53

KNK Benar pada tahun 2003 boleh juga dikira berdasarkan rumus berikut :
Perhatikan Rumus ke 2 berikut :

KNK Nominal 1 KNK Benar1 = ------------------------ X 100 Pendeflasi KNK1


UNIT EKONOMI AE 025 54

CONTOH PENGIRAAN Andaikan: KNK Nominal tahun 2003 = 40 Billion. Pendeflasi KNK tahun 2003 = 121.99

Berapakah KNK Benar untuk tahun 2003 ?


UNIT EKONOMI AE 025 55

KNK Nominal 1 KNK Benar1 = ------------------------ X 100 Pendeflasi KNK1

40 Billion
KNK Benar03 = ------------ X 100 121.99 =
UNIT EKONOMI

32.79 Billion
AE 025 56

2.1

KAEDAH PENGIRAAN

UNIT EKONOMI

AE 025

57

2.1.1. KAEDAH PENGIRAAN


Di bawah analisis makroekonomi pendapatan negara boleh dihitung atau dikira menerusi tiga kaedah pengiraan.

Kaedah kaedah tersebut antara lainnya adalah seperti berikut : ( 2.2.1 ) Kaedah perbelanjaan ( nilai barang akhir ) ( 2.2.2 ) Kaedah pendapatan ( kos faktor ) ( 2.2.3 ) Kaedah keluaran ( Nilai di tambah )
UNIT EKONOMI AE 025 58

Ketiga tiga kaedah pengiraan di atas akan memberikan nilai yang sama bagi jumlah pendapatan negara Ini kerana jumlah nilai keluaran pada satu tahun tertentu sebenarnya sama dengan jumlah perbelanjaan yang dilakukan oleh pengguna pada tahun tersebut dan pada tahun itu juga jumlah pendapatan yang diterima oleh para pengusaha menyamai jumlah perbelanjaan yang dilakukan oleh masyarakat pada tahun itu.
UNIT EKONOMI AE 025 59

a. KAEDAH PERBELANJAAN

Di bawah kaedah perbelanjaan, pendapatan negara dihitung dengan hanya menjumlahkan setiap perbelanjaan yang dilakukan oleh setiap unit dalam ekonomi iaitu isi rumah, firma, kerajaan dan antarabangsa. Setiap unit tersebut masing masing melakukan perbelanjaan.

UNIT EKONOMI

AE 025

60

Perbelanjaan yang dilakukan oleh isi rumah dikenali sebagai Perbelanjaan Penggunaan ( C ).
Manakala perbelanjaan yang dilakukan oleh firma dikenali sebagai Pelaburan atau pembentukan modal kasar ( I ). Bagi pihak kerajaan pula perbelanjaan yang dilakukannya dikenali sebagai Perbelanjaan Kerajaan ( G ). Manakala bagi aktiviti luar negeri pula, ianya dikenali sebagai eksport bersih ( X M ). Ini bermakna item item C, I, G dan X M perlu diberi perhatian dalam mengira pendapatan negara. 61 UNIT EKONOMI AE 025

Perbelanjaan penggunaan ( C ) kadang kala dikenali juga sebagai perbelanjaan penggunaan swasta. Ianya merujuk kepada perbelanjaan yang di buat oleh isi rumah ke atas barangan dan perkhidmatan termasuklah ke atas keperluan seharian mereka.

UNIT EKONOMI

AE 025

62

Pelaburan atau pembentukan modal tetap swasta ( I ) merujuk kepada perbelanjaan yang di buat oleh sektor swasta. Dalam konteks ekonomi konsep pelaburan merujuk antara lainnya kepada : (i) Perbelanjaan ke atas berbagai jenis barang modal bagi keperluan kilang dan perusahaan. ( ii ) Perbelanjaan untuk membina rumah rumah kediaman, bangunan pejabat dan bangunan kilang. ( iii ) Pertambahan nilai barang simpanan / stok / inventori samada berupa bahan mentah, barang yang sedang diproses ( separa siap ) mahu pun barang barang akhir yang belum dipasarkan.
UNIT EKONOMI AE 025 63

Pelaburan yang perlu diambil kira adalah pelaburan kasar dan bukannya pelaburan bersih ( I kasar = I bersih + susutnilai )

UNIT EKONOMI

AE 025

64

Perbelanjaan kerajaan ( G ) juga dikenali sebagai perbelanjaan awam.

Perbelanjaan kerajaan yang bersifat mengurus biasanya merujuk kepada perbelanjaan penggunaan awam manakala perbelanjaan kerajaan yang bersifat pembangunan biasanya merujuk kepada pembentukan modal tetap awam (pelaburan awam).

