Anda di halaman 1dari 19

BDEK 2203 PENGANTAR MAKROEKONOMI

DIPLOMA IN MANAGEMENT

SEPTEMBER / 2022

BDEK 2203

PENGANTAR MAKROEKONOMI

MATRICULATION NO : 750219025855001

IDENTITY CARD NO. : 750219025855

TELEPHONE NO. : 0194163030

E-MAIL : mohdshiraziramly@oum.edu.my

LEARNING CENTRE : SUNGAI PETANI LEARNING


CENTRE

1
BDEK 2203 PENGANTAR MAKROEKONOMI

PENGENALAN

Makroekonomi merupakan cabang ekonomi yang berkaitan dengan prestasi, struktur,


dan tingkah-laku ekonomi oleh keseluruhan masyarakat, samaada negara, kawasan, atau
keseluruhan dunia. Makroekonomi merupakan satu daripada dua bidang umum dalam
ekonomi. Ia merupakan kajian pada semua aspek, terutamanya tingkah-laku dan membuat
keputusan, keseluruhan ekonomi. Kajian makroekonomi menghimpun petunjuk seperti
KDNK, kadar pengangguran dan indeks harga bagi memahami bagaimana keseluruhan
ekonomi berfungsi. Makroekonomi membangunkan model yang menjelaskan kaitan antara
faktor sedemikian seperti pendapatan kebangsaan, keluaran negara, penggunaan,
pengangguran, inflasi, penyimpanan, pelaburan, pelaburan, perdagangan antarabangsa dan
kewangan antarabangsa.

Ilmu makro ekonomi merupakan salah satu cabang dari ilmu ekonomi. Makro
ekonomi berfokus pada perilaku dan kebijakkan ekonomi yang dapat mempengaruhi tingkat
konsumsi dan investasi, neraca perdagangan dan pembayaran suatu negara, faktor-faktor
penting yang mempengaruhi perubahan harga dan upah, kebijakan fiskal dan moneter, jumlah
uang yang beredar, tingkat suku bunga dan jumlah utang negara. Secara ringkas dapat
dikatakan bahwa makro ekonomi sangat memperhatikan interaksi antara tenaga kerja,
perputaran barang, dan asset-aset ekonomi yang mengakibatkan terjadinya kegiatan
perdagangan tia individu atau negara. Kondisi makro perekonomian suatu negara merupakan
salah satu faktor yang dapat mempengaruhi perusahaan-perusahaan yang ada di negara
tersebut (Samsul, 2006:200). Faktor-faktor makro ekonomi yang secara langsung dapat
mempengaruhi kinerja saham maupun kinerja perusahaan antara lain (Samsul,2006:200):

Masalah makroekonomi yang dihadapi oleh sesebuah negara akan menjejaskan


pencapaian matlamat pertumbuhan tanpa inflasi dan tanpa pengangguran. Malaysia
sepertimana negara-negara lain tidak terlepas daripada masalah pertumbuhan yang tidak
menentu, inflasi, kejatuhan nilai mata wang, pengangguran dan imbangan bayaran yang
negatif.

Pertumbuhan ekonomi yang merosot disebabkan jumlah pendapatan negara yang


menurun kerana sebagai negara sedang membangun, sebahagian besar pendapatan negara
disumbangkan oleh sektor eksport. Kemelesetan ekonomi dunia dan masalah ekonomi di
negara pengimport terbesar negara seperti Amerika Syarikat dan Jepun menyebabkan

2
BDEK 2203 PENGANTAR MAKROEKONOMI

permintaan eksport Malaysia mengalami kejatuhan. Saiz pasaran dalam negara masih kecil
dengan tidak sampai 30 juta orang penduduk tidak dapat menampung kekurangan permintaan
eksport berkenaan. Masalah inflasi ialah kenaikan tingkat harga umum yang berterusan dan
tidak terbatas. Inflasi menyebabkan kuasa beli pengguna menjadi rendah. Nilai mata wang
RM akan merosot. Jurang pendapatan makin melebar kerana golongan yang berpendapatan
tetap akan menjadi lebih miskin secara relatif. Apabila kuasa beli pengguna jatuh,
perbelanjaan agregat juga jatuh, dan akhirnya permintaan agregat turut jatuh sama.
Kekurangan permintaan agregat mendorong lebih banyak firma ditutup. Krisis guna tenaga
akan berlaku, manakala tenaga buruh produktif mungkin tidak berpeluang memperoleh
pekerjaan. Pengangguran yang berleluasa itu ialah masalah makroekonomi yang sering
dihadapi.

