Anda di halaman 1dari 108

Bab 2

PERAKAUNAN
PENDAPATAN NEGARA

KANDUNGAN PENGAJARAN
2.1
2.2
2.3
2.4

Kaedah Pengiraan
Masalah Pengiraan Pendapatan Negara
Kegunaan Data Pendapatan Negara
Kelemahan Data Pendapatan Negara

2.1 Kaedah Pengiraan


Objektif Pembelajaran
Pada akhir pengajaran, pelajar dapat:
a.Menerang dan membezakan konsep berikut:
i. KNK (Gross National Product - GNP) dengan KDNK
(Gross Domestic Product GDP)
ii. KNK dengan KNB (Net National Product NNP)
iii. Keluaran Negara pada Harga Pasar dan Kos Faktor
iv. Pendapatan Negara Nominal (harga semasa)
dengan Pendapatan Negara Benar (harga tetap)

Definisi Pendapatan / Keluaran Negara


Jumlah nilai semua barang akhir dan perkhidmatan yang
dikeluarkan dalam sebuah negara untuk suatu tempoh masa
tertentu biasanya setahun.
Pendapatan negara diukur dengan wang

kerana amat sukar

untuk kita mengira nilai barang yang terlalu banyak dalam


ekonomi sekiranya ia dikira berdasarkan unit fizikalnya.
Barang akhir adalah barang yang tidak akan melalui proses
pengeluaran selanjutnya di mana boleh digunakan terus oleh
pengguna.

Konsep Keluaran Negara


i.

Keluaran Negara Kasar (KNK)

ii.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

iii.

Pendapatan Faktor Bersih Luar Negara (PFBLN)

iv.

Keluaran Negara Bersih (KNB)

v.

Harga Pasar

vi.

Harga Faktor

vii. Pendapatan Negara Nominal


viii. Pendapatan Negara Benar

Keluaran Negara Kasar (KNK)


Nilai barang-barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan
dalam tempoh

setahun oleh faktor-faktor pengeluaran milik

negara itu sahaja sama ada berada di dalam atau di luar negara.

Examples - GNP

The income of Malaysian working in Bahrain is part


of Bahrain's GDP/GNP as well as Malaysia's GNP/GDP
Suppose Toyota owns a plant in Bahrain to produce
Camry's using Bahraini workers. How to count the
product of this plant in the GDP and GNP of Bahrain
and Japan?
With GDP, Bahrain gets all of it, because the plant and
the workers are all located in Bahrain.
With GNP, the capital share goes to Japan

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)


Nilai barang-barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan
dalam tempoh setahun oleh faktor-faktor pengeluaran sama ada
milik warga negara atau bukan warga negara.

Pendapatan Faktor Bersih Luar Negara (PFBLN)


PFBLN ialah perbezaan antara penerimaan faktor dari luar negeri
(PFLN) dengan pembayaran faktor ke luar negeri (BFLN).

Keluaran Negara Bersih (KNB)


Nilai barang-barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh
faktor-faktor pengeluaran dalam tempoh setahun setelah ditolak
dengan susut nilai.
KNB

dikenali

juga

sebagai

Pendapatan

Negara

yang

menunjukkan daya pengeluaran dan keluaran negara yang


sebenarnya.

10

11

Harga Pasar
Harga barang-barang akhir dan perkhidmatan yang dijual di
pasaran.

Harga Faktor
Harga barang-barang akhir dan perkhidmatan yang dinilai
mengikut harga yang dibayar oleh pengeluar kepada pemilik
faktor-faktor pengeluaran.

12

Pendapatan Negara Nominal


Jumlah pendapatan negara yang dikira berdasarkan harga pada
tahun itu atau lebih dikenali sebagai harga pada tahun semasa.

Pendapatan Negara Benar


Jumlah pendapatan negara yang dikira berdasarkan harga pada
satu tahun yang tetap atau lebih dikenali sebagai harga pada satu
tahun asas.

13

Pendapatan Persendirian
Jumlah pendapatan yang diterima oleh semua individu dalam
ekonomi

sama

ada

daripada

pendapatan

daripada

faktor

pengeluaran atau daripada bayaran pindahan.

Pendapatan Boleh Guna


Bahagian pendapatan persendirian yang dapat dibelanja atau
selebihnya ditabungkan setelah membuat pembayaran cukai
pendapatan perseorangan.

14

Pendapatan Per Kapita


Pendapatan yang diterima oleh penduduk secara purata dalam
sesebuah negara.

15

KNK dengan KDNK

Konsep yang membezakan di antara KNK dengan KDNK ialah


Pendapatan Faktor Bersih Luar Negeri (PFBLN).

Nilai PFBLN boleh menjadi negatif (-) atau positif (+)


bergantung kepada besar atau kecilnya nilai Penerimaan
Faktor Dari Luar Negeri (PFLN) dengan Pembayaran Faktor
Ke Luar Negeri (BFLN).

16

PFLN ialah bayaran kepada faktor pengeluaran milik warga


negara yang menyumbangkan faktor pengeluaran di luar
negara.
BFLN ialah bayaran kepada faktor pengeluaran milik bukan
warga negara yang menyumbangkan faktor pengeluaran di
dalam negara.
Nilai PFBLN (-ve) apabila PFLN < BFLN.
Nilai PFBLN (+ve) apabila PFLN > BFLN.

17

KDNK dikatakan telah mengandungi elemen BFLN tetapi tidak


mengandungi elemen PFLN.

Sebaliknya KNK pula mengandungi elemen PFLN tetapi tidak


mengandungi elemen BFLN.