Eksport bersih (NX) pula merupakan hasil tolak di antara eksport dengan import
UNIT EKONOMI AE 025 65

Menerusi kaedah perbelanjaan, jika kita menjumlahkan C + I + G + ( X M ), maka kita akan memperolehi KDNKhp. Dengan hal yang demikian, bagi memperolehi jumlah pendapatan negara ( KNBhf ) maka kita perlu membuat beberapa prosedur penukaran sehingga kita memperolehi konsep KNBhf tersebut. Prosedur berikut : penukaran tersebut ditunjukkan seperti

UNIT EKONOMI

AE 025

66

PROSEDUR PENUKARAN SEMASA MENGIRA PENDAPATAN NEGARA BERDASARKAN KAEDAH PERBELANJAAN


KDNKhp
- CTL + Subsidi

KDNKhf
+ PFBLN KNKhf - Susut Nilai KNBhf
UNIT EKONOMI AE 025 67

CONTOH PENGIRAAN PENDAPATAN NEGARA MENGIKUT KAEDAH PERBELANJAAN (secara Teori)

UNIT EKONOMI

AE 025

68

BIL 1 2 3 5 6 7 8 9

BUTIRAN (kira semula) Perbelanjaan penggunaan ( C ) Perbelanjaan kerajaan ( G ) Pelaburan kasar ( I ) Eksport barang dan perkhidmatan Import barang dan perkhidmatan Eksport bersih ( X M ) KDNKhp Cukai tak langsung Subsidi KDNKhf 1600 1400

RM JUTA 4 500 700 800

200 6 200 (500) 200 5 900

10
11 12

Pembayaran faktor ke luar negeri 1000 Penerimaan faktor dari luar negeri 800 Pendapatan faktor bersih luar negeri KNKhf

200 6 100

13 Susut nilai UNIT EKONOMI KNBhf

AE 025

(90) 69 6 010

CONTOH PENGIRAAN PENDAPATAN NEGARA MENGIKUT KAEDAH PERBELANJAAN (secara Aplikasi Malaysia)

UNIT EKONOMI

AE 025

70

BIL 1 2

BUTIRAN Perbelanjaan penggunaan ( C ) Perbelanjaan kerajaan ( G )

RM JUTA 4 500 700

3
4 5 6 7 8 9

Pelaburan kasar ( I )
Perubahan Inventori Eksport barang dan perkhidmatan Import barang dan perkhidmatan Eksport bersih ( X M ) KDNKhp Cukai tak langsung Subsidi KDNKhf 1600 1400

800
100

200 6 300 (500) 200 6 000

Perubahan inventori membezakan pendekatan teori atau aplikasi


UNIT EKONOMI AE 025 71

b. KAEDAH KELUARAN
Menerusi kaedah keluaran, pendapatan negara dikira dengan menjumlahkan nilai nilai bagi semua keluaran akhir yang dihasilkan oleh ekonomi tersebut atau dengan hanya menjumlahkan nilai nilai tambahan ( nilai ditambah ) yang terhasil dalam setiap peringkat proses pengeluaran dalam tempoh masa setahun.

Tujuan kita mengambil kira hanya barang akhir dan nilai ditambah ialah bagi mengelakkan berlakunya proses pengiraan dua kali. Jika ini berlaku maka jumlah pendapatan negara akan diperbesarkan.
UNIT EKONOMI AE 025 72

Mengikut kaedah keluaran, biasanya sektor sektor ekonomi akan dibahagikan mengikut sektor sektor tertentu. Antaranya:

Sektor Peringkat Pertama.


Sektor ini meliputi sektor pertanian, perikanan, penternakan, perhutanan dan perlombongan

UNIT EKONOMI

AE 025

73

Sektor Peringkat Kedua.

Sektor ini antara lainnya meliputi sektor perkilangan dan sektor pembinaan.

UNIT EKONOMI

AE 025

74

Sektor Peringkat Ketiga.

Sektor ini meliputi : Sektor perkhidmatan iaitu

Pengangkutan, penyimpanan

perhubungan

dan

Perdagangan borong dan runcit serta hotel dan restoran. Kewangan, insurans, perkhidmatan perniagaan. Perkhidmatan kerajaan. Elektrik, gas dan air serta lain lain UNIT EKONOMI AE 025 perkhidmatan. hartanah dan

75

Apabila kita menjumlahkan kesemua nilai keluaran yang dihasilkan oleh sektor sektor yang disenaraikan di atas, maka kita akan memperolehi KDNKkf.

Ini bermakna sekiranya kita ingin mencari nilai pendapatan negara ( KNBkf ) maka prosedur penukaran seperti yang diterangkan sebelum ini haruslah digunakan.

UNIT EKONOMI

AE 025

76

CONTOH PENGIRAAN PENDAPATAN NEGARA MENGIKUT KAEDAH KELUARAN


SECARA TEORI

UNIT EKONOMI

AE 025

77

CONTOH PENGIRAAN PENDAPATAN NEGARA MENGIKUT KAEDAH KELUARAN


BIL 1 BUTIRAN Ptanian, pikanan, pternakan dan ptanan RM JUTA 2300

2
3 4 5

Perlombongan dan kuari


Perkilangan Pembinaan Kuasa elektrik, gas dan air

1500
2800 1300 180

6
7

Pkutan, penyimpanan dan perhubungan


Perdagangan, perniagaan borong dan runcit serta hotel dan restoran Kewangan, insurans dan hartanah Perkhidmatan kerajaan Perkhidmatan perkhidmatan lain KDNKkf
AE 025

120
800

8 9 10

320 200 110 9 630


78

UNIT EKONOMI

13 14

Keluaran faktor negara di luar negeri Keluaran faktor luar dalam negeri

1000 900

15
16

Keluaran faktor bersih luar negeri


KNKkf Susut nilai KNBkf

100
9730 80 9650

UNIT EKONOMI

AE 025

79

Secara aplikasi

Semua butiran adalah sama tetapi terdapat butiran tambahan iaitu :


- Perkhidmatan bank + Duti import KDNKhp 150 200 9 680

11 12

Hasil pengiraan adalah dalam sebutan KDNKhp kerana wujud elemen cukai dalam duti import.
AE 025 80

UNIT EKONOMI

c. KAEDAH PENDAPATAN

Menerusi kaedah pendapatan, jumlah pendapatan negara boleh dikira dengan hanya menjumlahkan pendapatan yang diterima oleh semua faktor faktor pengeluaran yang wujud dalam ekonomi.