Selain itu, kejatuhan nilai mata wang bukan sahaja disebabkan masalah inflasi,
bahkan oleh aktiviti spekulasi mata wang. Serangan mata wang di Asia pada tahun 1997 telah
menyebabkan Malaysia menghadapi masalah ekonomi yang serius hingga pertumbuhan
ekonomi jatuh mendadak. Pasaran modal berhadapan dengan krisis keyakinan. Akhirnya,
inflasi yang berlaku di dalam negara mengakibatkan harga eksport secara relatif menjadi
lebih tinggi berbanding dengan harga import. Ceteris paribus, permintaan eksport akan jatuh,
manakala permintaan import akan meningkat. Imbangan perdagangan dan imbangan
pembayaran akan mengalami defisit, atau negatif

3
BDEK 2203 PENGANTAR MAKROEKONOMI

SOALAN 1

a)

Pada tahun 2019, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menunjukkan peningkatan
dari suku pertama tahun 2019 iaitu sebayak RM 342.4 bilion kepada RM 370.6 bilion pada
suku keempat tahun 2019. Peningkatan KDNK ini adalah sebanyak RM 28.2 bilion.

Namun, pada suku akhir tahun 2019 KDNK mula mencatatkan penurunan yang
drastik iaitu sebanyak RM RM 80.5 bilion iaitu dari RM 370.6 bilion kepada RM 290.1
bilion. Penurunan ini mungkin boleh dikaitkan dengan permulaan penuralan wabak Covid-19
dan banyak sector-sektor di Malaysia terpaksa dihentikan sementara untuk mengurangkan
penyebaran wabak ini.

Namun, KDNK telah menunjukkan peningkatan semula kepada RM 361.9 bilion pada
suku ketiga tahun 2020 dan angka ini pada suku tahun seterusnya menunjukkan peningkatan
dan penurunan yang agak stabil standing dengan jumlah KDNK sebelum penularan wabak
Covid-19.

Selain itu, jumlah KDNK paling tinggi antara dari suku tahun pertama tahun 2019
hingga suku pertama tahun 2022 ialah pada suku keempat tahun 2021 iaitu mencatatkan
jumlah KDNK sebanyak RM371.3 bilion.

4
BDEK 2203 PENGANTAR MAKROEKONOMI

Pada tahun 2019, pengangguran di Malaysia mencatatkan jumlah yang agak sama dari
suku pertama tahun 2019 hingga suku akhir tahun tersebut iaitu dalam lingkungan jumlah
500 hingga 550 ribu orang.

Namun pada suku pertama tahun 2020, jumlah penggaguran di Malaysia mula
mencatatkan peningkatan dan pada suku kedua tahun 2020, jumlah pengganggur mencatatkan
jumlah yang paling tertinggi berdasarkan graf. Hal ini juga berkemungkinan susulan daripada
perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia pada waktu tersebut
menyebabkan ramai yang hilang pekerjaan.

Berdasarkan graf juga, kemungkinan angka pengangguran pada suku kedua tahun
2022 akan juga akan berada dalam linkungan 650 ke 700 juta orang susulan daripada arah
aliran graf dari suku tahun kedua 2020 hingga suku pertama tahun 2022 yang masih dalam
lingkungan jumlah tersebut. Hal ini kerana amat sukar untuk pulihkan jumlah pengangguran
kepada sedia kala iaitu pada suku pertama tahun 2019 hingga suku keempat tahun tersebut,
akibat banyaknya sektor-sektor pekerjaan yang terpaksa berhenti operasi dan ramai juga yang
diberhentikan kerja Kalangan mereka inilah yang terpaksa bersaing dengan lepasan baru
universiti dalam mencari pekerjaan baru bersandarkan pengalaman yang mereka ada.