18

KNK = KDNK + PFBLN


KDNK = KNK PFBLN
PFBLN = PFLN BFLN

19

20

KNK dengan KNB


Perbezaan di antara KNK dengan KNB ialah susutnilai.
Susutnilai

ialah

perbelanjaan

yang

dilakukan

untuk

menggantikan barang modal yang telah haus dan usang


(kemerosotan

nilai)

setelah

digunakan

dalam

proses

pengeluaran.
Susut nilai akan akan mengurangkan nilai aset tetap selepas
ianya digunakan (ditolak daripada KNK untuk memberi gambaran
sebenar keupayaan keluaran negara).
KNB = KNK Susutnilai

21

Harga Pasar dengan Kos Faktor


Jika keluaran negara dikira berdasarkan harga pasar maka nilai
keluaran negara dikatakan dikira dari aspek pengguna dan nilai
tersebut sebenarnya berdasarkan harga yang terdapat di
pasaran.
Jika keluaran negara dikira berdasarkan kos faktor maka nilai
keluaran negara dikatakan dikira dari aspek pengeluar dan nilai
tersebut sebenarnya berdasarkan kos atau harga faktor
pengeluaran yang digunakan dalam proses pengeluaran atau
pada peringkat pengeluaran.

22

Harga pasaran dipengaruhi elemen cukai tak langsung (CTL)


dan subsidi.

CTL ialah cukai yang beban cukainya

boleh dipindahkan

kepada orang lain. Contoh: cukai perbelanjaan

Apabila CTL dikenakan oleh kerajaan ke atas sesuatu barang


atau perkhidmatan, harga pasarannya akan menjadi tinggi.

Apabila KDNK, KNK dan KNB dinilai pada harga pasar, CTL
akan dicampurkan.

23

Subsidi adalah bantuan kerajaan kepada pengeluar.

Kebiasannya diberi kepada pengeluar industri muda dan


industri utama dalam negara.

Apabila diberi subsidi, harga barang dan perkhidmatan akan


turun.

Apabila KDNK, KNK dan KNB dinilai pada harga pasar,


subsidi ditolak.

24

Kos faktor ialah harga barang-barang akhir dan perkhidmatan


yang dinilai mengikut harga yang dibayar oleh pengeluar
kepada pemilik faktor-faktor pengeluaran.
Harga Pasar = Kos Faktor + CTL Subsidi
Harga Faktor = Harga Pasar CTL + Subsidi

*Perbezaan di antara harga pasar dan kos faktor ialah CTL dan subsidi
maka perbezaan di antara KDNK, KNK dan KNB pada harga pasar
dengan KDNK, KNK dan KNB pada kos faktor ialah CTL dan subsidi.

25

Pendapatan Negara Nominal dipengaruhi oleh tingkat harga


umum dan perubahan dalam kuantiti keluaran.

Contoh: Jika keluaran negara pada tahun 2014 dikira


berdasarkan harga pada tahun 2014, maka nilai pendapatan
tersebut dikenali sebagai KNK Nominal. Katakan nilai
keluaran negara pada tahun 2015 = RM40 Billion, bermakna
nilai RM40 Billion telah dikira berdasarkan harga pada tahun
2014.

26

Pendapatan Negara Benar merujuk kepada tahun asas yang


dipilih sebagai asas perbandingan bagi perubahan tingkat
harga umum.

Tahun asas tidak dipengaruhi oleh perubahan dalam tingkat


harga umum tetapi dipengaruhi oleh perubahan dalam jumlah
keluaran.

27

Contoh: Jika keluaran negara pada tahun 2014 dikira


berdasarkan harga pada satu tahun asas, misalnya tahun 2000
maka nilai pendapatan tersebut dikenali sebagai KNK Benar
untuk tahun 2014. Katakan Nilai KNK benar pada
tahun 2014 = RM32.79 Billion. Ini bermakna nilai RM32.79
Billion tersebut sebenarnya telah dikira berdasarkan harga
pada tahun 2000 dan bukannya mengikut harga pada tahun
2014.

28

Bagaimanakah nilai KNK Benar pada tahun 2014 (RM32.79


Billion) itu diperoleh?
Perhatikan rumus berikut:
KNK Benart = IHP0
IHPt

x KNK Nominalt

29

Andaikan;
KNK Nominal tahun 2014 = RM40 Billion
IHP tahun asas (2000) = 100
IHP tahun 2014 = 122

KNK Benart = IHP0


IHPt

x KNK Nominalt

KNK Benar2014 = 100 x RM40 Billion


122
= RM32.79 Billion

30

Kesimpulan:
Nilai KNK Benar lebih rendah berbanding KNK Nominal kerana
telah menyingkirkan pengaruh perubahan harga (kenaikan
harga) atau inflasi yang berlaku pada tahun semasa.
Nilai KNK Nominal yang berjumlah RM40 Billion sebenarnya
begitu tinggi pada tahun 2014 kerana ianya telah mengambil kira
kenaikan harga yang berlaku pada tahun 2014.

31

KNK Benar tahun 2014 boleh juga dikira berdasarkan rumus


berikut:
KNK Benart =

KNK Nominalt

Pendeflasi KNKt

x 100

32

Andaikan;
KNK Nominal tahun 2014 = RM40 Billion
Pendeflasi KNK tahun 2014 = 121.99
Berapakah KNK Benar tahun 2014?

KNK Benart =

KNK Nominalt

x 100

Pendeflasi KNKt

KNK Benart = 40 Billion x 100


121.99
= RM32.79 Billion

33

2.1 Kaedah Pengiraan


Objektif Pembelajaran
Pada akhir pengajaran, pelajar dapat:
b.Menerang dan menghitung pendapatan negara
menggunakan tiga kaedah:
i. Kaedah Perbelanjaan (nilai barang akhir)
ii. Kaedah Keluaran (nilai ditambah)
iii. Kaedah Pendapatan (bayaran faktor)

34

Ketiga-tiga kaedah pengiraan akan memberikan nilai yang


sama bagi jumlah pendapatan negara.
Pendapatan Negara = Perbelanjaan Negara = Keluaran Negara

Ini kerana jumlah nilai keluaran pada satu tahun tertentu


sama dengan jumlah perbelanjaan yang dilakukan oleh
pengguna pada tahun tersebut dan pada tahun itu juga
jumlah pendapatan yang diterima oleh para pengusaha
menyamai

jumlah

perbelanjaan

yang

dilakukan

oleh

masyarakat pada tahun itu.

