Anda di halaman 1dari 108

BAB 2

PERAKAUNAN
PENDAPATAN NEGARA

UNIT EKONOMI AE 025 1


2 : PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA

2.1 Kaedah Pengiraan


2.2 Masalah Pengiraan Pendapatan Negara
2.3 Kegunaan Data Pendapatan Negara
2.4 Kelemahan Data Pendapatan Negara
OBJEKTIF PENGAJARAN &
PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran, pelajar dapat :

2.1.Kaedah pengiraan

a. Menjelaskan konsep pendapatan negara berikut:


i. KDNK, KNK dan KNB
ii. Keluaran negara pada harga pasar dan kos faktor
iii. Pendapatan negara nominal (harga semasa) dan
pendapatan negara benar (harga tetap)
iv. Pendapatan per kapita
v. Pendapatan persendirian
vi. Pendapatan boleh guna

UNIT EKONOMI AE 025


AE 025 3
b. Menjelaskan dan menghitung pendapatan
negara
TIGA kaedah:
 i.Kaedah perbelanjaan(nilai barang akhir)
 ii.Kaedah keluaran (nilai ditambah)
 iii.Kaedah pendapatan (bayaran faktor)
c. Menghitung pertumbuhan ekonomi dan
pendapatan per kapita berdasarkan data
pendapatan negara.

UNIT EKONOMI
UNIT EKONOMI AE 025
AE 025 4
PENGENALAN
DEFINISI PENDAPATAN NEGARA

 Jumlah nilai semua barang akhir dan


perkhidmatan yang dikeluarkan
dalam sebuah negara untuk suatu
tempoh masa tertentu biasanya
setahun.

UNIT EKONOMI AE 025 5


 Pendapatan negara diukur dengan wang kerana
amat sukar untuk kita mengira nilai barang yang
terlalu banyak dalam ekonomi sekiranya ia dikira
berdasarkan unit fizikalnya.
 Barang akhir : Barang yang tidak akan melalui
proses pengeluaran selanjutnya di mana ianya boleh
digunakan terus oleh pengguna keseluruhannya.

UNIT EKONOMI AE 025 6


MENERANGKAN KONSEP
PENDAPATAN NEGARA
KELUARAN DALAM NEGERI KASAR
KELUARAN NEGARA KASAR (KNK)
(KDNK)

 Nilai barang akhir  Nilai barang akhir


dan perkhidmatan dan perkhidmatan
yang dikeluarkan yang dikeluarkan di
dalam sesebuah dalam atau di luar
negara oleh faktor negara oleh faktor
pengeluaran milik pengeluaran milik
warganegara itu dan negara itu sahaja
milik warganegara bagi dalam tempoh
asing bagi tempoh setahun.
satu tahun.
UNIT EKONOMI AE 025 7
i. KNK dengan KDNK
• Perbezaan di antara KDNK dengan KNK ialah
Pendapatan Faktor Bersih Luar Negeri (PFBLN)
KNK = KDNK + PFBLN

Pendapatan Faktor Bersih Luar Negeri


(PFBLN)
Perbezaan antara penerimaan
faktor dari luar negeri dengan
pembayaran faktor ke luar negeri.
UNIT EKONOMI AE 025 8
• Penerimaan Faktor Dari Luar Negeri
merujuk kepada pendapatan yang
diterima oleh faktor - faktor pengeluaran
milik sesebuah negara yang bekerja di
luar negeri.
• Cth: Buruh Malaysia yang bekerja di Singapura

• Pembayaran Faktor Ke Luar Negeri


merujuk kepada pembayaran pendapatan
yang dibuat kepada faktor - faktor
pengeluaran negara asing yang bekerja
dalam negara tersebut.
• Cth: Buruh Indonesia yang bekerja di Malaysia
UNIT EKONOMI AE 025 9
Nilai KNK melebihi nilai KDNK jika

 Nilai PFBLN + ve bila : Penerimaan Faktor


Dari Luar Negeri > Pembayaran Pendapatan
faktor Ke Luar Negeri.

 sebab PFBLN bernilai positif:


i. Negara itu banyak membuat pelaburan di
luar negara dan keuntungan dibawa balik
dari luar negara.
ii. Negara itu mempunyai tenaga buruh yang
ramai di luar negara di mana pendapatan
buruh itu dihantar balik ke negara.
UNIT EKONOMI AE 025 10
Nilai KDNK melebihi nilai KNK jika

 Nilai PFBLN - ve bila : Penerimaan


Faktor Dari Luar Negeri < Pembayaran
Pendapatan faktor Ke Luar Negeri.
 sebab PFBLN bernilai negatif:
i. Negara itu banyak menerima pelaburan
asing dan keuntungan dibawa balik ke
negara asal pelabur asing.
ii. Negara itu mempunyai tenaga buruh
asing di mana pendapatan buruh itu
dihantar balik ke negara asalnya.
UNIT EKONOMI AE 025 11
• KDNK dikatakan telah mengandungi elemen
Pembayaran Faktor Ke Luar Negeri tetapi belum
lagi mengandungi elemen Penerimaan Faktor Dari
Luar Negeri.

+ Pembayaran
Faktor Ke Luar
Negeri
KDNK
- Penerimaan
Faktor Dari Luar
Negeri
UNIT EKONOMI AE 025 12
• Sebaliknya, KNK pula hanya mengandungi unsur
Penerimaan Faktor Dari Luar Negeri sahaja dan
tidak mengandungi elemen Pembayaran Faktor Ke
Luar Negeri.

+ Penerimaan Faktor
Dari Luar Negeri

KNK

- Pembayaran Faktor
Ke Luar Negeri
UNIT EKONOMI AE 025 13
KELUARAN NEGARA BERSIH
(KNB)
 Nilai barang akhir dan perkhidmatan yang
dihasilkan oleh faktor pengeluaran milik
sesebuah negara dalam tempoh setahun setelah
ditolak dengan susut nilai.

 Ia juga dikenali sebagai pendapatan negara yang


menunjukkan daya pengeluaran dan keluaran
negara yang sebenarnya.

 Susut nilai ialah kemerosotan nilai bagi barang


modal yang digunakan dalam proses
pengeluaran.

UNIT EKONOMI AE 025 14


I. KNK DENGAN KNB

• perbezaan antara KNK dengan KNB ialah susut


nilai.
• Susut nilai ialah perbelanjaan yang
diperuntukkan untuk menggantikan barang
modal seperti mesin dan jentera yang telah
haus dan usang setelah digunakan dalam
proses pengeluaran.
• KNB = KNK – Susut nilai

UNIT EKONOMI AE 025 15


Hubungan KDNK, KNK dan KNB

KDNK +PFbLN KNK - Susut Nilai KNB

KDNK - PFbLN KNK KNB


+ Susut Nilai

16
II. KELUARAN NEGARA PADA HARGA PASAR DAN KOS
FAKTOR
 Jika keluaran negara dikira berdasarkan harga pasar, maka
nilai keluaran negara dikatakan dikira dari aspek pengguna
dan nilai tersebut dihitung mengikut harga yang dibayar oleh
pengguna di pasaran.

i. KDNK pada harga pasaran (KDNKhp):


Nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam negara oleh
faktor milik negara dan bukan negara mengikut harga yang dibayar oleh
pengguna di pasaran bagi tempoh masa tertentu sebelum ditolak dengan
susut nilai.
ii. KNK pada harga pasaran (KNKhp):
Nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan di dalam negara
dan di luar negara oleh faktor milik negara itu mengikut harga yang
dibayar oleh pengguna di pasaran bagi tempoh masa tertentu sebelum
ditolak dengan susut nilai. 17
II. KELUARAN NEGARA PADA HARGA PASAR DAN KOS
FAKTOR
 Jika keluaran negara dikira berdasarkan kos faktor, maka nilai
keluaran negara dikatakan dikira dari aspek pengeluar dan
nilai tersebut dihitung mengikut kos yang dibayar kepada
faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barang tersebut.
i. KDNK pada kos faktor (KDNKkf):
Nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam negara oleh
faktor milik negara dan bukan negara mengikut kos yang dibayar
kepada faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barang tersebut
bagi tempoh masa tertentu sebelum ditolak dengan susut nilai.
ii. KNK pada kos faktor (KNKkf):
Nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan di dalam negara
dan di luar negara oleh faktor milik negara itu mengikut kos yang
dibayar kepada faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barang
tersebut bagi tempoh masa tertentu sebelum ditolak dengan susut nilai.

18
Harga Pasaran & Kos Faktor

HARGA PASARAN KOS FAKTOR


 Harga pasaran adalah  Kos faktor ialah harga
harga barang akhir dan barang akhir dan
perkhidmatan yang perkhidmatan yang
dibayar oleh pengguna dinilai mengikut kos
di pasaran. yang dibayar oleh
pengeluar kepada
 Maka harga tersebut
pemilik faktor
dipengaruhi elemen
pengeluaran.
cukai tak langsung
(CTL) dan subsidi
 Kos faktor = Harga
pasaran - CTL +
 Harga pasaran = Kos Subsidi
Faktor + CTL - Subsidi
UNIT EKONOMI AE 025 19
CUKAI TAK LANGSUNG SUBSIDI

 Cukai tak langsung ialah  Subsidi adalah bantuan


cukai yang bebannya kerajaan kepada
boleh dipindahkan kepada pengeluar.
orang lain. Cth: cukai  Biasanya diberikan kepada
eksport pengeluar industri muda
 Apabila CTL dikenakan dan industri utama dalam
oleh kerajaan ke atas negara.
sesuatu barang /  Apabila subsidi diberikan,
perkhidmatan, harga
harga pasaran barang /
pasaran akan menjadi perkhidmatan akan turun.
tinggi.
 Maka apabila KDNK, KNK
 Maka apabila KDNK, KNK dan KNB dinilai pada harga
dan KNB dinilai pada harga
pasaran, subsidi ditolak.
pasaran, CTL akan
dicampurkan.
UNIT EKONOMI AE 025 20
HUBUNGAN ANTARA KELUARAN NEGARA PADA
HARGA PASARAN DAN KELUARAN NEGARA PADA
KOS FAKTOR

KDNKhp = KDNKkf + cukai tak langsung – subsidi


KDNKkf = KDNKhp – cukai tak langsung + subsidi

KNKhp = KNKkf + cukai tak langsung – subsidi


KNKkf = KNKhp – cukai tak langsung + subsidi

KNBhp = KNBkf + cukai tak langsung – subsidi


KNBkf = KNBhp – cukai tak langsung + subsidi
Maka, perbezaan di antara KDNK, KNK dan KNB
pada harga pasaran dengan KDNK, KNK dan KNB
pada kos faktor ialah CTL dan subsidi

2.1 Konsep Asas


• Perbezaan di antara KDNK dengan KNK ialah
Pendapatan Faktor Bersih Luar Negeri (PFBLN)
KNK = KDNK + PFBLN
• Perbezaan antara KNK dengan KNB ialah susut
nilai

KNB = KNK – susut nilai


• Perbezaan di antara harga pasar dan kos faktor
ialah CTL dan subsidi

kf = hp – cukai tak langsung + subsidi 22


iii. PENDAPATAN NEGARA NOMINAL (HARGA
SEMASA) DAN PENDAPATAN NEGARA BENAR
(HARGA TETAP)

PENDAPATAN NEGARA NOMINAL

• Pendapatan negara nominal merujuk kepada


ukuran nilai barang akhir dan perkhidmatan
yang dikeluarkan berdasarkan harga pada tahun
semasa.
• Ia dipengaruhi oleh
a. Perubahan dalam kuantiti keluaran (Q)
b. Perubahan dalam tingkat harga umum (P)
UNIT EKONOMI AE 025 23
 Contoh : Jika keluaran negara pada tahun
ini (2015) dikira berdasarkan harga pada
tahun 2015, maka nilai pendapatan
tersebut dikenali sebagai KNK Nominal.

 Contoh : Katakanlah nilai keluaran negara


pada tahun 2015 = RM 40 Billion. Ini
bermakna nilai RM 40 Billion tersebut
telah dikira berdasarkan harga pada
tahun 2015.

UNIT EKONOMI AE 025 24


PENDAPATAN NEGARA BENAR
• Pendapatan Negara Benar merujuk kepada
merujuk kepada ukuran nilai barang akhir dan
perkhidmatan yang dikeluarkan berdasarkan
harga tetap pada satu tahun asas.
• Tahun asas adalah satu tahun yang dipilih
sebagai asas perbandingan bagi perubahan
tingkat harga umum.
• Ia tidak dipengaruhi oleh perubahan dalam
tingkat harga umum melalui masa dan hanya
dipengaruhi oleh perubahan dalam jumlah
keluaran.

UNIT EKONOMI AE 025 25


• Contoh : Jika keluaran negara pada tahun
ini (2015) dikira berdasarkan harga pada
satu tahun asas, katakanlah tahun 2010,
maka nilai pendapatan tersebut dikenali
sebagai KNK Benar untuk tahun 2015.

• Contoh : Katakanlah Nilai KNK Benar


pada tahun 2015 = RM 32.79 Billion. Ini
bermakna nilai RM 32.79 Billion tersebut
sebenarnya telah dikira berdasarkan
harga pada tahun 2010 dan bukannya
mengikut harga pada tahun 2015.
UNIT EKONOMI AE 025 26
Bagaimana nilai KNK Benar pada tahun
2015 (RM 32.79 Billion) itu diperoleh?

Perhatikan Rumus berikut :


IHP0
KNK Benart = -------- X KNK Nominalt
IHPt
IHP0 = IHP tahun asas = 100
IHPt = IHP tahun semasa

UNIT EKONOMI AE 025 27


CONTOH PENGIRAAN

Andaikan:
KNK Nominal tahun 2015 = RM40 Billion.
IHP tahun asas = 100
IHP tahun 2015 = 122

IHP0
KNK Benart = -------- X KNK Nominalt
IHPt
100
KNK Benar2015 = -------- X 40 Billion
122
= RM32.79 Billion
UNIT EKONOMI AE 025 28
• Nilai KNK Benar telah menyingkirkan
pengaruh perubahan harga (kenaikan harga)
atau inflasi yang berlaku pada tahun semasa.
Itulah sebabnya nilai tersebut jauh lebih
rendah berbanding nilai KNK Nominal untuk
tahun tersebut.
• Dengan itu, nilai KNK Nominal yang bernilai
40 Billion begitu tinggi pada tahun 2015
kerana ianya telah mengambil kira kenaikan
harga yang berlaku pada tahun 2015.

UNIT EKONOMI AE 025 29


IV. PENDAPATAN PER KAPITA
 Pendapatan yang diterima oleh setiap
penduduk secara purata dalam sesebuah
negara.

 CARA MENGIRA PENDAPATAN PER KAPITA

Pendapatan Negara
PPK = ---------------------------------
Jumlah Penduduk

UNIT EKONOMI AE 025 30


 Pendapatan Per Kapita dikira mengikut harga
tahun semasa. Maka ia akan dipengaruhi oleh
perubahan tingkat harga umum dan tidak tepat
digunakan untuk mengukur taraf hidup rakyat
sesebuah negara.
 Untuk mengatasi masalah tersebut, pendapatan
per kapita benar dikira.
 Pendapatan Per Kapita benar diukur mengikut
harga tetap yang tidak dipengaruhi oleh
perubahan tingkat harga umum. PPK benar
dapat digunakan untuk mengukur taraf hidup
rakyat sesebuah negara dgn tepat.

UNIT EKONOMI AE 025 31


CARA MENGIRA PENDAPATAN BENAR
PER KAPITA

Pendapatan Negara Benar


PPK benar = ---------------------------------------
Jumlah Penduduk

IHP asas
Pendapatan Negara Benar = ------------------ x Pendapatan
IHP semasa negara semasa

UNIT EKONOMI AE 025 32


v. PENDAPATAN PERSENDIRIAN

 Jumlah pendapatan yang diterima oleh


semua individu dalam ekonomi sama ada
daripada pendapatan faktor yang diterima
atau bayaran pindahan untuk tempoh
setahun.

* Pendapatan persendirian = pendapatan individu = pendapatan perseorangan

UNIT EKONOMI AE 025 33


Ini bermakna PP terdiri daripada :
 Pendapatan faktor - pendapatan yang diterima
oleh individu sebagai ganjaran menawarkan
faktor pengeluaran dalam proses pengeluaran.
Contohnya : Upah dan gaji, sewa, bunga bersih
dan untung.
 Bayaran pindahan – bayaran yang diterima
walaupun individu tidak menawarkan sebarang
faktor pengeluaran kepada pengeluaran barang
dan perkhidmatan. Contoh:
 i)bunga atas pinjaman kerajaan
 ii) bunga atas pinjaman pengguna
 iii) bayaran pindahan seperti pencen, biasiswa,
elaun pengangguran, zakat, elaun suri rumah
tangga,
UNIT EKONOMI AE 025 34
CARA MENGIRA PENDAPATAN PERSENDIRIAN

Pendapatan Persendirian (PP)


= Pendapatan Negara (KNBkf)
(+) Bunga atas pinjaman kerajaan
(+) Bunga atas pinjaman pengguna
(+) Bayaran pindahan
(–) KWSP
(–) Untung tidak dibahagi
(–) Cukai keuntungan syarikat
VI. PENDAPATAN BOLEH GUNA
 Merupakan pendapatan persendirian yang
boleh dibelanjakan ke atas barang dan
perkhidmatan serta selebihnya ditabungkan.
 Ia perlu ditolak cukai pendapatan
persendirian serta tolak zakat dan Insurans
(jika ada).

RUMUS Pendapatan Boleh Guna (Yd)


= Pendapatan Persendirian
(–) Cukai Pendapatan Persendirian
(–) Zakat
(–) Insurans / takaful
UNIT EKONOMI AE 025 36
Pendapatan Persendirian (PP) = Pendapatan Bolehguna (Yd) =
Pendapatan Negara (KNBkf) PP (–) Cukai Pendapatan Persendirian
(+) Bunga atas pinjaman kerajaan (–) Zakat
(+) Bunga atas pinjaman pengguna (–) Insurans / takaful
(+) Bayaran pindahan
(–) KWSP
(–) Untung tidak dibahagi
(–) Cukai keuntungan syarikat

Pendapatan Perkapita (PPK) = PPK benar = PN benar


Jumlah Penduduk
Pendapatan Negara @ KNBkf
Jumlah Penduduk

KNK benar =
IHP0 x KNK semasa @ nominal
IHP1
2.1 B. KAEDAH PENGIRAAN

 Pendapatan negara boleh dihitung atau dikira


dengan menggunakan tiga kaedah iaitu :
 i. Kaedah perbelanjaan (nilai barang akhir)
 ii. Kaedah keluaran (Nilai ditambah)
 iii. Kaedah pendapatan (bayaran faktor)

UNIT EKONOMI AE 025 38


 Ketiga–tiga kaedah pengiraan akan
memberikan nilai yang sama bagi jumlah
pendapatan negara
 Ini kerana jumlah nilai keluaran pada satu
tahun tertentu sama dengan jumlah
perbelanjaan yang dilakukan oleh
pengguna pada tahun tersebut dan pada
tahun itu juga jumlah pendapatan yang
diterima oleh para pengusaha menyamai
jumlah perbelanjaan yang dilakukan oleh
masyarakat pada tahun itu.

UNIT EKONOMI AE 025 39


I. KAEDAH PERBELANJAAN
 Di bawah kaedah perbelanjaan, pendapatan negara
dihitung dengan menjumlahkan setiap perbelanjaan
terhadap barang akhir dan perkhidmatan yang
dilakukan oleh setiap unit dalam ekonomi iaitu isi
rumah, firma, kerajaan dan antarabangsa. Setiap unit
tersebut masing–masing melakukan perbelanjaan.

a) Perbelanjaan yang dilakukan oleh isi rumah dikenali


sebagai Perbelanjaan Penggunaan ( C ).
 perbelanjaan penggunaan swasta: perbelanjaan yang

dilakukan oleh isi rumah terhadap barang akhir dan


perkhidmatan.

40
b) Perbelanjaan yang dilakukan oleh firma dikenali
sebagai pembentukan modal tetap kasar (I).

 Pembentukan modal tetap kasar swasta:


perbelanjaan yang dilakukan oleh pihak swasta atas
barang modal baharu untuk mengembangkan
keupayaan pengeluaran ekonomi seperti pembinaan
kilang dan pembelian peralatan perkilangan.

 Dalam mengira pendapatan negara mengikut kaedah


perbelanjaan, pelaburan yang perlu diambil kira
adalah pelaburan kasar dan bukannya pelaburan
bersih

 ( I kasar = I bersih + susut nilai )


AE 025 41
c) Perbelanjaan yang dilakukan oleh kerajaan pula
dikenali sebagai Perbelanjaan Kerajaan (G).

 Perbelanjaan kerajaan (G) juga dikenali sebagai


perbelanjaan awam.

(i) perbelanjaan penggunaan awam : perbelanjaan


mengurus yang dilakukan oleh kerajaan terhadap
barang akhir dan perkhidmatan untuk melicinkan
urusan pentadbiran kerajaan.
(ii) pembentukan modal tetap kasar awam :
perbelanjaan pembangunan kerajaan untuk
membiayai pelbagai projek pembangunan seperti
pembinaan institusi pendidikan, hospital dan jalan
raya untuk menjanakan pertumbuhan ekonomi.
UNIT EKONOMI AE 025 42
d) Perubahan inventori: perubahan dalam nilai barang
simpanan seperti barang perantaraan dan barang siap yang
ada pada firma pada akhir tahun berbanding dengan awal
tahun.

Maka perubahan nilai stok perlu diambil kira semasa mengira


pendapatan negara berdasarkan kaedah perbelanjaan.
 Perubahan nilai stok diperolehi dengan menolakkan stok di

akhir tahun daripada stok di awal tahun.

(  inventori = jumlah stok di akhir tahun – jumlah stok di


awal tahun )

UNIT EKONOMI AE 025 43


e) Bagi aktiviti luar negara pula, ianya dikenali
sebagai eksport bersih (X – M).
 Eksport bersih pula merupakan perbezaan nilai
antara eksport dengan import barang dan
perkhidmatan.
 (i) eksport barang dan perkhidmatan:
perbelanjaan pengguna luar negara terhadap
barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh
negara.
 (ii) import barang dan perkhidmatan:
perbelanjaan pengguna tempatan terhadap
barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh
negara asing.

UNIT EKONOMI AE 025 44


 Menerusi kaedah perbelanjaan, jika kita
menjumlahkan
 C + I + G + ( X – M ) + perubahan inventori, maka
kita akan memperolehi KDNKhp.

 Ini bermakna item–item C, I, G ,(X – M) dan


perubahan inventori perlu diberi perhatian dalam
mengira pendapatan negara.

 Dengan hal yang demikian, bagi memperolehi


jumlah pendapatan negara (KNBkf) maka kita perlu
membuat beberapa prosedur penukaran sehingga
kita memperolehi konsep KNBkf tersebut.

 Prosedur penukaran tersebut ditunjukkan seperti


berikut :
UNIT EKONOMI AE 025 45
2.2 Kaedah Pengiraan
Perbelanjaan

Penggunaan (C)
(+) Pelaburan (I)
(+) Perbelanjaan Kerajaan (G)
(+) Eksport (X)
(–) Import (M)
(+) Perubahan Inventori

= KDNKhp

*Pelaburan Kasar *Perubahan Inventori


(-) susut nilai = inventori akhir – inventori awal
Pelaburan Bersih

46
PROSEDUR PENUKARAN SEMASA MENGIRA
PENDAPATAN NEGARA BERDASARKAN KAEDAH
PERBELANJAAN
C + I + G + ( X – M ) + perubahan inventori

KDNKhp
- CTL
+ Subsidi
KDNKkf

+ PFBLN
*PFBLN = imbangan pendapatan primer
KNKkf

- Susut nilai
47
KNBkf
KDNKhp MENGIKUT PERMINTAAN AGREGAT
(Pendekatan Perbelanjaan)
(MENGIKUT HARGA TAHUN SEMASA)
BIL BUTIRAN RM JUTA
1 Perbelanjaan penggunaan awam 107785
2 Perbelanjaan penggunaan swasta 405797
3 Pembentukan modal tetap kasar awam 83774
4 Pembentukan modal tetap kasar swasta 94613
5 Perubahan dalam stok 17046
6 Eksport barang dan perkhidmatan 791146 138304
Import barang dan perkhidmatan 652842
7 Eksport bersih ( X – M )
8
KDNKhp 847319
9 Pembayaran faktor ke luar negeri
10 Penerimaan faktor dari luar negeri
11 Pendapatan faktor bersih luar negeri -27148
KNKhp 820171
UNIT EKONOMI
Sumber AE: Laporan
025
Ekonomi 2011 48
 Di Malaysia pengiraan mengikut kaedah
perbelanjaan, nilai KDNK dan KNK telah
dianggap sebagai pendapatan negara.

 Ini adalah kerana sesetengah negara


seperti Malaysia mempunyai nilai PFBLN
yang tinggi. Sekiranya dikira pendapatan
negara sehingga ke nilai KNB ia akan
menyebabkan nilai pendapatan
negaranya menjadi sedikit.

UNIT EKONOMI AE 025 50


II. KAEDAH KELUARAN

 Menerusi kaedah keluaran, pendapatan


negara dikira dengan menjumlahkan nilai
ditambah barang dan perkhidmatan yang
dihasilkan oleh setiap sektor ekonomi.
 Tujuan kita mengambil kira hanya barang
akhir dan nilai ditambah ialah bagi
mengelakkan berlakunya pengiraan dua
kali.
 Jika ini berlaku maka jumlah pendapatan
negara akan diperbesarkan.
UNIT EKONOMI AE 025 51
NILAI DITAMBAH
 Nilai ditambah ialah peningkatan nilai barang setelah
melalui proses pengeluaran dalam sesuatu kegiatan
ekonomi tertentu.
 Nilai ditambah sahaja diambil kira untuk mengelakkan
berlakunya pengiraan dua kali.
 Nilai ditambah = nilai jualan output – kos belian input

UNIT EKONOMI AE 025 52


CONTOH PENGIRAAN NILAI DITAMBAH

Keluaran Nilai keluaran Nilai ditambah (RM)


(RM)
Penanaman gandum 100 100 – 0 = 100
Tepung gandum 350 350– 100 = 250
Kilang roti 650 650– 350 = 300
Kedai roti 1000 1000 – 650 = 350
Jumlah nilai ditambah/nilai 100+250+300+350=
barang akhir 1000
• Peringkat pertama, nilai sumbangan sektor utama
(pertanian) = RM100
• Peringkat kedua dan ketiga, nilai sumbangan sektor
kedua(pembuatan) = RM550(250+300)
• Peringkat keempat, nilai sumbangan sektor ketiga
(perkhidmatan) = RM350
• Jumlah nilai ditambah RM1000AE 025
adalah sama dengan 53
nilai barang akhir.
 Semasa mengira pendapatan negara kita harus
mengambil nilai barang akhir iaitu nilai bagi roti
dan bukannya nilai bagi barang–barang
perantaraannya seperti penanaman gandum,
tepung gandum dan kilang roti.

 Atau kita hanya mengambil kira jumlah nilai


ditambah bagi setiap barang yang berlaku dalam
proses penghasilan roti tadi. Ini bermakna nilai
keluaran yang akan diambil kira ialah RM 1 000.

UNIT EKONOMI AE 025 54


MENGIKUT KAEDAH KELUARAN, BIASANYA SEKTOR–
SEKTOR EKONOMI AKAN DIBAHAGIKAN MENGIKUT
SEKTOR–SEKTOR TERTENTU.
1. Sektor Utama/Primer
 Sektor ini melibatkan kegiatan ekonomi yang
menggunakan sumber alam sebagai asas
kegiatannya seperti sektor pertanian, perlombongan
dan kuari.
2. Sektor Kedua/perindustrian/sekunder
 Sektor ini menggunakan bahan mentah daripada

sektor utama untuk menghasilkan barang siap dan


barang separuh siap seperti sektor pembuatan dan
pembinaan.
3. Sektor Ketiga/perkhidmatan/tertier
 Sektor ini menyediakan pelbagai perkhidmatan

kepada kegiatan ekonomi sektor utama dan sektor


kedua seperti utiliti dan komunikasi.
UNIT EKONOMI AE 025 55
2.2 Kaedah Pengiraan
Kaedah Keluaran

Sektor Utama (pertanian, perlombongan)


(+) Sektor Kedua (pembuatan, pembinaan)
(+) Sektor Ketiga (perkhidmatan)
(+) Cukai Import
(–) Bayaran Perkhidmatan Bank

= KDNKhp

56
PROSEDUR PENUKARAN SEMASA MENGIRA
PENDAPATAN NEGARA BERDASARKAN KAEDAH
KELUARAN
SEKTOR 1 + 2 + 3 + Cukai import – bayaran perkhidmatan bank

KDNKhp
- CTL
+ Subsidi
KDNKkf

+ PFBLN

KNKkf

- Susut nilai
57
KNBkf
KDNKhp mengikut jenis aktiviti ekonomi
(Pendekatan Keluaran)
PADA HARGA TETAP 2000 (RM juta )
Jenis aktiviti ekonomi 2011 (RM juta)
Pertanian 42821
Perlombongan dan kuari 38314
Pembuatan 161663
Pembinaan 18845
Perkhidmatan 343376
Utiliti (Elektrik, gas dan air) 17406
Perdagangan borong dan runcit 81771
Penginapan dan restoran 14454
Pengangkutan dan penyimpanan 22250
Komunikasi 25641
Kewangan dan insurans 69657
Harta tanah dan perkhidmatan perniagaan 32739
Perkhidmatan lain 34272
Perkhidmatan kerajaan 45185
Tolak: Bayaran perkhidmatan bank 24645
Tambah: Cukai import 7999

UNIT EKONOMI AE 025 58


KDNK harga pasaran 588374
 Bayaran perkhidmatan bank harus ditolak bagi
mengelakkan masalah pengiraan dua kali.
• Ini kerana pengiraan menggunakan kaedah
keluaran mempunyai nilai ditambah yang
merupakan bayaran kepada semua faktor2
pengeluaran yang digunakan dlm proses
pengeluaran termasuk perkhidmatan yg dibayar
oleh pengeluar2 kpd bank dan ia termasuk
bayaran perkhidmatan bank.
• Walaupun ia telah termasuk di dlm nilai
keluaran sektor2 tersbt, namun ia dimasukkan
sekali lagi ke dlm sektor kewangan.
• Ini bermakna nilai perkhidmatan bank telah
dikira sebanyak dua kali maka ia perlu ditolak.

UNIT EKONOMI AE 025 60


• Dlm pengiraan PN mengikut kaedah keluaran,
cukai import tidak dikira di dalam nilai keluaran
yg dihasilkan oleh sektor2 yang membayar cukai
import.

• Oleh yg demikian, cukai import harus


dicampurkan kpd nilai keluaran sektor2 dlm
ekonomi bg memperolehi KDNKhp.

UNIT EKONOMI AE 025 61


III. KAEDAH PENDAPATAN
 Mengikut kaedah pendapatan, jumlah
pendapatan negara (KNBkf) boleh dikira dengan
menjumlahkan pendapatan yang diterima oleh
semua faktor pengeluaran yang wujud dalam
ekonomi.
 Ada empat jenis faktor pengeluaran dalam
sesebuah ekonomi iaitu buruh, tanah, modal dan
usahawan.
 Setiap faktor pengeluaran tersebut akan
menerima pendapatan dalam bentuk upah dan
gaji, sewa, bunga dan untung.

UNIT EKONOMI AE 025 62


 Upah dan gaji merupakan pendapatan
yang diterima oleh faktor buruh. Jumlah
ini telah termasuk caruman KWSP.

 Dengan itu, semasa mengira pendapatan


negara KWSP boleh diabaikan.

 Akan tetapi apabila mengira pendapatan


persendirian (PP), KWSP perlulah ditolak
daripada item gaji dan upah.

UNIT EKONOMI AE 025 63


 Sewa merupakan pendapatan yang diterima oleh
pemilik harta–harta tetap seperti tanah dan
bangunan.

 Bunga merupakan pendapatan kepada pemilik


modal untuk kegiatan yang produktiff. Dalam
pengiraan pendapatan negara, bunga yang
diambil kira ialah bunga bersih.

 Bunga bersih merupakan bunga yang tidak


meliputi bunga atas pinjaman pengguna dan
bunga atas pinjaman kerajaan.

 Bunga bersih = Bunga kasar – Bunga atas


pinjaman kerajaan – Bunga atas pinjaman
pengguna. AE 025 64
 Bunga atas pinjaman pengguna merujuk kepada
pendapatan yang diterima oleh pemilik modal kerana
meminjamkan modal mereka kepada pengguna
untuk membeli barang – barang tahan lama seperti
kereta, alatan elektrik dan sebagainya.
 Bunga atas pinjaman kerajaan pula merujuk kepada
pendapatan yang diterima oleh pemilik modal kerana
meminjamkan modal kepada kerajaan untuk
perbelanjaan kerajaan yang tidak melibatkan proses
pengeluaran barang dan perkhidmatan.
 Kedua – dua bunga tersebut tidak boleh diambil kira
dalam proses pengiraan pendapatan negara kerana
ianya dianggap sebagai pendapatan yang tidak
produktif iaitu pendapatan yang tidak menolong ke
arah peningkatan pendapatan negara.

UNIT EKONOMI AE 025 65


Untung yang diterima oleh para usahawan boleh
dibahagikan kepada dua jenis untung Antaranya
pendapatan perusahaan persendirian dan keuntungan
syarikat.

 Pendapatan  Keuntungan syarikat adalah


untung yang diterima oleh
perusahaan usahawan yang
persendirian mengendalikan perniagaan
merupakan untung yang berbentuk syarikat –
syarikat awam.
yang diterima oleh
para usahawan yang
 Keuntungan syarikat terdiri
daripada:
mengendalikan
perniagaan (i) Untung dibahagi
(dividen)
berbentuk milikan
(ii) Untung tak dibahagi
tunggal, perkongsian (rizab syarikat)
dan koperasi.
(iii) Cukai keuntungan
syarikat
 Terdapat 5 butiran/item yang diambil kira
semasa mengira pendapatan negara iaitu:

 1. Upah dan gaji


 2. sewa
 3. bunga bersih
 4. keuntungan syarikat
 5. pendapatan perusahaan persendirian

UNIT EKONOMI AE 025 67


2.2 Kaedah Pengiraan
Kaedah Pendapatan

Gaji dan upah


(+) Sewa
(+) Bunga bersih
(+) Keuntungan syarikat
(+) Pendapatan Perusahaan Persendirian

= KNBkf

* Keuntungan syarikat = untung dibahagi (dividen) + untung


tidak dibahagi (rizab syarikat) + cukai keuntungan syarikat

• Bunga bersih = Bunga kasar - Bunga atas


pinjaman pengguna - bunga atas pinjaman kerajaan

68
CONTOH PENGIRAAN PENDAPATAN NEGARA
MENGIKUT KAEDAH PENDAPATAN

BIL BUTIRAN RM JUTA

1 Upah dan gaji 3000

2 Bunga bersih 800

3 Sewa 300

4 Keuntungan Syarikat 830

5 Pendapatan perusahaan 550


persendirian

KNBkf @ PN 5480

UNIT EKONOMI AE 025 69


PROSEDUR PENUKARAN SEMASA MENGIRA
PENDAPATAN NEGARA BERDASARKAN KAEDAH
PENDAPATAN
Upah + sewa + bunga bersih + keuntungan syarikat + pendapatan
perusahaan persendirian

KNBkf
+ Susut nilai

KNKkf

- PFBLN

KDNKkf

- Subsidi
+ CTL 70
KDNKhp
C. MENGHITUNG PERTUMBUHAN EKONOMI DAN
PENDAPATAN PER KAPITA BERDASARKAN DATA
PENDAPATAN NEGARA

Rumus Kadar Pertumbuhan Ekonomi

= KDNK benar t – KDNK benar t-1 X 100%


KDNK benar t-1

KDNK benar t = KDNK benar tahun semasa


KDNK benar t-1 = KDNK benar tahun sebelum.
** KDNK benar boleh menggunakan data KDNK @ KNK
bergantung pada data yang diberikan.
CTH :
 KDNK benar 2015 = RM1,063,998 juta
 KDNK benar 2016 = RM1,108,935 juta

 Kadar pertumbuhan ekonomi tahun 2016


= KDNK benar t – KDNK benar t-1 X 100%
KDNK benar t-1
= 1,108,935juta - 1,063,998 juta X 100
1,063,998 juta
= 4.2 %

72
CARA MENGIRA PENDAPATAN PER KAPITA
 Pendapatan Negara Kasar 2015 = RM1,126,401 juta
 Jumlah penduduk 2015 = 31,186 ribu orang

 Pendapatan negara kasar per kapita 2015


= Pendapatan negara kasar
Jumlah penduduk
= RM1,126,401 juta
31,186 ribu
= RM36,119

UNIT EKONOMI AE 025 73


2.2 MASALAH PENGIRAAN PENDAPATAN NEGARA

 a. Menerangkan masalah pengiraan pendapatan


negara:
 i. Pengumpulan data
 ii. Pengiraan dua kali
 iii. Barang dan perkhidmatan yang tidak dipasarkan
 iv. Perubahan harga
 v. Aktiviti haram
 vi. Pengiraan susut nilai

UNIT EKONOMI
UNIT EKONOMI AE 025
AE 025 74
2.2 A. MASALAH PENGIRAAN PENDAPATAN NEGARA

 Mengira pendapatan negara merupakan satu


proses yang agak rumit berikutan timbulnya
beberapa masalah berkaitan, yang
seterusnya menjadikan proses pengiraan
tersebut menjadi agak sukar.

 Antara masalah yang biasanya dihadapi


dalam proses pengiraan tersebut ialah :
1. MASALAH PENGUMPULAN DATA
 Di kebanyakan negara sedang membangun, data
dan maklumat berhubung kegiatan ekonomi
yang dijalankan tidak direkod atau disimpan
dengan sistematik menyebabkan data dan
maklumat yang dikumpul kurang tepat.
 Pemberi maklumat mungkin memberi maklumat
yang kurang tepat untuk mengelakkan
pembayaran cukai juga menyebabkan data dan
maklumat yang dikumpul kurang tepat.
 Masalah ini menyebabkan pengiraan pendapatan
negara merupakan anggaran sahaja.
 Maka, penghitungan pendapatan negara kurang
tepat.
2. MASALAH PENGIRAAN DUA KALI
 Pengiraan dua kali berlaku apabila nilai barang

perantaraan dan barang akhir dikira dalam


pendapatan negara. Dalam mengira pendapatan
negara hanya menjumlahkan nilai barang akhir
dan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh
pelbagai sektor ekonomi produktif.
 Namun, agak sukar untuk memisahkan secara

jelas di antara barang perantaraan dan barang


akhir dalam ekonomi lebih–lebih lagi kedua2
barang tersebut sememangnya dipasarkan secara
bersama.
 Masalah pengiraan dua kali menyebabkan nilai

keluaran negara menjadi lebih besar.


 Maka, penghitungan pendapatan negara kurang

tepat.
3. MASALAH BARANG DAN PERKHIDMATAN
YANG TIDAK DIPASARKAN
 Proses pengiraan pendapatan negara hanya
mengambil kira penghasilan keluaran oleh sektor
ekonomi produktif tertentu dan ianya mestilah
berada di pasaran.
 Aktiviti sistem barter dan sara diri seperti
pekebun sayur dan nelayan tidak memasarkan
semua hasil tanaman dan tangkapan ikan kerana
memenuhi keperluan sendiri.
 Bersifat produktif namun disebabkan ianya tidak
dipasarkan, maka ia tidak boleh dikira dalam
pendapatan negara.
 Maka, penghitungan pendapatan negara kurang
tepat.
4. MASALAH PERUBAHAN HARGA
 Bagi mempastikan ketepatan pengiraan pendapatan

negara menerusi masa, maka faktor perubahan harga


dan kualiti barang haruslah diambil kira.

 Namun, masalah timbul apabila harga barang dan


perkhidmatan berubah-ubah dari semasa ke semasa.

 Masalah juga timbul iaitu bagi barang yang sama tetapi


harga berbeza antara satu tempat dengan tempat yang
lain.

 Harga yang berubah-ubah menyukarkan penentuan


tingkat harga yang digunakan untuk menentu nilai
keluarannya.

 Ini menyebabkan pengiraan pendapatan negara kurang


tepat.
5. MASALAH AKTVITI HARAM
 Wujud sesetengah keluaran yang disifatkan
sebagai produktif dan dipasarkan tetapi
disebabkan ianya tidak diiktiraf atau tidak
dibenarkan dari segi undang–undang, maka ia
tidak dapat dikira dalam pengiraan pendapatan
negara.
 Contohnya kegiatan perjudian, urusniaga dadah
dan ganja, urusniaga di pasaran gelap dan
sebagainya.
 Ini menyebabkan penghitungan pendapatan
negara kurang tepat.
6. MASALAH PENGIRAAN SUSUT NILAI
 Agak sukar bagi ekonomi menganggarkan
dengan tepat kadar susut nilai kerana
peruntukan perbelanjaan adalah berbeza bagi
setiap barang modal.
 Keadaan ini mungkin diburukkan lagi apabila
ekonomi tersebut sebelum ini sememangnya
tidak mempunyai rekod dan berkenaan
dengannya.
 Ini menyebabkan penghitungan pendapatan
negara kurang tepat.
2.3 Masalah Pengiraan Pendapatan
Negara

1. Masalah pengumpulan data – kegiatan ekonomi yang


dijalankan tidak direkod
2. Masalah pengiraan 2 kali – masalah memisahkan
barang perantaraan dan barang akhir
3. Masalah barang tidak dipasarkan – kegiatan ekonomi
sara diri / sistem barter
4. Masalah perubahan harga – masalah membina indeks
harga pengguna
5. Masalah aktiviti haram – pengiktirafan
produk/keluaran
6. Masalah pengiraan susut nilai – anggaran tidak tepat
kadar susut nilai

82
2.3 KEGUNAAN DATA PENDAPATAN NEGARA

a. Menerangkan kegunaan data pendapatan negara :


i. Alat pengukur kadar pertumbuhan ekonomi
ii. Alat pengukur sumbangan keluaran pelbagai sektor
ekonomi
iii.Asas membuat perancangan ekonomi
iv.Alat petunjuk perubahan struktur ekonomi
v. Alat perbandingan taraf hidup antara masa dan negara.

