Anda di halaman 1dari 3

Syair Mendapat Gemala Naga

(Anwar Ridhwan dan Rahman Shaari)

Maksud
Syair

Maksud

Dewa pun duduk ia bercerita,


Asal mulanya dapat sengsara,
Oleh disakitkan saudara,
Setahun sudah di dalam penjara.
Sekalian habis diceritakan,
Suatu tidak dilindungkan,
Terlalu belas naga mendengarkan,
Diambil gemalanya lalu diberikan.

Dewa bercerita tentang mereka yang dikhianati


oleh saudara mereka lalu dipenjarakan selama
setahun.

Ambillah tuan muda bestari,


Gemala ini nenek memberi,
Harganya itu tujuh buah negeri,
Apa kehendak keluar sendiri.

Naga menerangkan kepada dewa dua beradik,


batu geliga sakti ini sangat bernilai kerana
mampu menunaikan sebarang hajat hati dan
tujuan empunya diri.

Jikalau orang terkena bisa,


Airnya sapukan beri berasa,
Jika ditolong Tuhan Yang Esa,
Dengan seketika beroleh sentosa
Atau cucuku hendak berperang,
Di dalam gua keluarlah orang,
Beribu keti keluarlah orang,
Dua belas hulubalang yang garang-garang.
Setelah dewa mendengarkan kata,
Terlalu suka di dalamnya cita,
Lalu bermohon keduanya serta,
Menuju jalan tanahnya rata.

Batu geliga sakti itu dapat merawat sebarang


penyakit dan memberi ketenangan jiwa dengan
Tuhan yang Esa.

Berjalan ia berdua bersaudara,


Mengikut pantai tepi segara,
Siang dan malam tiada antara,
Terus ke negeri Inderanegara.
Setelah sudah paginya hari,
Sampailah ia ke hujung negeri,
Bertemulah rumah sebuah berdiri,
Rumah kebayan orang yang bahari.

Kedua-dua bersaudara itu menyusuri pantai


tanpa mengira siang dan malam untuk menuju
ke sebuah negeri bernama Inderanegara.

Setelah habis dewa dua beradik bercerita, naga


berasa kasihan mendengar cerita tersebut lalu
memberikan batu geliga saktinya kepada
mereka.

Jika hendak berperang, batu geliga sakti boleh


menyediakan tentera beserta dengan
hulubalangnya.
Setelah mendengar kata-kata naga itu, dewa
dua beradik berasa sangat gembira lalu
memohon diri untuk beredar dari situ dan
meneruskan perjalanan mereka.

Apabila tiba pagi hari, dewa dua bersaudara


akhirnya tiba ke hujung negeri dan bertemu
rumah nenek kebayan.

Tema
1

Pengembaraan dua bersaudara untuk mendapatkan Gemala Naga (Batu Geliga Sakti Naga).

Persoalan
1.

Persoalan setia kawan iaitu dewa dua bersaudara saling membantu untuk
menghadapi dugaan.

2.

Persoalan prihatin terhadap permasalahan orang lain seperti naga yang prihatin
dengan permasalahan dewa dua bersaudara lalu menghadiahi mereka dengan gemala
sakti.

Bentuk

1.
2.
3.
4.

Syair ini mengandungi lapan rangkap, setiap rangkap mengandungi empat baris.
Syair ini mengandungi antara tiga hingga lima patah perkataan sebaris.
Jumlah suku kata sembilan hingga tiga belas suku kata sebaris.
Rima akhir semuanya aa aa.

Gaya Bahasa
Aliterasi
Menuju jalan tanah yang rata. (Rangkap 6, baris 4)
Pengulangan bunyi kosonan n
Asosanasi
Rumah kebayan orang yang bahari , (Rangkap 8, baris 4)
Pengulangan bunyi vokal a
Inversi
Setahun sudah di dalam penjara (Rangkap 1, baris 4)
Sinkope
Dewa pun duduk ia bercerita (Rangkap 1, baris 1)

Nilai
1. Nilai keberanian
Dewa berani mempersembahkan diri kepada naga yang pebuh sakti untuk mendapatkan
gemala sakti.
2. Nilai kesetiaan
Dewa bersaudara setia bersama mengharungi kesusahan dalam pengembaraan mereka. (
3. Nilai kasih sayang
Naga berasa simpati dan belas terhadap dewa bersaudara yang telah dikhianati oleh
saudara mereka.
\

Pengajaran

1. Kita hendaklah membantu orang yang ditimpa kesusahan.


2. Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua daripada kita.
3. Kita hendaklah memohon kepada Allah agar kehidupan kita diberkati.

Latihan

1.

Siapakah yang dimaksudkan dalam baris Setahun sudah di dalam penjara.

2.

Pada pendapat anda, mengapakah dewa dua bersaudara beredar dari tempat naga
dengan perasaan gembira sekali?

Jawapan:
1. Dewa dua bersaudara yang dimaksudkan dalam baris tersebut.
2. Dewa dua bersaudara beredar dari tempat naga dengan perasaan gembira sekali
kerana mereka dihadiahkan dengan gemala sakti/ atu geliga sakti oleh naga.

Anda mungkin juga menyukai