35

Kaedah Perbelanjaan (nilai barang akhir)

Dalam kaedah perbelanjaan, pendapatan negara dihitung


dengan menjumlahkan perbelanjaan terhadap barang akhir
dan perkhidmatan yang dilakukan oleh setiap sektor ekonomi
(isi rumah, firma, kerajaan dan antarabangsa).

Perbelanjaan yang dilakukan terdiri daripada perbelanjaan


penggunaan isi rumah (C), perbelanjaan penggunaan
kerajaan (G), perbelanjaan pelaburan (I), perubahan dalam
stok dan eksport bersih (X-M).

36

Perbelanjaan Penggunaan (C)


Perbelanjaan yang dilakukan oleh isi rumah ke atas barang
akhir dan perkhidmatan.
Perbelanjaan penggunaan dikenali juga sebagai perbelanjaan
penggunaan swasta.

37

Pelaburan ( I )
Perbelanjaan ini meliputi pelaburan yang dilakukan oleh pihak
swasta dan kerajaan.
Pelaburan swasta meliputi perbelanjaan ke atas barang modal
baru yang akan gunakan dalam proses pengeluaran seperti
pembinaan kilang, peralatan kilang dan pertambahan dalam
simpanan bahan mentah.
Pelaburan

kerajaan

atau

awam

meliputi

peruntukan

pembangunan seperti pembinaan sekolah, hospital dan jalan


raya.
38

Dalam konteks ekonomi konsep pelaburan merujuk;


i.

Perbelanjaan ke atas berbagai jenis barang modal


bagi keperluan kilang dan perusahaan.

ii.

Perbelanjaan untuk membina rumah-rumah kediaman,


bangunan pejabat dan bangunan kilang.

iii.

Pertambahan nilai barang simpanan/stok/inventori


sama ada berupa bahan mentah, barang yang sedang
diproses (separa siap) mahu pun barang-barang akhir
yang belum dipasarkan.

39

Pelaburan juga dikenali sebagai pembentukan modal tetap


kasar dan pembentukan modal tetap awam.

Dalam

mengira

pendapatan

negara

mengikut

kaedah

perbelanjaan, pelaburan yang perlu diambil kira adalah


pelaburan kasar dan bukannya pelaburan bersih:
Pelaburan Kasar = Pelaburan Bersih + Susut Nilai

40

Perubahan dalam stok / Inventori


Inventori ialah barang akhir yang belum dipasarkan atau barang
separuh siap atau barang perantaraan dalam simpanan.
Perubahan nilai stok perlu diambil kira semasa mengira
pendapatan negara berdasarkan kaedah perbelanjaan.
Perubahan inventori diperoleh dengan menolak stok di akhir
tahun daripada stok di awal tahun:

Nilai Inventori = Nilai stok akhir tahun Nilai stok awal tahun

41

Perbelanjaan Kerajaan (G)


Perbelanjaan kerajaan juga dikenali sebagai perbelanjaan awam.
Perbelanjaan kerajaan yang bersifat mengurus biasanya merujuk
kepada perbelanjaan penggunaan awam.
Perbelanjaan kerajaan yang bersifat pembangunan biasanya
merujuk kepada pembentukan modal tetap awam (pelaburan
awam).

42

Sektor Luar Negara (X M)


Bagi aktiviti luar negeri pula ianya dikenali sebagai eksport bersih
(X M).
Eksport bersih merupakan hasil tolak di antara eksport dengan
import.

43

Menerusi

kaedah

perbelanjaan,

nilai KDNK hp diperoleh

apabila C + I + G + (X M) dijumlahkan.

Nilai

KNKhp

diperoleh

apabila

dicampurkan

dengan

Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negeri (PFBLN).

Bagi memperoleh jumlah Pendapatan Negara maka kita perlu


membuat beberapa prosedur penukaran

sehingga kita

memperoleh KNBkf.

44

Prosedur penukaran semasa mengira pendapatan negara


berdasarkan kaedah PERBELANJAAN

45

Contoh Pengiraan
Pendapatan Negara Malaysia Tahun 2000
Mengikut KAEDAH PERBELANJAAN
[KDNKhp Mengikut Permintaan Agregat (Pendekatan Perbelanjaan) (Mengikut
Harga Tahun Semasa)]

Di Malaysia pengiraan mengikut kaedah perbelanjaan, nilai


KDNK dan KNK telah dianggap sebagai Pendapatan Negara.
Ini kerana sesetengah negara seperti Malaysia mempunyai nilai
PFBLN yang tinggi. Sekiranya dikira pendapatan negara sehingga
nilai KNB akan menyebabkan nilai pendapatan negara menjadi
sedikit.

46

Bil

Butiran

RM Juta

1.

Perbelanjaan penggunaan awam

10 7785

2.

Perbelanjaan penggunaan swasta

40 5797

3.

Pembentukan modal tetap kasar awam

8 3774

4.

Pembentukan modal tetap kasar swasta

9 4613

5.

Perubahan dalam stok (inventori)

1 7046

6.

Eksport barang dan perkhidmatan


Import barang dan perkhidmatan
Eksport bersih (X M)
KDNKhp

8.

Pendapatan faktor bersih luar negeri


KNKhp

79 1146
65 2842
13 8304
84 7319
2 7148
87 4467

Sumber : Laporan Ekonomi 2011

47

Kaedah Keluaran (nilai ditambah)

Menerusi kaedah keluaran, pendapatan negara dikira dengan


menjumlahkan semua nilai keluaran akhir yang dihasilkan oleh
ekonomi tersebut.

ATAU

Menjumlahkan nilai tambahan (nilai ditambah) yang terhasil


dalam setiap peringkat proses pengeluaran dalam tempoh
masa setahun.