5
BDEK 2203 PENGANTAR MAKROEKONOMI

b)

Masalah-masalah makroekonomi yang sedang dihadapi oleh Malaysia ialah


pertamanya inflasi. Hal ini kita dapat lihat dengan peningkatan tingkat harga umum barangan
yang mendadak terutamanya barang-barang keperluan seperti ayam dan minyak masak.

Kerajaan boleh menyelesaikan masalah ini dengan menetapkan beberapa dasar


kerajaan seperti dasar kawalan harga iaitu kerajaan boleh melaksanakan dasar harga
maksimum keatas barang keperluan seperti harga ayam dan minyak masak. Dasar harga
maksimum ialah penetapan harga oleh kerajaan yang lebih rendah daripada harga pasaran.
Penetapan harga ini akan menstabilkan harga di pasaran seterusnya mengurangkan masalah
inflasi.

Bank Negara Malaysia melalui dasar kewangan melaksanakan operas pasaran terbuka
iaitu dimana semasa inflasi, Bank Negara Malaysia menjual bil penbendaharaan dan bon
kerajaan kepada institusi kewangan dan orang ramai, maka jumlah wang dipasaran akan
berkurangan seterusnya kuasa beli masyarakat jatuh, permintaan berkurang menyebakan
harga yang ditawarkan di psaran akan turut berkurang dan inflasi dapat diatasi. Secara
umumnya, inflasi merupakan kenaikan harga yang berlaku bagi barangan dan perkhidmatan
dalam satu tempoh masa tertentu. Kadar inflasi lazimnya diukur melalui pengiraan Indeks
Harga Pengguna (IHP) bagi perubahan harga item-item di dalam bakul tetap barangan dan
perkhidmatan dalam satu tempoh masa. Dari sudut lain iaitu kesan negatif inflasi pula,
sekiranya kadar inflasi tinggi ia akan menaikkan kos sara hidup serta mengurangkan taraf
kebajikan masyarakat. Hal ini disebabkan oleh, kenaikan tingkat harga umum mengurangkan
pendapatan masyarakat dan mengurangkan kuasa beli pengguna. Bahkan, bagi individu yang
memiliki pendapatan tetap serta penerima pencen, kos sara hidup menjadi semakin tinggi
sekali gus akan membebankan taraf kebajikan mereka.

Kerajaan perlu segera memperkukuhkan atau menstruktur semula ekonomi


berdasarkan kepada realiti dan sumber negara sedia. Ini adalah kerana inflasi tidak mungkin
dapat dihapuskan, sebaliknya kerajaan mampu mengurangkan kesan inflasi kepada negara
dan rakyat. Menurutnya, antara yang perlu diberi perhatian adalah meningkatkan penghasilan
produk makanan dalam negara khususnya makanan asas seperti beras, sayur-sayuran dan
bijirin menerusi pelbagai kaedah lebih komprehensif.

6
BDEK 2203 PENGANTAR MAKROEKONOMI

Masalah makroekonomi seterusnya ialah pengangguran. Kadar pengangguran dalam


kalangan belia di negara ini didapati semakin meningkat dari semasa ke semasa. Isu
pengangguran ini sering kali diperkatakan di media massa dan media cetak. Contohnya, kita
sering melihat berita di dada akhbar atau kaca televisyen yang membincangkan betapa
seriusnya masalah pengangguran dalam kalangan belia di negara ini. Menurut Kamus Dewan
Edisi Keempat, pengangguran merupakan keadaan orang tidak mempunyai pekerjaan.
Berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia, kita mendapati bahawa golongan belia
merupakan penyumbang tertinggi kepada jumlah pengangguran di Malaysia. Oleh itu, timbul
pelbagai persoalan dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai punca masalah pengangguran
berlaku dalam kalangan belia dan kesan kepada rakyat dan negara sekiranya pengangguran
ini terus berlaku dalam kalangan belia. Selepas perintah kawalan pergerakan yang
dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengurangkan penularan wabak Covid-19, banyak sektor-
sektor pekerjaan telah terjejas dan ramai pekerja diberhentikan kerja dan menjadi
penganggur.

Kerajaan boleh menyelesaikan masalah pengangguran dengan melaksanakan dasar


fiscal mengemabang iaitu kerajaan meningkatkan pembelanjaan kerajaan atau mengurangkan
cukai atau kedua-duanya sekali secara serentak. Kesannya, permintaan agregat dan keluaran
negara akan bertambah. Hal ini menyebabkan peluang pekerjaan turut meningkat kerana
permingtaan buruh bertamabh dan akhirnya pengangguran dapat diatasi.

