Anda di halaman 1dari 38

GMGF1013

EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM

Kuliah 8:

PERAKAUNAN PENDAPATAN
NEGARA

DEFINISI DAN KONSEP


Merupakan jumlah pendapatan yang dikira dari pelbagai
sektor negara termasuklah individu, perniagaan dan
kerajaan.
Secara spesifiknya, ia merupakan pendapatan yang
diterima daripada penggunaan semua faktor pengeluaran
di dalam sesebuah negara untuk tempoh setahun.
Ia digunakan bagi menghasilkan petunjuk-petunjuk
perkembangan dan pertumbuhan ekonomi negara.
Biasanya dengan menggunakan data-data makroekonomi
seperti Keluaran Negara Kasar (KNK), Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) dan komponen-komponen lain yang
berasaskan konsep perbelanjaan negara atau pendapatan
negara tersebut.

KELUARAN NEGARA KASAR (KNK)


Jumlah nilai barang-barang akhir dan
perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktorfaktor pengeluaran milik sesebuah negara
dalam tempoh setahun.
Nilai ini mengambilkira semua faktor-faktor
pengeluaran yang dimiliki oleh penduduknya
sama ada berada di dalam atau di luar negara.
Namun bagi warga asing, faktor-faktor
pengeluaran yang berada di dalam sesebuah
negara tidak dikira dalam pengiraan KNK.

KNK Malaysia 1990 - 2007

KELUARAN DALAM NEGARA KASAR


(KDNK)
Jumlah nilai barang-barang akhir dan
perkhidmatan yang dikeluarkan oleh
faktor-faktor pengeluaran tanpa
mengira sama ada faktor-faktor
tersebut dimiliki oleh penduduk
tempatan atau warga asing.
Barangan dan perkhidmatan
dikeluarkan dalam sesebuah negara.

KDNK 2012 - 2013

Perbezaan Antara KDNK dan KNK


Beza : Pendapatan faktor bersih dari luar negeri
(PFBLN).
PFBLN : perbezaan antara jumlah pendapatan faktor
yang diterima oleh penduduk negara ini yang
menggunakan punca-punca pengeluaran mereka di
luar negara dan pembayaran faktor ke luar negara
oleh warga asing yang menggunakan faktor-faktor
pengeluaran milik mereka di negara ini.
KNK = KDNK + PFBLN
PFBLN
Jumlah pendapatan faktor dari luar negara
Tolak : Jumlah pembayaran faktor ke luar negara

HARGA PASARAN DAN HARGA


FAKTOR
Nilai barangan dan perkhidmatan
yang dikeluarkan dalam sesebuah
negara dinilai dengan
menggunakan :
Harga Pasaran
Harga Faktor

Harga Pasaran
Takrif : Harga barangan dan perkhidmatan yang
dikira dengan berdasarkan harga yang dibayar oleh
pengguna.
Dikenali sebagai harga barangan dan perkhidmatan
yang dijual di pasaran.
Ia dinilai dengan adanya campurtangan kerajaan
melalui : cukai langsung seperti cukai perkhidmatan, cukai jualan,
cukai import dan cukai eksais. Kesannya, harga pasaran
barangan dan perkhidmatan dijual menjadi lebih mahal.
Subsidi atau bantuan kerajaan. Kesannya, harga pasaran
akan menjadi lebih murah.

Harga Faktor
Takrif : nilai barangan dan
perkhidmatan yang dikira mengikut
harga yang dibayar kepada faktorfaktor pengeluaran yang digunakan
bagi menghasilkan barangan dan
perkhidmatan tersebut.
Secara mudahnya, ia merupakan
harga barangan dan perkhidmatan
yang belum dipasarkan.

Contoh Harga Pasaran dan Harga


Faktor
Contoh Harga Pasaran
Pengguna beli baju dan kasut yang
berharga RM80 dan RM50, maka
pendapatan negara dalam bentuk harga
pasaran ialah RM130.

Contoh Harga Faktor


Kos pengeluaran bagi baju dan kasut
ialah RM60 dan RM30, maka
pendapatan negara dalam bentuk harga
faktor ialah RM90.

KNK Harga Pasaran dan Harga


Faktor
KNK Harga Pasaran
Pengiraan nilai barangan dan perkhidmatan
menggunakan harga pasaran.
Formula :
KNKHP = KNKHF + Cukai Tak Langsung - Subsidi

KNK Harga Faktor


Pengiraan keluaran negara dengan menggunakan
harga yang dibayar oleh firma/pengeluar kepada
pemilik faktor-faktor pengeluaran.
Formula :
KNKHK = KNKHP + Subsidi - Cukai Tak Langsung

Keluaran Negara Bersih (KNB) Kos


Faktor
KNB Kos Faktor : nilai barangan dan
perkhidmatan yang dimiliki
penduduk sesebuah negara
berdasarkan harga yang dibayar
oleh pengeluar kepada pemilikpemilik faktor pengeluaran.

