Anda di halaman 1dari 28

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

BTPE SEMESTER 6/ SEPTEMBER 2018

HBML 1103

PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

NAMA : CHONG YOK LIN


NO. MATRIKULASI : 820311065412001
NO. KAD PENGENALAN : 820311-06-5412
NO. TELEFON : 017-9373184
E-MEL : yoklin82@gmail.com
PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN TEMERLOH

0
Isi kandungan

Bil. Perkara m/s


1.0 Pengenalan 2-3

2.0 Jenis Ujian/ Penilaian; cara mengatasi & langkah-langkah menyediakan 4-19
murid bagi kesediaan membaca

3.0 Aktiviti P&P dalam kelas & bahan bantu mengajar 20-22

4.0 Kesimpulan 23-24

5.0 Rujukan 25

6.0 Lampiran 26-27

1
1.0 PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010, "baca" didefinisikan sebagai melihat isi sesuatu
yang tertulis atau tercetak dengan cara meneliti dan memahami makna dan tujuan isi tersebut. Tokoh
bahasa popular, Kenedy (1981) mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk
mengecam bentuk visual yang menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna bentuk tersebut
dengan bunyi atau makna yang diketahui berdasarkan pengalaman atau pengetahuan kemudian dapat
mentafsirkan serta memahami maksudnya.

Terdapat beberapa tokoh bahasa tempatan juga memberi definisi tentang membaca. Mahzan
Arshad (2008:158) mendefinisikan membaca sebagai suatu proses yang dilakukan oleh para pembaca
bagi membentuk atau memberikan makna terhadap teks yang dibacanya sebelum bertindak membuat
sesuatu keputusan. Menurut Siti Hajar Abd Aziz (2009:143), membaca ialah satu tindakan
komunikasi, iaitu satu proses berfikir yang melibatkan idea, kenyataan dan perasaan yang
disampaikan oleh penulis kepada pembaca melalui perantara lambing-lambang bahasa. Menurut
Dr. Tuan Jah Bt. Tuan Yusof (2014:139), membaca ialah memindahkan tulisan kepada suara untuk
menangkap makna dan memahami apa yang dibaca. Pendek kata, membaca membawa tujuan
menyatakan tulisan, mendapatkan isi dan ilmu yang bertulis dan memahami kandungan ilmu tersebut.

Kepentingan membaca dinyatakan dalam wahyu pertama (al-‘Alaq: 1-5) yang diturunkan
kepada Rasulullah (s.a.w). Agama Islam memberi perhatian yang penting kepada aspek membaca
sejak seribu empat ratus tahun yang lalu. Agama Islam menekankan membaca merupakan syarat
utama untuk manusia mendapat ilmu serta mencapai keilmuan dan kemajuan di dunia dan akhirat.
Kemahiran membaca merupakan kemahiran utama yang mesti dikuasai oleh murid-murid selepas
menguasai kemahiran mendengar dan bertutur. Kemahiran membaca terkandung dan merupakan
salah satu objektif yang penting dalam dokumen standard kandungan pembelajaran pada peringkat
sekolah rendah dan sekolah menengah.

Sebelum kanak-kanak dapat membaca dengan lancar, guru perlu merancangkan dan
menjalankan peringkat kesediaan membaca untuk mereka. Peringkat kesediaan membaca adalah
peringkat penguasaan membaca pada peringkat tadika atau tahap satu sekolah rendah. Kesediaan
membaca bermaksud kemampuan seseorang untuk menerima pengajaran dari segi mental, emosi dan
fizikal. Kesediaan membaca melibatkan sebarang aktiviti yang perlu dititikberatkan dan dijalankan

2
sebelum sesuatu peringkat bacaan dimulakan, sama ada pada peringkat mendirikan asas,
mengukuhkan asas mahupun peringkat-peringkat membaca lain yang lebih tinggi. 

Sepanjang pelaksanaan tugasan tentang kesediaaan membaca ini, saya mendapati terdapat
langkah yang perlu dilaksanakan sebelum peringkat kesediaan membaca bagi tujuan mengenal pasti
sama ada murid-murid bersedia menguasai kemahiran membaca berdasarkan enam faktor , iaitu:
(a) Keadaan jasmani atau fizikal
(b) Pengalaman dan persekitaran
(c) Emosi, motivasi dan sahsiah
(d) Kecerdasan dan perkembangan kognitif
(e) Daya diskriminasi
(f) Penguasaan bahasa.

Dalam tugasan ini, saya akan menjelaskan jenis ujian, cara mengatasi kemahiran membaca
dan langkah-langkah menyediakan murid di peringkat kesediaan membaca serta aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang dapat membantu peningkatan pembacaan murid di kelas dengan secara
terperinci.

3
2.0 JENIS UJIAN / PENILAIAN KESEDIAAN MEMBACA

Apabila murid baru masuk ke alam persekolahan, iaitu tadika atau tahap satu sekolah rendah,
guru hendaklah mengenal pasti kebolehan dan keupayaan murid dalam kemahiran membaca. Selain
daripada menyiasat dan mengetahui latar belakang murid secara terperinci, guru perlu membuat ujian
atau penilaian yang bersesuaian demi mengenal pasti tahap kebolehan membaca dalam kalangan
murid.

Tahap kebolehan membaca sentiasanya berlainan dalam kalangan murid. Di sekolah, guru
perlu menentukan dan melaksanakan pelbagai cara untuk menilai tahap kebolehan membaca murid.
Cara penilaian yang diaplikasikan selalunya berbeza antara murid dan perlu mengikut tahap
kebolehan murid dan kesesuaian bahan yang digunakan untuk menguji murid. Guru boleh bermula
menguji tahap kebolehan membaca murid dengan menggunakan aras kemahiran yang paling asas
dulu hingga ke aras yang lebih tinggi. Contonya, guru meminta murid membunyikan huruf vokal dan
kosonan diikuti dengan menyebut suku kata mudah, dua suku kata dan seterusnya lebih banyak suku
kata, perkataan, frasa, ayat, perenggan sehingga bacaan petikan.

