Anda di halaman 1dari 2

CATATAN REFLEKSI

1. Isu/ Perkara yang difokus


Projek Tangga Mathematik. Kami dikehendaki membina Tangga matematik di SK
Taman Suria

2. Analisis isu/ perkara yang difokus:


2.1 Kekuatan

Pembinaan tangga matematik berfungsi sebagai pusat maklumat, iaitu pelbagai


maklumat berkaitan dengan kandungan matematik boleh diperoleh dari tangga
matematik ini. Maklumat. Maklumat seperti sifir, melihat masa, mengguna wang
dan sebagainya akan membantu murid untuk lebih faham ajaran guru. Semoga
dengan wujudnya tangga matematik dapat membantu guru dalam pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan berkualiti seterusnya
membina suasana pembelajaran kanak-kanak yang seronok dan gembira di
sekitar sekolah. Bagi pihak guru pelatih, projek membina tangga matematik ini
dapat dijadikan satu pengalaman baru yang berguna sebagai bekalan ilmu ketika
sudah menjadi guru matematik sebenar kelak. Pelaksanaan projek ini juga
diharapkan dapat memberi impak kepada konsep kendiri guru pelatih terhadap
kemahiran mengurus dan memimpin. Sehubungan itu, sokongan dan kerjasama
daripada semua pihak adalah diharapkan bagi kejayaan membina tangga
matematik ini.

2.2 Kelemahan

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan dalam Tangga matematik ini


iaitu, kurangnya pengalaman dalam membuat kerja-kerja melukis mural. Namun
demikian, perkara itu tidak menjadi penghalang untuk menjayakan projek ini.
Dengan adanya pengetahuan dan nasihat daripada guru- guru lain, kerja-kerja
dijalankan dengan pembelajaran daripada kesilapan. Selain itu, pengurusan masa
bagi sesuatu kerja yang kurang efisyen menyebabkan kerja-kerja pelaksanaan
lewat. Kerja-kerja pelaksaan projek taman herba bermula pada masa yang lambat.
3. Cadangan Penambahbaikan
Kami harus menimba ilmu mengenai pelukisan mural dengan lebih cepat di mana
ia akan membantu kami dalam pembinaan sudut , ruang, taman atau tangga
matematik di sekolah nanti. Kami juga harus menguruskan masa dengan efisien
agar kerja –kerja pelaksanaan dapat menghabiskan dengan cepat. Kami
berharap projek pembinaan tangga matematik ini dapat memberi pengalaman
kepada kami sebagai guru pelatih yang bakal ke sekolah nanti.

Anda mungkin juga menyukai