Bank Negara Malaysia pula boleh menjalankan operasi pasaran terbuka dengan
membeli semula surat jaminan kerajaan daripada orang rami dan institusi kewangan.
Kesannya, bekalan wang di psaran akan bertambah, kuasa beli masyarakat akan meningkat
dan seterusnya akan meningkatkan pengeluaran dan mewujudkan peluang pekerjaan
menyebabkan pengangguran dapat diatasi.

Pertumbuhan ekonomi ialah pembangunan ekonomi berbentuk fizikal seperti


pertambahan keluaran barang dan perkhidmatan, pertambahan infrastruktur dan peningkatan
pembangunan ekonomi lain. Ianya merupakan alat untuk mengukur prestasi pembangunan
negara. Pertumbuhan ekonomi ialah peningkatan dalam kegiatan ekonomi yang
menyebabkan pertambahan keluaran (KDNK benar) dalam sesebuah ekonomi. KDNK benar
ialah nilai barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam sesebuah negara mengikut harga

7
BDEK 2203 PENGANTAR MAKROEKONOMI

tetap pada tahun asas. Pengukur prestasi pembangunan ekonomi berbentuk fizikal misalnya
pertambahan jumlah keluaran barang perkilangan, pembangunan infrastruktur dan
pembangunan jumlah sekolah antara contohnya.

Pertumbuhan ekonomi adalah peningkatan per kapita keluaran dalam negara kasar
(KDNK) atau pertumbuhan pendapatan agregat, biasanya ditunjukkan sebagai peningkatan
tahunan perubahan KDNK benar. Pertumbuhan ekonomi selalunya didorong oleh
peningkatan produktiviti, yang melibatkan penghasilan lebih banyak barangan dan
perkhidmatan dengan input tenaga kerja, modal, tenaga dan bahan yang sama. Ahli-ahli
ekonomi membezakan antara kestabilan ekonomi jangka pendek dan pertumbuhan ekonomi
jangka panjang. Perbincangan tentang pertumbuhan ekonomi selalunya berkaitan dengan
jangka panjang. Pertumbuhan ekonomi jangka pendek diistilahkan sebagai kitaran
perniagaan. Pertumbuhan ekonomi yang berterusan akan meningkatkan pendapatan sesebuah
negara dan pendapatan per kapita dan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduknya.

8
BDEK 2203 PENGANTAR MAKROEKONOMI

SOALAN 2

A) Nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) harga pasar untuk negara AIR :

KDNK = C+I+G +X-M

KDNK = perbelanjaan isi rumah+ pelaburan kasar+ perbelajaan kerajaan kerajaan + eksport-
import

KDNK = 40 + 20+ 35 + 35 – 10

= RM 120 juta

KDNK harga pasaran = KDNKkf + cukai tak langsung – subsidi

= 120 + 25 -100

= RM 45 juta

b) KDNK kos faktor untuk Negara AIR :

KDNK kos factor = KDNK harga pasaran – cukai tak langsung + subsidi

= 45 – 25 +100

= RM120 juta

c) Aktiviti-aktiviti yang tidak diambil kira dalam pengiraan KDNK untuk sesebuah
negara :

Kegiatan produktif yang tidak dibayar dengan wang ini adalah kerana jika kegiatan
produktif tidak dibayar dengan wang maka ia tidak diambil kira dalam pengiraan KDNK .
Contohnya, kerja yang dilakukan oleh suri rumah dan kegiatan sukarelawan seperti gotong-
royong. Kesukarelawanan merujuk kepada perbuatan melakukan sesuatu Tindakan dengan
matlamat untuk membantu individu atau kumpulan tertentu, tidak melibatkan paksaan
daripada mana-mana pihak, tidak melibakan sebarang bentuk bayaran atau ganjaran material,

9
BDEK 2203 PENGANTAR MAKROEKONOMI

dilakukan secara individu atau kolektif serta dilakukan secara secara formal atau tidak formal
(Normah et al., 2019).

