Anda di halaman 1dari 2

RUMUSAN: PERANAN ANAK MENJAGA IBU BAPA

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang peranan anak-anak untuk
menjaga ibu bapa mereka dan kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh warga tua. Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Warga tua atau dikenali juga sebagai warga emas merujuk golongan yang umurnya sudah melewati 60
tahun. Mereka biasanya telah bersara daripada pekerjaan utama sama ada sektor perkhidmatan awam atau
sektor swasta. Terdapat juga warga tua yang telah bersara daripada pekerjaan utama, tetapi masih bekerja
dalam bidang lain, namun bilangannya tidaklah begitu banyak dan selebihnya menghabiskan masa di rumah
untuk berehat dan beribadat.
Tidak semua warga tua dapat menikmati kehidupan yang baik. Terdapat juga warga tua yang hidup susah,
terutamanya mereka yang bekerja sendiri di kampung-kampung. Mereka tidak mempunyai simpanan untuk
hari tua. Sebenarnya, banyak masalah yang dihadapi oeh golongan tua. Mereka biasanya uzur, iaitu
mengalami kelemahan fizikal sehingga menyukarkan mereka bergerak bebas. Terdapat juga warga tua yang
menghadapi masalah kurang pendengaran, kurang penglihatan, di samping mengalami penyakit nyanyuk.
Selain itu, terdapat juga warga tua yang menghidap pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
sakit jantung dan sebagainya. Segelintir warga tua pula mengalami tekanan emosi kerana tiada pendapatan
tetap, tidak dipedulikan oleh anak-anak dan berasa kesunyian akibat kematian pasangan.
Dalam hubungan ini, anak-anak perlu memainkan peranan mereka untuk menjaga dan menggembirakan ibu
bapa masing-masing. Anak-anak wajib menjaga ibu bapa mereka yang telah tua dengan cara tinggal
bersama mereka. Jika tidak dapat dilakukan kerana bekerja di tempat yang jauh, mereka mesti mengambil
inisiatif untuk mengupah orang menjaga ibu bapa dan mereka perlu sering pulang untuk melihat keadaan ibu
bapa yang telah tua.
Oleh sebab kebanyakan ibu bapa yang telah tua tidak bekerja lagi, maka sudah menjadi tanggungjawab
anak-anak untuk menyediakan segala keperluan ibu bapa seperti makan, minum dan pakaian. Jika dahulu
ibu bapa membanting tulang untuk mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak, kini tibalah giliran anakanak menampung segala keperluan ibu bapa mereka. Anak-anak juga berperanan menjaga kesihatan ibu
bapa dengan membawa mereka mendapatkan rawatan jika sakit dan menyediakan perbelanjaan untuk
membeli ubat jika ibu bapa yang sakit memerlukan ubat secara berterusan.
Anak-anak juga perlu menghormati ibu bapa sebagai orang tua. Oleh itu, anak-anak mestilah sentiasa
bercakap dengan lemah lembut kepada orang tua. Mereka perlu bersabar menghadapi kerenah orang tua
yang kadang kala mudah merajuk umpama kanak-kanak. Mereka juga perlu sabar menghadapi kerenah
orang tua yang nyanyuk. Selain itu, anak-anak perlu menghormati pandangan atau nasihat daripada orang
tua. Sekiranya pandangan atau nasihat itu tidak sesuai dengan zaman ini, anak-anak perlu bijaksana untuk
menolaknya.
Anak-anak juga tidak seharusnya membiarkan ibu bapa mereka hidup dalam kesunyian. Oleh itu, anak-anak
sewajarnya sering balik ke kampung untuk menziarahi ibu bapa. Terdapat sesetengah orang tua yang tidak
mempedulikan sangat harta, wang atau makan minum, tetapi mereka mahu selalu dekat dengan anak,
menantu, dan cucu-cucu. Jadi, anak-anak mestilah prihatin terhadap keperluan ibu bapa mereka. Golongan
muda sepatutnya sedar, jika tiada orang tua, maka tiadalah orang muda. Tiada ayah dan ibu maka tiadalah
anak-anak. Jasa orang tua sungguh besar, sukar untuk dinilai dengan wang ringgit. Oleh itu, mereka mesti
menyedari hal itu dan berusaha untuk membalas jasa mereka dengan menggembirakan mereka yang
menjalani sisa-sisa hidup sementara dipanggil ke alam yang kekal nanti.
1. Berikan maksud rangkai kata bersabar menghadapi kerenah orang tua.(2M)
2. Nyatakan masalah masalah yang biasa dihadapi oleh seorang warga emas? (3M)
3. Pada pendapat anda, mengapakah segelintir warga emas hidup dalam keadaan daif? (4M)

Anda mungkin juga menyukai