Anda di halaman 1dari 5

ALAT BERFIKIR

Alat-alat berfikir membantu kita menggunakan minda dengan lebih bijak


dan berkesan. Pemikiran kita menjadi lebih tersusun,luas, jelas dan kita tidak
terburu-buru melakukan sesuatu.

Di sini dikemukakan  empat alat yang boleh digunakan  untuk


meningkatkan ketrampilan berfikir  iaitu:

 SOALAN DAN PENYOALAN


 PETA MINDA
 PENGURUSAN GRAFIK
 CoRT

Alat-alat berfikir ialah instrumen yang boleh membantu kita  membuat


pengurusan lisan  , mengurus  pemikiran secara visual dan terkawal.

SOALAN DAN PENYOALAN

  Soalan mengikut aras taksonomi Bloom


          Soalan bertumpu dan bercapah
           Lingkaran soalan

PETA MINDA 

Definisi
Panduan membina peta minda
Contoh

PENGURUSAN GRAFIK

Definisi
   Jenis-jenis

 CoRT

Soalan dan Penyoalan

Soalan penyoalan membantu kita berfikir secara mendalam dan


meluas,sebagai guru, pengetahuan mengenai soalan dan penyoalan
membolehkan kita membentuk soalan dan menggunakannya secara berkesan
dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.Soalan yang baik harus mengambil
kira semua aspek iaitu aras , skop dan fokus

Soalan mengikut aras taksonomi Bloom

1. Pengetahuan
2. Analisis
3. Aplikasi
4. Kefahaman
5. Penilaian
6. Sintesis

  Soalan bertumpu dan bercapah

 Soalan boleh dikategerikan kepada jenis bertumpu dan bercapah

Soalan Bertumpu Soalan bercapah

Aras rendah Aras tinggi


Jawapan atau respon terhad Jawapan atau respon luas
Berbentuk tertutup Berbentuk terbuka
Sesusi menguji daya ingatan Sesuai menguji penaakulan dan
penafsiran
Lebih bersifat objektif Lebih bersifat subjektif
Kemahiran Berfikir Secara Kritis

Perkataan kritik berasal daripada bahasa Yunani "Kritikos" yang bermakna


mampu menilai. Pada asalnya perkataan kritis dicipta untuk mengelak kesilapan,
kekeliruan dan andaian-andaian yang salah. Secara umumnya kemahiran berfikir
secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai
kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan
kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan
menggunakan alasan dan bukti.  

Senarai  kemahiran berfikir secara kritis:

 membanding dan membeza:


 membuat kategori,

 meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan.

 menerangkan sebab.

 membuat sekuen / urutan.

 menentukan sumber yang dipercayai,

 membuat ramalan,

 mengusul periksa andaian,

 membuat inferens

Membanding dan membeza:  

Kemahiran membanding dan membeza merupakan kemahiran yang 


membolehkan anda meneliti persamaan dan kelainan antara dua objek, idea,
peristiwa dan sebagainya berdasarkan kepada aspek-aspek tertentu.

Contoh kemahiran membanding dan membeza ialah antara dua tokoh misalnya
antara Tun Abdul Razak dengan Tengku Abdul Rahman, antara dua pekerjaan
seperti  nelayan dan petani, antara dua bentuk seperti  segi tiga dan piramid, dua
peristiwa dan sebagainya.

Alat berfikir yang boleh digunakan ialah Pengurusan Grafik Membanding dan 
Membeza.
Membuat kategori, Kemahiran mengkategori ialah aktiviti minda yang
mengelompokkan maklumat, objek atau perkara mengenai sesuatu ke dalam
kumpulan atau kelas tertentu mengikut ciri-ciri sepunya yang boleh diperhatikan.
Misalnya, apabila anda menyaring, mengindang, menapis dan mimilih maklumat
serta meletakkan sesuatu perkara itu di bawah satu label / tajuk dan sebagainya,
anda sebenarnya sudah melakukan aktiviti minda mengklasifikasi dan
mengkategori.

Meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan.  

Kemahiran ini dapat membantu kita melihat dengan jelas bahagian-bahagian


kecil dalam suatu benda atau organisme atau sistem serta fungsinya dan kaitan
bahagian-bahagian kecil itu dengan keseluruhahan.

Setiap bahagian kecil memberi sumbangan kepada keseluruhan dan bagaimana


setiap  bahagian itu  berfungsi, maka ia akan membantu kita memahami dengan
lebih jelas akan dunia di sekeliling kita.

Menerangkan sebab.

Kemahiran Berfikir Secara Kreatif

Kemahiran kreatif membawa maksud kecekapan atau keupayaan menggunakan


minda untuk menerokai  pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang
baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, atau
gagasan.

Senarai  kemahiran berfikir secara kreatif:

 mencipta analogi
 menjana dan menghasilkan idea baru
 mencipta metafora

Stategi Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Berfikir

KBKK diajar secara:

 terpisah,
 penyebatian.

Apakah yang dimaksudkan dengan terpisah?

Terpisah bermaksud:

KBKK diajarkan secara  berasingan,tidak dikaitkan dengan kandungan mata


pelajaran,

Apakah yang dimaksudkan dengan penyebatian?

Penyebatian bermaksud:

KBKK diajarkan secara terancang untuk dimasukkan ke dalam mata


pelajaran,bersepadu dengan isi kandungan dengan menggunakan kemahiran
dan alat berfikir.

Jenis-jenis penyebatian

 Penyebatian Penuh
 Penyebatian Separa

  Penyebatian Penuh:

  Dilaksanakan dengan menggunakan lima langkah berikut:

1. Pengenalan kepada isi Mata.pelajaran dan KBKK,  


2. Penggunaan bahan rangsangan, alat, latihan dan aktiviti untuk isi
Mata.Pelajaran dan KBKK
3. Refleksi dan metakognitif,
4. Pengukuhan isi MP dan KBKK,
5. Aplikasi KBKK dalam situasi Harian.

 Penyebatian Separa:

KBKK digunakan di dalam  mana-mana langkah  dalam pengajaran dan  


pembelajaran bagi Mata Pelajaran yang di ajar,sama ada pada peringkat
permulaan,perkembangan dan penutup

Anda mungkin juga menyukai