Tahap kebolehan membaca harus bermula dengan mengenal huruf dan membunyikan huruf,
sebelum membunyikan suku kata. Jika murid menghadapi masalah susah menyebut atau mengingati
bunyi huruf atau suku kata, guru boleh menggunakan kaedah nyanyian. Guru boleh membimbing
murid-murid melagukan bunyi-bunyi itu. Kajian menunjukkan kaedah melagukan bunyi huruf lebih
berkesan dan lebih senang diingati oleh murid-murid. Kaedah nyanyian juga dapat menarik minat
belajar murid-murid kerana aktiviti nyanyian amat menyeronokkan dan tidak membosankan murid-
murid.

Ujian atau penilaian kesediaan membaca menjadi betapa pentingnya kerana ujian atau
penilaian yang dilaksanakan kepada murid-murid diharapkan dapat membantu dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca dapat dijalankan dengan lancar dan teratur di bilik
darjah. Dengan ujian tersebut, guru dapat mengesan masalah atau keadaan sebenar yang sedang
dihadapi oleh murid-murid,seterusnya langkah-langkah atau tindakan-tindakan yang wajar dapat
diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut.

4
Terdapat 4 jenis ujian yang boleh dilaksanakan, iaitu instrumen saringan literasi 2.0, ujian
diagnostik bahasa, instrumen pengesanan murid bermasalah pembelajaran dan ujian pengamatan.
Ujian pertama yang saya pilih ialah instrumen saringan literasi 2.0. Instrumen saringan literasi 2.0
bertujuan untuk menguji dan mengesan tahap kebolehan atau penguasaan murid-murid dalam
kemahiran asas Bahasa Melayu. Instrumen saringan literasi 2.0 mengandungi 12 konstruk. Konstruk
tersebut menguji keupayaan atau tahap penguasaan kemahiran membaca dan menulis murid-murid
merangkumi kemahiran berikut:
(a) Huruf vokal dan konsonan
(b) Suku kata terbuka
(c) Perkataan suku kata terbuka
(d) Suku kata tertutup
(e) Perkataan yang mengandungi suku kata tertutup
(f) Perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ‘ng’
(g) Perkataan yang mengandungi diftong
(h) Perkataan yang mengandungi vokal berganding
(i) Perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung
(j) Perkataan berimbuhan awalan dan akhiran
(k) Ayat mudah dan bacaan pemahaman

Saya memilih instrumen saringan literasi 2.0 kerana berpendapat bahawa kemahiran yang
diuji dalam konstruk tersebut dapat dijadikan panduan dalam membantu saya untuk mengenal pasti
tahap penguasaan murid-murid dalam kemahiran membaca. Saya dapat membuat perancangan yang
sistematik dan persediaan awal untuk pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca kepada
murid-murid. Oleh itu, murid-murid dapat belajar dengan berkesan dan memperoleh ilmu bahasa
secara optimum.

5
Selain itu, saya menggunakan ujian diagnostik bahasa untuk menguji kebolehan membaca
dalam kalangan murid. Ujian diagnostik bahasa bertujuan untuk mengesan tahap penguasaan murid-
murid dalam kemahiran asas membaca sekiranya mendapati murid-murid tersebut lemah dalam
kemahiran membaca asas. Ujian diagnostik tersebut menguji tahap penguasaan kemahiran membaca
murid dari segi 32 kemahiran (Lampiran). Melalui ujian diagnostik bahasa, guru dapat mengesan
masalah dan kesilapan yang dilakukan oleh murid seperti berikut:
i. sukar mengeja perkataan mudah
ii. sering mengeja perkataan yang tiada langsung kaitan makna dengan perkataan asal
iii. kerap melakukan kesalahan menyusun abjad dalam perkataan, menggabung suku kata secara
terbalik keliru membezakan bunyi abjad yang hampir sama dalam suku kata

Di samping itu, ujian diagnostik bahasa juga membolehkan guru untuk mengenal pasti kesalahan
yang kerap dilakukan oleh murid semasa membaca seperti
i. tidak menghiraukan tanda bacaan;
ii. menggugurkan perkataan;
iii. menambah perkataan pada bacaannya;
iv. melangkau baris.
v. mengalami kesukaran dalam membaca perkataan yang mempunyai vokal berganding, diftong
vi. sukar membaca ayat panjang

Ujian diagnostik bahasa berbentuk ujian kemahiran secara berperingkat dari aras rendah
hingga aras tinggi digunakan kerana guru dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid-murid
dalam kemahiran membaca dengan berkesan. Kemahiran membaca seperti keupayaan menyebut
huruf atau perkataan, seterusnya ke peringkat yang lebih lanjut, iaitu membaca frasa, ayat dan
petikan.

Dengan penggunaan ujian diagnostik bahasa, guru berkesempatan menilai tahap kebolehan
dan kemahiran membaca murid dan mengambil langkah penyelesaian atau program intervensi yang
sepatutnya untuk membantu menyelesaikan atau meningkatkan kemahiran membaca murid-murid
pada peringkat yang awal supaya mereka tidak akan ketinggalan berbanding dengan rakan sebaya
mereka dan bermasalah pembelajaran semasa belajar di tahap 2 di sekolah.

6
Akhir sekali, saya membuat penilaian terhadap murid-murid dengan menggunakan ujian
pengamatan dan instrumen pengesanan murid bermasalah dalam pembelajaran. Ujian pengamatan dan
instrumen pengesanan murid bermasalah dalam pembelajaran bertujuan untuk mengesan dan
mengenal pasti faktor-faktor ketinggalan atau ketidakcapaian tahap kebolehan membaca murid-
murid. Faktor utama kelemahan membaca yang dikesan biasanya berpunca dari segi keadaan fizikal
dan mental murid-murid.

Tahap penguasaan kemahiran asas perkembangan individu dan tahap penguasaan kemahiran
mengeja, membaca dan menulis murid-muird boleh dikenal pasti melalui ujian tersebut. Contohnya,
murid mempunyai masalah dalam bertutur, tidak boleh menjawab secara lisan soalan kefahaman
daripada bahan yang diperdengarkan dalam bahasa yang difahami, mengalami masalah tingkah lagu
dan mempunyai daya tumpuan yang singkat.