UNIT EKONOMI

AE 025

81

Sebagaimana yang diketahui, wujud empat jenis faktor pengeluaran dalam sesebuah ekonomi. Antara lain ianya meliputi buruh, tanah, modal dan usahawan. Setiap faktor pengeluaran tersebut masing masing menerima pendapatan dalam bentuk upah dan gaji, sewa, kadar bunga dan untung

UNIT EKONOMI

AE 025

82

Upah dan gaji yang merupakan pendapatan yang diterima oleh faktor buruh, dikenali juga sebagai pampasan para pekerja. Jumlah ini telah termasuk caruman ke KWSP. Dengan sebab itu semasa mengira pendapatan negara elemen tersebut boleh diabaikan. Akan tetapi apabila mengira pendapatan persendirian ( PP ), elemen tersebut perlulah ditolak daripada item gaji dan upah.

UNIT EKONOMI

AE 025

83

Sewa merupakan pendapatan yang diterima oleh harta harta tetap seperti tanah dan bangunan. Bunga merupakan pendapatan kepada pemilik pemilik modal. Dalam proses pengiraan pendapatan negara, bunga yang diambil kira ialah bunga bersih. Bunga bersih merupakan bunga yang tidak meliputi bunga atas pinjaman pengguna dan bunga atas pinjaman kerajaan.

UNIT EKONOMI

AE 025

84

Bunga atas pinjaman pengguna merujuk kepada pendapatan yang diterima oleh pemilik modal kerana meminjamkan modal mereka kepada pengguna untuk membeli barang barang tahan lama seperti kereta, alatan elektrik dan sebagainya. Manakala bunga atas pinjaman kerajaan pula merujuk kepada pendapatan yang diterima oleh pemilik modal kerana meminjamkan modal kepada kerajaan untuk perbelanjaan kerajaan yang tidak melibatkan proses pengeluaran barang dan perkhidmatan.
UNIT EKONOMI AE 025 85

Kedua dua bunga tersebut tidak boleh diambil kira dalam proses pengiraan pendapatan negara kerana ianya dianggap sebagai pendapatan yang tidak produktif iaitu pendapatan yang tidak menolong ke arah peningkatan pendapatan negara.

UNIT EKONOMI

AE 025

86

Untung yang diterima oleh para usahawan boleh dibahagikan kepada dua jenis untung. Antaranya pendapatan perusahaan persendirian dan keuntungan syarikat. Pendapatan perusahaan persendirian merupakan untung yang diterima oleh para usahawan yang mengendalikan perniagaan berbentuk milikan tunggal, perkongsian dan koperasi. Manakala keuntungan syarikat pula adalah untung yang diterima oleh usahawan yang mengendalikan perniagaan yang berbentuk syarikat syarikat awam.
UNIT EKONOMI AE 025 87

Kesimpulannya dapatlah dinyatakan bahawa terdapat 5 butiran yang diambil kira semasa mengira pendapatan negara di bawah kaedah pendapatan. Item item tersebut adalah seperti 1. upah dan gaji, 2.sewa, 3.bunga bersih, 4.untung syarikat 5.pendapatan perusahaan persendirian

UNIT EKONOMI

AE 025

88

BERI PERHATIAN

Menerusi kaedah pendapatan, apabila 5 item tersebut dijumlahkan, maka kita akan terus mengetahui jumlah pendapatan negara atau KNBkf.

UNIT EKONOMI

AE 025

89

Semasa mengira pendapatan negara berdasarkan kaedah pendapatan, semua elemen pendapatan yang disifatkan sebagai bayaran pindahan ( pencen, biasiswa, bantuan kebajikan, elaun serta pemberian saguhati dan hadiah ) tidak perlu diambil kira dalam proses pengiraan.
Ini kerana kesemua bentuk pendapatan tersebut disifatkan sebagai tidak produktif kerana dianggap tidak membantu meningkatkan jumlah keluaran negara. Akan tetapi kesemua bentuk bayaran pindahan tersebut perlu diambil kira semasa menghitung pendapatan persendirian.
UNIT EKONOMI AE 025 90

CONTOH PENGIRAAN PENDAPATAN NEGARA MENGIKUT KAEDAH PENDAPATAN

UNIT EKONOMI

AE 025

91

CONTOH PENGIRAAN PENDAPATAN NEGARA MENGIKUT KAEDAH PENDAPATAN


BIL 1 2 3 4 5 Bunga Sewa Keuntungan Syarikat Pendapatan perusahaan persendirian BUTIRAN Upah dan gaji RM JUTA 3 000 800 300 5 500 550 10 150

KNBhf @ PN

UNIT EKONOMI

AE 025

92

catatan
Keuntungan Syarikat Cukai keuntungan syarikat 280 Keuntungan tak diagih 420 Keuntungan diagih 600 8 Bunga atas pinjaman pengguna Bunga bersih (170)

9 Bunga atas pinjaman kerajaan

(300)

UNIT EKONOMI

AE 025

93

2.1.2.