48

Nilai ditambah ialah pertambahan dalam nilai sesuatu barang


setelah barang itu diproses.

Nilai ditambah disumbangkan oleh sektor pertama, sektor


kedua dan sektor ketiga dijumlahkan untuk mendapatkan
pendapatan negara.

Hanya barang akhir dan nilai ditambah yang diambil kira bagi
mengelak berlakunya proses pengiraan dua kali.

49

Contoh Pengiraan
Pendapatan Negara Malaysia Tahun 2000
Mengikut KAEDAH KELUARAN
[KDNKhp Mengikut Jenis Aktiviti Ekonomi (Pendekatan Keluaran) Pada Harga
Tetap Tahun 2000 (RM Juta)]

Di Malaysia penghitungan pendapatan negara mengikut


kaedah keluaran adalah berdasarkan harga tetap.

KDNK 2011 mengikut jenis aktiviti ekonomi pada harga tetap /


malar pada tahun 2000.

50

Sektor

2011

Pertanian
Perlombongan dan kuari
Pembuatan
Pembinaan
Perkhidmatan
Utiliti (Elektrik, gas dan air)
Perdagangan borong dan runcit
Penginapan dan restoran
Pengangkutan dan penyimpanan
Komunikasi
Kewangan dan insurans
Harta tanah dan perkhidmatan perniagaan
Perkhidmatan lain
Perkhidmatan kerajaan
Tolak (-) Bayaran perkhidmatan bank
Tambah (+) Cukai import

42 821
38 314
161 663
18 845
343 376
17 406
81 771
14 454
22 250
25 641
69 657
32 739
34 272
45 185
24 645
7 999

KDNKhp

588 374

Sumber : Laporan Ekonomi 2000 /2001

51

Bayaran perkhidmatan bank yang dianggap sebagai barang


perantaraan harus ditolak (-) daripada jumlah nilai ditambah
untuk mengelakkan pengiraan dua kali.

Walaupun telah termasuk di dalam nilai keluaran sektor-sektor


tersebut, namun ia dimasukkan sekali lagi ke dalam sektor
kewangan. Ini bermakna nilai perkhidmatan bank telah dikira
sebanyak dua kali maka ia perlu ditolak.

52

Cukai import tidak dikira di dalam nilai keluaran yang dihasilkan


oleh sektor-sektor yang membayar cukai import.
Oleh yang demikian, cukai import harus dicampur (+) kepada nilai
keluaran sektor-sektor dalam ekonomi bagi memperoleh KDNKhp.

53

Konsep Nilai Ditambah

Nilai ditambah ialah peningkatan nilai barang setelah melalui


proses pengeluaran dalam kegiatan ekonomi.

Nilai ditambah dihitung dengan menentukan perbezaan antara


nilai jualan output dengan nilai belian input. Secara rumus:
Nilai ditambah = Nilai jualan output Kos belian input

54

Sebagai contoh dapat kita lihat dalam industri tekstil. Semasa


mengira pendapatan negara kita harus mengambil nilai barang
akhir iaitu nilai bagi busana sutera dan bukannya nilai bagi
barang-barang perantaraan seperti ulat sutera, benang sutera dan
kain sutera.

ATAU

Hanya diambil kira jumlah nilai ditambah bagi setiap barang yang
berlaku dalam proses penghasilan busana sutera.

55

Value Added Approach


Eliminates Double Counting

Keluaran

Nilai Keluaran
(RM)

Nilai Ditambah
(RM)

Ulat sutera

12 000

12 000 0 = 12 000

Benang sutera

18 000

18 000 12 000 = 6 000

Kain sutera

28 000

28 000 18 000 = 10 000

Busana sutera

41 000

41 000 28 000 = 13 000

Nilai Barang Akhir (Busana sutera)


= RM41 000

Jumlah Nilai Ditambah


= RM41 000

*Jumlah nilai bagi barang akhir menyamai jumlah nilai ditambah

57

Contoh Pengiraan Nilai Ditambah Bagi Barang Yang Diimport


Keluaran

Nilai keluaran

Nilai ditambah

Gandum

12 000

12 000 12 000 = 0

Tepung gandum

18 000

18 000 12 000 = 6 000

Roti

28 000

28 000 18 000 = 10 000

Nilai Barang Akhir


= RM16 000
(RM28 000 RM12 000)

Jumlah Nilai Ditambah


= RM16 000

58

Gandum

adalah

barang

import.

Tepung

gandum

barang

perantaraan dan roti barang akhir.


Mengikut kaedah keluaran yang dicampurkan ialah nilai ditambah
bersamaan dengan nilai barang akhir (roti) tolak nilai barang
import (gandum) iaitu RM16 000 (RM28 000 RM12 000).
Nilai gandum RM12 000 mesti ditolak kerana gandum ialah
barang import yang tidak dikeluarkan dalam negara.

59

Apabila proses pengeluaran tidak melibatkan barang import


sebagai input, jumlah nilai ditambah bersamaan dengan jumlah
nilai barang akhir yang dikeluarkan dalam negara.
Sebaliknya, jika proses pengeluaran melibatkan barang import
sebagai input, jumlah nilai ditambah bersamaan dengan jumlah
nilai barang akhir (ditolak jumlah nilai barang import).

60

Kaedah Pendapatan (kos faktor)

Mengikut kaedah pendapatan, menjumlahkan pendapatan


yang diterima oleh semua faktor pengeluaran yang wujud
dalam ekonomi untuk memperoleh Pendapatan Negara
(KNBkf).

Setiap faktor pengeluaran (tanah, buruh, modal dan usahawan)


akan menerima pendapatan dalam bentuk sewa, upah dan gaji,
bunga dan untung.

61

Upah dan gaji


Bayaran

faktor

kepada

buruh

sebelum

ditolak

(-)

cukai

pendapatan dan caruman KWSP.


