Anda di halaman 1dari 4

TOPIK 2

Tamadun Islam

DEFINISI ISLAM
1. Bahasa
Bermaksud selamat,berserah,tunduk dan patuh ( Arab )

2. Istilah
Berserah,tunduk dan patuh kepada Allah dengan
a) Laksanakan segala perintah Allah dan Rasul-Nya
b) Tinggalkan segala Larangan-Nya

TIGA ISTILAH YANG DIKAITKAN DENGAN TAMADUN PADA AWAL TADI


1. al-Umran
Ibn Khaldun yang memperkenalkan etimologi umran.
Istilah umran yang bermaksud bandar atau ibu kota yang memiliki kawasan
tanah yang didiami dan penempatan, keadaan tinggal menetap, berkembang
subur dan maju
Umran dalam maksud yang lebih sempurna ialah suatu kawasan yang didiami
dan diusahakan dan berkembang subur, aman makmur dan ditadbir secara baik
dan sistematik
umran adalah suatu pencapaian yang tinggi merangkumi semua aspek
kemajuan dalam masyarakat dan dapat dimanfaatkan untuk tujuan dunia dan
akhirat.

2. al-Hadharah
Ibn Khaldun memperkenalkan dalam kitabnya, al-Muqaddimah .
bermaksud sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau
kota atau wilayah dan tanah pertanian, atau suatu daerah, kota, bandar,
kampung atau tanah yang diusahakan.
Penggunaan diperkenalkan pada Adab-14 dan menjadi popular pada Adab-20
Secara keseluruhannya, perkataan hadharah dalam konteks ini dimaksudkan
kepada aspek kemajuan dalam bidang pemikiran, moral dan sosial dalam
kehidupan sesuatu masyarakat. Ia lebih ketara dalam bidang ilmu pengetahuan,
kesusasteraan, kesenian, sistem pemerintahan, peraturan moral dan adat resam,
budi pekerti dan kepercayaan agama atau dengan kata lain, perkembangan
peradaban dalam masyarakat.

3. al-Madaniyah
al-Farabi memperkenalkan pada Adab-11
Madaniyah ialah kehidupan yang berasaskan akidah, syara dan akhlak
KONSEP ISLAM
1. Keimanan
Dikenali Tauhid/Beriman kepada Allah / Dasar hokum dalam al-Quran

2. Kekuasaan
Allah-Pencipta,penguasa,pemilik alam dan manusia
Manusia-Pemegang amanah dan melaksanakan kuasa dalam menguruskan
alam

3. Kemanusiaan
Diberi tanggungjawab tertentu-wajib ditunaikan
Tanggungjawab-hubungan sesame manusia,dengan alam haiwan dan
tumbuhan
Manusia berasal daripada satu keturunan-Adam dan Hawa

SUMBER-SUMBER TAMADUN ISLAM


1. Al-Quran
Kalam Allah yang disampaikan kepada Nabi Muhammad SAW melalui
malaikat Jibril
Bukan ditulis dan diciptakan oleh Nabi Muhmmad SAW

2. Sunnah
Segala yang datang daripada Rasulullah berbentuk perkaaan,perbuatan dan
pengakuan

3. Ijtihad
Usaha seseorang ulama mengeluarkan satu hukum terhadap permasalahan
berdasarkan al-quran dan hadis

4. Ijmak
Persetujuan mojoriti terhadap hokum yang dikeluarkan berdasarkan al-quran
dan hadis
Contoh:Hukum mercy killing(pembunuhan bermotifkan belas kasihan)bagi
pesakit yang sudah koma dan tiada harapan untuk sembuh

5. Qias
Menjatuhkan satu hokum baharu pada masa kini yang isu tersebut tidak
berlaku pada zaman dahulu
Hukum tersebut dijatuhkan atas dasar ilah(sebab) haram,mabuk,dadah,motor

6. Tamdun lain dan penemuan baharu


Penemuan baharu dalam berbagai bidang hasil penyelidikan boleh dijadikan
sumber tamadun Islam. Sains dan teknologi boleh diterima selagi tidak
melanggar prinsip Islam.
7. Penemuan dan penciptaan baharu
Allah SWT menganugerahkan kepada setiap hamba-Nya dengan bakat tertentu.
Kepelbagaian bakat yang ada pada manusia membolehkan mereka mereka
cipta sesuatu mengikut kebolehan masing-masing.

8. Pengubahsuaian dan penyempurnaan semula Akal atau pemikiran


merupakan sumber terakhir tamadun Islam.
Umat islam mempelajari dan menguasai pencapaian

ASAS TAMADUN ISLAM


1. Akidah
Keyakinan kepada tuhan ( Tauhid )

2. Syariah
Undang-undang hubungan manusia dengan Allah dan sesama manusia

Sembelih oleh islam tidak kejam,kerana haiwan tak sakit

3. Akhlak
Budi pekerti,perangai,sikap agama dan tabiat seseorang

4. Ilmu
Pembangunan aspek pendidikan

KEISTIMEWAAN TAMADUN ISLAM


(a) Bersumberkan al-Quran dan sunnah;
(b) Diasaskan secara tegas dan tetap tanpa pengaruh kebendaan;
(c) Bersifat terbuka kepada semua jenis tamadun bangsa dan agama;
(d) Sesuai dengan fitrah dan tabiat semula jadi manusia; dan
(e) Bersifat syumul, sempurna, konsisten dan global.

Tamadun Islam mempunyai tiga dimensi hubungan yang sangat erat


(a) Menghubungkan manusia dengan Tuhan;
(b) Menghubungkan manusia dengan manusia; dan
(c) Menghubungkan manusia dengan alam.

Terdapat enam matlamat tamadun Islam iaitu (Ghazali Darusalam, 2001):


(a) Hubungan manusia dengan pencipta-Nya (Allah SWT);
(b) Hubungan manusia dengan manusia;
(c) Hubungan manusia dengan alam ghaibat (malaikat, jin, syaitan);
(d) Hubungan manusia dengan alam nabatat (tumbuh-tumbuhan);
(e) Hubungan manusia dengan alam jamadat (benda-benda tegar); dan
(f) Hubungan manusia dengan alam hayawaniat (haiwan).
MATLAMAT TAMADUN ISLAM
Hubungan antara makhluk dan khaliq
Hubungan sesama manusia
Menjaga kewarasan akal
Hubungan antara makhluk dan alam

Anda mungkin juga menyukai