Ujian pengamatan dan instrumen pengesanan murid bermasalah dalam pembelajaran tersebut
bukan sahaja dapat menilai dan mengesan murid dari segi masalah membaca tetapi juga masalah
penglihatan, pendengaran, fizikal dan mental yang memberi kesan kepada keupayaan murid-murid
semasa belajar membaca. Oleh itu, guru dapat mengelakkan masalah ketinggalan murid yang
mempunyai masalah pembelajaran atau mengenal pasti murid yang sepatutnya perlu dimasukkan ke
kelas pemulihan atau pendidikan khas. Contohnya,ciri-ciri atau tanda-tanda masalah pendengaran
murid yang boleh dikenal pasti adalah seperti berikut:

i. tidak boleh bertindak balas terhadap bunyi


ii. tidak boleh mengajuk bunyi yang didengar
iii. tidak boleh menunjuk arah bunyi yang didengar

Contohnya,tanda-tanda masalah penglihtan murid yang boleh dikenal pasti adalah seperti
berikut:
i. Murid merapatkan buku ke muka ketika membaca
ii. Bacaan Ujian Snellen E ( Mata kiri 6/9 atau lebih dan mata kanan 6/9 atau lebih )

7
Menerusi ujian pengamatan, guru dapat memastikan murid-murid yang mempunyai sebab
masalah fizikal dan mental yang mempengaruhi murid-murid dalam kebolehan kemahiran membaca
diberi perhatian awal atau perhatian yang sepatutnya di sekolah. Hal ini penting kerana membolehkan
pihak sekolah atau guru memang mengenal pasti atau mempunyai gambaran jelas tentang masalah
pembelajaran yang dihadapi oleh murid dengan tepat. Dengan ini, masalah buta huruf dalam kalangan
murid dapat diatasi selaras dengan matlamat dasar sifar buta huruf yang dihasratkan oleh pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cara-cara Mengatasi Masalah Kemahiran Membaca

Apabila murid menghadapi masalah kemahiran membaca, guru harus berikthiar cara
penyelesaian yang mempunyai ciri-ciri seperti bersesuaian dengan tahap kebolehan murid, mudah
difahami, diingati dan dipelajari oleh murid-murid. Guru perlu menentukan jenis teknik atau kaedah
penyelesaian yang berkesan untuk meningkatkan tahap kebolehan membaca murid. Cara mengatasi
masalah itu berbeza antara murid dan antara guru dengan syarat mestilah bersesuaian dengan tahap
kebolehan membaca murid. Cara penyelesaian tersebut tidak boleh terlalu susah atau rumit tetapi
mudah diaplikasikan oleh murid. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca harus bermula
dengan mengenal huruf dan membunyikan huruf, sebelum membunyikan suku kata, menyebut
perkataan dan rangkai kata serta membaca ayat dan petikan.

Sepanjang tugasan ini, saya berpendapat bahawa terdapat beberapa kaedah yang sangat sesuai
untuk mengajar murid-murid membaca, iaitu Kaedah Abjad, Kaedah Fonik, Kaedah Gabungan
Bunyi Kata, Kaedah Cerakin, Kaedah Pandang dan Sebut dan Kaedah Gabung Jalin dan Kaedah
Didik Hibur.

8
Kaedah Abjad
Kaedah abjad merupakan cara yang paling mudah untuk memperkenalkan kemahiran asas
membaca kepada murid, iaitu mengenal huruf. Murid-murid dibimbing mengenal semua huruf secara
nyanyian Lagu Abjad. Contohnya, semasa murid menyanyikan Lagu Abjad, guru akan memaparkan
kad huruf abjad supaya mereka dapat melihat huruf yang disebutnya itu. Jika murid susah menyebut
atau mengingati bunyi huruf atau suku kata, saya bercadang untuk menggunakan kaedah nyanyian,
iaitu melagukan bunyi-bunyi itu. Terdapat kajian yang menunjukkan kaedah melagukan bunyi huruf
lebih berkesan. Hasil kajian yang lalu telah menunjukkan bahawa muzik dapat meningkatkan
kemahiran membaca dan menulis. Lagu didapati membantu kanak-kanak dalam mengenali teks
secara lebih berkesan berbanding dengan pertuturan ( Colwell, 1994, Register, 2001 dan Standley &
Hughes, 1997). Selain itu, hasil kajian Droscher (2006) mendapati bahawa pendedahan terhadap
muzik mempercepat umur membaca, IQ dan perkembangan mental.

Guru juga boleh menggunakan permainan kotak muzik beracun di mana lagu akan dipasang
dan diberhentinkan secara tiba-tiba dan sampai budak yang memegang kotak itu akan memilih kad
huruf dan menyebut huruf tersebut. Permainan ini juga boleh dijalankan dengan meminta seorang
murid memilih satu huruf dalam kotak tersebut dan menunjukkan kepada kawan yang lain untuk
menyebut huruf tersebut.

Kaedah Fonik
Kaedah fonik atau dikenali sebagai Kaedah Bunyi Huruf sesuai digunakan untuk mengajar
murid yang mula-mula belajar menyebut suku kata. Kaedah tersebut digunakan semasa murid masih
tidak tahu membunyikan sesuatu huruf atau keliru terhadap bunyi huruf-huruf.

Murid-murid dibimbing mempelajari tentang hubungan antara simbol (huruf) dengan bunyi
supaya mereka dapat membunyikan atau membaca suku kata dan perkataan. Murid-murid
mempelajari bunyi-bunyi huruf daripada guru. Murid-murid akan menghubungkaitkan lambang huruf
dengan bunyinya. Contohnya, “a” dibunyikan ‘aaaa…..’, “b” dibunyikan “be” dan “u” dibunyikan”
‘uuuu…….’.

Murid-murid juga dibimbing mencantumkan dua huruf untuk membina dan membunyikan
suku kata. Teknik membunyikan suku kata boleh menggunakan cara gabungan bunyi dua huruf
seperti yang berikut:
9
b + a = ba k + a = ka
p + a = pa k + i = ki
b + o = bo m + a = ma
l + a= la d + u = du

Kaedah Gabungan Bunyi Kata


Kaedah Gabungan Bunyi Kata digunakan kerana lebih mudah dan sesuai untuk mengajar
murid-murid membaca. Hal ini demikian kerana terdapat sebahagian besar perkataan Bahasa Melayu
terdiri daripada perkataan yang mempunyai suku kata dan sistem ejaan Bahasa Melayu adalah
berpandukan bunyi.

