Anda di halaman 1dari 4

FAKULTI PENDIDIKAN

TUGASAN INDIVIDU:
ESEI
Beban Tugas Guru Di Sekolah Selain Mengajar
GGGE6643

SEMESTER 1

SET 1 SESI
2016/2017

PENSYARAH :
PSIKOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK
PROF. MADYA DR. EFFANDI BIN ZAKARIA
DISEDIAKAN OLEH :
AIDIL IMAN BIN ABDULLAH (P79038)

Bidang pendidikan merupakan salah satu elemen yang penting dalam pembangunan
sesebuah negara. Kualiti sistem pendidikan yang baik secara lansung mampu untuk
memberi kesan kepada pembentukan generasi yang mempunyai ciri-ciri yang
diperlukan untuk memajukan sesebuah negara. Oleh yang demikian, sistem
pendidikan yang berkualiti dinilai melalui keberhasilan dalam kalangan ahli-ahli
akademik. Profesion perguruan merupakan penyumbang terbesar terhadap
keberhasilan dalam sistem pendidikan di sesebuah negara.
Dewasa ini seringkali kita mendengar rintihan dan juga keluhan daripada para guru
di Malaysia tentang beban tugas yang kian bertambah dari tahun ke tahun. Isu ini
bukan merupakan isu yang baru. Isu ini juga menuntut kesabaran dari setiap individu
yang bergelar guru sementara menunggu kaedah penyelesaian yang terbaik dari
pihak pentadbiran. Cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh guru-guru sedikit
sebanyak memberi impak terhadap kepuasan dan kualiti kerja guru. Tugasan utama
mereka yakni mendidik kadangkala terpaksa diketepikan terlebih dahulu kerana
wujud tuntutan kerja yang perlu didahulukan. Lebihan kerja guru ini seringkali
dijadikan sebagai pembolehubah dalam penyelidikan-penyelidikan mengenai
motivasi, kualiti dan kepuasan kerja sebagai guru.
Tugasan diluar bidang ini sebenar merupakan tugasan berbentuk bermusim dan
tidak berkala. Tugasan ini sebenarnya turut terbahagi kepada dua bahagian utama
iaitu untuk tugasan akademik sama ada dari aspek kurikulum mahupun kokurikulum, dan juga tugasan bukan akademik. Relevan atau tidak sesuatu tugas itu
sebenarnya bergantung sepenuhnya ke atas individu yang terlibat. Sekiranya
seseorang guru itu seronok melakukan tugasan diluar bidangnya, maka tugasan
luar itu adalah relevan dan begitu juga sebaliknya. Cuma yang menjadi isunya
adalah apabila tugasan luar akan mengambil masa untuk melaksanakan tugasan
yang sepatutnya dilaksanakan dan mengganggu rutin harian guru tersebut.
Perkara yang sering kali dilaporkan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
adalah mengenai bebanan kerja guru tugasan tidak akademik seperti tugas-tugas
perkeranian. Tugasan perkeranian ini timbul apabila terlalu banyak fail-fail yang perlu
dikemaskini untuk disemak oleh pihak pentadbir sama ada di peringkat sekolah,
daerah, negeri dan juga pihak kementerian. Perkara ini perlu di beri penelitian yang

serius oleh pihak yang berwajib kerana pada ketika ini meja guru yang sepatutnya
dipenuhi dengan buku latihan murid-murid telah dipenuhkan dengan lambakan failfail yang tidak berkaitan dengan tugas hakiki guru-guru.
Umum mengetahui bahawa falsafah pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha
berterusan bagi memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi,
dan jasmani. Namun, situasi pendidikan di Malaysia pada ketika ini hanya menekan
aspek intelek semata-mata. Kecemerlangan intelek tidak akan memberi kesan
jangka masa panjang pada negara sekiranya tidak disamaratakan dengan nilai
sahsiah, berfikiran kritis dan inovatif serta bertangunggjawab. Di sekolah guru
merupakan ibu bapa kepada murid-murid. Di samping mendidik murid-murid dari
aspek akademik, peranan ibu bapa yang dimainkan oleh guru-guru di sekolah amat
penting untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid. Dengan ini aspek
kerohanian dan emosi murid-murid dapat disamaratakan dengan baik dengan aspek
intelek.
Impak utama tugasan tidak akademik adalah ia akan mengurangkan hubungan erat
antara guru dan murid. Tugas utama guru adalah untuk membimbing tangan anakanak untuk menimba ilmu pengetahuan dan nilai kemanusian untuk digunapakai
apabila mereka menjadi pemimpin kelak. Beban tugas tidak akademik ini merupakan
antara faktor yang mampu mempengaruhi masa depan negara. Profesor Dr. Yusuf
Al-Qardhawi pernah menyatakan bahawa Apabila kita hendak melihat wajah
sesuatu negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini,
sekiranya golongan muda pada hari ini adalah daripada kalangan yang berakhlak
dan berhemah tinggi, tentunya pada masa hadapan negara tersebut menjadi sebuah
negara yang aman makmur tetapi jika keadaan adalah sebaliknya, maka bersedialah
untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku. Adakah pihak
berwajib mahu memperjudikan tugas hakiki guru-guru terhadap masa hadapan
negara?
Sejarah telah membuktikan kebenaran kata-kata Profesor Dr. Yusuf AL-Qardhawi.
Nabi Muhammad merupakan contoh guru terbaik sepanjang zaman. Di mana boleh
kita lihat pada zaman pentadbiran Nabi Muhammad S.A.W, baginda melantik

Usamah Bin Zaid sebagai seorang panglima perang. Beliau pada ketika itu hanya
berusia 18 tahun. Cuba sama-sama kita bayangkan seorang anak Malaysia yang
seusia dengan Usamah Bin Zaid mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab
sebagai pemimpin. Sudah pasti negara-negara jiran di sekeliling negara kita akan
berasa takjub dan gerun dengan sistem pendidikan di negara kita. Namun, lihatlah
pada hari ini, adakah remaja Malaysia mampu itu untuk menjadi seperti itu?
Semoga pada suatu hari Malaysia mempunyai sistem pendidikan mengikut acuan
para ahli akademiknya sendiri. Malaysia juga tidak kurang bilangan para
akademiknya yang mampu untuk mengolah sistem pendidikan yang terbaik untuk
anak bangsanya sendiri.

Sistem pendidikan di Malaysia tidak perlu meniru atau

mengadaptasi mana-mana sistem pendidikan dari negara luar kerana Malaysia


mempunyai tradisi, budaya, falsafah pendidikan dan hala tuju yang berbeza dari
negara-negara lain.

Anda mungkin juga menyukai