Formula KNB Kos Faktor

Perbezaan antara KDNKHarga Pasaran dan


KNBHarga Faktor
Faktor Perbezaan
Susut Nilai
Pendapatan Faktor Bersih dari luar
negara

PENDAPATAN PERSENDIRIAN
Takrif : jumlah pendapatan
yang diterima oleh semua
individu dalam sesebuah
negara dalam tempoh masa
setahun termasuklah
pendapatan yang diperoleh
daripada kegiatan yang tidak
produktif.
Jenis-jenis pendapatan
persendirian :
Bayaran pindahan : pencen,
biasiswa dan zakat (pemberian)
Bunga atas pinjaman (kerajaan
dan isirumah)

Contoh

PENDAPATAN BOLEH GUNA


Takrif : bahagian pendapatan persendirian yang
boleh dibelanjakan untuk membeli barangan dan
perkhidmatan yang dihasilkan oleh ekonomi.
Bahagian pendapatan ini diperoleh setelah
pendapatan persendirian ditolak Cukai
Pendapatan Individu yang dikenakan oleh
kerajaan.

KAEDAH PENGUKURAN PENDAPATAN


NEGARA
Terdapat tiga kaedah yang sering
digunakan bagi menentukan
pendapatan negara.
Antaranya ialah : Kaedah Pendapatan
Kaedah Keluaran atau Nilai Ditambah
Kaedah Perbelanjaan

Kaedah Pendapatan
Pendekatan : menjumlahkan semua bentuk pendapatan yang
diperoleh daripada faktor-faktor pengeluaran dalam tempoh
setahun.
Faktor-faktor pengeluaran akan memperoleh pendapatan berikut :
Buruh : Upah/Gaji
Tanah/Aset Tetap : Sewa
Modal : Bunga/Faedah
Perusahaan Persendirian : Pendapatan Persendirian
Syarikat/Perkongsian : Untung

Oleh itu, pendapatan negara adalah terdiri daripada : Upah dan gaji
Bunga Bersih
Sewa
Pendapatan perusahaan persendirian
Keuntungan Syarikat

Contoh Pengiraan Pendapatan


Negara (KNKHF)

Contoh Pengiraan Nilai Keluaran


Negara Kasar (KNKHP)
Butiran
Pendapatan Negara
(KNBharga faktor)
Tambah : Susut Nilai
KNKharga faktor
Tambah : Cukai Tak
Langsung
Tolak : Subsidi
KNKharga pasaran

RM (juta)
3450
1950
5400
3638
585
8453

Kaedah Keluaran (Nilai


Ditambah)
Pendekatan : dikira dengan menjumlahkan nilai barangan
dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sektor-sektor
ekonomi dalam sesebuah negara dalam tempoh setahun.
Ia diukur dengan mengambilkira nilai ditambah yang
wujud daripada pelbagai sektor ekonomi.
Nilai ditambah ialah pertambahan nilai barangan dan
perkhidmatan setelah melalui proses pengeluaran bagi
sesuatu kegiatan ekonomi tertentu.
Tujuan : untuk mengelakkan masalah pengiraan dua kali
iaitu nilai barangan dan perkhidmatan perantara akan
dikira sebagai nilai barangan dan perkhidmatan akhir
yang boleh mengakibatkan nilai keluaran negara akan
diperbesarkan.

Contoh Pengiraan Nilai


Ditambah
Keluaran

Nilai Keluaran
(RM)

Nilai Ditambah
(RM)

Kapas

50=5

Benang

85=3

Kain

14

14 8 = 6

Baju

20

20 14 = 6

Jumlah Nilai Ditambah

20

Contoh Pengiraan Pendapatan Negara


menggunakan Kaedah Keluaran

Kaedah Perbelanjaan
Pendekatan : kaedah dengan menggunakan
kaedah campuran nilai perbelanjaan sesebuah
negara ke atas barangan dan perkhidmatan
akhir yang dihasilkan oleh faktor-faktor
pengeluaran negara dalam tempoh setahun
Terdapat 4 komponen perbelanjaan, iaitu : Perbelanjaan penggunaan isirumah (C)
Pelaburan Kasar (I)
Perbelanjaan Kerajaan (G)
Eksport Bersih ( X M)

Formula : KDNKhp = C + I + G + (X M)

Perbelanjaan Penggunaan Isirumah


(C)
Merangkumi semua nilai perbelanjaan yang
dilakukan oleh isirumah apabila membeli
pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan
untuk pelbagai tujuan akhir.
Tempoh pembelian penggunaan adalah
setahun.
Faktor-faktor :
Kepuasan
Citarasa
Pelaburan dsbnya.

Contoh

Pelaburan (I)
Merujuk kepada pembentukan modal sektor
swasta.
Pihak swasta membeli barangan modal bagi
menjana pulangan modal dan keuntungan.
Contoh perbelanjaan modal oleh pihak
swasta bagi tujuan pelaburan : Pembelian barangan modal dan peralatan
pengeluaran
Inventori dan stok
Perbelanjaan-perbelanjaan lain

Contoh

Perbelanjaan Kerajaan (G)


Tujuan : untuk memenuhi keperluan dan kepentingan masyarakat/rakyat.
Dikenali sebagai perbelanjaan awam di mana peranan pihak kerajaan
untuk menyediakan barangan awam yang diperlukan dalam sesebuah
negara.
Terbahagi kepada 2, iaitu Perbelanjaan Mengurus dan Perbelanjaan
Pembangunan.
Perbelanjaan Mengurus :
perbelanjaan berulang setiap tahun dan berterusan.
Dikenali sebagai perbelanjaan penggunaan untuk hal-hal pentadbiran.
Perbelanjaan tanggungan : subsidi
Perbelanjaan perbekalan : emolumen, pembelian peralatan pejabat untuk
penyediaan barangan dan perkhidmatan awam dsbnya.

Perbelanjaan pembangunan
Dikenali sebagai perbelanjaan modal dan pelaburan kerajaan.
Bukan berbentuk perbelanjaan berulang tetapi bersifat jangka panjang.
Contohnya pembangunan infrastruktur awam, pemberian biasiswa dsbnya.

Contoh

Eksport Bersih (X M)
Nilai eksport yang dilakukan oleh sesebuah negara
dan ditolak dengan nilai import untuk tempoh masa
setahun.
Nilai Eksport :
perbelanjaan bukan warganegara yang membeli barangan
dan perkhidmatan tempatan bagi sesebuah negara.
Hasilnya dimasukkan ke dalam pendapatan negara.

Nilai Import :
Perbelanjaan warganegara untuk mendapatkan barangan
dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh negara-negara
luar.
Nilai ini perlu ditolak dengan jumlah pendapatan negara.

Contoh

KEPENTINGAN PENGUKURAN
PENDAPATAN NEGARA
Mengukur taraf hidup rakyat :
pendapatan per kapita
pendapatan boleh guna isirumah.

Mengukur pertumbuhan ekonomi negara


Perbandingan data-data tahun sebelumnya.

Mengukur sumbangan sektor-sektor ekonomi


Kaedah keluaran digunakan bagi mengukur sumbangan setiap sektor
ekonomi negara kepada pendapatan negara.

Mengukur Agihan Pendapatan


Falsafah dan prinsip ekonomi kebajikan iaitu keadilan dalam agihan
pendapatan dan kecekapan penggunaan sumber.

Membantu Perancangan Ekonomi


Data-data pendapatan negara mengandungi maklumat-maklumat
penting seperti jumlah pelaburan, tabungan dan penggunaan bagi
membantu kerajaan dalam membuat perancangan jangka panjang.

MASALAH PENGUKURAN
PENDAPATAN NEGARA
Masalah Pengiraan Dua Kali
Kaedah keluaran sering mencetuskan isu pengiraan pendapatan dua
kali kerana kesukaran untuk membezakan sama ada barangan dan
perkhidmatan tersebut adalah perantara atau akhir.

Masalah Pengumpulan Maklumat


Negara-negara kurang maju tidak mempunyai rekod yang lengkap dan
tepat mengenai kegiatan ekonomi.
Ini menyebabkan berlaku kesilapan dalam proses pengiraan.

Masalah Pengiraan Pendapatan yang tidak dibayar dengan wang


Di kebanyakkan negara-negara membangun dan kurang maju, terdapat
banyak kegiatan ekonomi produktif tetapi tidak dibayar dalam bentuk
wang seperti kegiatan sukarela, pertukaran barangan dsbnya.
Terdapat juga upah yang dibayar kepada pekerja menggunakan
bentuk-bentuk pembayaran lain.

MASALAH PENGUKURAN
PENDAPATAN NEGARA
Masalah Kegiatan Haram
Kegiatan produktif tetapi menyalahi undang-undang seperti
perjudian, pelacuran, urusniaga dadah dsbnya.

Masalah Pengiraan Perbelanjaan Kerajaan


Nilai pendapatan negara mengambil kira perbelanjaan pertahanan,
keselamatan dan perkhidmatan sosial.
Namun, perbelanjaan tersebut dianggap sebagai bayaran pindahan
kerana ia bukan bertujuan untuk menghasilkan barangan dan
perkhidmatan.

Masalah menentukan nilai perubahan dalam inventori (stok)


Nilai stok akan berubah dari masa ke semasa yang disebabkan oleh
perubahan tingkat harga.
Disebabkan kesukaran untuk menaksir perubahan inventori ini, ia
mengakibatkan berlakuknya ketidaktepatan dalam pengukuran dan
pengiraan pendapatan negara.

Tamat dan Sesi Soal Jawab

Anda mungkin juga menyukai