Selain menyumbang kepada pembangunan diri dan masyarakat, kesukarelawanan


juga turut menyumbang kepada aspek pembangunan negara dengan membentuk sebuah
negara bangsa yang kuat dan maju serta membina masyarakat demokratik Kesukarelawanan
bukan satu fenomena baharu dalam masyarakat di mana kewujudannya bermula sejak dari
pembinaan tamadun dan pembentukan masyarakat (Aishah Nadirah & Tajul Arifin, 2013;
Harris et al., 2016; Azizan, 2016)

Selain aktiviti jenayah berat seperti dadah, judi, pelacuran, penyeludupan dan
penipuan, termasuk juga dalam ekonomi gelap adalah perniagaan yang tidak dilaporkan bagi
tujuan mengelak pembayaran cukai, serta aktiviti pengubahan wang haram. Kesemua aktiviti
ini merupakan suatu perlanggaran kepada undang-undang, boleh mengancam keselamatan
orang awam, di samping turut menyebabkan ketirisan kepada ekonomi negara.

Menurut bekas Menteri Kewangan pada 2019, saiz ekonomi gelap di Malaysia
dianggarkan sekitar 21 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, iaitu
RM300 bilion setahun. Jumlah ini meliputi anggaran hasil aktiviti ekonomi yang tersembunyi
dan jenayah terancang yang terlepas daripada pihak berkuasa dan sukar dikesan. Kegiatan
produktif yang menyalahi undang-undang atau kegiatan produktif yang haram. Jika kegiatan
produktif yg menyalahi undang-undang maka ia juga tidak diambil kira dalam pengiraan
KDNK.

Kegiatan produktif yang dibayar upah bukan wang iaitu dibayar dalam bentuk barang
atau lain-lain, maka ia tidak diambil kira dalam pengiraan KDNK. Contohnya, pemanjat
pokok kelapa dibayar dengan diberikan buah kelapa ataupun pekerja ladang diberikan tempat
tinggal serta makanan untuk kehidupan seharian.

10
BDEK 2203 PENGANTAR MAKROEKONOMI

SOALAN 3

a) tahap keseimbangan pendapatan dengan menggunakan pendekatan


perbelanjaan dan suntikan-bocoran.

- Pendekatan pembelanjaan

AE = C + I + G – T

= 600 + 0.8 Y + 600 + 300

= 1500 + 0.8 Y

= 1500 + 0.8 ( Y – 200 )

= 1500 + 0.8 Y – 160

= 1340 + 0.8 Y

Y – 0.8 = 1340

Y – 0.2 = 1340

Y = 1340/ 0.2

Y = 6700

- bocoran dan suntikan

I+G=S+T

600 + 300 = - 600 + 0.2 Y + 200

900 = - 400 + 0.2 (Y- 200 )

900 = -400 + 0.2 Y – 40

900 = - 440 + 0.2 Y

0.2 Y = 1340

Y = 1340/0.2

11
BDEK 2203 PENGANTAR MAKROEKONOMI

Y = 6700

b) nilai pengganda untuk ekonomi tersebut :

M = 1 / ( 1 – MPC )

M = 1 – ( 1- 0.8 )

M = 1 / 0.2

M=5

C ) tahap keseimbangan pendapatan apabila terdapat penurunan pelaburan dari 600 kepada
500 dengan menggunakan pendekatan perbelanjaaan dan suntikan

- Pendekatan pembelanjaan

AE = C + I + G – T

= 600 + 0.8 Y + 500 + 300

= 1400 + 0.8 Y

= 1400 + 0.8 ( Y – 200 )

= 1400 + 0.8 Y – 160

= 1240 + 0.8 Y

Y – 0.8 = 1240

Y – 0.2 = 1240

Y = 1240/ 0.2

Y = 6200

- Suntikan dan bocoran

12
BDEK 2203 PENGANTAR MAKROEKONOMI

I + G = S+ T

500 + 300 = - 600 + 0.2 Y + 200

800 = - 400 + 0.2 (Y- 200 )

800 = -400 + 0.2 Y – 40

800 = - 440 + 0.2 Y

0.2 Y = 1240

Y = 1240/0.2

Y = 6200

d) bincangkan bagaimana polisi fiskal digunakan dalam pelbagai situasi ekonomi dalam
sesebuah negara.

