Anda di halaman 1dari 1

SYAIR MENDAPAT GEMALA NAGA MAKSUD Rangkap Pertama Dewa menceritakan kepada naga tentang kesusahan dirinya yang

telah disakiti (dikhianati) oleh saudara sendiri yang telah mengakibatkannya dipenjara selama setahun. Rangkap Kedua Semuanya diceritakan kepada naga sehingga naga berasa sedih apabila mendengarkan cerita tersebut lalu naga memberikan gemala atau batu yang bercahaya dan mempunyai hikmat kepada Dewa. Rangkap Ketiga Naga meminta Dewa mengambil gemala yang diberikan kerana mempunyai banyak hikmat dan mempunyai nilai yang sama dengan nilai tujuh buah negeri dan boleh mengabulkan permintaan. Rangkap Keempat Sekiranya ada orang terkena bisa, hanya sapukan airnya, sekiranya diizinkan Tuhan nescaya boleh sembuh. Rangkap Kelima Sekiranya hendak berperang, gemala itu boleh mengeluarkan bala tentera dan dua belas pahlawan yang gagah berani. Rangkap Keenam Setelah mendengar semua itu Dewa terlalu gembira, lalu bermohon untuk meneruskan perjalanan.

Rangkap Ketujuh Dewa dan saudaranya pun berjalan di tepi pantai siang dan malam sehingga sampai ke Inderanegara. Rangkap Kelapan Setelah hari siang, mereka pun tiba di hujung negeri dan berjumpa sebuah rumah milik nenek kebayan. TEMA

GAYA BAHASA (a) Asonansi Sekalian habis diceritakan (pengulangan vokal a) (b) Aliterasi Apa kehendak keluar sendiri (pengulangan konsonan k) (c) Epifora Di dalam gemala keluarlah orang Beribu keti banyaklah orang NILAI

Tema syair ini ialah peranan gemala naga dalam menyelesaikan masalah dua bersaudara. PERSOALAN (a) Simpati terhadap kesusahan dan penderitaan orang lain. (b) Sikap manusia yang gemar membuat fitnah. (c) Hikmah di sebalik kesengsaraan. BENTUK (a) Terdiri daripada lapan rangkap. (b) Mengandungi empat baris serangkap. (c) Bilangan perkataan: 3-5 perkataan sebaris. (d) Bilangan suku kata: 9-13 suku kata sebaris. (e) Rima akhir: aaaa

(a) Baik hati Naga memberikan gemala kepada Dewa bagi membantunya yang berada dalam kesusahan. (b) Keprihatinan Naga prihatin dengan penderitaan Dewa yang dikhianati oleh saudaranya sendiri. PENGAJARAN (a) Kita hendaklah menghulurkan bantuan kepada orang yang berada dalam kesusahan. (b) Kita perlu mempunyai perasaan kasih sayang antara saudara sendiri dan bukannya bermusuhan. (c) Kita mestilah menggunakan kelebihan yang kita miliki untuk perkara kebaikan.

Anda mungkin juga menyukai