Anda di halaman 1dari 4

ANBBAARASI PARAMASIVAM INTERNSHIP

CATATAN REFLEKSI
(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)
MINGGU 1

1. Isu / Perkara yang difokus:


Perbincangan projek inovasi dengan mentor.
Kami telah membentangkan perjalanan proses projek inovasi kami kepada mentor setelah
seminggu kami memikirkannya dengan menambahkan dengan idea yang dilontarkan oleh
mentor pada minggu yang lalu.

2. Analisis isu / perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan:
Dari segi kekuatan pula, mentor saya mendengar pembentangan kami dengan fokus dan
cuba memahami setiap penerangan yang disampaikan. Dalam masa yang sama, mentor
kami juga memberikan pandangannya tentang pro dan kontra projek inovasi yang hendak
kami hasilkan.

2.2 Kelemahan:
Kami hanya membentangkan secara lisan sahaja tanpa menunjukkan sebarang
menunjukkan sebarang visual, jadi agak menyukarkan mentor saya untuk memahami apa
yang ingin kami sampaikan. Dalam pada itu, perbincangan kami terlalu meleret sehingga
terkeluar daripada landasan yang sebenar. Mentor saya juga agak sibuk dengan program-
program yang lain yang hendak dilaksanakan di sekolah nanti. Oleh hal yang demikian, jika
kami ingin bertemu dengannya perlu diberitahu lebih dahulu.

3. Cadangan penambahbaikan:
Persediaan sebelum membentangkan sebarang idea perlu dirancang dengan baik.
Sebagai contohnya, kami perlu menunjukkan contoh bahan yang ingin dihasilkan
agar mentor kami lebih memahami apa yang ingin disampaikan. Kami juga perlu
bersedia dengan beberapa idea projek inovasi tambahan dan tidak hanya bergantung
kepada satu sahaja. Hal ini demikian kerana, sekirannya idea tersebut telah ditolak,

SJK (T) KARAK BENTONG PAHANG.


ANBBAARASI PARAMASIVAM INTERNSHIP

maka kami masih ada idea lain yang boleh diganti.

CATATAN REFLEKSI
(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)
MINGGU 2

1. Isu / Perkara yang difokus:


Pengkumpulan Tanaman dan Bahan-Bahan untuk menyiapkan ”Taman Mini Herba”

2. Analisis isu / perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan:
Pengedaran poster keperluan tanaman untuk taman herba memudahkan kami untuk
mengumpul tanaman dari murid-murid. Pengagihan 3 jenis pokok untuk setiap kelas juga
dianggap kekuatan kami kerana kami berjaya kumpul banyak pokok/tumbuhan dari setiap
kelas.

2.2 Kelemahan:
Kami mengambil masa yang agak lama untuk beli bahan dan alat keperluan untuk bina
projek kerana kelulusan pengumbulan dana dari pihak atasan mengambil masa yang agak
lama. Ia mengakibatkan kami mendapat peruntukan dana agak lambat dan pembelian dan
penyediaan alat dan bahan untuk pembinaan projek juga mengambil masa.

3. Cadangan penambahbaikan:
Saya berpendapat bahawa guru-guru perlu mempunyai “Pelan B” untuk menjayakan projek
ini seperti idea pengunaan bahan-bahan buangan untuk membina “Taman Herba”. Guru
pelatih juga mengharapkan projek akan datang dapat diluluskan awal dengan peruntukan
supaya pelaksanaan projek boleh dijalankan dengan teratur tanpa mengejar masa.

SJK (T) KARAK BENTONG PAHANG.


ANBBAARASI PARAMASIVAM INTERNSHIP

CATATAN REFLEKSI
(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)
MINGGU 3

1. Isu / Perkara yang difokus :


Permulaan Projek Internship Taman Mini Herba
Setelah mendapat kelulusan dan peruntukan daripada pihak PIBG Sekolah, Guru Pelatih telah
diberi izin memulakan kerja dengan membeli barang-barang yang diperlukan. Guru Pelatih patuh
kepada anggaran perbelanjaan yang ditetapkan supaya tiada sebarang perbelanjaan lebih yang
direkod.

2. Analisis Isu / Perkara yang Difokus :

2.1 Kekuatan :
Guru pelatih dapat mengenal pasti perbelanjaan Projek patuh dengan kos anggaran yang telah
disediakan. Guru pelatih telah memastikan semua barang mencukupi sebelum memulakan kerja
berdasarkan lakaran yang telah disediakan beserta dengan kertas kerja Projek. Guru pelatih
sentiasa mendapatkan nasihat daripada Mentor dan Guru Penolong Kanan yang lain bagi
mendapatkan idea yang sesuai dalam pembinaan Taman Mini Herba.

2.2 Kelemahan :
Guru pelatih terpaksa kejar masa disebabkan permulaan projek telah pun lewat dan perlu
disiapkan dalam masa 2 minggu. Guru Pelatih terpaksa meninggalkan sekolah pukul 7 petang
setiap hari bagi menyiapkan Projek ini. Cuasa yang dikatogorikan sebagai pemanasan Haba juga
telah menjadi halangan dalam perjalanan projek ini dimana guru pelatih cepat lesu atau letih
disebabkan cuasa yang terlampai panas pada waktu tengah hari.

3. Cadangan Penambahbaikan :

Guru pelatih mengharapkan projek akan datang dapat diluluskan awal dengan peruntukan supaya
pelaksanaan projek boleh dijalankan dengan teratur tanpa mengejar masa. Guru pelatih juga
berharap mendapatkan peruntukan yang secukupnya berdasarkan lakaran beserta tapak yang
dipilih bagi pelaksanaan projek. Pengawasan dari semasa ke semasa juga perlu dijalankan supaya

SJK (T) KARAK BENTONG PAHANG.


ANBBAARASI PARAMASIVAM INTERNSHIP

dapat membuat perubahan kepada Projek jika ada kekurangan.

CATATAN REFLEKSI
(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)
MINGGU 4

1. Isu / Perkara yang difokus :


Pemurnian Taman Mini Herba.

2. Analisis Isu / Perkara yang Difokus :


2.1 Kekuatan :

Kami menyediakan QR Code sebagai hasil inovasi di mana pelawat lain selain daripada murid-
murid boleh scan dan baca maklumat tentang herba-herbq di Taman Mini Herba sekolah.Pada
masa yang sama, kami juga menyediakan papan info berkaitan herba yang ditanam untuk rujukan
murid. Penyediaan borang kehadiran juga menjadi salah satu kelebihan kami dimana ia membantu
guru-guru pada masa akan datang untuk mencatat dan mengawasi kehadiran murid ke “Taman
Mini Herba” sekolah.

2.2 Kelemahan :

Penukaran pelan dari pihak atasan menjadi salah satu kelemahan projek ini. Ia juga menyebabkan
kami mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan projek ini.

3. Cadangan Penambahbaikan :
Guru-guru haruslah peka dengan idea yang dirancang. Penukaran idea pada akhir masa
merumitkan keadaan dan tidak memberi hasil yang memuaskan. Pengawasan dari semasa ke
semasa juga perlu dijalankan supaya dapat membuat perubahan kepada Projek jika ada
kekurangan.

SJK (T) KARAK BENTONG PAHANG.

Anda mungkin juga menyukai