KAEDAH DAN AMALAN PENGIRAAN PENDAPATAN NEGARA DI MALAYSIA

UNIT EKONOMI

AE 025

94

CONTOH PENGIRAAN PENDAPATAN NEGARA MALAYSIA BAGI TAHUN 2000 MENGIKUT KAEDAH PERBELANJAAN

UNIT EKONOMI

AE 025

95

KDNKhp MENGIKUT PERMINTAAN AGREGAT (Pendekatan Perbelanjaan) ( MENGIKUT HARGA TAHUN SEMASA ) BIL BUTIRAN 1 Perbelanjaan penggunaan awam 2 Perbelanjaan penggunaan swasta 3 Pembentukan modal tetap kasar awam 4 Pembentukan modal tetap kasar swasta 5 Perubahan dalam stok ** 6 Eksport barang dan perkhidmatan 7 Import barang dan perkhidmatan Eksport bersih ( X M ) 8 KDNKhp 9 Pembayaran faktor ke luar negeri Penerimaan faktor dari luar negeri 10 Pendapatan faktor bersih luar negeri 11 KNKhp
UNIT EKONOMI

RM JUTA 36,854 143,650 39,469 40,746 1,592 419,266 356,415 62,851 325,162 -25,627

299,535
96

025 Sumber : AE Laporan Ekonomi 2000/2001

** Perubahan nilai stok perlu diambil kira semasa mengira pendapatan negara berdasarkan kaedah perbelanjaan amalan Malaysia Perubahan nilai stok diperolehi dengan menolakkan stok di akhir tahun daripada stok di awal tahun. ( Nilai inventori = jumlah stok di akhir tahun jumlah stok di awal tahun ) nilai inventori perlu dicampurkan bagi mendapatkan KDNKhp jika nilainya adalah positif. Akan tetapi ianya perlu ditolakkan jika nilainya negatif.

UNIT EKONOMI

AE 025

97

Di Malaysia pengiraan mengikut kaedah perbelanjaan, nilai KDNK dan KNK telah dianggap sebagai pendapatan negara. Ini adalah kerana sesetengah negara seperti Malaysia mempunyai nilai PFBln yang tinggi. Sekiranya dikira pendapatn negara sehingga ke nilai KNB ia akan menyebabkan nilai pendapatan negaranya menjadi sedikit.

UNIT EKONOMI

AE 025

98

CONTOH PENGIRAAN PENDAPATAN NEGARA BAGI TAHUN 2000 MENGIKUT KAEDAH KELUARAN SEBAGAIMANA YANG DIPRAKTIKKAN / DIAMALKAN SUMBER : LAPORAN EKONOMI 2000 / 2001
UNIT EKONOMI AE 025 99

KDNKhp MENGIKUT PUNCA PUNCA KEGIATAN (Pendekatan Keluaran) PADA HARGA TETAP 1987
BIL 1 BUTIRAN Ptanian, pikanan dan ptanan RM JUTA 18 166

2
3 4 5 6 7 8 9

Perlombongan dan kuari


Perkilangan Pembinaan Kuasa elektrik, gas dan air Pkutan, penyimpanan dan perhubungan Perdagangan, perniagaan borong dan runcit serta hotel dan restoran Kewangan, insurans dan hartanah Perkhidmatan kerajaan

14 058
67 551 7 137 7 049 16 637 31 081 24 749 14 749

10

Perkhidmatan perkhidmatan lain

15 678
14 432 4 920 201 943

Tolak : Bayaran perkhidmatan bank yang dikenakan Campur : Cukai import KDNKhp
UNIT EKONOMI AE 025

100

Bayaran perkhidmatan bank harus ditolak bagi mengelakkan masalah pengiraan dua kali. Ini adalah kerana pengiraan menggunakan kaedah keluaran mempunyai nilai ditambah yang merupakan bayaran kepada semua faktor2 pengeluaran yang digunakan dlm proses pengeluaran termasuk perkhidmatan yg dibayar oleh pengeluar2 kpd bank dan ia termasuk bayaran perkhidmatan bank. Walaupun ia telah termasuk di dlm nilai keluaran sektor2 tersbt, namun ia dimasukkan sekali lagi ke dlm sektor kewangan. Ini bermakna nilai perkhidmatan bank telah dikira sebanyak dua kali maka ia perlu ditolak.
UNIT EKONOMI AE 025 101

KDNK yg dikira dinilai mengikut harga pasar maka cukai tak langsung harus dicampurkan kpd nilai keluaran yg dihasilkan oleh setiap sektor. Cukai import merupakan salah satu jenis cukai tak langsung. Dlm pengiraan PN mengikut kaedah keluaran, cukai import tidak dikira di dalam nilai keluaran yg dihasilkan oleh sektor2 yang membayar cukai import tersbt. Oleh yg demikian, cukai import harus dicampurkan kpd nilai keluaran sektor2 dlm ekonomi bg memperolehi KDNKHP

UNIT EKONOMI

AE 025

102

9.1.4

a. PENDAPATAN PERSENDIRIAN
Jumlah pendapatan yang diterima oleh semua individu dalam ekonomi untuk tempoh setahun dengan mengambil kira sama ada pendapatan tersebut adalah sebagai bayaran untuk faktor pengeluaran yang digunakan dalam proses pengeluaran atau pun tidak.
UNIT EKONOMI AE 025 103

Ini bermakna PP terdiri daripada :