Selepas murid-murid menguasai abjad dan bunyi huruf, guru boleh mula mengajar murid-
murid mengeja suku kata mudah atau terbuka seperti ‘ba bi bu be bo’ hingga ‘za zi zu ze zo’.
Pembelajaran ini boleh dimulai dengan memperkenalkan bunyi tiga huruf vokal yang mudah iaitu ‘a’,
’i’ dan ‘u’ kepada murid-murid.

Kemudian, murid-murid dibimbing mencantumkan huruf-huruf tersebut dengan huruf-huruf


konsonan seperti ‘b’, ‘c’, ‘k’, ‘l’, ‘m’ dan sebagainya untuk membentuk suku kata seperti ‘ba bi bu
be bo’, ‘ca ci cu ce co’ dan ‘ma mi mu me mo’. Seterusnya suku kata-suku kata ini dicantumkan pula
sesamanya untuk membentuk perkataan yang bermakna atau mendapat rima bunyinya.

Setelah murid-murid tahu hubungan antara huruf-huruf dengan bunyinya, suku kata pula
dicantumkan dengan suku kata yang lain untuk membentuk perkataan yang membawa maksud.
Misalnya,‘ba’, ‘pa’, ‘bo’, ‘la’, ‘ka’, ‘ki’, ‘ma’, ‘du’ dan sebagainya. Kemudian, suku kata akan
digabungkan dengan suku kata yang lain untuk dijadikan perkataan seperti ‘bapa’, ‘bola’, ‘kaki’ ,
‘duri’ dan sebagainya.

Teknik membaca perkataan boleh mengikuti seperti cara gabungan dua bunyi suku kata yang
berikut:
ba + pa = bapa
bo + la = bola
ka + ki = kaki

10
ma + du = madu
ta + li = tali

Untuk memudahkan lagi murid mengeja dan menyebut mengikut bunyi kata, setiap suku kata
sesuatu perkataan itu akan ditulis dengan warna yang berbeza.

Apabila murid telah berupaya menyebut huruf, suku kata dan perkataan, guru baru boleh
mengajar murid-murid untuk menyebut frasa perkataan. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
perlu dilaukan secara berperingkat supaya murid-murid memang berupaya menguasai kemahiran dari
aras rendah ke aras tinggisebelum belajar sesuatu kemahiran yang baharu.
Frasa dibentuk seperti cara gabungan dua perkataan seperti proses yang berikut:
Bapa + saya = bapa saya
Bola + adik = bola adik
Kaki + luka = kaki luka
Madu + lebah = madu lebah
Tali + pinggang = tali pinggang
Cara yang sama digunakan oleh guru untuk mengajar murid-muird membaca ayat seperti
‘Lili ada kuda’, ‘Mina main bola’, ‘Bapa Abu ada kereta’ dan seterusnya petikan pendek
seperti berikut:

Bapa Mina.
Bapa ada kereta.
Warna kereta bapa biru.
Bapa cuci kereta selalu.

Dengan kaedah ini, guru mengajar murid dari kemahiran membunyikan huruf dan suku kata
sehingga aras yang lebin tinggi seperti membaca ayat mudah, ayat tunggal, ayat majmuk, perenggan
dan seterusnya petikan. Guru perlu mendedahkan kaedah belajar membaca secara beransur-ansur atau
berperingkat, iaitu dari aras senang ke aras sederhana dan dari aras sederhana ke aras susah. Cara ini
penting untuk menarik minat murid-murid belajar dan memberi motivasi kepada murid-murid supaya
belajar dengan seronok.

11
Kaedah Cerakin

Kaedah cerakin merupakan kaedah membaca yang berdasarkan cara mencerai-ceraikan


keseluruhan perkataan kepada dua bahagian suku kata atau lebih bahagian suku kata. Kaedah ini
digunakan supaya murid dapat mengeja dan membaca huruf, suku kata, perkataan dan ayat dengan
baik.
Contohnya, daripada satu perkataan, murid diminta mencerakinkan perkataan kepada suku
kata yang akan disebut oleh murid secara berasingan atau satu per satu seperti berikut:
Mata = ma + ta
Menara = me + na + ra
Cabaran = ca + ba + ran

Frasa dan ayat juga dapat dicerakinkan melalui Kaedah Cerakin. Guru membimbing murid-
murid mencerakinkan frasa atau ayat kepada beberapa perkataan bagi memudahkan murid untuk
membaca. Terdapat 4 peringkat latihan yang boleh diberikan guru kepada murid-muridnya seperti :
latihan menyebut perkataan, latihan membatangkan perkataan kepada sukukata, latihan membina dan
menyebut semula perkataan yang sama serta latihan membina dan membaca ayat yang lengkap.
Contoh frasa atau rangkai kata yang dicerakin adalah seperti berikut:
Bola sepak = bola + sepak
Tukang kayu = tukang + kayu
Menara Kuala Lumpur = Menara + Kuala + Lumpur

Contoh ayat yang dicerakinkan adalah seperti berikut:


Budak itu adik saya. = Budak + itu + adik + saya
Azis bekerja sebagai peguam. = Azis + bekerja + sebagai + peguam
Mike mendapat tempat pertama. = Mike + mendapat + tempat + pertama

Daripada beberapa perkataan,guru akan membatangkan perkataan tersebut mengikut suku


kata tertentu dan seterusnya memperkenalkan satu persatu huruf yang terdapat dalam setiap suku
12
kata. Keedah ini sebenarnya telah mempermudahkan lagi guru untuk mengajar menggunakan
membaca dengan betul. Kaedah tersebut sebenarnya telah menggunakan teknik bridging down
dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca.

Bridging down bermaksud guru menurunkan aras membaca bersesuaian dengan tahap
kebolehan membaca murid, contohnya, daripada ayat kepada rangkai kata, rangkai kata kepada
perkataan dan perkataan kepada suku kata sehingga suku kata kepada huruf sekiranya murid-murid
tidak dapat menguasai kemahiran membaca. Dengan cara ini , murid dapat belajar membaca secara
beransur-ansur atau berperingkat manakala guru dapat mengenal pasti sama ada murid telah
menguasai huruf, bunyi huruf dan suku kata.

