Anda di halaman 1dari 3

Terdapat pelbagai program di sekolah rendah sekarang ini yang berorientasi

pemulihan. Antaranya ialah pemulihan dalam kelas, KIA2M dan PROTIM.


Kesemua program pemulihan memerlukan kaedah individu yang mana guru
yang terlibat perlu membuat perancangan yang rapi dalam pendekatan
pengajaran dan pembelajaran mereka. Bincangkan kebaikan dan keburukan
yang diperoleh pelajar yang berada di kelas tersebut dan apakah cabaran
yang dihadapi oleh guru yang mengajar kelas tersebut. (unit 7)

PROTIM pula adalah sebahagian daripada sejarah hidup Program PEMULIHAN.


PROTIM mempunyai maksud dan tujuan yang sama dengan PEMULIHAN.
PROTIM bagi Tahun 6 pula dijalankan selepas murid-murid selesai menduduki
peperiksaan UPSR.

Salam sejahtera
Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) bertujuan untuk
membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam
Bahasa Melayu pada tahun satu. Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka
yang lambat atau belum menguasai kemahiran asasmembaca dan menulis. Mereka ini
bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang
hanya perlukan pemulihan dalam kelas.
Program Pemulihan pula dilaksanakan setelah murid dicalonkan, melalui ujian saringan
dan diagnostik. Biasanya murid yang terlibat adalah tahun 2 dan 3. Namun demikian,
untuk murid tahun 4 dan 5, bergantung kepada budi bicara guru Pemulihan dan
rundingan dengan semua pihak dalam organisasi.
PROTIM dilaksanakan di sekolah bagi murid yang juga menghadapi masalah 2M dalam
kategori aras rendah. Sasaran program PROTIM ini adalah untuk murid tahun 4, 5 dan 6
pada mulanya. Di bawah modul yang sama, murid dikehendaki menjalani satu ujian
tapisan. Murid yang gagal mencapai sekurang-kurangnya 90 daripada 100 markah
akan terlibat dalam program PROTIM ini.
Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai
dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan
seberapa segera yang boleh. Strategi berikut boleh digunakan mengikut kesesuaian.

Salam sejahtera,
Perkembangan pendidikan Malaysia berubah selaras dengan peredaran zaman dari
semasa ke semasa. Perkembangan pendidikan di Malaysia bermula dari zaman
sebelum penjajahan Inggeris, semasa penjajahan Inggeris dan zaman selepas merdeka
seterusnya ke abad ke-21. Sebelum zaman penjajahan Inggeris, pendidikan diajar
secara tradisional dan turun-temurun sahaja. Pada zaman penjajahan Inggeris,
pengamalan dasar pecah dan perintah sekolah vernakular diperkenalkan. Pada Perang
Dunia Kedua, Sekolah Nihongo dibuka oleh tentera Jepun. Sebelum dan semasa
kemerdekaan beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem
pendidikan di Malaysia dengan tujuan untuk mewujudkan perpaduan nasional.
Salam sejahtera,
Saya setuju dengan pandangan cikgu. Pengajaran dan pembelajaran adalah
merupakan aktiviti yang saling berkait, yang mana secara bersama dalam satu ruang
masa. Guru mewakili pengajaran dan murid mewakili pembelajaran, tanpa guru maka
tiada murid, maka tiadalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Perspektif pengajaran terbahagi kepada dua iaitu Perspektif Objektivis dan
Perspektif Konstruktivis. Terdapat 3 teori penting dalam Perspektif Objektivis iaitu teori
Behaviorisme, Sibernetik Dan Kognitif. Selain itu,

3 teori penting dalam Perspektif

Konstruktivis ialah Pembanguan Mental, Humanis dan Pembelajaran Sosial.


Pembelajaran pula dikelasifikasikan kepada 3 domain iaitu domain kognitif,
domain afektif dan domain psikomotor. Tiga Model Pembelajaran yang diperkenalkan
iaitu Behaviourisme di mana murid dianggap suatu bekas yang perlu diisi dengan ilmu
pengetahuan melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran tetapi ini merupakan
pembelajaran yang pasif. Yang kedua ialah Konstruktivisme, murid dianggap
mempunyai ilmu dan mempunyai keupayaan untuk membina ilmu pengetahuan. Model
pembelajaran

yang

ketiga ialah

Pembelajaran

Berasaskan Pengalaman yang

mengatakan kefahaman dapat dibentuk melalui pengalaman yang dilalui. Pusingan


Pembelajaran Kolb memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran berasaskan
pengalaman. Yang keempat ialah Teori Pelbagai Kecerdasan yang dikemukakan oleh
Howard Gardner. Katanya setiap individu mempunyai perbezaan keupayaan dan

potensi, guru perlu mengenal pasti kecenderungan murid dan menyesuaikan cara
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan lapan laluan pembelajaran.
Pelbagai kaedah boleh digunakan supaya proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku dengan berkesan. Kaedah-kaedah ini termasuklah kaedah Pembelajaran
Secara Kelas, Pembelajaran Secara Kumpulan dan Pembelajaran Secara Individu
mengikuti keperluan kandungan pengajaran dan murid-murid. Selepas proses
pengajaran, guru juga perlu mengadakan kaedah pemulihan untuk murid yang tidak
dapat menguasai pelajaran dan aktiviti pengayaan untuk murid-murid yang mempunyai
penguasaan kecekapan dan kemahiran yang tinggi. KSSR pula memerlukan kaedah
pengajaran belajar sambil bermain, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran luar
bilik darjah dan lain-lain. Bagi kelas bercantum pula, kaedah pengajarannya adalah
berbeza sekali, guru perlu memilih dan merancang strategi pengajaran yang sesuai
termasuklah penyusunan bilik darjah, jagual waktu pelajaran dan sebagainya agar tidak
menjejaskan pembelajaran murid dari darjah yang berlainan.

Salam sejahtera,
Saya setuju dengan pandangan cikgu.
Pendekatan secara kelas perlu juga dijalankan supaya murid dapat melibatkan diri dan
meningkatkan keyakinan diri dalam aktiviti berkumpulan yang lebih besar. Aktiviti ini
lebih sesuai dijalankan di awal dan di akhir waktu belajar.
Konsep pengajaran dan pembelajaran berkumpulan berasaskan kepada perubahan
strategi pengajaran yang berpusatkan guru kepada strategi yang berpusatkan
murid.Kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada murid yang menghadapi masalah
yang sama atau hampir sama dibentuk. Guru menjalankan pengajaran dengan
menggunakan modul pengajaran yang disediakan.
Guru haruslah menumpukan perhatian kepada murid secara individu bagi membantu
membimbing untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Selain itu bantuan daripada
rakan sebaya juga boleh digunakan jika perlu

Anda mungkin juga menyukai