Pendapatan faktor - Bayaran atas faktor pengeluaran yang digunakan dalam proses pengeluaran. Contohnya : Upah @ gaji, sewa dsb. Pendapatan yang diterima oleh individu tanpa melibatkan dirinya dalam suatu proses pengeluaran tertentu. Contohnya : Pelbagai bentuk bayaran pindahan seperti pencen, biasiswa, elaun pengangguran, zakat, elaun suri rumah tangga, bunga atas pnjaman kerajaan dan bunga atas pinjaman pengguna
AE 025 104

UNIT EKONOMI

CARA MENGIRA PENDAPATAN PERSENDIRIAN DRP PENDAPATAN NEGARA


KWSP Cukai Keuntungan syarikat ( CKS )

PP

PN

Keuntungan Yang Tak Dibahagi ( KYTD)


UNIT EKONOMI AE 025

Bunga Atas Pinjaman Kerajaan ( BAPK ) Bunga Atas Pinjaman Pengguna ( BAPP ) Bayaran Pindahan 105

Upah dan gaji Sewa

KOMPONEN2 PENDAPATAN PERSENDIRIAN

Bunga Kasar PPP Dividen Bayaran Pindahan

UNIT EKONOMI

AE 025

106

Untung yang tidak diagihkan dan cukai keuntungan syarikat dianggap sebagai pendapatan negara kerana ia tidak dibayar kepada kepada individu yang telah menyumbangkan modal dalam perniagaan firma. Maka ia perlu ditolak drp akaun PP krn ia tidak dianggap PP. Manakala caruman KWSP tidak dianggap sebagai PP kerana caruman tersebut tidak boleh digunakan oleh individu selagi tidak dikeluarkan.

UNIT EKONOMI

AE 025

107

b. PENDAPATAN BOLEH GUNA ( PBG )


Merupakan pendapatan persendirian yang boleh dibelanjakan ke atas barang dan perkhidmatan atau ditabungkan. Ia perlu ditolak cukai pendapatan persendirian serta tolak Zakat dan Insurans (Jika ada) Ia biasanya digunakan oleh isi rumah untuk 2 tujuan, iaitu untuk perbelanjaan penggunaan ( C ) dan untuk tabungan ( S ). Bagi tujuan perbelanjaan penggunaan ( C ), ia biasanya untuk membeli barang & perkhidmatan.
UNIT EKONOMI AE 025 108

RUMUS PENDAPATAN BOLEH GUNA ( PBG )


PBG = Pendapatan Persendirian Cukai Pendapatan persendirian Insurans Zakat ( Jika ada ).
RINGKASNYA PBG = PP CPP - Ins - Zkt
UNIT EKONOMI AE 025 109

c. PENDAPATAN PER KAPITA


Merujuk kepada pendapatan purata bagi setiap penduduk sesebuah negara dalam tempoh masa setahun

CARA MENGIRA PENDAPATAN KAPITA


Pendapatan ( KNK ) tahun t PPKB = ----------------------------------------Jumlah Penduduk tahun t
UNIT EKONOMI AE 025

PER

110

dikira mengikut harga semasa. Maka ia akan dipengaruhi oleh perubahan tingkat harga umum dan tidak tepat digunakan untuk mengukur taraf hidup rakyat sesebuah negara. Untuk mengatasi masalah tersebut, pendapatan per kapita benar dikira. Pendapatan Per Kapita benar diukur mengikut harga tetap yang tidak dipengaruhi oleh perubahan tingkat harga umum dan dapat digunakan untuk mengukur taraf hidup rakyat sesebuah negara dgn tepat.
UNIT EKONOMI AE 025 111

CARA MENGIRA PENDAPATAN BENARPER KAPITA

Pendapatan ( KNK ) Benar Tahun Semasa PBPK = ----------------------------------------------------------Jumlah Penduduk Tahun Semasa

UNIT EKONOMI

AE 025

112

9.2.
MASALAH MASALAH PENGIRAAN PENDAPATAN NEGARA

UNIT EKONOMI

AE 025

113

Mengira pendapatan negara merupakan satu proses yang agak rumit berikutan timbulnya beberapa masalah berkaitan, yang seterusnya menjadikan proses pengiraan tersebut menjadi agak sukar. Antara masalah yang biasanya dihadapi dalam proses pengiraan tersebut ialah :

UNIT EKONOMI

AE 025

114

MASALAH MASALAH PENGIRAAN PENDAPATAN NEGARA


2.2.4.1 2.2.4.2

Masalah pengumpulan data. Masalah berhubung dengan pengiraan dua kali. Kegiatan produktif yang tidak diambil kira dalam proses pengiraan. Kegiatan produktif yang tidak dibayar dengan menggunakan wang.
AE 025 115

2.2.4.3

2.2.4.4

UNIT EKONOMI

MASALAH MASALAH PENGIRAAN PENDAPATAN NEGARA


2.2.4.5

Kesukaran menganggarkan perbelanjaan ke atas susut nilai.

2.2.4.6

Konflik berkenaan dengan sesetengah perkhidmatan kerajaan.


