Anda di halaman 1dari 1

OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kajian adalah bertujuan untuk mencari dan mengumpul maklumat sejarah dari
sumber-sumber yang boleh dipercayai dan berkaitan dengan sejarah Taman Rekreasi. Melalui
kerja kursus ini, saya mengetahui kelebihan mahupun kekurangan Taman Rekreasi. Melalui
kajian ini, saya dapat mengetahui cara-cara yang betul untuk mengumpul dan menganalisis
maklumat yang diperlukan. Kajian ini mengajar saya mentaksir , mengelas dan merumus
sumber sejarah tentang kemudahan asas yang terdapat di Taman Rekreasi. Kajian ini juga
membolehkan saya mengetahui tentang pelbagai kemudahan asas yang terdapat di Taman
Rekreasi. Selain itu, kajian ini juga membolehkan saya mengetahui sejarah pembinaan, tapak
lama Taman Rekreasi, pembinaan Taman Rekreasi baru, tarikh dan majlis perasmian Taman
Rekreasi. Tambahan pula, saya juga dapat mengenal pasti jenis-jenis kemudahan asas di
Taman Rekreasi. Ini membolehkan saya untuk mengenali dengan lebih lanjut serta
mendalam tentang kepuasan penduduk di Taman Botani terhadap Taman Rekreasi. Melalui
kajian ini, saya juga akan lebih menghargai harta benda dan kemudahan asas yang disediakan
di Taman Rekreasi dan akan berusaha untuk menjaga keselamatan kemudahan asas tersebut.

Anda mungkin juga menyukai