Anda di halaman 1dari 2

CATATAN REFLEKSI

1. Isu/ Perkara yang difokus


Projek Pertandingan Mewarna “Let’s Colour 2-Gether”. Kami dikehendaki
menjalankan pertandingan mewarna bagi murid – murid pendidikan khas.

2. Analisis isu/ perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan
Bimbingan daripada guru di sekolah sebenarnya banyak merupakan faktor kejayaan
program ini. Di sini, saya belajar banyak tentang proses mengurus pertandingan
yang melibatkan peserta yang ramai. Walaupun pertandingannya berbentuk arahan
yang mudah, namun proses menyenaraikan kriteria pemenang merupakan satu
yang baru bagi saya. Dalam projek ini, peranan Puan Gomathi telah banyak
membantu kami memahami komponen penting dalam pertandingan mewarna.
Diharapkan ilmu ini dapat saya gunakan di masa akan datang. Dari segi peralatan,
saya telah dibekalkan dengan peralatan yang secukupnya oleh GPK Pendidikan
Khas. Kesemua peralatan telah diterima dalam masa yang ditetapkan. Oleh itu,
pertandingan yang dianjurkan dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang
kekurangan. Sepanjang pertandingan berlangsung, saya telah bertugas untuk
memantau perjalanan program untuk memastikan pertandingan berjalan dengan
lancar. Hal ini memudahkan pihak pengelola untuk mengumpul kertas lukisan
selepas pertandingan tamat. Memandangkan pertandingan ini mendapat sambutan
yang meriah, sistem pengumpulan kertas lukisan perlu diberi penekanan agar tiada
peserta yang ketinggalan.

2.2 Kelemahan

Sebarang kelemahan yang saya dapati di dalam projek ini adalah dari kelemahan
saya sendiri. Semasa menjalankan tugas, kita seharusnya meneliti setiap perkara
dengan sedalam yang boleh supaya tiada sebarang perkara yang boleh
mengganggu perjalanan pertandingan. Hal ini terjadi apabila saya tidak
menyediakan kertas mewarna yang senang bagi 4 orang murid yang berkeperluan
khas yang tinggi. Ada di antara murid yang tidak dapat habis mewarnakan seluruh
gambar yang disediakan. Saya terlepas pandang dalam menyediakan bahan
tersebut kepada mereka yang mengalami masalah dalam proses mewarnai.
3. Cadangan Penambahbaikan

Saya harus menimba ilmu mengenai pengurusan sesuatu pertandingan atau


program di mana ia akan membantu kami dalam pelaksanaan tugasan saya di
sekolah nanti. Saya juga harus menguruskan masa dengan efisien agar kerja –
kerja pelaksanaan dapat menghabiskan dengan cepat serta merujuk guru yang
sepatutnya untuk mengetahui lebih tentang para peserta pertandingan agar dapat
menyediakan bahan yang diperlukan dengan betul. Saya berharap projek
pertandingan mewarna ini dapat memberi pengalaman kepada kami sebagai guru
pelatih yang bakal ke sekolah nanti.

Anda mungkin juga menyukai