Anda di halaman 1dari 20

DEFINISI

Definisiyang sesuai untuk kemahiran berfikir masih dipertikaikan kerana kebanyakantokoh mempunyai
pendapat yang berbeza-beza. Walaupun tafsiran tentang pemikiranitu berbeza-beza, namun secara
amnya kebanyakan tokoh pemikir bersetuju bahawapemikiran dapat dikaitkan dengan proses
menggunakan minda untuk membuatkeputusan dan menyelesaikan masalah.


Dapatlahdirumuskan bahawa:

Pemikiranialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman
terhadapsesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan
membuatpertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
danseterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami



TUJUAN

Antaratujuan KBKK digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untukmembolehkan
pelajar:
mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah dengan bijak
mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama
ada di dalam atau di luar sekolah
menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif
mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit
meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka
bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk
memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi
pandangan dan kritik.



APAKAHKESILAPAN KITA?

Kita sentiasa berfikir untuk melakukansesuatu atau tbertindak balas terhadap sesuatu ransangan.
Namun kita seringmelakukan kesilapan ketika berfikir. Mengikut Perkins dan Swarts (1990),kesilapan-
kesilapan utama yang sering kita lakukan adalah berfikir secaraterburu-buru, sempit, kabur dan
beercelaru.

Kesilapan-kesilapan tersebut dapatdihuraikan seperti berikut;
1. Berfikir Secara Terburu-buru
Berlaku apabilakita bertindak secara tergesa-gesa membuat keputusan atau menyelesaikan
sesuatumasalah. Kita tidak menggunakan masa yang mencukupi sebelum membuat
keputusan.

2. Fikiran Yang Sempit
Berlaku apabilakita cuba membendung fikiran kita daripada melihat sesuatu itu dengan
lebihluas. Kita tidak berusaha memberi pertimbangan yang wajar, mencari makna
yangtersirat, menerokai bukti-bukti nyata, meninjau pandangan-pandangan orang lain.

3. Fikiran Yang Kabur
Berlaku apabilaidea yang hendak kita sampaikan itu tidak jelas dan tidak menepati
objektifyang dikehendaki.

4. Fikiran Yang Bercelaru
Berlaku apabila kitatidak merancang dan menyusun idea yang hendak kita sampaikan itu
dengan carayang sistematis, disampakan secara rawak dan tidak disusun mengikut
urutantertentu.






ADAKAH OTAK DAN MINDAITU SAMA?

Sebenarnya otak merupakan organ yangterletak pada bahagian kepala kita yang mempunyai sistem-
sistem tertentu,manakala minda pula merupakan kualiti pemikiran yang dihasilkan oleh
otakberkenaan.

Sebagai analogi, otak dapat diibaratkanseperti sebilah pisau, manakala minda diibaratkan seperti
ketajaman yangterdapat pada mata pisau tersebut. Pisau tidak dapat digunakan dengan sempurnajika
matanya tidak diasah untuk mendapatkan ketajaman yang maksimum. Begituhalnya dengan otak kita
yang perlu dilatih dan dikembangkan untuk menghasilkanminda atau pemikiran yang berkualiti.

Otak harus diasah dan digilapkan sepertimata pisau. Jika usaha ini berterusan, maka sudah tentu
potensi minda kita akanmeningkat dari semsa ke semasa. Namun demikian kita haruslah berwaspada
supayapisau yang kita asah itu dapat digunakan untuk perkara-perkara yang bermanfaatdan
berfaedah.






JENIS-JENIS KEMAHIRAN BERFIKIR

Apakah komponen utama kemahiran berfikir(KB)?
Komponen utama KBKK:
Berfikir secara kritis,
Berfikir secara kreatif.

Apakah kemahiran berfikir secara kritis?
KB secara kritis ialah kecekapan dankeupayaan menggunakan minda untuk menilai
kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, menelitikebernasan dan kelemahan sesuatuhujah,
dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.
Apakah kemahiran berfikir secara kreatif?
Kecekapan menggunakan minda untuk: menjanadan menghasilkan idea, mencipta sesuatu yang
baru, asli, luar biasa, pelbagai,dan bernilai sama ada bersifatmaujud, abstrak, idea atau gagasan.
menerokai dan mencari makna ,pemahaman dan penyelesaian masalahseacara inovatif.