Semasa mengira pendapatan negara, cukai pendapatan dan
KWSP hendaklah diabaikan.

Sewa
Pendapatan yang diterima oleh pemilik harta tetap seperti tanah
dan bangunan.

62

Bunga bersih
Pendapatan yang diterima oleh pemilik modal daripada modal
wang yang disimpan di institusi kewangan dan syarikat korporat.
Dalam pengiraan pendapatan negara, bunga yang diambil kira
ialah bunga bersih.
Bunga bersih ialah bunga kasar ditolak (-) dengan bunga yang
dibayar atas pinjaman pengguna dan kerajaan.
Bunga bersih = Bunga kasar Bunga atas pinjaman pengguna Bunga atas pinjaman kerajaan

63

Bunga atas pinjaman pengguna merujuk kepada pendapatan


yang diterima oleh pemilik modal kerana meminjamkan modal
mereka kepada pengguna untuk membeli barang-barang tahan
lama.
Bunga atas pinjaman kerajaan merujuk kepada pendapatan yang
diterima oleh pemilik modal kerana meminjamkan modal kepada
kerajaan untuk perbelanjaan kerajaan (tidak melibatkan proses
pengeluaran barang dan perkhidmatan).

64

Bunga atas pinjaman pengguna dan bunga atas pinjaman


kerajaan

tidak

diambil

kira

dalam

proses

pengiraan

pendapatan negara kerana dianggap pendapatan yang tidak


produktif.

65

Keuntungan

syarikat

Untung yang diterima oleh usahawan yang mengendalikan


perniagaan

berbentuk

syarikat-syarikat

awam

yang

terdiri

daripada;
a) Untung dibahagi atau dividen
b) Untung tak dibahagi atau rizab syarikat
c) Cukai keuntungan syarikat

66

Pendapatan perusahaan persendirian


Untung yang diterima oleh usahawan yang mengendalikan
perniagaan berbentuk milikan tunggal, perkongsian dan koperasi.

67

Contoh Pengiraan
Pendapatan Negara Mengikut KAEDAH PENDAPATAN
Terdapat 5 butiran / item yang diambil kira semasa mengira
pendapatan negara:
1. Upah dan gaji
2. Sewa
3. Bunga bersih
4. Keuntungan syarikat
5. Pendapatan perusahaan persendirian

68

Bil

Butiran

RM juta

RM juta

1.

Upah dan gaji

2 500

2.

Sewa

1 400

3.

Bunga bersih

900

4.

Keuntungan syarikat
i.Keuntungan tak dibahagi
ii.Dividen
iii.Cukai pendapatan syarikat

830

5.

900
500
600

Pendapatan perusahaan
persendirian

1 500

KNBkf @ Pendapatan Negara

8 300

69

2.1 Kaedah Pengiraan


Objektif Pembelajaran
Pada akhir pengajaran, pelajar dapat:
c.Menghitung dan menerangkan konsep pendapatan
berikut:
i. Pendapatan persendirian
ii. Pendapatan boleh guna
iii. Pendapatan per kapita

70

Pendapatan Persendirian

Jumlah pendapatan yang diterima oleh semua individu dalam


ekonomi sama ada daripada pendapatan faktor-faktor
pengeluaran atau bayaran pindahan.

Pendapatan faktor-faktor pengeluaran yang diterima sebagai


ganjaran menawarkan faktor-faktor pengeluaran dalam proses
pengeluaran.

Bayaran pindahan ialah bayaran yang diterima individu tanpa


melibatkan diri dalam proses pengeluaran. Contoh: pencen,
biasiswa, zakat, bantuan kewangan kerajaan.
71

Hubungan Pendapatan Persendirian dengan Pendapatan


Negara:
Sebahagian daripada pendapatan negara tidak diterima oleh
individu dan tidak dimasukkan dalam pengiraan pendapatan
persendirian iaitu caruman KWSP, keuntungan yang tak dibahagi
dan cukai keuntungan syarikat.
Pendapatan persendirian mengambil kira bunga atas pinjaman
pengguna, bunga atas pinjaman kerajaan dan bayaran pindahan
tetapi tidak diambil kira dalam pendapatan negara.

72

Caruman KWSP
PP

= PN

Cukai keuntungan
syarikat
Untung yang tidak
dibahagi

Bunga atas
pinjaman pengguna
+

Bunga atas
pinjaman kerajaan
Bayaran pindahan

73

Pendapatan Negara
Upah dan gaji
(termasuk caruman KWSP)

Pendapatan Persendirian
Upah dan gaji
(tolak (-) caruman KWSP)

+ Sewa

+ Sewa

+ Bunga bersih
(tidak termasuk bunga atas
pinjaman pengguna & bunga
atas pinjaman kerajaan)

+ Bunga kasar
(termasuk bunga bersih, bunga
atas pinjaman pengguna &
bunga atas pinjaman kerajaan)

+ Keuntungan syarikat
(untung dibahagi, untung tak
dibahagi & cukai keuntungan
syarikat)

+ Keuntungan syarikat dibahagi

+ Pendapatan perusahaan
persendirian

+ Pendapatan perusahaan
persendirian
+ Bayaran pindahan

74

Pendapatan Boleh Guna (Yd)

Bahagian pendapatan persendirian yang dapat dibelanjakan


atau ditabungkan selepas ditolak dengan cukai pendapatan
persendirian, zakat dan Insurans (jika ada).

Yd = PP Cukai pendapatan perseorangan zakat (jika ada) Insurans (jika ada)

75

Pendapatan Per Kapita (PPK)

Pendapatan yang diterima oleh setiap penduduk secara


purata dalam sesebuah negara. Secara rumus:
PPK = Pendapatan Negara
Jumlah Penduduk

76

PPK yang dikira mengikut harga tahun semasa dipengaruhi oleh


perubahan tingkat harga umum dan tidak tepat digunakan untuk
mengukur tingkat kebajikan taraf hidup rakyat sesebuah negara.
PPK benar dapat digunakan untuk mengukur tingkat kebajikan
taraf hidup rakyat sesebuah negara dengan tepat kerana PPK
benar diukur mengikut harga tetap yang tidak dipengaruhi oleh
perubahan tingkat harga umum.