Kaedah Pandang dan Sebut

Kaedah Pandang dan Sebut atau dikenali sebagai Kaedah Seluruh Perkataan boleh digunakan
untuk membimbing murid mengeja dan menyebut perkataan dengan bantuan bahan bantu mengajar,
iaitu berdasarkan kad imbasan. Kaedah ini terus mengajar murid-murid menyebut perkataan dan
bukan huruf atau suku kata. Semasa kad imbasan ditunjukkan kepada murid-murid, mereka akan
menyebut perkataan tersebut mengikuti guru dan murid-murid akan berulang menyebut perkataan
tersebut beberapa kali sehingga menguasai sebutan perkataan itu. Misalnya, guru mengajar perkataan
KVK ialah dengan menunjukkan gambar atau benda maujud bersama kad perkataan.
Contoh pengajaran perkataan KVK berdasarkan kaedah ini adalah seperti berikut:

Untuk membantu murid mengeja dan menghafal perkataan tersebut, murid-murid juga akan
dibimbing oleh guru untuk menyanyikan lagu KVK yang mengandungi perkataan-perkataan tersebut.
13
Semasa menyanyi, gambar-gambar atau benda maujud perkataan tersebut akan ditunjukkan kepada
murid-murid. Pada masa yang sama, murid-murid menyanyikan lagu sambil menguasai ejaan,
sebutan dan tulisan perkataan yang dipelajari.

Kaedah Gabung Jalin

Kaedah Gabung Jalin merupakan kaedah pengajaran yang diperkenalkan oleh H.G
Widdowson, dibentuk berdasarkan teori pengajaran pendekatan komunikatif. Prinsip pengajaran
Kaedah Gabung Jalin menekankan fungsi bahasa sebagaimana yang benar-benar berlaku dalam
komunikasi bahasa.
Kaedah ini juga penting dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca murid-murid.
Sebagai contoh, apabila guru hendak mengajar murid-muird tentang perkataan V+KVK
(‘ayam’, ‘itik’, ‘ulat’, ‘ekor’ dan ‘otak’) berpandukan Kaedah Gabung Jalin, guru akan memulakan
pengajaran dengan melatih murid-murid membunyikan bunyi vokal mudah (‘a’, ‘i’, ‘u’, ‘e’ ,’o’)
terlebih dahulu. Kemudian diikuti dengan suku kata tertutup (‘yam’,‘tik’, ‘lat’, ‘kor’, ‘kor’).
Seterusnya, murid-murid juga dibimbing menyanyikan Lagu Abjad dan menyebut perkataan
berdasarkan kad imbasan. Keseluruhannya, pengaplikasian Kaedah Abjad, Kaedah Fonik, Kaedah
Gabungan Bunyi Kata dan Kaedah Pandang dan Sebut dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang
sama dikenali sebagai Kaedah Gabung Jalin.
Penggunaan Kaedah Gabung Jalin dapat mengelakkan kebosanan murid-murid dalam
pembelajaran kemahiran membaca. Selain itu, kaedah tersebut juga memudahkan guru mengajar
murid-murid yang mempunyai tahap penguasaan kemahiran membaca yang berlainan agar dapat
menguasai kemahiran membaca dengan baik.

Kaedah Didik Hibur


Kaedah Didik Hibur merupakan kaedah yang sangat popular pada masa kini setelah KSSR
dilaksanakan. Kaedah Didik Hibur sangat mengutamakan unsur belajar secara didik hibur dan teknik
pembelajaran abad ke-21 yang melibatkan aktiviti pembelajaran yang berunsur kepelbagaian. Guru
digalakkan menggunakan bahan bantu mengajar yang berunsur didik hibur seperti rakaman lagu
( audio ) daripada cakera padat, rakaman video, bahan rujukan Internet atau perisian interaktif seperti
hot potato, permainan teka silang kata atau jigsaw puzzle dan paparan power-point tentang
pembelajaran bahasa. Contohnya, murid boleh belajar membaca dan mencipta lirik lagu berdasarkan
14
huruf, suku kata dan perkataan yang diajar dan murid-murid boleh bernyanyi dalam kumpulan.
Melalui kaedah ini, murid-murid akan berasa seronok dan berminat untuk belajar bahasa dan
memahami isi pelajaran dengan lebih mudah.

Langkah-langkah Menyediakan Murid Bagi Kesediaan Membaca

Maksud kesediaan membaca ialah peringkat sebelum murid-murid melakukan aktiviti


pembacaan. Peringkat kesediaan membaca meliputi aktiviti peringkat awal atau persiapan yang perlu
diadakan sebelum murid-murid mempelajari kemahiran membaca daripada guru.

Pada peringkat kesediaan membaca, aktiviti perlu bersifat intervensi awal bagi mengurungkan
kesan sesuatu yang kurang keupayaan dalam proses pembelajaran kemahiran membaca demi
mengelakkan masalah ketinggalan pembelajaran menjadi lebih ketara berbanding dengan tahap
penguasaan kemahiran membaca rakan-rakan sebaya.

Aktiviti kesediaan membaca merupakan langkah untuk menyediakan seseorang kanak-kanak


kepada peringkat pramembaca. Oleh itu, tahap ini merupakan satu tempoh masa menyediakan murid
untuk membaca. Penyediaan aktiviti pembelajaran perlu dilakukan dengan tujuan memberi mereka
pengalaman. Contoh aktiviti prabacaan yang boleh dijalankan untuk murid Tahun Satu di sekolah
ialah aktiviti yang melibatkan diri murid-murid dalam mengenal warna dan bentuk, mengenal gambar
yang berlainan, mengenal dan mengecam huruf sebelum membaca huruf itu.

Pada peringkat awal ini, murid harus didedahkan kepada pelbagai aktiviti yang boleh
menggalakkan dan mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran.
Penekanan ini juga perlu mengutamakan pengalaman belajar yang membolehkan murid membentuk
kelaziman membaca seperti membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah.