Apakah contoh-contoh kemahiran berfikir bagi setiap komponen itu?

Contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis:
membanding dan membeza
membuat kategori
meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan.
membuat sekuen / urutan
menerangkan sebab
membuat ramalan
mengusul periksa andaian
membuat inferens
mengesahkan sumber maklumat


Contoh kemahiran berfikir secarakreatif:
mencipta analogi
menjana dan menghasilkan idea baru
mencipta metafora


Bagaimanakah dengan kemahiran membuatkeputusan dan menyelesaikan masalah? Kedua-
duanyatermasuk ke dalam komponen berfikir secara kritis dan komponen berfikir secarakreatif.





APAKAH JENIS BAHANYANG DIGUNAKAN?

Bahan merupakan ransangan sama adaberbentuk prosa, puisi atau grafik yang digunakan untuk
membantu danmenggalakkan pembelajaran.

Contoh bagi bahan tersebut adalah sepertiberikut:

Bahan Prosa:
Cerita
Cerpen
Rencana
Berita

Puisi
Pantun
Syair
Sajak
Lirik Lagu

Grafik
Gambar
Rajah
Graf
Kartun








BAGAIMANAKAH KBKK INIDIAJARKAN DALAM MATA PELAJARAN SEKOLAH?

KBKK diajar secara:
terpisah
penyebatian.

Apakah yang dimaksudkan dengan terpisah?
Terpisah bermaksud:KBKK diajarkan secara berasingan,tidak dikaitkan dengan kandungan mata
pelajaran,

Apakah yang dimaksudkan denganpenyebatian?
Penyebatian bermaksud: KBKK diajarkansecara terancang untuk dimasukkan ke dalam mata
pelajaran,bersepadu dengan isikandungan dengan menggunakan kemahiran dan alat berfikir.

Jenis-jenis penyebatian
Penyebatian Penuh
Penyebatian Separa

Penyebatian Penuh:
Bermaksud KBKK dapat dipadukan secaramenyeluruh dalam setiap langkah pengajaran yang dikenal
pasti. Dilaksanakandengan menggunakan lima langkah berikut:
1. Pengenalan kepada isi Mata.pelajaran dan KBKK,
2. Penggunaan bahan rangsangan, alat, latihan dan aktiviti untuk isi Mata.Pelajaran dan KBKK
3. Refleksi dan metakognitif,
4. Pengukuhan isi MP dan KBKK,
5. Aplikasi KBKK dalam situasi Harian.
Penyebatian Separa: KBKK digunakan didalam mana-mana langkah dalam
pengajarandan pembelajaran bagi Mata Pelajaran yang di ajar. Dengan itu,unsur-unsur KBKK hanya
disepadukian dalam langkah-langkah tertentu sahaja samaada pada peringkat
permulaan,perkembangan ataupun penutup






CIRI-CIRI PEMIKIRBIJAK

Cekal
Luwes
Reflektif
Kurang impulsif
Ingin tahu

Mengambil risiko
Mahir menyoal
Tidak mudah putus asa
Asertif
Berkerjasama







PENGGUNAANALAT DAN BAHAN BERFIKIR


ALAT BERFIKIR

Alat-alatberfikir membantu kita menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan.Pemikiran kita
menjadi lebih tersusun,luas, jelas dan kita tidak terburu-burumelakukan sesuatu.Di sini dikemukakan
empat alat yang bolehdigunakan untuk meningkatkan ketrampilan berfikir iaitu:
SOALAN DAN PENYOALAN
PETA MINDA
PENGURUSAN GRAFIK
CoRT
Alat-alat berfikir ialah instrumen yangboleh membantu kita membuat pengurusan lisan , mengurus
pemikiransecara visual dan terkawal.





SOALAN DANPENYOALAN
Soalan penyoalan membantu kitaberfikir secara mendalam danmeluas,sebagai guru, pengetahuan
mengenai soalan dan penyoalan membolehkan kita membentuk soalan danmenggunakannya secara
berkesan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.Soalanyang baik harus mengambil kira semua
aspek iaitu aras , skop dan fokus.