77

Pendapatan Per kapita Benar:


PPKbenar = Pendapatan Negara benar
Jumlah Penduduk

Untuk mendapatkan Pendapatan Negara Benar:


PNbenar = IHP0
IHPt

x KNK semasa/nominal

78

2.2 Masalah Pengiraan Pendapatan Negara


Objektif Pembelajaran
Pada akhir pengajaran, pelajar dapat:
a.Menerangkan masalah pengiraan pendapatan negara:
i. Pengumpulan data
ii. Pengiraan dua kali
iii. Barang dan perkhidmatan yang tidak dipasarkan
iv. Perubahan harga
v. Aktiviti haram
vi. Pengiraan susut nilai

79

Masalah pengumpulan data


Di kebanyakan negara sedang membangun, data dan maklumat
berhubung kegiatan ekonomi yang dijalankan tidak direkod dan
diselenggara dengan sempurna.
Keadaan ini tentunya menyukarkan proses pengiraan dijalankan
sehingga satu taksiran kasar terpaksa dibuat bagi tujuan tersebut.
Ini menyebabkan hasil dapatan daripada proses pengiraan tidak
tepat

atau

tidak

dapat

menggambarkan

keadaan

yang

sebenarnya. Misalnya pemberi maklumat memberi maklumat yang


kurang

tepat

kepada

pihak

berkuasa

untuk

mengelakkan

pembayaran cukai.
80

Masalah pengiraan dua kali


Dalam mengira pendapatan negara hanya menjumlahkan nilai
barang-barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh
pelbagai sektor ekonomi produktif bagi mengelakkan masalah
pengiraan dua kali.
Namun begitu, timbul satu masalah besar iaitu agak sukar
memisahkan secara jelas di antara barang perantaraan dan
barang akhir dalam ekonomi lebih-lebih lagi kedua-dua barang
tersebut sememangnya dipasarkan secara bersama. Misalnya
tepung merupakan barang perantaraan kepada pembuat roti tetapi
tepung juga ialah barang akhir kepada suri rumah.
81

Masalah barangan yang tidak dipasarkan


Proses pengiraan pendapatan negara hanya mengambil kira
penghasilan

keluaran

oleh

sektor-sektor

ekonomi

produktif

tertentu dan ianya mestilah berada di pasaran atau di pasarkan.


Namun aktiviti sistem barter dan sara diri tidak memasarkan
semua hasil atau aktiviti ekonomi kerana hanya untuk memenuhi
keperluan sendiri. Ianya bersifat produktif

namun disebabkan

tidak dipasarkan maka tidak boleh dikira dalam pendapatan


negara. Misalnya, nilai hasil pertanian yang digunakan oleh petani
untuk keperluan sendiri.

82

Perubahan harga
Kesukaran untuk memilih satu tahun asas sebagai tahun
perbandingan, pemilihan barangan tertentu sebagai barang yang
mampu

mewakili

keseluruhannya

dan

penggunaan
penentuan

masyarakat
nilai

wajaran

secara
sebagai

menggambarkan peruntukan perbelanjaan pengguna ke atas


barangan tersebut.

83

Masalah perubahan harga


Bagi mempastikan ketepatan pengiraan pendapatan negara
menerusi masa, maka faktor perubahan harga dan kualiti barang
haruslah diambil kira.
Namun timbul masalah untuk menentukan tingkat harga yang
digunakan dalam penghitungan nilai keluaran sesuatu barang
yang wujud apabila harga barang berubah-ubah dari semasa ke
semasa. Misalnya harga minyak sawit yang turun naik harga
sepanjang tahun menyukarkan penentuan tingkat harga yang
digunakan untuk menentukan nilai keluarannya.

84

Masalah aktiviti haram


Wujud sesetengah keluaran yang disifatkan sebagai produktif dan
dipasarkan tetapi disebabkan ianya tidak diiktiraf atau tidak
disahkan dari segi undang-undang maka tidak dapat dikira dalam
pengiraan pendapatan negara. Misalnya kegiatan pelacuran, urus
niaga dadah dan urus niaga di pasaran gelap.
Pendapatan negara terkurang anggar kerana nilai keluaran
berkenaan tidak diambil kira dalam perhitungan pendapatan
negara.

85

Masalah pengiraan susut nilai


Agak sukar bagi ekonomi menganggarkan dengan tepat kadar
susut nilai dan seterusnya perbelanjaan ke atasnya lebih-lebih lagi
kadar dan peruntukan perbelanjaannya berbeza bagi setiap
barang modal. Keadaan ini mungkin diburukkan lagi apabila
ekonomi tersebut sebelum ini sememangnya tidak mempunyai
rekod dan data-data berkenaan dengannya.
Terlebih anggaran susut nilai menyebabkan Nilai Keluaran
Negara Bersih menjadi lebih rendah dan sebaliknya.

86

2.3 Kegunaan Data Pendapatan Negara


Objektif Pembelajaran
Pada akhir pengajaran, pelajar dapat:
a.Menerangkan kegunaan data pendapatan negara:
i. Alat pengukur kadar pertumbuhan ekonomi
ii. Alat pengukur sumbangan keluaran pelbagai sektor
ekonomi
iii. Asas membuat perancangan ekonomi
iv. Alat petunjuk perubahan struktur ekonomi
v. Alat perbandingan taraf hidup antara masa dan negara

87

Alat pengukur kadar pertumbuhan ekonomi


Dilakukan dengan membandingkan KDNK benar sesuatu tahun
dengan KDNK benar tahun sebelumnya.
KPE = KDNKbenart KDNKbenart-1
KDNKbenart-1

x 100

Kadar pertumbuhan ekonomi dapat menunjukkan prestasi


ekonomi sesebuah negara dalam tempoh masa tertentu. Jika
kadar pertumbuhan positif, menunjukkan peningkatan keupayaan
untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan dalam sesebuah
negara.
88

Alat pengukur sumbangan keluaran pelbagai sektor


ekonomi
Data pendapatan negara mengikut kaedah keluaran dapat
menunjukkan sumbangan setiap sektor ekonomi terhadap KDNK.
Contoh menghitung sumbangan keluaran sektor pertama terhadap
KDNK.
Sektor Pertama = Nilai keluaran sektor pertama
x 100

KDNK
Sumbangan

dan

kepentingan

relatif

setiap

sektor

dapat

ditentukan dan digunakan oleh kerajaan untuk menggubal dasar


yang sesuai bagi mencapai matlamat ekonomi.

