Anda di halaman 1dari 2

Isu:

Kesukaran pelajar menguasai konsep nombor


Konsep nombor merupakan salah satu komponen pengajaran awal Matematik yang
perlu diberi penekanan dan perlu dikuasai dengan baik oleh setiap pelajar
prasekolah. Perkembangan awal dan pengetahuan dalam penguasaan konsep
nombor amat penting untuk membangun sikap positif dan menarik minat pelajar
terhadap ilmu matematik. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir pelajar
prasekolah yang belum dapat menguasai konsep nombor dengan baik, tidak boleh
menyebut nombor 1 hingga 10 dengan betul dan sukar untuk mengecam serta
menulis nombor dengan baik.

Langkah mengatasi:
Pelaksanaan aktiviti belajar melalui kaedah bermain (Gamifikasi)
Belajar sambil bermain (gamifikasi) merupakan satu teknik pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan terhadap kanak-kanak. Bagi memastikan pelajar dapat
menguasai konsep nombor dengan baik, guru prasekolah boleh melaksanakan
aktiviti pembelajaran berasaskan permainan seperti penggunaan dadu dan
SOBATAKA (Sorong Bas Tarik Kad). Pelaksanaan aktiviti sebegini mebolehkan pelajar
dapat mengecam dan membilang nombor dengan baik seterusnya dapat menulis
nombor 1 hingga 10. Penggunaan gamifikasi dalam pendidikan matematik
terutamanya dalam penguasaan konsep nombor bukan sahaja menarik minat tetapi
juga dapat mendatangkan keseronokkan kepada pelajar untuk belajar seterusnya
memudahkan mereka untuk memahami konsep nombor.

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) mula dijalankan secara berfasa sejak
dari tahun 2016 yang mana program ini berfokuskan kepada matlamat untuk
menghasilkan kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti tinggi. Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) telah menggariskan beberapa aspek untuk menjayakan
program ini iaitu 1) persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dan
penglibatan aktif pelajar, 2) kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan, 3) guru-
guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi serta 4) komitmen ibubapa dan komuniti
yang padu.
Pada pendapat saya, pelaksanaan program ini sudah tentu dapat merealisasikan
elemen kemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan menitikberatkan aspek-
aspek diatas. Kerjasama dan komitmen yang tinggi dari semua pihak khususnya
pentadbir sekolah, warga pendidik, golongan pelajar, pihak ibu bapa dan juga
anggota komuniti setempat sangat diperlukan dalam memantapkan pentadbiran
sekolah seterusnya meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran pelajar ke
arah melahirkan anak didik yang cemerlang dan berminda kelas pertama sejajar
dengan aspirasi negara.

Anda mungkin juga menyukai