Selain itu, guru perlu memastikan kesediaan diri murid untuk belajar membaca. Guru perlu
memastikan semua murid bersiap sedia dan berada di tempat masing-masing untuk memulakan
pembelajaran mereka. Guru hendaklah menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif dan
selamat kepada murid-murid. Guru mestilah memastikan meja dan kerusi murid telah disusun dengan
baik dan teratur. Buku-buku yang digunakan sebelumnya telah disimpan pada tempat yang asal dan

15
keadaan kelas sentiasa bersih dan ceria untuk mewujudkan suasana belajar yang selesa kepada murid-
murid. Murid-murid perlu ditempatkan di tempat berdekatan dengan supaya dapat menarik perhatian
murid sebelum mulakan pengajaran. Arahan guru mesti jelas serta diulangkan beberapa kali agar
mudah difahami dan diikuti oleh murid. Murid juga digalakkan untuk bercakap dan guru tidak
memaksa murid menghafal sesuatu isi pelajaran.

Guru berperanan memastikan sama ada murid-murid telah mengenal huruf atau tidak. Guru
perlu memastikan murid-murid dapat mengenal dan membunyikan huruf a hingga z. Kemudian, guru
perlu mengenal pasti murid-murid telah tahu mencantumkan huruf -huruf agar dapat membentuk
suku kata dan murid-murid boleh murid-murid dapat dan pandai mencantumkan huruf agar ada
bunyi. Proses pembelajaran bahasa berkembang dari aras rendah ke aras tinggi atau dari tahap yang
mudah ke tahap yang susah. Guru dilarang terus mengajar membunyikan suku kata sebelum murid-
murid menguasai bentuk dan bunyi huruf dan vokal.

Pilihan bahan bacaan yang sesuai untuk dibaca oleh murid-murid. Guru juga perlu membuat
pertimbangan dan analisis sama ada mental murid telah bersedia untuk membaca atau belajar untuk
menerima sesuatu ilmu dan pengalaman yang dianggap baharu bagi mereka. Guru haruslah setiap
muridnya telah tahu membunyikan huruf dan suku kata sebelum menyebut perkataan, membaca ayat,
membaca ayat dalam peranggan dan membaca petikan atau bahan bacaan berunsur sastera seperti
puisi, novel dan cerpen.

Guru memainkan peranan yang amat penting sebagai fasilitator bagi murid-murid dalam
melaksankan langkah-langkah menyediakan murid bagi kesediaan membaca. Guru harus bersikap
sensitif dan prihatin terhadap segala keadaan dan masalah semasa yang berkaitan dengan murid. Guru
mestilah mengenal pasti latar belakang atau sejarah diri dan keluarga, tempat tinggal, status dan
hubungan ahli keluarga murid, pekerjaan dan pendidikan ibu bapa murid-murid. Hal ini amat penting
dalam mengenal pasti keadaan, masalah dan kesediaan ilmu yang ada pada diri murid. Misalnya, kita
boleh membuat jangkaan bahawa kebanyakkan murid yang tinggal di bandar biasanya telah
mempunyai pengalaman belajar di tadika dan boleh membaca dengan baik dan lancar. Walau
bagaimanapun, bagi murid yang tinggal di luar bandar, jumlah sebahagian besar daripada mereka
tidak memiliki pengalaman belajar di tadika. Murid-murid tersebut bagai sehelai kertas putih yang

16
tiada sebarang ilmu asas tentang kemahiran asas membaca. Murid-murid tersebut biasanya
menghadapi masalah membaca apabila mereka belajar di Tahun Satu di sekolah.

Bagi mengatasi masalah kemahiran membaca, guru hendaklah memberi perhatian kepada dua
perkara, iaitu perasaan murid dan bahasa murid. Guru perlu sentiasa prihatin dan menjaga perasaan
murid-murid yang tidak mempunyai pengalaman belajar agar dapat menimbulkan keyakinan diri dan
minat mereka untuk bersiap sedia menerima atau belajar sesuatu yang baharu. Guru juga perlu
mengenal pasti latar belakang bahasa setiap murid agar dapat membuat perancangan pengajaran yang
baik dan sesuai dengan tahap kebolehan membaca murid tersebut.

Guru hendaklah mencetuskan kemahiran dan keinginan belajar murid untuk meluaskan lagi
pengalamannya yang sedia ada. Guru juga bertanggungjawab membina tabiat gemar membaca dan
menghargai apa yang dibaca dalam kalangan murid. Guru wajarlah sentiasa melatih murid supaya
boleh memupuk amalan memerhati sesuatu dengan baik dan cuba mengecam sesuatu yang dipelajari
seperti huruf, suku kata dan perkataan. Contohnya, program Nilam, Bacalah Adikku Sayang, Baca
Cepat.

Untuk menyediakan kesediaan membaca murid, guru mestilah selalu mengadakan aktiviti
yang melibatkan murid-murid yang mempunyai ciri-ciri kepelbagaian dan menarik. Dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran, guru boleh mengadakan aktiviti seperti menyanyi, berlakon, bercerita
dan sebagainya untuk memikat hati murid-murid supaya mereka ada minat dan keinginan belajar.
Guru perlu memastikan penglibatan semua murid secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.

Guru hendaklah sentiasa merancang dan memperbanyak lagi aktiviti yang berunsur permainan
dan didik hibur kepada murid-murid untuk menghilangkan kebosanan dan kejemuan murid-murid
yang mungkin timbul dalam jangka masa waktu pembelajaran yang panjang. Misalnya, berbual-bual,
bersoal jawab dengan murid-murid secara tidak formal tentang diri, keluarga, kawan-kawan, hobi dan
makanan kegemaran mereka dan sebagainya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran untuk
mengetahui keadaan fizikal, psikologi, masalah dan perkembangan pembelajaran mereka. Hal ini
perlu diutamakan kerana dapat memudahkan guru untuk membaiki dan memurnikan teknik atau
kaedah pengajarannya untuk meningkatkan prestasi murid-murid.

Pengajaran perbendaharaan kata dan aspek tatabahasa hendaklah ditambah dan diajar kepada
murid-murid dari semasa ke semasa dan secara tidak langsung agar murid-murid mempunyai ilmu
17
asas penggunaan kosa kata dan tatabahasa yang boleh dipraktikkan dalam waktu belajar kemahiran
membaca dan kehidupan harian. Seterusnya, guru juga perlu membina kemahiran asas bahasa murid
melalui pertuturan.