UNIT EKONOMI
UNIT EKONOMI AE 025
AE 025 83
2.3 B. KEGUNAAN DATA PENDAPATAN NEGARA

1. ALAT PENGUKUR KADAR PERTUMBUHAN EKONOMI


 Data pendapatan negara boleh digunakan untuk
mengira kadar pertumbuhan ekonomi dengan
membandingkan KDNK benar sesuatu tahun dengan
KDNK benar tahun sebelumnya.

 Rumus kadar pertumbuhan ekonomi


KDNK benar t – KDNK benar t-1
= ------------------------------------------- x 100
KDNK benar t-1
 Kadar pertumbuhan ekonomi dapat
menunjukkan prestasi ekonomi sesebuah
negara dalam tempoh masa tertentu. Andaikan
KPE pada tahun 2012 ialah 5.5%. Ini bermakna
keluaran negara benar telah meningkat
sebanyak 5.5% berbanding tahun 2011.
 Jika kadar pertumbuhan positif, menunjukkan
peningkatan keupayaan untuk menghasilkan
barang dan perkhidmatan dalam sesebuah
negara. Begitulah sebaliknya
2. ALAT PENGUKUR SUMBANGAN KELUARAN
PELBAGAI SEKTOR EKONOMI
 Data pendapatan negara mengikut kaedah
keluaran dapat menunjukkan sumbangan
keluaran setiap sektor ekonomi terhadap KDNK.
Sumbangan terbesar dapat ditentukan sama ada
sektor utama, kedua dan ketiga
 Contoh menghitung sumbangan keluaran setiap
sektor terhadap KDNK
Sektor 1
= ---------------- x 100
KDNK
 Contoh menghitung sumbangan keluaran
terhadap sektor 1, 2 atau 3
Pertanian
= ---------------------- x 100
Sektor 1
 Sumbangan dan kepentingan relatif setiap sektor
dapat ditentukan.
 Kadar pertumbuhan setiap sektor juga dapat
ditentukan bagi menentukan sektor paling pesat,
sederhana atau lambat pertumbuhannya.
Maklumat tersebut dapat digunakan oleh kerajaan
untuk menggubal dasar yang sesuai bagi
mencapai matlamat ekonomi.
3. ASAS MEMBUAT PERANCANGAN EKONOMI
 Data pendapatan negara dapat membekalkan
maklumat kepada kerajaan untuk membuat
perancangan yang sesuai bagi mengubal dan
melaksanakan dasar ekonomi yang sesuai.
 Contohnya data pendapatan negara mengikut
kaedah perbelanjaan seperti perbelanjaan
penggunaan isirumah dan pelaburan dapat
menunjukkan tingkat penggunaan isirumah dan
pelaburan swasta dalam negara.
 Dengan data ini, kerajaan boleh membuat ramalan
dan menentukan rancangan yang sesuai untuk
mengatasi masalah ekonomi.
4. ALAT PETUNJUK PERUBAHAN STRUKTUR
EKONOMI
 Data pendapatan negara boleh digunakan
sebagai petunjuk perubahan struktur ekonomi
sesebuah negara. Dengan menggunakan data
pendapatan negara antara dua tempoh masa, ia
dapat menunjukkan perubahan struktur
ekonomi. Misalnya data pendapatan negara
tahun 1980-an, 1990-an dan 2000.
 Perubahan struktur ekonomi dapat ditentukan
daripada sumbangan setiap sektor pertama,
kedua dan ketiga.
• Menghitung keluaran negara mengikut kaedah
keluaran dapat menunjukkan sumbangan
setiap sektor dalam ekonomi. Seterusnya dapat
menunjukkan perubahan struktur ekonomi
daripada pertanian kepada perkilangan dan
daripada perkilangan kepada perkhidmatan.
• Andaikan peratusan sumbangan sektor ketiga
sentiasa meningkat berbanding sektor pertama
dan kedua, ini bermakna struktur ekonomi
sesebuah negara berubah kepada struktur
ekonomi perkhidmatan.
5. ALAT PERBANDINGAN TARAF HIDUP ANTARA
MASA & NEGARA
 Pendapatan negara boleh digunakan untuk
menghitung pendapatan per kapita benar.
 Pendapatan per kapita benar boleh digunakan
untuk mengukur taraf hidup rakyat di sesebuah
negara.
 Semakin tinggi pendapatan per kapita benar,
semakin tinggi taraf hidup rakyat begitulah
sebaliknya.
2.4 Kegunaan Data Pendapatan
Negara

1. Alat pengukur kadar pertumbuhan ekonomi –


mengukur pencapaian ekonomi
2. Alat pengukur keluaran pelbagai sektor ekonomi –
mengukur jumlah keluaran untuk menggubal dasar
3. Asas membuat perancangan ekonomi – kerajaan
membuat unjuran ekonomi
4. Alat petunjuk perubahan struktur ekonomi –
sumbangan keluaran setiap sektor ekonomi
5. Alat perbandingan taraf hidup antara masa & negara
– mengukur pendapatan per kapita penduduk

92
2.4 KELEMAHAN DATA
PENDAPATAN NEGARA
a. Menjelaskan kelemahan data pendapatan negara sebagai alat perbandingan taraf hidup:
i.Antara masa
. Perubahan tingkat harga
. Perubahan kualiti barang
. Perubahan komposisi keluaran negara
. Perubahan masa rehat
. Perubahan eksternaliti negative
- Perubahan saiz dan struktur penduduk

ii. Antara negara


. Perbezaan kos hidup
. Perbezaan masa rehat
. Perbezaan komposisi keluaran negara
. Perbezaan agihan pendapatan
. Perbezaan kegiatan produktif yang tidak diambil kira dalam pengiraan pendapatan negara
. Perbezaan jumlah guna tenaga dan pengangguran
. Perbezaan eksternaliti negatif
- Perbezaan saiz dan struktur penduduk. AE 025
AE 025 93
2.4 KELEMAHAN DATA PENDAPATAN NEGARA