Soalan mengikut aras taksonomi Bloom
Pengetahuan
Analisis
Aplikasi
Kefahaman
Penilaian
Sintesis
Aras Tinggi
Aras Rendah





Soalan bertumpudan bercapah
Soalan boleh dikategerikan kepada jenis bertumpu dan bercapah
Soalan Bertumpu Soalan Bercapah
Aras rendah Aras tinggi
Jawapan atau respon terhad Jawapan atau respon luas
Berbentuk tertutup Berbentuk terbuka
Sesusi menguji daya ingatan Sesuai menguji penaakulan dan penafsiran
Lebih bersifat objektif Lebih bersifat subjektif



Lingkaran soalan
Soalan jenis ini mula diperkenalkan oleh Christenburydan Kelly (1983) dan telah diperkenalkan
di Malaysia oleh William W.Wilen pada 1994.
Lingkaran soalan memberi tumpuan kepada tiga skopkhusus iaitu:
Perkara(P)
Individu(I)
Luar Individu(LI)
Perkara (P) dalam konteks pembelajaran BahasaMelayu misalnya, merujuk kepada sama ada
tema, tajuk, idea, isu, peristiwa atauteks yang dipelajari. Contohnya tajuk Buah-buahan Tempatan,
soalan yangdikemukakan hendaklah ditumpukan kepada tajuk atau teks bacaan secara langsung.
Contohnya:
Namakan lima jenis buah-buahantempatan tanpa musim.
Mengapakah durian digelar raja segalabuah?

Individu (I) merujuk kepada orang atau pelajar yang terlibat sebagai pembaca teks atauorang yang
dikehendaki menjawab soalan berkenaan. Oleh itu soalan yangdikemukakan hendaklah dikaitkan
dengan pengalaman, pengetahuan, pemerhatianatau pandangan pelajar.

Contohnya:
Adakahanda suka makan buah-buahan tempatan?
Pada pendapat anda, apakah buah-buahanyang mempunyai potensi untuk dieksport secara
besar-besaran?

Luar Individu (LI) merujuk kepada skopdiluar individu (pelajar) seperti masyarakat, komuniti,
manusia sejagat,kawasan, daerah, negeri dan luar negara yang sesuai dengan peringkat pelajar.

Contohnya;
Senaraikanbuah-buahan luar negara yang terdapat di dalam pasaran?
Mengapakahnegara Australia banyak mengeksport buah-buahan?

Ternyata soalan-solan di atas dibinaberdasarkan skop lingkaran yang berbeza. Untuk
mempelbagaikan lagi araspenyoalan, guru bolehlah menggunakan aras keupayaan kognitif bloom
bagi setiaplingkaran.

Bagi mempertingkatkan kemahiran berfikirpelajar, setiap lingkaran tersebut dapat digabungkan
dengan lingkaran yang lainsehingga menjadi dua atau tiga lingkaran. Kombinasi tiga skop ini akan
menjanakan lebih soalan yang boleh meningkatkan kemahiran berfikir .








Contoh soalan 4: Harga buah-buahan tempatan semakin mahal (P). apakah komenanda (I)?
Contoh soalan 5: Apakah beza buah-buahan tempatan (P) dengan buah-buahandari luar negara (LI)?
Contoh soalan 6: Pada pendapat anda (I), bagaimanakah industri buah-buahantempatan dapat
dimajukan (LI)?
Contoh soalan 7: Buah-buahan tempatan lebih lazat dan berkhasiat (P)daripada buah-buahan negara
Barat (LI). Adakah anda bersetuju dengan pendapatini (I)? Beri alasan anda.




PETA MINDA
Definasi
Peta Minda adalah suatu lakaran grafik pemikiranindividu. Ia menjadikan sesuatu yang tersirat kepada
tersurat. Peta mindamembolehkan kita merangka, mencatat nota, merekod maklumat atau
peristiwa,merancang aktiviti, membuat sesuatu persembahan dan sebagainya. Ia adalah alatberkesan
untuk mendorong pemikiran kreatif.

Bentuk Peta Minda
Bentuk peta minda adalah pelbagaibergantung kepada kreativiti penulis. Perkara penting yang perlu
diberiperetimbangan ialah mudah, menarik dan bermakna kepada penulis.


Panduan membina peta minda
Gunakan kertas kosong tanpa garisan
Gunakan secara lanskap
Sebaiknya mulakan dari pusat kertas
Lukiskan imej pusat yang mengambarkan idea,isi utama ataupun pemikiran. Guna
sekurang-kurangnya 3 warna. Hadkan saiz imejagar jangan terlalu besar
Kembangkan dari pusat ke arah luar
Tuliskan perkataan di atas garisankembangan. Boleh digantikan dengan gambar ataupun
kedua-duanya
Boleh kembangkan lagi idea daripada garisankembangan tadi. Gunakan garisan lebih
nipis dan saiz huruf yang lebih kecil.
Bentukkan menjadi corak yang menarik.
Gunakan anak-anak panah, gambar atau corakuntuk menunjukkan perkaitan.
Gunakan kod-kod peribadi untukkeberkesanan.
Biarkan kreatif dan asli.
Jadikan peta minda sebagai sesuatu yangmenghiburkan.


PENGURUSANGRAFIK (PG)
Definisi
Pengurusan grafik ialah suatubentuk ilustrasi atau lakaran. Ia digunakan untuk membantu dan
mengurus caraberfikir yang lebih tersusun dengan tujuan memantapkan pemikiran. Tambahanpula,
PG dapat menyedarkan individutentang proses pemikiran yang berlaku. PG mengambarkan secara
mudah dan jelassesuatu idea dan perhubungannya dengan aspek yang berkaitan
Jenis-jenis
1. PG membanding dan membeza
2. PG membuat kategori
3. PG meneliti bahagian dan keseluruhan
4. PG membuat sekuen
5. PG menerangkan sebab
6. PG membuat ramalan
7. PG menyusul periksa andaian
8. PG membuat inferen
9. PG mengesahkan sumber maklumat
10. PG menjana idea
11. PG mencipta analogi
12. PG mencipta metafora
13. PG membuat keputusan
14. PG menyelesaikan masalah




CoRT
CoRT adalah singkatan bagi perkataanCognitive Research Trust. CoRT menggalakkan individu
supaya berfikir secarameluas.
CoRT terdiri daripada alat-alatberikkut:
PMI (Plus, Minus, Interesting) - Kebaikan,keburukan dan menarik
CAF (Consider All Factors) - Mengambilkira semua faktor
C&S (Consequence & Sequal) - Kesanmengikut jangka masa
AGO (Aims, Goals & Objectives) - Tujuan,matlamat dan objektif
FIP (First Important Priorities) - Keutamaanmengikut kepentingan
APC (alternatives, Possibilities andChoices) Alternatif,kemungkinan dan pilihan
OPV (Other Peoples View) - Pandanganorang lain





KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS

Definasi
Perkataankritik berasal daripada bahasa Yunani "Kritikos" yang bermakna mampumenilai. Pada
asalnya perkataan kritis dicipta untuk mengelak kesilapan,kekeliruan dan andaian-andaian yang
salah. Secara umumnya kemahiran berfikirsecara kritis ialah kecekapan dan keupayaan
menggunakanminda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan
dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuatpertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan
dan bukti.


Senarai kemahiran berfikir secara kritis:
membanding dan membeza
membuat kategori
meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan.
membuat sekuen / urutan
menerangkan sebab
membuat ramalan
mengusul periksa andaian
membuat inferens
mengesahkan sumber maklumat






Membanding danMembeza

Kemahiran membanding dan membeza merupakankemahiran yang membolehkan anda meneliti
persamaan dan kelainan antaradua objek, idea, peristiwa dan sebagainya berdasarkan kepada
aspek-aspektertentu.

Contoh kemahiran membanding dan membezaialah antara dua tokoh. Misalnya antara Tun Abdul
Razak dengan Tengku AbdulRahman, antara dua pekerjaan seperti nelayan dan petani, antara
duabentuk seperti segi tiga dan piramid, dua peristiwa dan sebagainya.

