Anda di halaman 1dari 11

(http://mahirkbkk.tripod.com/index.

htm)
Build your own FREE website at Tripod.com Share: Facebook | Twitter | Digg | reddit

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran KBKK

[Pengenalan KBKK] [Alat-Alat Berfikir] [Kemahiran Berfikir Kritis] [Kemahiran Berfikir Kreatif] [Kemahiran Membuat Keputusan] [Kemahiran Menyelesaikan Masalah] [Strategi Pengajaran dan Pembelajaran KBKK] [FAQ] [Panel Penulis] [Webmaster] [Laman Utama]

Pengenalan Laman ini membawa anda untuk mengenali konsep berfikir, jenis-jenis kemahiran berfikir, proses berfikir serta alat-alat untuk membantu anda berfikir supaya anda menjadi manusia yang berjaya berfikir secara lebih sistematis. Laman ini juga mencadangkan strategi yang boleh digunakan untuk mengajar kemahiran-kemahiran berfikir secara lebih ekslisit.

Definisi Tujuan Mengajar Kemahiran Berfikir Jenis-Jenis Kemahiran Berfikir Penggunaan Alat dan Bahan Berfikir Cara Mengajar Kemahiran Berfikir Ciri-Ciri Pemikir Bijak

Definisi Definisi yang sesuai untuk kemahiran berfikir masih dipertikaikan kerana kebanyakan tokoh mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Walaupun tafsiran tentang pemikiran itu berbeza-beza, namun secara amnya kebanyakan tokoh pemikir bersetuju bahawa pemikiran dapat dikaitkan dengan proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Dapatlah dirumuskan bahawa: Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami

Tujuan Antara tujuan KBKK digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk membolehkan pelajar:

mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.

Jenis-Jenis Kemahiran Berfikir Apakah komponen utama kemahiran berfikir (KB)? Komponen utama KBKK:

Berfikir secara kritis, Berfikir secara kreatif.

Apakah kemahiran berfikir secara kritis? KB secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti. Apakah kemahiran berfikir secara kreatif? Kecekapan menggunakan minda untuk:

menjana dan menghasilkan idea, mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan. menerokai dan mencari makna , pemahaman dan penyelesaian masalah seacara inovatif.

Apakah contoh-contoh kemahiran berfikir bagi setiap komponen itu? Contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis:

membanding dan membeza: membuat kategori, meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan. menerangkan sebab. membuat sekuen / urutan. menentukan sumber yang dipercayai, membuat ramalan, mengusul periksa andaian,

membuat inferens

Contoh kemahiran berfikir secara kreatif:

mencipta analogi menjana dan menghasilkan idea baru mencipta metafora,

Bagaimanakah dengan kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah? Kedua-duanya termasuk ke dalam komponen berfikir secara kritis dan komponen berfikir secara kreatif.

Stategi Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Berfikir KBKK diajar secara:

terpisah, penyebatian.

Apakah yang dimaksudkan dengan terpisah? Terpisah bermaksud: KBKK diajarkan secara berasingan,tidak dikaitkan dengan kandungan mata pelajaran, Apakah yang dimaksudkan dengan penyebatian? Penyebatian bermaksud: KBKK diajarkan secara terancang untuk dimasukkan ke dalam mata pelajaran,bersepadu dengan isi kandungan dengan menggunakan kemahiran dan alat berfikir. Jenis-jenis penyebatian

Penyebatian Penuh Penyebatian Separa

Penyebatian Penuh: Dilaksanakan dengan menggunakan lima langkah berikut:

1. 2. 3. 4. 5.

Pengenalan kepada isi Mata.pelajaran dan KBKK, Penggunaan bahan rangsangan, alat, latihan dan aktiviti untuk isi Mata.Pelajaran dan KBKK Refleksi dan metakognitif, Pengukuhan isi MP dan KBKK, Aplikasi KBKK dalam situasi Harian.

Penyebatian Separa: KBKK digunakan di dalam mana-mana langkah dalam pengajaran dan pembelajaran bagi Mata Pelajaran yang di ajar,sama ada pada peringkat permulaan,perkembangan dan penutup

[Pengenalan KBKK] [Alat-Alat Berfikir] [Kemahiran Berfikir Kritis] [Kemahiran Berfikir Kreatif] [Kemahiran Membuat Keputusan] [Kemahiran Menyelesaikan Masalah] [Strategi Pengajaran dan Pembelajaran KBKK] [FAQ] [Panel Penulis] [Webmaster] [Laman Utama]

ALAT BERFIKIR Alat-alat berfikir membantu kita menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Pemikiran kita menjadi lebih tersusun,luas, jelas dan kita tidak terburu-buru melakukan sesuatu. Di sini dikemukakan empat alat yang boleh digunakan untuk meningkatkan ketrampilan berfikir iaitu:

SOALAN DAN PENYOALAN PETA MINDA PENGURUSAN GRAFIK CoRT

Alat-alat berfikir ialah instrumen yang boleh membantu kita membuat pengurusan lisan , mengurus pemikiran secara visual dan terkawal.

SOALAN DAN PENYOALAN Soalan mengikut aras taksonomi Bloom Soalan bertumpu dan bercapah Lingkaran soalan PETA MINDA Definisi Panduan membina peta minda Contoh PENGURUSAN GRAFIK Definisi Jenis-jenis CoRT

Soalan dan Penyoalan

Soalan penyoalan membantu kita berfikir secara mendalam dan meluas,sebagai guru, pengetahuan mengenai soalan dan penyoalan membolehkan kita membentuk soalan dan menggunakannya secara berkesan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.Soalan yang baik harus mengambil kira semua aspek iaitu aras , skop dan fokus

Soalan mengikut aras taksonomi Bloom

Pengetahuan Analisis Aplikasi Kefahaman Penilaian Sintesis Aras Tinggi Aras Rendah

Soalan bertumpu dan bercapah

Soalan boleh dikategerikan kepada jenis bertumpu dan bercapah

Soalan Bertumpu

Soalan bercapah

Aras rendah

Aras tinggi

Jawapan atau respon terhad

Jawapan atau respon luas

Berbentuk tertutup

Berbentuk terbuka

Sesusi menguji daya ingatan

Sesuai menguji penaakulan dan penafsiran

Lebih bersifat objektif

Lebih bersifat subjektif

Lingkaran soalan

Soalan jenis ini mula diperkenalkan oleh Christenbury dan Kelly (1983) dan telah diperkenalkan di Malaysia oleh William W. Wilen pada 1994.

Lingkaran soalan memberi tumpuan kepada tiga skop khusus iaitu Perkara(P), Individu(I) dan Luar Individu(LI) , kombinasi tiga skop ini akan menjanakan lebih soalan yang boleh meningkatkan kemahiran berfikir

[Pengenalan KBKK] [Alat-Alat Berfikir] [Kemahiran Berfikir Kritis] [Kemahiran Berfikir Kreatif] [Kemahiran Membuat Keputusan] [Kemahiran Menyelesaikan Masalah] [Strategi Pengajaran dan Pembelajaran KBKK] [FAQ] [Panel Penulis] [Webmaster] [Laman Utama]

Kemahiran Berfikir Secara Kritis Perkataan kritik berasal daripada bahasa Yunani "Kritikos" yang bermakna mampu menilai. Pada asalnya perkataan kritis dicipta untuk mengelak kesilapan, kekeliruan dan andaian-andaian yang salah. Secara umumnya kemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti. Senarai kemahiran berfikir secara kritis:

membanding dan membeza: membuat kategori, meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan. menerangkan sebab. membuat sekuen / urutan. menentukan sumber yang dipercayai, membuat ramalan, mengusul periksa andaian, membuat inferens

Membanding dan membeza: Kemahiran membanding dan membeza merupakan kemahiran yang membolehkan anda meneliti persamaan dan kelainan antara dua objek, idea, peristiwa dan sebagainya berdasarkan kepada aspek-aspek tertentu. Contoh kemahiran membanding dan membeza ialah antara dua tokoh misalnya antara Tun Abdul Razak dengan Tengku Abdul Rahman, antara dua pekerjaan seperti nelayan dan petani, antara dua bentuk seperti segi tiga dan piramid, dua peristiwa dan sebagainya. Alat berfikir yang boleh digunakan ialah Pengurusan Grafik Membanding dan Membeza.

Membuat kategori, Kemahiran mengkategori ialah aktiviti minda yang mengelompokkan maklumat, objek atau perkara mengenai sesuatu ke dalam kumpulan atau kelas tertentu mengikut ciri-ciri sepunya yang boleh diperhatikan. Misalnya, apabila anda menyaring, mengindang, menapis dan mimilih maklumat serta meletakkan sesuatu perkara itu di bawah satu label / tajuk dan sebagainya, anda sebenarnya sudah melakukan aktiviti minda mengklasifikasi dan mengkategori.

Meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan. Kemahiran ini dapat membantu kita melihat dengan jelas bahagian-bahagian kecil dalam suatu benda atau organisme atau sistem serta fungsinya dan kaitan bahagian-bahagian kecil itu dengan keseluruhahan. Setiap bahagian kecil memberi sumbangan kepada keseluruhan dan bagaimana setiap bahagian itu berfungsi, maka ia akan membantu kita memahami dengan lebih jelas akan dunia di sekeliling kita.

Menerangkan sebab.

Kemahiran Berfikir Secara Kreatif Kemahiran kreatif membawa maksud kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, atau gagasan. Senarai kemahiran berfikir secara kreatif:

mencipta analogi menjana dan menghasilkan idea baru mencipta metafora

Mencipta analogi

Kemahiran Membuat Keputusan Membuat keputusan ialah satu proses mental di mana seseorang itu bertindak untuk memilih satu pilihan yang terbaik daripada beberapa pilihan yang ada berdasarkan tujuan dan kriteria tertentu. Andaikan anda sebagai ketua jabatan yang berhasrat hendak membuat keputusan sama ada hendak memecat pekerja anda ataupun tidak. Sekiranya anda hendak membuat keputusan yang bijak, berhikmah, dan sukar dipertikaikan, apakah yang anda mesti lakukan? Tentulah anda hendak mengelak daripada membuat keputusan yang merugikan. Justeru, anda tidaklah boleh berfikir secara terburu-buru. Anda kenalah menggunakan sumber maklumat yang berasas serta mempertimbangkan pelbagai pilihan untuk mencari pilihan yang terbaik. Maka anda perlulah rasional, sabar, berfikir panjang, dan mendalam supaya keputusan yang anda buat itu tekal, kekal, dan muktamad tanpa sebarang keraguan dan kerugian. Robin Forgarty & James Bellanca (1990) Teach Them Thinking mengkategorikan kemahiran berfikir membuat keputusan sebagai pemikiran kritis dan mendefinisikannya sebagai "making a choice based on reasoned judgement". Mereka memberikan kata sinonim "decision making" dengan "judging, choosing, selecting". Mereka juga memberikan menu untuk menggunakan kemahiran ini berdasarkan akronim J. U. D. G. E. J untuk Jot down occasion for decision U untuk Use brainstorming for alternatives D untuk Decide on best possibilities G untuk Gauge positive and negative outcomes

E untuk Express selection; DECIDE. Alat fikir yang boleh digunakan untuk membantu anda membuat keputusan secara tersusun/ sistematis ialah 1. Peta Minda 2. Pengurusan Grafik Membuat Keputusan Pengaplikasian Dalam Pengajaran

1. 2. 3.

Permulaan: Perkenalkan tajuk bagi mata pelajaran yang diajar dan kemahiran berfikir yang dipilih dan rangsangkan perbincangan (pengurusan lisan) bagi memperkenalkan kemahiran membuat keputusan dengan menggunakan bahan rangsangan yang berkaitan dengan situasi. Perkembangan: Perkenalkan proses membuat keputusan dan Pengurusan Grafik (PG) yang hendak digunakan. Kemukakan isu dan isikan PG. Penutup: Merumuskan pilihan terbaik.

Kemahiran Menyelesaikan Masalah Menyelesaikan masalah adalah satu proses mental untuk mengatasi halangan yang sedang dihadapi berdasarkan tujuan tertentu. Menyelesaikan sesuatu masalah boleh menjadi cabaran kepada seseorang. Kejayaan dalam menyelesaikan masalah akan menimbulkan keseronokan. Kita akan bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah sekiranya kita terdesak untuk menangani keadaan yang tidak menyenangkan. Penyelesaian terbaik ialah penyelesaian yang telah mengambil kira kesemua kesan akibatnya. Apabila terdapat banyak kesan negatif, maka pilihan itu hendak dipertimbangkan semula ataupun ditolak.

Apabila anda berada dalam situasi berikut, adakah anda berfikir untuk membuat keputusan atau menyelesaikan masalah? Situasi 1: Berpindah ke rumah baru. Anggota keluarga sibuk mengatur pelbagai perabot. Didapati sebuah almari pakaian tidak boleh dibawa masuk ke bilik tidur utama kerana saiznya terlalu besar. Situasi 2: Terperangkap di dalam lif. Sebenarnya, kemahiran berfikir membuat keputusan berkait rapat dengan menyelesaikan masalah.

Objektif menyelesaikan masalah: Membuat penyelesaian yang terbaik Mempertimbangkan banyak pilihan untuk membolehkan kita bertindak dengan bijak setelah memikirkan banyak pilihan dan kesan akibatnya.

Langkah-langkah dalam menyelesaikan masalah:

Alat fikir yang sesuai digunakan untuk menyelesaikan masalah:

Peta minda Pengurusan Grafik Menyelesaikan Masalah

Pengaplikasian Dalam Pengajaran

1. 2. 3.

Permulaan: Perkenalkan tajuk bagi mata pelajaran yang diajar dan kemahiran berfikir yang dipilih dan rangsangkan perbincangan (pengurusan lisan) bagi menyelesaikan masalah menggunakan bahan rangsangan yang berkaitan dengan situasi yang memerlukan penyelesaian. Perkembangan: Perkenalkan proses penyelesaian masalah dan Pengurusan Grafik (PG) yang hendak digunakan. Kemukakan isu dan isikan PG. Penutup: Merumuskan pilihan terbaik yang telah dibincangkan bagi menyelesaikan masalah berkaitan.

Anda mungkin juga menyukai