 Membincangkan kelemahan data pendapatan negara


sebagai alat perbandingan taraf hidup rakyat
sesebuah negara.
 Terbahagi kepada dua iaitu kelemahan dari sudut
perbezaan antara masa dan perbezaan antara
negara.
I) ANTARA MASA
Perubahan tingkat harga
• Data pendapatan negara tidak menunjukkan
perubahan tingkat harga umum antara masa.
• Taraf hidup sesebuah negara dikatakan meningkat
apabila pendapatan negara meningkat.
 Tetapi jika pendapatan negara meningkat
disebabkan oleh peningkatan harga umum, taraf
hidup rakyat tidak meningkat, sebaliknya
menurun.
 Oleh itu, perbandingan pendapatan negara melalui
masa harus menolak kesan kenaikan dalam
tingkat harga umum dengan menggunakan
pendapatan negara benar (pendapatan negara
mengikut harga tetap).
I) ANTARA MASA
Perubahan kualiti barang
• Data pendapatan negara tidak menunjukkan
perubahan kualiti barang yang dikeluarkan
antara masa.
• Melalui masa, barang dan perkhidmatan
mengalami perubahan dari segi kualiti dan
bentuk fizikal. Kualiti meningkat taraf hidup
meningkat.
• Jika kenaikan tingkat harga diikuti dengan
peningkatan kualiti barang, taraf hidup rakyat
juga akan meningkat.
• Tetapi pendapatan negara yang dihitung tidak
menggambarkan peningkatan kualiti barang.
I) ANTARA MASA
Perubahan komposisi keluaran negara
• Data pendapatan negara tidak menunjukkan
perubahan dalam komposisi keluaran antara masa.
• Perkembangan teknologi dan inovasi
membolehkan lebih banyak jenis barang dan
perkhidmatan baru dihasilkan. Oleh itu taraf hidup
masyarakat telah meningkat kerana masyarakat
dapat menikmati pelbagai jenis keluaran yang
baru.
• Namun, jika kenaikan dalam pendapatan negara
berpunca dari tambahan keluaran yang tidak
memberi manfaat dan faedah kepada rakyat seperti
senjata api, maka taraf hidup akan menurun.
I) ANTARA MASA
Perubahan masa rehat
• Data pendapatan negara tidak menunjukkan
perubahan dalam masa rehat yang dinikmati oleh
pekerja.
• Jika rakyat bekerja lebih masa, jumlah keluaran
dapat dihasilkan dengan lebih banyak.
Seterusnya meningkatkan pendapatan negara.
Namun, masa rehat rakyat akan berkurangan
menyebabkan taraf hidup rakyat menurun.
• Sebaliknya jika pendapatan negara menurun
disebabkan oleh penurunan masa bekerja, tetapi
rakyat mendapat pertambahan dalam masa rehat
mereka. Oleh itu taraf hidup rakyat negara
tersebut tidak menurun.
I) ANTARA MASA
Perubahan eksternaliti negatif
• Data pendapatan negara tidak
menunjukkan perubahan kesan luaran
negatif dan kos sosial yang perlu
ditanggung oleh masyarakat.
• Jika peningkatan pendapatan negara
mengakibatkan eksternaliti negatif seperti
masalah pencemaran, ia akan menjejaskan
taraf hidup rakyat.
• Taraf hidup menurun jika kegiatan ekonomi
yang tidak terkawal menjejaskan kesihatan
dan kualiti hidup masyarakat.
I) ANTARA MASA
Perubahan saiz dan struktur penduduk
• Pertambahan pendapatan negara benar
melalui masa tidak semestinya diikuti oleh
peningkatan pendapatan perkapita benar jika
kadar pertambahan penduduk melebihi kadar
pertambahan pendapatan negara benar.
Maka, taraf hidup masyarakat menurun.
• Sebaliknya pertambahan pendapatan negara
benar akan meningkatkan taraf hidup
masyarakat sesebuah negara sekiranya
kadar pertambahan pendapatan negara benar
melebihi kadar pertambahan penduduk
negara tersebut.
I) ANTARA NEGARA
Perbezaan kos hidup
 Data pendapatan negara tidak mencerminkan
tingkat harga dan kos sara hidup sesebuah
negara.
 Tingkat harga umum dan kos hidup antara
sesebuah negara adalah berbeza dengan negara
lain. Misalnya, kos hidup di Jepun adalah lebih
tinggi berbanding dengan Malaysia.
 Bagi negara yang mempunyai kos hidup dan
tingkat harga umum yang rendah, taraf hidup
rakyat lebih tinggi daripada negara-negara yang
pendapatan per kapitanya tinggi kerana mereka
perlu membayar kos pengangkutan, sewa dan
makanan yang lebih tinggi.
I) ANTARA NEGARA
Perbezaan masa rehat
 Data pendapatan negara tidak
menggambarkan masa rehat yang dapat
dinikmati oleh rakyat sesebuah negara.
 Masa kerja lama - pendapatan negara
tinggi - taraf hidup rakyat rendah
sebab masa rehat kurang.
 Masa kerja kurang - pendapatan negara
rendah - taraf hidup rakyat tinggi sebab
masa rehat banyak.
I) ANTARA NEGARA
Perbezaan komposisi keluaran negara
 Data pendapatan negara tidak mencerminkan
komposisi keluaran antara negara.

 Negara maju, pendapatan negaranya tinggi tetapi


sebahagian besar daripada perbelajaannya
digunakan untuk tujuan ketenteraan yang tidak
memberi faedah secara langsung kepada rakyat.
Taraf hidup negara itu tidak semestinya lebih tinggi.

 Negara membangun pendapatan negaranya rendah,


tetapi sebahagian besar daripada pendapatannya
digunakan untuk tujuan mengeluarkan barang
pengguna dan barang modal. Maka, taraf hidup
adalah tinggi.
I) ANTARA NEGARA
Perbezaan agihan pendapatan
 Data pendapatan negara tidak
mencerminkan agihan pendapatan
penduduk sesebuah negara.

 Jika pendapatan negara A tinggi tetapi


agihan pendapatan tidak setara. Maka,
taraf hidup rendah.

 Jika pendapatan negara B tidak begitu


tinggi tetapi agihan pendapatannya setara.
Maka, taraf hidup relatif lebih tinggi.
I) ANTARA NEGARA
Perbezaan kegiatan produktif yang tidak diambil kira
dalam pengiraan pendapatan negara
 Pengiraan pendapatan negara hanya
mengambil kira nilai kegiatan yang
dipasarkan.
 Pendapatan negara sesebuah negara menjadi
lebih rendah berbanding negara lain apabila
negara itu mempunyai banyak aktiviti
ekonomi yang tidak dipasarkan seperti
pertanian sara diri.
 Oleh itu, perbandingan taraf hidup perlu
mengambil kira nilai kegiatan yang tidak
dipasarkan.
I) ANTARA NEGARA
Perbezaan dalam jumlah guna tenaga dan
pengangguran
 Data pendapatan negara tidak
menggambarkan tingkat guna tenaga dan
pengangguran yang dihadapi oleh sesebuah
negara.
 Walaupun negara itu mempunyai tingkat
pendapatan negara yang tinggi, taraf hidup
rakyatnya tidak tinggi jika negara itu
mempunyai kadar pengangguran yang tinggi.
 Taraf hidup rakyatnya lebih rendah berbanding

negara yang mempunyai tingkat guna tenaga


yang tinggi dan kadar pengangguran yang
rendah.
I) ANTARA NEGARA
Perbezaan eksternaliti negatif
 Data pendapatan negara tidak
menunjukkan eksternaliti negatif seperti
pencemaran alam sekitar.
 Jika kemajuan ekonomi di negara maju

mewujudkan ekstenaliti negatif yang


lebih serius, nilai pendapatan negara
yang lebih tinggi di negara maju tidak
dapat menggambarkan taraf hidup
mereka adalah lebih tinggi daripada
negara lain yang kurang menghadapi
masalah pencemaran.
I) ANTARA NEGARA
Perbezaan saiz dan struktur penduduk
 Sesebuah negara tidak semestinya mempunyai
taraf hidup yang lebih tinggi berbanding dengan
negara lain sekiranya negara itu mempunyai saiz
penduduk yang besar.
 Misalnya walaupun Indonesia mempunyai KNK
yang lebih tinggi daripada Malaysia tetapi saiz
penduduk Indonesia yang besar menyebabkan
KNK perkapita yang lebih rendah daripada
Malaysia.
 Maka, pendapatan perkapita dan bukan
pendapatan negara lebih sesuai digunakan
untuk membuat perbandingan taraf hidup antara
dua negara.

Anda mungkin juga menyukai