Alat berfikir yang boleh digunakan ialahPengurusan Grafik Membanding dan Membeza.




MembuatKategori

Kemahiran mengkategori ialah aktiviti mindayang mengelompokkan maklumat, objek atau perkara
mengenai sesuatu ke dalamkumpulan atau kelas tertentu mengikut ciri-ciri sepunya yang
bolehdiperhatikan.

Misalnya, apabila anda menyaring,mengindang, menapis dan mimilih maklumat serta meletakkan
sesuatu perkara itudi bawah satu label / tajuk dan sebagainya, anda sebenarnya sudah
melakukanaktiviti minda mengklasifikasi dan mengkategori.




MenelitiBahagian-bahagian Kecil dan Keseluruhan

Kemahiran ini dapat membantu kita melihatdengan jelas bahagian-bahagian kecil dalam suatu benda
atau organisme atau sistemserta fungsinya dan kaitan bahagian-bahagian kecil itu dengan
keseluruhahan.

Setiap bahagian kecil memberi sumbangankepada keseluruhan dan bagaimana setiap bahagian itu
berfungsi,maka ia akan membantu kita memahami dengan lebih jelas akan dunia di sekelilingkita.




Membuat Sekuen / Urutan
Menyusun benda-bendaatau peristiwa atau idea-idea mengikut satu susunan tertentu
berdasarkansesuatu kriteria.

Contohmenyusun nama dan buku alamat. Tujuannya supaya mudah mencari. Kriteria susunanadalah
dalam bentuk abjad.

Contohlain: menyusun alat-alat. Tujuannya bagi menjimatkan ruang dan senang mencari.Kriteria
susunan: mengikut saiz / jenis alat.




Menerangkan Sebab
Kemahiranmenerangkan sebab melibatkan kemahiran menjana idea mengenai kemungkinansebab-
sebab berlakunya sesuatu perkara, memberikan kemungkinan-kemungkinanbukti yang menjelaskan
sebab berlaku sesuatu perkara, menyatakan bukti-buktisebenar yang mengukuhkan kemungkinan
bukti yang dikemukakan tadi dan akhirnyamembuat keputusan untuk menentukan sebab sebenar
berdasarkan bukti.

Contohsoalan: Mengapa berlaku peningkatan kadar kemalangan jalan raya semasa musimperayaan?




Membuat Ramalan
Membuatramalan ialah kemahiran berfikir yang membolehkan anda membuat jangkaanterhadap
sesuatu perkara atau peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datangberdasarkan bukti dan
maklumat tertentu.

Melaluiramalan, kita dapat:
Membuat tindakan yang sesuai dengan perkara yang kita andaikan akan berlaku
Berikhtiar mengikut kemampuan untuk mengelakkan peristiwa yang tidak diingini daripada
berlaku
Membuat keputusan awal berdasarkan maklumat dan bukti yang diperolehi
Mencari jalan atau ikhtiar untuk mengatasi perkara / masalah yang dihadapi.




Mengusul Periksa Andaian
Kemahiranmengusul periksa andaian bermaksud memeriksa sesuatu andaian yang kita buatsebelum
bertindak berdasarkan andaian tersebut. Kemahiran ini dapat memandukita mempersoal dan mencari
ketepatan sesuatu andaian yang dibuat sebelumsesuatu tindakan atau keputusan diambil. Ini dapat
mengelakkan kita daripadamembuat keputusan yang merugikan.




Membuat Inferens
Membuatinferens berlaku apabila anda tahu fakta-fakta atau kebenaran yang ada dan andaberminat
untuk mengetahui maklumat lebih lanjut yang boleh diperolehimelangkaui fakta-fakta yang ada itu. Ini
bermakna anda berhasrat mencaripengertian yang tersirat berdasarkan kefahaman anda yang logikal.
Di sinilahmanusia mengatasi komputer. Manusia boleh membuat inferens, sedangkan komputertidak.




Mengesahkan Sumber Maklumat
Kemahiranini memerlukan individu untuk menilai kredibiliti, ketepatan dankebolehpercayaan sumber
yang diperolehi (samada secara langsung ataupun tidaklangsung).