Guru juga harus bersedia dan selalu mengamalkan amalan memberi galakan, pimpinan dan
motivasi yang secukupnya kepada murid-murid supaya mereka mempunyai keyakinan diri, inisiatid
dan sikap mahu bertutur serta mempunyai amalan suka berkongsi ilmu baharu dan pengalaman
mereka dengan rakan-rakan. Melalui amalan tersebut, murid-murid menjadi aktif dan suka
menyatakan pandangan atau cara penyelesaian yang kreatif dan kritis semasa waktu pembelajaran
atau di luar bilik darjah.

Pada peringkat kesediaan membaca, guru juga perlu membuat pemerhatian yang teliti
terhadap kesediaan membaca murid, sama ada murid tersebut telah bersedia untuk membaca atau
sebaliknya. Pada masa ini, terdapat beberapa perkara yang harus diberi perhatian dan pertimbangan
yang teliti oleh guru bagi menentukan sama ada murid telah bersedia atau belum, iaitu keadaan
fizikal, pengalaman persekitaran, emosi dan motivasi serta kecerdasan dan perkembangan kognitif
murid. Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca murid dijadualkan seperti gambar
rajah berikut:

Keadaan Fizikal Pengalaman Persekitaran


- Penglihatan, Pendedahan bahan bacaan di
pendengaran, pertuturan, rumah

Faktor yang
mempengaruhi
Kesediaan membaca

Emosi dan Motivasi Kecerdasan dan Perkembangan

- Masalah emosi Kognitif

- Sikap - Daya kecerdasan

- Masalah sosial - Kebolehan mental secara

- Minat keseluruhan

18
Rajah 1: Faktor yang mempengaruhi Kesediaan Membaca

Aktiviti bacaan mekanis amat relevan dan sesuai diadakan pada peringkat awal membaca,
iaitu bagi murid tadika, tahun satu dan tahun dua. Bacaan mekanis atau juga dikenaali sebagai bacaan
bersuara merupakan bacaan kuat yang sangat mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan betul,
membaca mengikut intonasi, nada dan gaya pembacaan yang betul. Bahan bacaan yang dipilih dan
digunakan dalam sesi bacaan mekanis perlu memenuhi syarat bahawa bahan bacaan tersebut mestilah
mudah dibelajar, senang difahami dan tidak membebankan serta memberi tekanan kepada murid-
murid.

Terdapat kelebihan penggunaan aktiviti bacaan mekanis, iaitu guru dapat menguji kemahiran
asas membaca murid-murid dengan mudah dan tepat kerana guru boleh terus menilai dan mengetahui
tahap kebolehan membaca, kekuatan dan kelemahan kemahiran membaca murid-murid dari segi cara
murid-murid membunyikan huruf, menyebut suku kata dan perkataan atau ayat. Dengan ini, guru
dapat memperbaiki kelemahan dan membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran yang
membawa kesan terbaik kepada pembelajaran murid-murid pada sesi pengajaran yang akan datang.

Murid-murid belajar dari membunyikan huruf dan diikuti oleh suku kata, perkataan, frasa dan
ayat-ayat mudah. Mereka juga boleh membatang perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan
tertutup. Murid membaca secara kuat dengan menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan
terang. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan dalam bacaan mekanis ialah bacaan kuat dengan
menggunakan kad imbasan yang mengandungi huruf, suku kata, frasa dan ayat.

Penggunaan bahan bantu mengajar sangat dititikberatkan dan digalakkan dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran membaca. Guru perlu memilih dan menentukan jenis bahan bantu
mengajar yang sesuai dan menarik serta mengikut keperluan yang dapat membantu murid-murid
mencapai kebolehan membaca dengan efektif. Contoh bahan bantu mengajar yang boleh digunakan
adalah seperti kad imbasan huruf, kad suku kata, kad ayat, bahan interaktif berbentuk paparan power-
point, video, audio, bahan multimedia dan perisian internet. Penggunaan bahan bantu mengajar perlu
bercirikan teknik pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 yang diaur-aurkan oleh pihak kementerian
pendidikan. Bahan bantu mengajar yang digunakan hendaklah berunsur lengkap, selamat dan selesa
digunakan.

19
3.0 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran di kelas dan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

Sebeum pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca, kita perlu
membuat perancangan yang teratur dan sesuai supaya dapat mencapai objektif pengajaran dengan
sepenuhnya. Untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca di
peringkat kesediaan membaca di kelas, saya telah memilih kelas Tahun 1 Melur di sekolah saya.
Bilangan murid ialah seramai 17 orang. Tajuk yang dipilih ialah “Kenali Jiran” yang terkandung
dalam Hidup Harmoni di dalam buku teks Bahasa Melayu Tahun 1. Standard pembelajaran
berdasarkan tajuk tersebut ialah 2.1.2 (iii). Objektif pengajaran ialah murid berupaya membaca 4
daripada 6 ayat dengan sebutan yang betul, intonasi yang sesuai dan menyatakan maksud ayat dalam
perenggan dengan betul.

Aktiviti kemahiran membaca yang pertama yang saya gunakan ialah menggunakan aktiviti
membaca berdasarkan penggunaan buku elektronik. Saya akan menghasilkan buku elektronik yang
boleh digunakan oleh murid-murid untuk belajar membaca. Buku elektronik yang dicipta itu mestilah
mengandungi bahan petikan, penggunaan gambar dan animasi yang menarik perhatian dan minat
murid melihat dan mendengar isi kandungan bahan tersebut untuk belajar membaca. (Lampiran 1)

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dimulakan, guru akan memaparkan buku elektronik
dengan projektor LCD dan bahan bacaan akan ditayangkan pada skrin besar di kelas. Soal jawab
tentang gambar antara murid-murid dengan guru, proses komunikasi telah berlaku di peringkat ini.
Guru juga cuba menimbulkan rasa ingin tahu dan keinginan belajar murid-murid dengan
menayangkan gambar, animasi dan bahan bacaan tersebut. Pada masa itu , murid-murid akan
menunjukkan minat belajar mereka.