89

Asas membuat perancangan ekonomi


Data pendapatan negara dapat
kerajaan untuk membuat

membekal maklumat kepada

perancangan yang sesuai bagi

mengubal dan melaksanakan dasar ekonomi yang sesuai.


Sebagai contohnya data pendapatan negara mengikut kaedah
perbelanjaan dapat menunjukkan tingkat penggunaan isi rumah
dan pelaburan swasta dalam negara.

90

Asas petunjuk perubahan struktur ekonomi


Perbandingan peratusan sumbangan pelbagai sektor ekonomi
terhadap pendapatan negara dapat melihat perubahan yang
berlaku ke atas struktur dan corak kegiatan ekonomi.
Sebagai

contohnya

data

pendapatan

negara

tahun-tahun

1980an, 1990an dan 2000 di mana perubahan struktur ekonomi


daripada pertanian kepada perkilangan dan seterusnya daripada
perkilangan kepada perkhidmatan.

91

Asas perbandingan taraf hidup


Pendapatan

negara

boleh

digunakan

untuk

menghitung

pendapatan per kapita benar bagi mengukur taraf hidup antara


masa dan negara. Semakin tinggi pendapatan per kapita benar,
semakin tinggi taraf hidup rakyat.
PPKbenar = Pendapatan Negara benar
Jumlah Penduduk

92

2.4 Kelemahan Data Pendapatan Negara


Objektif Pembelajaran
Pada akhir pengajaran, pelajar dapat:
a.Membincangkan kelemahan data pendapatan negara
sebagai alat perbandingan taraf hidup:
i. Antara masa
Perubahan tingkat harga
Perubahan kualiti barangan
Perubahan komposisi keluaran negara
Perubahan saiz dan struktur penduduk
Perubahan masa rehat
Perubahan eksternaliti negatif

93

Perubahan tingkat harga (antara masa)


Taraf hidup sesebuah negara dikatakan meningkat apabila
pendapatan negara meningkat. Tetapi jika pendapatan negara
meningkat disebabkan oleh peningkatan harga umum dan
bukannya tambahan keluaran secara fizikal, taraf hidup rakyat
tidak meningkat, sebaliknya menurun.
Kenaikan harga umum mengurangkan kuasa beli pengguna dan
menaikkan kos sara hidup. Oleh itu, perbandingan pendapatan
negara melalui masa harus menolak kesan kenaikan dalam
tingkat harga umum dengan menggunakan pendapatan negara
benar.
94

Perubahan kualiti barang (antara masa)


Melalui masa, kualiti barang mengalami peningkatan kualiti
apabila terdapat kemajuan teknologi dan taraf hidup rakyat
meningkat jika kualiti barang yang dinikmati juga meningkat.
Umumnya, peningkatan kualiti barang akan menyebabkan
peningkatan tingkat harga seterusnya menyebabkan taraf hidup
menurun. Namun, pendapatan negara yang dihitung tidak
menggambarkan peningkatan kualiti barang.

95

Perubahan komposisi keluaran negara (antara masa)


Perubahan

nilai

pendapatan

negara

tidak

menunjukkan

perubahan dalam komposisi keluaran sesebuah negara. Kenaikan


pendapatan negara meningkatkan taraf hidup apabila lebih
banyak barang dan perkhidmatan yang dihasilkan memberi
manfaat dan faedah kepada rakyat, misalnya perkhidmatan
kesihatan dan pendidikan.
Namun, jika kenaikan dalam pendapatan negara berpunca dari
tambahan

keluaran

yang tidak memberi manfaat dan faedah

kepada rakyat maka taraf hidup akan menurun.

96

Perubahan saiz dan struktur penduduk (antara masa)


Pertambahan pendapatan negara benar melalui masa tidak
semestinya diikuti oleh peningkatan pendapatan per kapita benar
atau peningkatan kebajikan masyarakat jika kadar pertambahan
penduduk melebihi kadar pertambahan pendapatan negara benar.
Sebaliknya

pertambahan

pendapatan

negara

benar

akan

meningkatkan kebajikan masyarakat sesebuah negara sekiranya


kadar pertambahan pendapatan negara benar melebihi kadar
pertambahan penduduk negara tersebut.

97

Perubahan masa rehat (antara masa)


Umumnya, jika rakyat bekerja lebih masa, jumlah keluaran dapat
dihasilkan

dengan

lebih

banyak

seterusnya

meningkatkan

pendapatan negara. Namun, jumlah masa rehat rakyat akan


berkurangan dan menyebabkan taraf kebajikan rakyat menurun.
Sebaliknya jika pendapatan negara menurun disebabkan oleh
penurunan masa bekerja tetapi rakyat mendapat pertambahan
dalam jumlah masa rehat maka taraf hidup rakyat akan
bertambah.

98

Perubahan eksternaliti negatif (antara masa)


Perubahan

pendapatan

negara

antara

masa

tidak

menggambarkan perubahan kesan luaran negatif dan kos social


yang terpaksa ditanggung oleh masyarakat seperti masalah
pencemaran alam sekitar dan kesesakan lalulintas.
Kenaikan pendapatan negara antara masa tidak menaikkan taraf
hidup sekiranya peningkatan pendapatan negara adalah hasil
daripada aktiviti pengeluaran yang tidak terkawal sehingga
menyebabkan kesan luaran negatif dan masyarakt perlu tanggung
kos sosial.

