Anda di halaman 1dari 3

Soalan kuiz: Nyatakan pengalaman dan dapatan anda semasa menjalankan projek pertandingan seni suara.

Bagaimana projek yang telah anda jalankan dapat membantu anda sebagai seorang guru.

Pengalaman yang saya dapat melalui projek ini ialah bagaimana cara menguruskan sesuatu projek yang besar dengan berkesan. Saya dapati bahawa untuk menguruskan sesuatu projek bukanlah satu kerja yang mudah dan senang tetapi memerlukan penilitian dan pengurusan yang sempurna. Tanpa pengurusan yang mantap dan teliti, projek yang dilaksanakan tidak dapat berjalan dengan lancar dan pasti ada banyak kelemahan dan kekurangan pada projek tersebut. Projek ini banyak membantu saya dalam pengurusan sesuatu aktiviti yang akan dilaksanakan oleh saya apabila saya menjadi seorang guru kelak. Malah projek ini banyak menguji kesabaran saya ketika saya menguruskan peminjaman dewan yang ditetapkan oleh penyelaras saya. Mungkin berkat kesabaran itu, Allah memberikan ganjarannya dengan keberkesanan terhadap projek pertandingan itu. (127 patah perkataan)

Nor Adilah binti Ali PISMP PSV Jan 2012 920719115346

REFLEKSI NOR ADILAH BINTI ALI 920719115346 PISMP SV JAN 2012

Pertandingan Seni Suara akhirnya berjaya dilaksanakan dengan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat.. Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak memberikan sokongan dan kerjasama dalam melaksanakan projek pertandingan ini. Dalam melaksanakan projek ini, banyak masalah yang timbul sebelum melaksanakan pertandingan ini. Pada awalnya, saya sebagai pengurus pentas telah berjumpa dengan penyelia Dewan Sri Kandi untuk membuat pinjaman dewan pada waktu yang telah ditetapkan. Namun, permohonan saya ditolak kerana pada masa itu, dewan telah ditempah terlebih awal oleh pihak luar yang ingin menggunakan dewan. Masalah itu terpaksa saya ketengahkan kepada pensyarah dan pensyarah ingin menggunakan plan kedua iaitu menggunakan bilik Seri Puteri untuk membuat pertandingan pada peringkat pusingan manakala pada hari kemuncak akan dijalankan di dewan tetapi terpaksa ditukar tarikh yang asal kepada waktu malam. Manakala masalah yang terdapat semasa projek dilaksanakan ialah masalah teknikal yang mana pensyarah tidak memberikan minus one kepada pihak teknikal menyebabkan proses mengemaskini lagu tergendala. Masalah itu menyukarkan pihak teknikal untuk memasukan lagu tersebut di dalam laptop. Malah, pada masa pensyarah memberikan vcd lagu tersebut, lagu tersebut tidak dapat dipindahkan ke dalam laptop. Pihak teknikal terpaksa merujuk masalah itu dengan orang mahir dalam komputer. Apa yang saya dapati, projek ini sebenarnya banyak mengajar saya dalam menguruskan dan melaksanakan projek dengan baik dan teratur. Melalui pelaksanaan projek ini, ia banyak mendisiplinkan diri saya dalam menjalankan tugas sebagai pengurus pentas yang mana memainkan peranan yang besar ketika pertandingan dilaksanakan. Malah pengurusan projek ini dapat membantu saya dalam menangani masalah yang timbul ketika saya melaksanakan sesuatu projek

kelak. Tambahan pula, saya dapat menjadikan ia sebagai satu panduan kepada saya untuk melaksanakan sesuatu aktiviti nanti di sekolah mahupun di maktab. Sebagai penambahbaikkan, saya mencadangkan bahawa setiap

perancangan yang dibuat haruslah membuat kertas kerja lebih awal supaya kita dapat melaksanakan projek tersebut pada tempat, tarikh dan masa yang ditetapkan. Malah, saya mencadangkan supaya mengadakan satu tawaran yang menarik bagi menarik minat guru pelatih untuk memasuki pertandingan seni suara pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai