Anda di halaman 1dari 3

Tujuan

Antara tujuan KBKK digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk membolehkan pelajar:

 mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
dengan bijak
 mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam
atau di luar sekolah

 menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif

 mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit

 meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka

 bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujah,
membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.

Jenis-Jenis Kemahiran Berfikir

Apakah komponen utama kemahiran berfikir (KB)?

 Komponen utama KBKK:

 Berfikir secara kritis,


 Berfikir secara kreatif.

 Apakah kemahiran berfikir secara kritis?

    KB secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan  dan
kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan  kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar
dengan menggunakan alasan dan bukti.

 Apakah kemahiran  berfikir secara kreatif?

Kecekapan menggunakan minda untuk:

 menjana dan menghasilkan idea,


 mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai  sama ada bersifat maujud, abstrak, idea
atau gagasan.

 menerokai dan mencari makna , pemahaman  dan penyelesaian masalah seacara inovatif.

Apakah contoh-contoh  kemahiran  berfikir bagi setiap komponen itu?

 Contoh-contoh  kemahiran berfikir secara kritis:

 membanding dan membeza:


 membuat kategori,

 meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan.


 menerangkan sebab.

 membuat sekuen / urutan.

 menentukan sumber yang dipercayai,

 membuat ramalan,

 mengusul periksa andaian,

 membuat inferens

Contoh kemahiran berfikir secara kreatif:

 mencipta analogi
 menjana dan menghasilkan idea baru
 mencipta metafora,

Bagaimanakah dengan kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah?

 Kedua-duanya termasuk ke dalam komponen berfikir secara kritis dan komponen berfikir secara kreatif.

Penggunaan Alat dan Bahan Berfikir 

Bagaimanakah KBKK ini diajarkan dalam mata pelajaran sekolah?

 KBKK diajarkan secara:

 terpisah,
 penyebatian.

o separa

o penuh  

Ciri-Ciri Pemikir Bijak

 Cekal                 
 Luwes
 Reflektif
 Kurang impulsif
 Ingin tahu
 Mengambil risiko
 Mahir menyoal
 Tidak mudah putus asa
 Asertif
 Berkerjasama

Anda mungkin juga menyukai