99

2.4 Kelemahan Data Pendapatan Negara


Objektif Pembelajaran
Pada akhir pengajaran, pelajar dapat:
a.Membincangkan kelemahan data pendapatan negara
sebagai alat perbandingan taraf hidup:
ii. Antara negara
Perbezaan kos hidup
Perbezaan masa rehat
Perbezaan komposisi keluaran negara
Perbezaan agihan pendapatan
Perbezaan kegiatan produktif yang tidak diambil
kira dalam pengiraan pendapatan negara
Perbezaan saiz dan struktur penduduk
Perbezaan jumlah guna tenaga dan pengangguran
Perbezaan eksternaliti negatif
100

Perbezaan kos hidup (antara negara)


Kos sara hidup antara sesebuah negara adalah berbeza dengan
negara lain. Misalnya, kos sara hidup di Jepun adalah lebih tinggi
berbanding dengan kos sara hidup di Malaysia.
Bagi negara yang mempunyai kos sara hidup dan tingkat harga
umum yang rendah, taraf hidup rakyat lebih tinggi daripada negara
yang pendapatan per kapitanya tinggi tetapi perlu membayar kos
sara hidup yang lebih tinggi seperti kos pengangkutan, sewa dan
makanan.

101

Perbezaan masa rehat (antara negara)

Bagi negara yang menggunakan masa kerja yang lama seperti


negara maju walaupun pendapatan per kapita adalah tinggi,
namun kebajikan rakyat adalah rendah kerana masa rehat
kurang.

Sebaliknya bagi negara yang masa kerja kurang seperti negara


membangun walaupun pendapatan per kapitanya rendah tetapi
kebajikan rakyat adalah tinggi sebab masa rehat panjang.

102

Perbezaan komposisi keluaran negara (antara negara)

Negara yang komposisi keluaran negaranya yang memberi


faedah dan manfaat secara langsung kepada rakyat menikmati
taraf hidup yang lebih tinggi berbanding dengan negara yang
komposisi keluarannya yang tidak memanfaatkan rakyat.

Perbandingan taraf hidup antara dua negara berdasarkan data


pendapatan negara kurang tepat kerana pendapatan negara
sesebuah negara mungkin lebih tinggi daripada negara lain
tetapi jika negara berkenaan memperuntukkan sebahagian
besar

pendapatannya

untuk

tujuan

ketenteraan

dan

pengeluaran barangan lain yang tidak memberi faedah kepada


rakyat secara langsung.
103

Perbezaan agihan pendapatan (antara negara)

Bagi negara yang pendapatan per kapitanya tinggi tetapi taraf


hidup rakyatnya adalah rendah jika agihan pendapatan di
kalangan rakyatnya tidak setara di mana agihan pendapatan
lebih kepada golongan kaya sahaja.

Bagi negara yang walaupun pendapatan per kapitanya rendah


tetapi taraf hidup rakyatnya adalah tinggi kerana agihan
pendapatan negara lebih setara antara golongan kaya dengan
miskin.

104

Perbezaan kegiatan produktif yang tidak diambil kira


dalam pengiraan pendapatan negara (antara negara)

Perhitungan pendapatan negara tidak mengambil kira nilai


kegiatan yang tidak dibayar dengan wang seperti pertanian
sara diri, aktiviti yang dilakukan sendiri atau barang yang tidak
dipasarkan.

Pendapatan

sesebuah

negara

menjadi

lebih

rendah

berbanding dengan yang lain kerana negara berkenaan


mempunyai lebih banyak kegiatan ekonomi yang demikian.
Perbandingan pendapatan antara dua negara perlu mengambil
kira nilai kegiatan yang tidak dipasarkan.

105

Perbezaan saiz dan struktur penduduk (antara negara)

Pendapatan

negara yang tinggi tidak bermakna tingkat

kebajikan masyarakat adalah tinggi kerana saiz atau jumlah


penduduk sesebuah negara belum diambil kira.

Sebagai

contoh,

walaupun

negara

China

mempunyai

pendapatan negara yang jauh lebih tinggi daripada Malaysia,


namun KDNK per kapita negara China hanya USD2969
berbanding Malaysia, USD8068 (Laporan Ekonomi Malaysia
2008/2009) kerana saiz penduduk Cina lebih besar. Keadaan
ini menunjukkan tingkat kebajikan masyarakat Malaysia lebih
baik berbanding dengan negara China.
106

Perbezaan jumlah guna tenaga dan pengangguran


(antara negara)

Pendapatan negara tidak dapat menggambarkan tingkat guna


tenaga dan masalah pengangguran dalam sesebuah negara.
Walaupun negara berkenaan mempunyai tingkat pendapatan
yang tinggi, taraf hidup rakyatnya rendah jika negara tersebut
mempunyai kadar pengganguran yang tinggi.

Berbanding dengan negara yang pendapatan negaranya, taraf


hidup rakyatnya tinggi kerana tingkat guna tenaga tinggi dan
kadar penggangguran rendah.

107

Perbezaan eksternaliti negatif (antara negara)

Pertumbuhan

ekonomi

yang

pesat

digambarkan

oleh

pertumbuhan pendapatan negara seiring dengan masalah


pencemaran alam sekitar yang serius. Masalah eksternaliti
negatif yang dihadapi oleh sesebuah negara adalah berbeza.

Kos sosial yang perlu ditanggung oleh rakyat daripada aktiviti


ekonomi semakin tinggi. Oleh itu pendapatan negara yang
tinggi tidak semestinya mencerminkan taraf hidup yang lebih
tinggi jika negara berkenaan perlu menanggung kos sosial
yang tinggi.

108

Anda mungkin juga menyukai