Anda di halaman 1dari 20

KAEDAH

PENGHITUNGAN
PENDAPATAN NEGARA

1
PENGENALAN

Di bawah analisis makroekonomi pendapatan


negara boleh dihitung atau dikira menerusi tiga
kaedah pengiraan.

Kaedah – kaedah tersebut antara lainnya adalah


seperti berikut :

( a ) Kaedah perbelanjaan ( nilai barang akhir )


( b ) Kaedah keluaran ( Nilai di tambah )
( c ) Kaedah pendapatan ( kos faktor )

ae025makroekonomibab2... 2
Ketiga – tiga kaedah pengiraan di atas akan
memberikan nilai yang sama bagi jumlah
pendapatan negara

Ini kerana jumlah nilai keluaran pada satu tahun


tertentu sebenarnya sama dengan jumlah
perbelanjaan yang dilakukan oleh pengguna pada
tahun tersebut dan pada tahun itu juga jumlah
pendapatan yang diterima oleh para pengusaha
menyamai jumlah perbelanjaan yang dilakukan
oleh masyarakat pada tahun itu.

ae025makroekonomibab2... 3
Sebagai contoh katakanlah dalam sebuah ekonomi
hanya wujud sebuah syarikat yang mengeluarkan
Beras Basmathi. Harga sekilogrm produk tersebut
ialah RM 4.00 dan syarikat tersebut mengeluarkan
sebanyak 1000 kg. setahun. Ini bermakna nilai
keluaran negara tersebut pada tahun itu berjumlah
RM 4000.

Jika pengguna – pengguna dalam ekonomi tersebut


menggunakan 1000 kg beras setahun, ini bermakna
jumlah perbelanjaan mereka pada tahun itu
berjumlah RM 4000.

Apabila ini berlaku maka bermakna syarikat


yang mengeluarkan beras itu akan memperolehi
pendapatan berjumlah RM 4000.
ae025makroekonomibab2... 4
KAEDAH
PERBELANJAAN

5
PENGIRAAN PENDAPATAN NEGARA
MENERUSI KAEDAH PERBELANJAAN

Di bawah kaedah perbelanjaan, pendapatan negara


dihitung dengan hanya menjumlahkan setiap
perbelanjaan yang dilakukan oleh setiap sektor
dalam ekonomi tersebut.

Sebagaimana yang diketahui dalam ekonomi


wujud empat unit asas pembuat keputusan atau
sektor ekonomi. Antaranya sekor isi rumah, firma,
kerajaan dan antarabangsa. Setiap sektor tersebut
masing – masing melakukan perbelanjaan.

ae025makroekonomibab2... 6
Perbelanjaan yang dilakukan oleh sektor isi rumah
dikenali sebagai Perbelanjaan Penggunaan ( C ).

Manakala perbelanjaan yang dilakukan oleh sektor


firma dikenali sebagai Pelaburan atau pembentukan
modal kasar swasta ( I ).

Bagi pihak kerajaan pula perbelanjaan yang


dilakukannya dikenali sebagai Perbelanjaan
Kerajaan/ awam ( G ).

Manakala bagi sekor luar negeri pula, ianya dikenali


sebagai eksport bersih ( X – M ).

Ini bermakna item – item C, I, G dan X – M perlu


diberi perhatian dalam mengira pendapatan negara.
ae025makroekonomibab2... 7
1. Perbelanjaan penggunaan ( C ) kadang –
kala dikenali juga sebagai perbelanjaan
penggunaan swasta.

Ianya merujuk kepada perbelanjaan yang di


buat oleh sekor isi rumah ke atas barangan
dan perkhidmatan termasuklah ke atas
keperluan seharian mereka.

ae025makroekonomibab2... 8
2. Pelaburan atau pembentukan modal tetap swasta ( I )
merujuk kepada perbelanjaan yang di buat oleh sektor
swasta. Dalam konteks ekonomi konsep pelaburan
merujuk antara lainnya kepada :

( i ) Perbelanjaan ke atas berbagai jenis barang


modal bagi keperluan kilang dan perusahaan.
( ii ) Perbelanjaan untuk membina rumah – rumah
kediaman, bangunan pejabat dan bangunan
kilang.
( iii ) Pertambahan nilai barang simpanan / stok /
inventori samada berupa bahan mentah, barang yang
sedang diproses ( separa siap ) mahu pun barang –
barang akhir yang belum dipasarkan.

ae025makroekonomibab2... 9
Perlu dinyatakan bahawa dalam mengira pendapatan
negara mengikut kaedah perbelanjaan, pelaburan
yang perlu diambil kira adalah pelaburan kasar dan
bukannya pelaburan bersih ( I kasar = I bersih +
susutnilai )

3. Perlu dinyatakan bahawa perubahan nilai stok juga


perlu diambil kira semasa mengira pendapatan
negara berdasarkan kaedah perbelanjaan.
Perubahan nilai stok diperolehi dengan menolakkan
stok di akhir tahun daripada stok di awal tahun.
(  Nilai inventori = jumlah stok di akhir tahun –
jumlah stok di awal tahun )
 nilai inventori perlu dicampurkan bagi
mendapatkan KDNKhp jika nilainya adalah positif.
Akan tetapi ianya perlu ditolakkan jika nilainya
negatif. ae025makroekonomibab2... 10
4. Perbelanjaan kerajaan ( G ) juga dikenali sebagai
perbelanjaan awam. Kadang – kala ianya dikenali
juga sebagai perbelanjaan penggunaan awam atau
pembentukan modal tetap awam.