Masalah yang berkaitan indeks harga pengguna.
AE 025

2.2.4.7

dengan

UNIT EKONOMI

116

2.2.4.1

MASALAH PENGUMPULAN DATA

Di kebanyakan negara negara sedang membangun, data dan maklumat berhubung kegiatan kegiatan ekonomi yang dijalankan tidak direkod dan diselenggarakan dengan sempurna. Keadaan ini tentunya menyukarkan proses pengiraan dijalankan sehingga satu taksiran kasar terpaksa dibuat bagi tujuan tersebut.
Ini menyebabkan hasil dapatan daripada proses pengiraan tersebut tidak tepat atau tidak dapat menggambarkan keadaan yang sebenarnya. UNIT EKONOMI AE 025 117

2.2.4.2

MASALAH BERHUBUNG PENGIRAAN DUA KALI

Sebagaimana yang diketahui dalam mengira pendapatan negara, kita hanya menjumlahkan nilai barang barang akhir dan dan perkhidmatan yang yang dikeluarkan oleh pelbagai sektor ekonomi produktif bagi mengelakkan masalah pengiraan dua kali dan seterusnya menyebabkan nilai keluaran negara menjadi lebih besar. Namun begitu, timbul satu masalah besar bila mana agak sukar untuk kita memisahkan secara jelas di antara barang perantaraan dan barang akhir dalam ekonomi lebih lebih lagi kedua dua barang tersebut sememangnya dipasarkan secara UNIT EKONOMI AE 025 118 bersama.

2.2.4.3

KEGIATAN KEGIATAN PRODUKTIF YANG GAGAL DIAMBIL KIRA DALAM PENGIRAAN PENDAPATAN NEGARA

Sebagaimana yang diketahui proses pengiraan pendapatan negara hanya mengambil kira penghasilan keluaran oleh sektor sektor ekonomi produktif tertentu dan ianya mestilah berada di pasaran atau di pasarkan.

Hakikatnya keadaan tersebut tidak boleh digunakan dalam semua keadaan. Ini kerana :
UNIT EKONOMI AE 025 119

Wujud sesetengah keluaran yang disifatkan sebagai produktif dan dipasarkan tetapi disebabkan ianya tidak diiktiraf atau tidak dibenarkan dari segi undang undang, maka ia tidak dapat dikira dalam pengiraan pendapatan negara. Contohnya kegiatan pelacuran, urusniaga dadah dan ganja, urusniaga di pasaran gelap dan sebagainya.

UNIT EKONOMI

AE 025

120

Wujud juga keadaan di mana sesetengah keluaran itu bersifat produktif namun disebabkan ianya tidak dipasarkan, maka ia tidak boleh dikira dalam pendapatan negara. Contohnya sebagaimana yang berlaku dalam kegiatan ekonomi sara diri dan sistem ekonomi tukar barang.

UNIT EKONOMI

AE 025

121

SISTEM PENGIRAAN YANG GAGAL 2.2.4.4 MENGAMBIL KIRA KELUARAN ATAU KEGIATAN YANG TIDAK DIBAYAR DENGAN WANG.
Pengiraan pendapatan negara sebagaimana yang diketahui adalah berasaskan kepada nilaian wang. Sebagai contoh, di bawah kaedah pendapatan, nilai pendapatan negara dikira berdasarkan jumlah pendapatan wang yang diterima oleh faktor faktor tertentu dalam ekonomi tersebut. Keadaan ini tidak begitu relevan pada setiap keadaan. Ini disebabkan :
UNIT EKONOMI AE 025 122

Tidak semua faktor pengeluaran yang digunakan dalam ekonomi diberi ganjaran tertentu. Sebagai contoh suri rumah tangga. Meskipun khidmat yang mereka berikan sebenarnya disifatkan sebagai produktif tetapi oleh kerana ianya tidak diberi apa apa ganjaran atau pendapatan, maka khidmat atau keluaran mereka tidak diambil kira dalam pendapatan negara.
Keadaan ini amat berbeza jika suri rumah itu bekerja sebagai pembantu rumah dan diberi gaji oleh majikannya. Begitu juga pemilik tanah, bangunan atau modal yang menggunakan sendiri aset aset tersebut dalam proses pengeluarannya. UNIT EKONOMI AE 025

123

Pengiraan pendapatan negara juga tidak sesuai pada setiap keadaan kerana terdapat sesetengah kegiatan produktif yang tidak dibayar dengan wang atau pendapatan, sebaliknya dibayar dengan dengan unsur unsur bukan wang atau upah bukan wang. Contonya amalan kegiatan gotong royong yang diamalkan di kampung kampung yang mana ganjarannya adalah dalam bentuk saling berbalas bantuan @ tenaga atau hanya diberi makan minum sahaja sebagai upah.
UNIT EKONOMI AE 025 124

KESUKARAN MENENTUKAN JUMLAH 2.2.4.5 PERBELANJAAN KE ATAS SUSUT NILAI BAGI BARANG - BARANG MODAL. Agak sukar bagi ekonomi menganggarkan dengan tepat kadar susut nilai dan seterusnya perbelanjaan ke atasnya lebih lebih lagi kadar dan peruntukan perbelanjaannya berbeza bagi setiap barang modal. Keadaan ini mungkin diburukkan lagi apabila ekonomi tersebut sebelum ini sememangnya tidak mempunyai rekod dan data data berkenaan dengannya.
UNIT EKONOMI AE 025 125

2.2.4.6

KONFLIK BERKENAAN SESETENGAH PERKHIDMATAN KERAJAAN .