Set-setsoalan yang sistematik perlu digunakan untuk menguji elemen-elemen yang bolehmenentukan
kesahihan sumber.





KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF
Definasi
Kemahirankreatif membawa maksud kecekapan atau keupayaan menggunakan minda
untukmenerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli,luar biasa dan bernilai
sama ada bersifat maujud, abstrak, atau gagasan.Senarai kemahiran berfikir secara kreatif:
mencipta analogi
menjana dan menghasilkan idea baru
mencipta metafora




Mencipta Analogi
Analogiadalah kenyataan yang dicipta daripada perbandingan antara satu perkara denganperkara
yang lain berdasarkan ciri-ciri persamaan dan perbezaan untukmenyatakan maksud tertentu.

Biasanyaanalogi menggunakan kata bandingan seperti, bagai, dan umpama untukmembandingkan
suatu perkara dengan perkara atau objek yang lain bagi menyatkanmaksud tertentu.

Analogdapat dibahagi kepada dua:

1.Analogi berdasarkan kata bandingan. Contohnya:
Badannyakurus macam lidi
Bangunandi Kuala Lumpur tumbuh bagai cendawan.
Orangitu garang macam harimau.

2.Analogi berdasarkan pasangan kata. Contohnya:
Telitipasangan kata berikut, pilih jawapan yang betul

Kapalterbang Pramugari

A. Universiti Mahasiswa
B. Sekolah Pelajar
C. Hospital Jururawat
D. Bas Penumpang

Jawapan yang betul adalah C. Ini adalah keranapilihan lain tidak mempunyai persamaan
dengan kapal terbang pramugari.Pasangan C mempunyai persamaan kategori iaitu
jururawat dan pramugari merupakanpekerja kepada institusi masing-masing.

Kilk untukmelihat contoh Borang Analogi



Mencipta Metafora
Metaforaadalah sejenis bahasa figuratif yang dicipta untuk menyatakan makna sesuatuperkara
dengan menggunakan kata lain. Dengan kata lain kita melihat sesuatuperkara itu sebagai sesuatu
perkara yang lain.

Contoh:
Tikus itu telah lari apabila melihat pengurusnya telah datang.
Harapannya menggunung.

Tikus orang yang takut akan ketuanya
Menggunung tinggi atau besar



Klik untuk melihatcontoh Borang Metafora





KEMAHIRANMEMBUAT KEPUTUSAN
Definasi
Membuatkeputusan ialah satu proses mental di mana seseorang itu bertindak untukmemilih satu
pilihan yang terbaik daripada beberapa pilihan yang adaberdasarkan tujuan dan kriteria tertentu.

Andaikananda sebagai ketua jabatan yang berhasrat hendak membuat keputusan sama adahendak
memecat pekerja anda ataupun tidak. Sekiranya anda hendak membuatkeputusan yang bijak,
berhikmah, dan sukar dipertikaikan, apakah yang andamesti lakukan? Tentulah anda hendak
mengelak daripada membuat keputusan yangmerugikan. Justeru, anda tidaklah boleh berfikir secara
terburu-buru. Andakenalah menggunakan sumber maklumat yang berasas serta
mempertimbangkanpelbagai pilihan untuk mencari pilihan yang terbaik. Maka anda perlulahrasional,
sabar, berfikir panjang, dan mendalam supaya keputusan yang anda buatitu tekal, kekal, dan
muktamad tanpa sebarang keraguan dan kerugian.

RobinForgarty & James Bellanca (1990) Teach Them Thinking mengkategorikankemahiran berfikir
membuat keputusan sebagai pemikiran kritis danmendefinisikannya sebagai "making a choice based
on reasonedjudgement".