Perbelanjaan kerajaan yang bersifat mengurus


biasanya merujuk kepada perbelanjaan pengunaan
awam manakala perbelanjaan kerajaan yang
bersifat pembangunan biasanya merujuk kepada
pembentukan modal tetap awam.

5. Eksport bersih pula merupakan hasil tolak di


antara eksport dengan import
ae025makroekonomibab2... 11
Menerusi kaedah perbelanjaan, jika kita menjumlahkan
C + I + G + ( X – M ) +  Nilai inventori, maka kita akan
memperolehi KDNKhp.

Dengan hal yang demikian, bagi memperolehi jumlah


pendapatan negara ( KNBhf ) maka kita perlu membuat
beberapa prosedur penukaran sehingga kita
memperolehi konsep KNBhf tersebut.

Prosedur penukaran tersebut ditunjukkan seperti


berikut :

ae025makroekonomibab2... 12
PROSEDIA PENUKARAN SEMASA MENGIRA
PENDAPATAN NEGARA BERDASARKAN
KAEDAH PERBELANJAAN

KDNKhp
- CTL
+ Subsidi
KDNKhf

+ PFBLN

KNKhf

- Susut Nilai
KNBhf
ae025makroekonomibab2... 13
CONTOH PENGIRAAN
PENDAPATAN NEGARA
MENGIKUT KAEDAH
PERBELANJAAN

ae025makroekonomibab2... 14
BIL BUTIRAN RM JUTA

1 Perbelanjaan penggunaan ( C ) 4500


2 Perbelanjaan kerajaan ( G ) 700
3 Pelaburan kasar ( I ) 800

4 Perubahan nilai inventori (  Nilai Inventori ) 60

5 Eksport barang dan perkhidmatan 1600


6 Import barang dan perkhidmatan 1400
7 Eksport bersih ( X – M ) 200

KDNKhp
8 Cukai tak langsung (500)
9 Subsidi 200
KDNKhf
10 Pembayaran faktor ke luar negeri 1000
11 Penerimaan faktor dari luar negeri 800
12 Pendapatan faktor bersih luar negeri 200

KNKhf
13 Susut nilai (90)
ae025makroekonomibab2... 15
2.1.3 a

CONTOH PENGIRAAN
PENDAPATAN NEGARA
MALAYSIA
BAGI TAHUN 2000
MENGIKUT
KAEDAH PERBELANJAAN

ae025makroekonomibab2... 16
KDNKhp MENGIKUT PERMINTAAN AGREGAT
( MENGIKUT HARGA TAHUN SEMASA )

BIL BUTIRAN RM JUTA


1 Perbelanjaan penggunaan awam 36,854
2 Perbelanjaan penggunaan swasta 143,650
3 Pembentukan modal tetap kasar awam 39,469
4 Pembentukan modal tetap kasar swasta 40,746
5 Perubahan dalam stok 1,592
6 Eksport barang dan perkhidmatan 419,266 62,851
7 Import barang dan perkhidmatan 356,415
Eksport bersih ( X – M )
8
KDNKhp 325,162
9 Pembayaran faktor ke luar negeri -25,627
10 Penerimaan faktor dari luar negeri
Pendapatan faktor bersih luar negeri
11
KNKhp 299,535

Sumber : Laporan Ekonomi 2000/2001


ae025makroekonomibab2... 17
Latihan 1
Item-item RM juta
1 Perbelanjaan isi rumah 15.4
2 Eksport 9.8
3 Susut nilai 2.1
4 Pendapatan faktor bersih dari -1.9
luar negeri
5 Perbelanjaan kerajaan 9.4
6 Import 10.5
7 Cukai tak langsung 2.6
8 Subsidi 4.4
9 Perubahan stok -0.8
10 Pelaburan kasar 11.3
Hitung KNBkf dariae025makroekonomibab2...
maklumat di atas. 18
Latihan 2
Item-item RM juta
1 Perbelanjaan isi rumah 44 400
2 Pelaburan swasta 46 500
3 Perbelanjaan kerajaan 35 500
4 Pelaburan awam 30 400
5 Pertambahan dalam inventori 4 000
6 Cukai syarikat 36 000
7 Subsidi 5 500
8 Cukai persendirian 40 250
9 Cukai jualan 15 540
10 Pendapatan faktor bersih dari luar negeri 15 500
11 Susut nilai 8 300
12 Import 95 200
13 Eksport 93 800
ae025makroekonomibab2... 19
Hitung:
a) Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga
faktor
b) Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga
pasar
c) Keluaran Negeri Kasar pada harga pasar
d) Keluaran Negeri Kasar pada harga faktor
e) Keluaran Negeri Bersih pada harga faktor

ae025makroekonomibab2... 20

Anda mungkin juga menyukai