Sebagaimana yang diketahui menerusi kaedah keluaran, antara bentuk perkhidmatan yang diambil kira dalam pendapatan negara ialah perkhidmatan perkhidmatan kerajaan. Ini termasuklah perkhidmatan pertahanan, keselamatan dan perkhidmatan sosial. Bagi membiayai perbelanjaan perkhidmatan perkhidmatan tersebut kerajaan biasanya akan membuat pinjaman dari pihak pihak tertentu dan membayar pinjaman tersebut dengan hasil cukai yang dipungut dari orang UNIT EKONOMI AE 025 126 ramai.

Disebabkan bayaran pokok dan bunga atas pinjaman tersebut dianggap sebagai tidak produktif dan tidak dikira dalam pendapatan negara, maka sepatutnya perkhidmatan perkhidmatan tersebut juga dianggap sebagai tidak produktif dan seharusnya tidak diambil kira dalam pendapatan negara.

UNIT EKONOMI

AE 025

127

9.2 MASALAH MASALAH PENGIRAAN PENDAPATAN NEGARA

UNIT EKONOMI

AE 025

128

2.2.1

MASALAH PENGUMPULAN DATA

Di kebanyakan negara negara sedang membangun, data dan maklumat berhubung kegiatan kegiatan ekonomi yang dijalankan tidak direkod dan diselenggarakan dengan sempurna. Keadaan ini tentunya menyukarkan proses pengiraan dijalankan sehingga satu taksiran kasar terpaksa dibuat bagi tujuan tersebut.

Ini menyebabkan hasil dapatan daripada proses pengiraan tersebut tidak tepat atau tidak dapat menggambarkan keadaan yang sebenarnya.
UNIT EKONOMI AE 025 129

2.2.2

MASALAH BERHUBUNG PENGIRAAN DUA KALI

Sebagaimana yang diketahui dalam mengira pendapatan negara, kita hanya menjumlahkan nilai barang barang akhir dan dan perkhidmatan yang yang dikeluarkan oleh pelbagai sektor ekonomi produktif bagi mengelakkan masalah pengiraan dua kali dan seterusnya menyebabkan nilai keluaran negara menjadi lebih besar. Namun begitu, timbul satu masalah besar bila mana agak sukar untuk kita memisahkan secara jelas di antara barang perantaraan dan barang akhir dalam ekonomi lebih lebih lagi kedua dua barang tersebut sememangnya dipasarkan secara UNIT EKONOMI AE 025 130 bersama.

2.2.3

MASALAH BERKAITAN DENGAN INDEKS HARGA PENGGUNA

Bagi mempastikan ketepatan pengiraan pendapatan negara menerusi masa, maka faktor perubahan harga dan kualiti barang haruslah diambil kira.
Ini bermakna penggunaan indeks harga pengguna sebagai pembolehubah yang mengambil kira keadaan tersebut haruslah diaplikasikan.
UNIT EKONOMI AE 025 131

Namun begitu masalah timbul apabila pihak perancang berhadapan dengan masalah untuk membina indeks harga pengguna itu sendiri. Antara lain masalah tersebut merujuk kepada kesukaran untuk memilih satu tahun asas sebagai tahun perbandingan, pemilihan barangan tertentu sebagai barang yang mampu mewakili penggunaan masyarakat secara keseluruhannya dan penentuan nilai wajaran sebagai menggambarkan peruntukan perbelanjaan pengguna ke atas barangan tersebut.
UNIT EKONOMI AE 025 132

2.2.4

AKTVITI HARAM

Wujud sesetengah keluaran yang disifatkan sebagai produktif dan dipasarkan tetapi disebabkan ianya tidak diiktiraf atau tidak dibenarkan dari segi undang undang, maka ia tidak dapat dikira dalam pengiraan pendapatan negara. Contohnya kegiatan pelacuran, urusniaga dadah dan ganja, urusniaga di pasaran gelap dan sebagainya.
UNIT EKONOMI AE 025 133

2.2.5

KESUKARAN MENENTUKAN JUMLAH PERBELANJAAN KE ATAS SUSUT NILAI BAGI BARANG - BARANG MODAL. Agak sukar bagi ekonomi menganggarkan dengan tepat kadar susut nilai dan seterusnya perbelanjaan ke atasnya lebih lebih lagi kadar dan peruntukan perbelanjaannya berbeza bagi setiap barang modal. Keadaan ini mungkin diburukkan lagi apabila ekonomi tersebut sebelum ini sememangnya tidak mempunyai rekod dan data data berkenaan dengannya.

UNIT EKONOMI

AE 025

134

9.3

KEGUNAAN

DATA
PENDAPATAN NEGARA

UNIT EKONOMI

AE 025

135

2.3.1 ALAT PENGUKUR KADAR PERTUMBUHAN EKONOMI


Data pendapatan negara boleh digunakan untuk mengira kadar pertumbuhan ekonomi. Kadar pertumbuhan ekonomi dapat mengukur pencapaian ekonomi sesebuah negara.

Jika
jika

kadar
kadar

pertumbuhan
pertumbuhannya

positif,
negatif,

pencapaian ekonomi adalah baik. Sebaliknya

pencapaian
memberangsangkan.
UNIT EKONOMI

ekonomi

tidak

AE 025

136

2.3.2

ALAT PENGUKUR KELUARAN


PELBAGAI SEKTOR EKONOMI

Data pendapatan negara mengikut kaedah keluaran dapat digunakan sebagai alat pengukur jumlah keluaran pelbagai sektor ekonomi dalam sebuah negara.
Maklumat dan data tersebut dapat digunakan oleh kerajaan untuk menggubal dasar yang sesuai bagi mencapai matlamat ekonomi yang telah ditetapkan.
UNIT EKONOMI AE 025 137

2.3.3 ASAS MEMBUAT PERANCANGAN EKONOMI

Data pendapatan negara yang terdiri daripada jumlah pelaburan, perbelanjaan

penggunaan

dan

sebagainya

dapat

digunakan oleh kerajaan dalam membuat ramalan dan perancangan ekonomi untuk tahun-tahun berikutnya.
UNIT EKONOMI AE 025 138

2.3.4

PETUNJUK PERUBAHAN STRUKTUR EKONOMI

Menghitung keluaran negara mengikut kaedah keluaran dapat menunjukkan sumbangan setiap sektor dalam ekonomi. Apabila data tersebut dibandingkan di antara tahun, ia dapat memberi gambaran tentang pertumbuhan yang berlaku dalam pelbagai sektor ekonomi.
Maklumat itu dapat digunakan membentuk dasar - dasar kerajaan
UNIT EKONOMI AE 025

dalam
139

2.3.5 ALAT PERBANDINGAN TARAF HIDUP ANTARA MASA & NEGARA

Pendapatan negara boleh digunakan untuk menghitung pendapatan perkapita benar. Pendapatan pekapita benar boleh digunakan untuk mengukur taraf hidup rakyat di sesebuah negara.
UNIT EKONOMI AE 025 140

9.4

KELEMAHAN DATA PENDAPATAN NEGARA

UNIT EKONOMI

AE 025

141

2.4.1 PERUBAHAN TINGKAT HARGA UMUM

UNIT EKONOMI

AE 025

142

ANTARA MASA
Bila jumlah keluaran meningkat, pendapatan negara turut meningkat. Ini menyebabkan pendapatan perkapita meningkat dan seterusnya taraf hidup turut meningkat.

Tetapi jika pendapatan negara meningkat disebabkan oleh peningkatan harga umum, taraf hidup rakyat dikatakan tidak meningkat, malah mungkin berkurangan.
Oleh itu, perbandingan pendapatan negara melalui masa harus menolak kesan kenaikan dalam tingkat harga umum.
UNIT EKONOMI AE 025 143

ANTARA NEGARA

Negara maju ,tingkat harga umumnya tinggi. Dengan hal yang demikian pendapatan negaranya juga tinggi. Negara yang kurang maju, tingkat harga umunya rendah. Dengan hal yang demikian, tingkat pendapatan negaranya rendah.

UNIT EKONOMI

AE 025

144

2.4.2 PERUBAHAN KUALITI BARANG DAN PERKHIDMATAN

UNIT EKONOMI

AE 025

145

ANTARA MASA

Melalui masa, barang dan perkhidmatan mengalami perubahan dari segi kualiti dan bentuk fizikal . Kualiti meningkat taraf hidup meningkat.
Nilai pendapatan negara yang dihitung tidak dapat menggambarkan perubahan kualiti barang dan perkhidmatan.

UNIT EKONOMI

AE 025

146

2.4.3

PERBEZAAN KOMPOSISI KELUARAN NEGARA

UNIT EKONOMI

AE 025

147

ANTARA NEGARA

Negara maju, pendapatan negaranya tinggi tetapi sebahagian besar daripada perbelajaannya di gunakan untuk tujuan ketenteraan. Negara membangun pendapatan negaranya rendah, tetapi sebahagian besar daripada pendapatannya digunakan untuk tujuan mengeluarkan barang penggunaan dan modal.
UNIT EKONOMI AE 025 148

2.4.4 PERUBAHAN CORAK AGIHAN PENDAPATAN

UNIT EKONOMI

AE 025

149

ANTARA MASA

Agihan pendapatan lebih setara taraf hidup meningkat.


Jika pendapatan negara meningkat, taraf hidup tidak meningkat ,jika pendapatan negara hanya di nikmati oleh sebilangan rakyat sahaja.

Oleh itu perbandingan pendapatan negara harus mengambil kira corak agihan pendapatan.
UNIT EKONOMI AE 025 150

ANTARA NEGARA

Pendapatan negara A tinggi, agihan pendapatan tidak setara.


Pendapatan negara B tidak begitu tinggi tetapi agihan pendapatannya setara.
AE 025

Taraf hidup rendah

Taraf hidup relatif lebih tinggi.

UNIT EKONOMI

151

2.4.5 PENGGUNAAN MASA ANTARA MASA REHAT DAN BEKERJA

UNIT EKONOMI

AE 025

152

ANTARA MASA

Masa bekerja buruh yang meningkat, menyebabkan pendapatan negara meningkat


Masa rehat yang meningkat menyebabkan pendapatan negara berkurangan. Akan tetapi kebajikan pekerja dikatakan meningkat. Bila ini berlaku, taraf hidup penduduk dikatakan meningkat. Pendapatan negara menurun tapi masa rehat meningkat, taraf hidup tidak menurun.
AE 025 153

UNIT EKONOMI

ANTARA NEGARA
Masa kerja lama - pendapatan negara tinggi kebajikan rakyat rendah sebab masa rehat kurang.

Masa kerja kurang pendapatan negara rendah kebajikan rakyat tinggi sebab masa rehat banyak.
UNIT EKONOMI AE 025 154

UNIT EKONOMI

AE 025

155

Anda mungkin juga menyukai