- Inflasi

Kerajaan dapat mengawal inflasi melalui dasar fiskal. Apabila dasar fiskal
menguncup, kerajaan akan mengurangkan perbelanjaan kerajaan. Kesannya, pendapatan
agregat dan permintaan berkurangan menyebabkan pendapatan negara turun. Akhirnya harga
umum juga turun. Dasar fiskal ialah langkah-langkah kerajaan mengubah perbelanjaan
kerajaan dan struktur pencukaian untuk mempengaruhi tingkat perbelanjaan agregat dalam
ekonomi.

Dasar fiskal bertujuan mencapai tingkat guna tenaga penuh dan mengawal inflasi.
Semasa masalah inflasi, kerajaan akan melaksanakan dasar fiskal menguncup, iaitu
meningkatkan kadar cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagi mengurangkan
perbelanjaan agregat untuk mengatasi masalah inflasi. Semasa masalah deflasi (kemelesetan
ekonomi), kerajaan akan melaksanakan dasar fiskal mengembang, iaitu menambahkan
perbelanjaan keajaan dan mengurangkan kadar cukai bagi meningkatkan perbelanjaan
agregat untuk mengatasi masalah pengangguran.

Dasar Fiskal budibicara merupakan dasar kerajaan mengubah cukai dan perbelanjaan
kerajaan. Contohnya, untuk meningkatkan permintaan agregat, kerajaan menurunkan cukai
dan menambahkan perbelanjaan kerajaan.

13
BDEK 2203 PENGANTAR MAKROEKONOMI

Selain itu, kerajaan juga boleh mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan


meningkatkan kadar cukai secara serentak. Kesannya, pendapatan boleh guna masyarakat
akan berkurang dan seterusnya mengurangkan perbelanjaan agregat dan permintaan agregat,
akhirnya harga umum akan jatuh. Sekiranya inflasi tinggi, kerajaan dapat mengurangkan
perbelanjaan dengan itu menghapuskan diri daripada bersaing untuk sumber-sumber di
pasaran (barang dan perkhidmatan). Ini adalah dasar kontraksi yang akan menurunkan harga.
Sebaliknya, apabila terdapat kemelesetan dan permintaan agregat membenderakan,
peningkatan perbelanjaan kerajaan dalam projek infrastruktur akan membawa kepada
permintaan dan pekerjaan yang lebih tinggi.

Semasa masalah deflasi iaitu semasa kemelesetan ekonomi berlaku di mana masalah
pengangguran bertambah , kerajaan akan melaksanakan dasar fiskal mengembang, iaitu
kerajaan menambahkan perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan kadar cukai atau kedua-
duanya sekali gus bagi meningkatkan perbelanjaan agregat untuk mengatasi masalah
pengangguran. Guna tenaga juga akan bertambah kerana peningkatan penawaran buruh
menyebabkan masalah pengangguran berkurang. Dasar fiskal yang secara langsung
mewujudkan pekerjaan mampu menangani isu peluang pekerjaan dan jaminan pekerjaan
yang menjadi kebimbangan utama bagi rakyat.

Pengangguran dikategorikan sebagai tenaga buruh tetapi tidak menyumbang kepada


keluaran negara. Pengangguran boleh didefinisikan sebagai tenaga buruh yangtidak
melakukan sebarang aktiviti ekonomi tetapi giat mencari pekerjaan dalam ekonomi.Manakala
menurut Slamon, J. (1999) penganggur ialah mereka yang tidak bekerjawalaupun berusia
dalam lingkungan umur orang bekerja tetapi mereka sedia ada untuk bekerja mengikut kadar
gaji semasa. Manakala di dalam Kamus Dewan (Edisi Keempat), pula menyatakan perihal
penganggur adalah di mana keadaan seseorang itu tidakmempunyai pekerjaan disebabkan
oleh kesukaran untuk mendapat kerja ataupun akibatdari pengurangan pekerja oleh kerajaan
dan disebabkan keadaan cuaca yang tidakmembolehkan sesuatu pekerjaan dilaksanakan