Merekamemberikan kata sinonim "decision making" dengan "judging,choosing, selecting". Mereka
juga memberikan menu untuk menggunakankemahiran ini berdasarkan akronim J. U. D. G. E.
J untukJ ot down occasion for decision
U untukUse brainstorming for alternatives
D untukDecide on best possibilities
G untukGauge positive and negative outcomes
E untukExpress selection;





Objektif
Mengelakkan kita daripada bertindak secara terburu-buru yang boleh merugikan
Memanfaatkan sumber maklumat yang ada
Mengambilkira dan menilai semua pilihan yang ada
Membuat refleksi sebelum melaksanakan sesuatu tindakan
Bertindak atas keputusan yang dibuat berlandaskan kriteria dan tujuan
Membolehkan kita membuat pilihan yang terbaik
Menjadikan kita lebih rasional dsan sabar
Mengaplikasikan kemahiran membuat keputusan dan kemahiran menyelesaikan masalah
dalam pengajaran

Kesilapandalam membuat keputusan
Membuat keputusan tidak tepat kerana menggunakan maklumat yang tidak lengkap
Membuat keputusan terburu-buru kerana tidak berfikir panjang dan mendalam
Membuat keputusan tidak kekal, berubah-ubah dan tidak teratur
Membuat keputusan yang mencelarukan kerana mengabaikan aspek penting yang patut
diambil kira
Membuat keputusan secara terburtu-buru berdasarkan pilihan pertama yang terlintas dalam
fikiran tanpa mempertimbangkan pilihan-pilihan lain.






LANGKAH LANGKAH MEMBUAT KEPUTUSAN
1. Mengenal pasti keperluan membuat keputusan
2. Fikirkan pilihan-pilihan
3. Fikirkan akibat, alasan, nilai setiap pilihan
4. Tentukan pilihan terbaik berdasarkan nilai dan kriteria
5. Membuat keputusan






ContohBorang Membuat Keputusan Sila klik pada link di bawah

Contoh 1

Contoh 2




MENYELESAIKANMASALAH
Definasi
Masalah bolehmerupakan kenyataan atau situasi dalam kehidupan seharian yang
memerlukanpenyelesaian akan tetapi penyelesaian itu tidak begitu nyata atau ketara. Olehsebab itu
seseorang cuba menyelesaikan maslah dengan pelbagai cara.Penyelesaian masalah boleh menjadi
cabaran kepada seseorang.

Mneyelesaikanmasalah merupakan suatu proses untuk menangani sesuautu situasi
bermasalah.Wrekelgram (1974) menyatakan menyelesaikan masalah adalah satu usaha
untukmencapai matlamat atau keadaan khusus yang diingini. Van Dijk dan Kintsch(1983) pula
berpendapat penyelesaian maslah berlaku apabila ia melibatkanlangkah-langkah serta operasi
mental.


Objektif Menyelesaikan Masalah
Membolehkan kita membuat penyelesaian terbaik
Mengelakkan kita daripada bartindak terburu-buru
Menerokai dan mempertimbangkan banyak pilihan
Membolehkan individu berfikir secara sistematik dan rasional
Membolehkan kita bertindak atas keputusan yang telah diambil kira semua faktor dan kesan
akibatnya
Membuat refleksi sebelum melaksanakan sesuautu tindakan





Langkah-langkah Menyelesaikan Masalah
1. Menyedari masalah
2. Memahami masalah
3. Meneroka pilihan-pilihan penyelesaian
4. Meninjau kesan akibat pilihan-pilihan
5. Memilih pilihan terbaik sebagai penyelesaian







ALAT MEMBUAT KEPUTUSAN
Alat fikir yangboleh digunakan untuk membantu anda membuat keputusan secara tersusun/sistematis
ialah
1. Peta Minda
2. Pengurusan Grafik Membuat Keputusan




PengaplikasianDalam Pengajaran
1. Permulaan: Perkenalkan tajuk bagi mata pelajaran yang diajar dan kemahiran berfikir yang
dipilih dan rangsangkan perbincangan (pengurusan lisan) bagi memperkenalkan kemahiran
membuat keputusan dengan menggunakan bahan rangsangan yang berkaitan dengan situasi.
2. Perkembangan: Perkenalkan proses membuat keputusan dan Pengurusan Grafik (PG) yang
hendak digunakan. Kemukakan isu dan isikan PG.
3. Penutup: Merumuskan pilihan terbaik.

Anda mungkin juga menyukai