Anda di halaman 1dari 24

HEMISFERA KIRI

-Struktur
-Analitikal
-Kritis
-Objektif
-Logik
-Rasional
-Fakta
-Terperinci
-Perancangan
-Prosedur
HEMISFERA KANAN


Tidak struktur.
Holistik.
Kreatif.
Subjektif.
Imaginatif.
Visi.
Intuisi.
Emosi.
Kerohanian.

Pemikiran ialah aktiviti mental dalam sesuatu proses
untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

- Dewey,1910
Pemikiran ialah penggunaan simbol, gambar, perkataan,
pengamatan dan konsep yang diterima melalui deria dan
ditafsir untuk membentuk makna atau konsep.
- Davidoff, 1979
Pemikiran ialah proses dalaman yang pantas, sama ada
secara sedar atau tidak sedar terhadap rangsangan luar
yang diterima melalui deria.

- William W.Wilen, 1994
Dari perspektif Islam, berfikir ialah fungsi akal yang
mengawal tenaga supaya otak manusia dapat bekerja
dan beroperasi. Tenaga ini diperoleh melalui tafakur.
KESIMPULAN:

Pemikiran ialah suatu proses menggunakan minda untuk
Mencari makna dan penyelesaian sesuatu masalah
Menggunakan pelbagai cara, membuat pertimbangan dan
Keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah
Terhadap proses yang dialami.
1. Pemikiran Konvergen
2. Pemikiran Divergen
3. Pemikiran Menegak
4. Pemikiran Mendatar
5. Pemikiran Kritis
6. Pemikiran Kreatif
7. Pemikiran Reflektif
1. Pemikiran Konvergen:

Daya berfikir yang menggunakan pengetahuan sedia
ada dengan integrasi secara logik untuk menghasilkan
satu idea atau jawapan yang lazim.

Dikenali juga sebagai pemikiran tertumpu atau
pemikiran berpandu atau pemikiran kritis mengguna
kan cara analisis, induktif atau deduktif.

Ia tidak melibatkan pencetusan idea/jawapan yang
berbeza.



Masalah
Tertutup
Pemikiran
Konvergen
berdasarkan
pengetahuan,
pengalaman
sedia ada.
Jawapan
Tunggal
BAGAIMANAKAH CARA MENINGKATKAN PEMIKIRAN
KONVERGEN DALAM P & P ?

@ Memberi soalan-soalan tertutup yang menekankan
satu jawapan/cadangan/cara penyelesaian sahaja.

@ Memberi aktiviti pembelajaran dengan arahan
yang jelas, ringkas dan lengkap. Tumpukan
pembelajaran kepada perkara-perkara fakta dan
teknikal

@ Menggunakan teknik penyoalan tertutup/berstruktur.

@ Menggunakan kaedah induktif dan deduktif untuk
menggalakkan pemikiran divergen.

@ Berikan soalan-soalan berasaskan hukum, prinsip
atau konsep-konsep tertentu demi memperoleh
jawapan yang tepat.
2. Pemikiran Divergen:

Daya fikir yang tidak dikongkong pengetahuan atau
pengalaman sedia ada, tetapi berfikir secara kreatif,
untuk mencari idea atau cara baru bagi menyelesaikan
masalah yang mempunyai pelbagai jawapan/cara.

Dikenali juga sebagai pemikiran kreatif, lateral atau
bercapah kerana menggunakan intuisi dan celik akal
supaya masalah dapat diselesaikan dengan pelbagai
cara yang unik dan luar biasa serta asli/tulen.




Masalah
Terbuka/
bercapah
Pemikiran
Divergen
Melalui intuisi/
celik akal

Pelbagai
Penyelesaian
Yang
Wajar

BAGAIMANAKAH CARA MENINGKATKAN PEMIKIRAN
DIVERGEN DALAM P & P ?

@ memberi soalan-soalan bercapah /terbuka yang
menekankan pelbagai jawapan/cara penyelesaian.

@ Memberi kebebasan kepada murid menggunakan cara
tersendiri untuk menyelesaikan masalah terbuka

@ Menggunakan kaedah kumpulan, perbincangan,
sumbangsaran sebagai strategi P&P.

@ Menggalakkan murid mengeluarkan idea kreatifnya

@ Mendengar, menerima dan memuji cadangan atau
idea yang kreatif daripada murid.
4 3 2 1
Rajah di atas menunjukkan empat buah buku yang telah
disusun di atas sebuah rak. Setiap buku berukuran 5 sm
tebal. Sekiranya seekor ulat ( X ) menebuk lubang dari
muka surat pertama Jilid 1 dan berjalan hingga ke muka
surat akhir Jilid 4, berapakah Jarak yang telah dilalui ulat
( X ) itu ?
-5 sm -
3. Pemikiran Menegak (Vertical thinking):

Daya fikir yang berfokus kepada satu cara atau idea
penyelesaian masalah dengan membuat penerokaan
yang mendalam serta terperinci terhadapnya.

Merupakan pemikiran yang berpandu yang merangkumi
pemikiran kritis, induktif dan deduktif.
4. Pemikiran Mendatar (Lateral thinking):

Daya fikir yang melihat sesuatu masalah itu dari
perspektif yang pelbagai bagi mendapatkan cara
penyelesaian yang bebas.

Merupakan pemikiran yang kreatif yang melibatkan
proses pemikiran di luar kotak atau di luar kebiasaan.

Menghasilkan idea atau cara penyelesaian yang
luar biasa























Lukis sebuah empat segi sama. Buat 9 titik di dalamnya.
Sambung titik-titik itu dengan hanya 4 garisan lurus
tanpa mengangkat pena anda.

5. Pemikiran Kritis:

Berfikir secara kritis bermaksud keupayaan
individu berfikir dengan cara menganalisis
dan menilai, untuk menentukan sama ada
maklumat itu boleh diterima atau tidak.

Pemikiran kreatif merupakan pemikiran yang
berupaya memikir apa yang belum dapat difikirkan
oleh orang lain.
6. Pemikiran Kreatif:
Berfikir secara kreatif merupakan salah
satu daripada operasi kognitif untuk
menjana idea-idea baru yang dapat
digunakan untuk menyelesaikan
sesuatu masalah atau menghasilkan
ciptaan baru.
7. Pemikiran Reflektif:

Daya berfikir yang memerlukan seseorang menggabung
jalin idea-idea dengan pengalaman lalu atau terkini
menerusi proses penilaian kendiri, penyoalan kendiri,
bagi menghasilkan sesuatu keputusan/jawapan
kepada permasalahan.

Pemikiran reflektif diguna untuk menilai semula
keberkesanan tindakan yang diambil dan membuat
cadangan penambahbaikan hasil daripada pemikiran
reflektif tersebut.
1. Aktiviti pembelajaran perlu menggalakkan murid
berhujah, mengkritik,dan memberi kebebasan
mengeluarkan pendapat yang berbeza daripada
pandangan orang lain.

2. Pendidikan berorientasikan isu, dilema dan konflik
sangat penting bagi mendedahkan murid kepada
pengalaman sosial serta menjadikan mereka lebih
kritikal.

3. Galakkan mereka berfikir daripada menerima bulat-
bulat apa yang dipelajari.

4. Aktiviti pembelajaran bermula dari tahap pemikiran
yang rendah kepada yang tinggi (berpandukan
taksonomi berfikir).



5. Galakkan murid membuat,merekacipta, mengubah
suai dan meneroka sesuatu yang berlainan.


6. Sedikan ruang untuk proses pembelajaran yang
berbentuk penyelidikan, ujikaji, projek serta
penyiasatan.

7. Guru perlu mengamalkan teknik menyoal yang
dapat mengembangkan kemahiran berfikir iaitu;
- soalan mengingat kembali
- soalan aplikasi
- soalan menilai
- soalan membuat keputusan

8. Pengkritikan diri (self criticism) unsur kritikan
perlu dilakukan agar dapat mengembangkan minda
murid secara lebih kritis.

9. Menyediakan ruang kepada murid untuk melahirkan
perasaan dalam pelbagai cara dan tindakan yang
terkawal.
10. Meningkatkan daya taakulan, keativiti, imaginasi,
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

11. Menekankan kewarasan dan rasionaliti dalam
membuat pertimbangan dan keputusan.

12. Penekanan pengajaran kepada penyelesaian
masalah yang membincangkan isu kritikal,
pemikiran logikal, mendapatkan insight tentang isu
yang tersirat, membuat pendedahan dan sebagainya.

13. Terima pandangan murid yang bercanggah dan
pandangan yang berbeza
.

14. Galakkan budaya membaca kerana membaca
adalah usaha yang berkesan untuk mengembangkan
pemikiran.

15. Kemahiran menulis seperti mengambil nota, membuat
nota, menyalin maklumat dan sebaginya turut
membantu kemahiran berfikir kerana kecekapan
menulis bergantung kepada kecekapan mengingat dsb.

Anda mungkin juga menyukai