Di dalam mengatasi masalah pengangguran kedua-dua alat fiskal ini memainkan


peranan yang amat penting dan berkesan di dalam mengawal atau mengatasi masalah
pengangguran. Dasar fiskal mengembang/ belanjawan kurangan akan digunakan oleh pihak
kerajaan di mana kerajaan akan menambahkan perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan
cukai. Apabila perbelanjaan kerajaan bertambah maka ia akan mewujudkan peluang

14
BDEK 2203 PENGANTAR MAKROEKONOMI

pekerjaan baru. kerajaan juga boleh memberi pengecualian cukai kepada firma-firma dalam
industri berpotensi dan berdaya saing

15
BDEK 2203 PENGANTAR MAKROEKONOMI

KESIMPULAN

Malaysia telah menikmati pertumbuhan ekonomi yang tinggi dalam beberapadekad


lalu dan telah merubah negara daripada sebuah ekonomi berasaskan pertanian dankomoditi
kepada sebuah negara berpendapatan sederhana yang makmur. Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK) sebenar berkembang sebanyak 5.8% setahun semenjak tahun1991 sehingga
2010. Kadar pertumbuhan ini telah membantu meningkatkan kualiti hiduprakyat Malaysia
dan menyokong kemajuan yang lebih menyeluruh dalam bidang pendidikan, kesihatan,
infrastruktur, perumahan dan kemudahan awam.

Demi mencapai pertumbuhan seimbang dalam persekitaran sosial dan politik yang
stabil, Kerajaan telahmelancarkan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) 2006-2010
pada 31 Mac 2006.Rancangan ini merupakan rangka tindakan lima tahun yang pertama yang
menggariskandasar dan program utama bertujuan untuk mencapai teras dan matlamat misi.
Dalamtempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) 2006-2010, negara telah
menempakemajuan dalam pencapaian Misi Nasional untuk mentransformasikan Malaysia
menjadinegara maju pada tahun 2020. Walaupun momentum pertumbuhan telah menjadi
perlahan berikutan krisis ekonomi dan kewangan global, perbelanjaan awam menerusidua
pakej rangsangan ekonomi serta pelaksanaan dasar kewangan yang menyokong pertumbuhan
telah membantu memulihkan ekonomi negara

16
BDEK 2203 PENGANTAR MAKROEKONOMI

BAHAGIAN II
1.

2.

3.

17
BDEK 2203 PENGANTAR MAKROEKONOMI

4.

5.

18
BDEK 2203 PENGANTAR MAKROEKONOMI

RUJUKAN
1.Unit Perancang Ekonomi, Sejarah Ekonomi [Online].
Available:http://www.epu.gov.my/economic-history
2.Abdul Aziz Awang, Krisis Ekonomi Malaysia: Punca, Implikasi dan LangkahPenyelesaian
[Online]. Available:http://www.icu.gov.my/pdf/artikel/krisis_eko_msia.pdf
3. Muhamad Izzwandy Bin Mamat, Masalah Pengangguran di Malaysia akibatkejatuhan
ekonomi dunia [Online]. Available:http://www.scribd.com/doc/46301560/Masalah-
Pengangguran-Di-Malaysia-Akibat-Kejatuhan-Ekonomi-Dunia
4.Chamhuri Siwar, Surtahman Kastin Hassan dan Norshamliza Chamhuri, Ekonomi
Malaysia,
Edisi Keenam, Petaling Jaya, Pearson Malaysia Sdn.Bhd., 2005.
5.Corner, Lorraine, “The Persistance of Poverty: Rural Development Policy in Malayasia”,
6. Kajian Malaysia, Jilid. 1, No. 1, Jun 1983.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Makroekonomi#cite_ref-blaug1985_1-0
7. Dasar-Dasar Pembangunan Malaysia, Kuala Lumpur, Institut Pentadbiran Awam Negara
(INTAN), 1992.
8. Ramlah Adam, “Ekonomi Masyarakat Melayu Pada 1951-1955: Aktiviti RIDA, UMN
9. https://scholar.google.com.my/scholar_url?url=http://eprints.unm.ac.id/10706/1/Buku
%2520pembangunan%2520ekonomi%2520contoh
%2520fix.pdf&hl=en&sa=X&ei=ET56Y5GYEpCXywTpjZ64Bw&scisig=AAGBfm2wXB0
VM7tjYsS9VWLCJJcnIB5htA&oi=scholarr

19

Anda mungkin juga menyukai