Seterusnya, murid-murid dibimbing oleh guru untuk belajar membaca ayat dalam perenggan
berpandukan bahan petikan yang meliputi bahan gambar, animasi dan audio yang terkandung di
dalam buku elektronik. Soal jawab Murid-murid juga dibimbing untuk bernyanyi sambil beraksi
berpandukan lagu yang dipasang bersama dengan tayangan lirik lagu secara didik hibur. Di sini,
murid-murid telah melakukan proses pembacaan melalui penggunaan deria penglihatan dan
pendengaran yang membolehkan murid-murid belajar membaca dengan berkesan.

20
Kaedah kemahiran membaca yang digunakan di sini ialah Kaedah Pandang dan Sebut dan
Kaedah Didik Hibur. Kaedah Pandang dan Sebut digunakan apabila murid-murid belajar membaca
berpandukan gambar dan ayat yang ditunjukkan pada paparan buku elektonik. Kaedah Didik Hibur
wujud ketika gambar, animasi dan audio dan lagu yang digunakan untuk pembelajaran membaca ayat
dalam perenggan.

Selepas aktiviti kemahiran membaca pertama dijalankan, saya bertindak untuk menggunakan
aktiviti pembelajaran abad ke-21 yang bernama “ inside-outside circle” untuk mengukuhkan
kemahiran membaca murid. Saya memulakan aktiviti dengan membahagikan murid-murid kepada
dua kumpulan. Setiap kumpulan diarahkan untuk membentuk dua bulatan , iaitu ahli-ahli kumpulan
pertama berada di dalam bulatan yang pertama ( Bulatan 1 ) dan kumpualan yang kedua di luar
bulatan ( Bulatan 2 ). Ahli kumpulan diminta menghadap pasangan masing-masing. Selepas itu, guru
akan memberikan bahan bacaan petikan kepada semua murid yang berada di Bulatan 1. Kemudian,
murid yang berada di Bulatan 2 hanya menjawab soalan, iaitu membaca petikan yang ditunjukkan
oleh rakan yang memegang soalan petikan hanya mendengar bacaan daripada rakan yang berada di
Bulatan 1.(Lampiran 2)

Murid akan memberikan pujian kepada kawan yang telah membaca petikan dengan betul.
Sebaliknya, murid akan membetulkan jawapan atau bacaan kawannya apabila dia selesai memberikan
jawapan atau membaca petikan. Seterusnya, murid yang membaca petikan dengan betul baru boleh
bertukar peranan dengan soalan atau petikan yang baharu secara bergilir-gilir seperti berputar di
bulatan tersebut. Bimbingan guru diperlukan jika murid tidak dapat membetulkan bacaan perkataan
atau ayat rakan yang salah menyebut perkataan atau ayat tersebut. Akhir sekali, murid boleh bertukar
pasangan dengan rakan di sebelah kanan di dalam bulatan. Permainan membaca petikan ini
dijalankan secara berselang-seli antara murid-murid yang berada di Bulatan 1 dan murid-murid yang
berada di Bulatan 2.

Teknik Bridging Down boleh dilaksanakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran jika
terdapat murid yang tidak dapat membaca ayat dalam perenggan. Melalui Teknik Bridging Down,
saya akan menukarkan aras pembelajaran kemahiran membaca daripada meminta murid membaca
ayat dalam perenggan kepada membaca perkataan atau ayat pendek, terutamanya kepada murid yang
lemah dalam kemahiran membaca. Sebaliknya, jika murid itu berupaya membaca ayat dalam

21
perenggan dengan baik, saya akan menggunakan Teknik Bridging Up, iaitu menaikkan aras
kemahiran membaca tersebut bagi murid yang menguasai kemahiran membaca dengan cepat daripada
membaca ayat dalam perenggan bertambah satu perenggan kepada murid tersebut lagi. Teknik
Bridging Up dapat memberi keyakinan diri dan peluang cubaan kepada murid yang lemah dalam
kemahiran membaca manakala Teknik Bridging Up menghilangkan kebosanan dan memberi cabaran
baharu kepada murid yang lebih cerdik pandai.

Kaedah kemahiran membaca yang digunakan dalam aktiviti kedua ini juga ialah Kaedah
Pandang dan Sebut dan Kaedah Didik Hibur. Kaedah Pandang dan Sebut digunakan apabila murid-
murid belajar membaca ayat dalam perenggan berpandukan gambar. Kaedah Didik Hibur timbul
ketika murid-murid menjalani aktiviti pembelajaran secara berkumpulan. Justeru itu, murid-murid
lebih berminat untuk belajar membaca.

Kedua-dua aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini menggunakan teknik pembelajaran


berpusatkan murid. Penglibatan murid secara aktif dijalankan sepanjang aktiviti pembelajaran ini.
Penggunaan bahan bantu mengajar dalam kedua-dua aktiviti pengajaran dan pembelajaran tersebut
juga mementingkan unsur didik hibur, selamat digunakan dan menarik minat belajar membaca dalam
kalangan murid. Diharapakan aktiviti ini boleh dijadiakan rujukan dan panduan kepada saya pada sesi
pengajaran yang akan datang.

22
4.0 KESIMPULAN

Selepas menyiapkan tugasan ini, saya telah bertambah ilmu tentang pengajaran kemahiran
membaca dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Kemahiran membaca merupakan kemahiran asas yang
amat penting dalam pembelajaran bahasa. Melalui penguasaan kemahiran membaca, murid berupaya
mendapat pelbagai ilmu pengetahuan yang berguna yang terkandung dalam bahan bacaan bercetak
dan bahan bacaan elektronik atau maklumat terkini di Internet.

Ujian atau penilaian yang sesuai perlu diadakan untuk menguji tahap penguasaan atau
kebolehan membaca murid sebelum aktiviti membaca dijalankan kepada murid. Melalui ujian
tersebut, guru dapat mengesan dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kemahiran membaca
murid dari awal sebelum murid tersebut memasuki tahap 2 di sekolah. Guru dapat mengambil
tindakan yang sewajarnya untuk menyelesaikan masalah pembelajaran bahasa murid dengan segera
dan berkesan.

Kesediaan membaca memerlukan perancangan aktiviti atau menyediakan langkah persediaan


yang sesuai dengan tahap kebolehan membaca murid. Guru berperanan penting dalam menyediakan
segala persediaaan yang diperlukan untuk membolehkan murid bersedia dan mempunyai keyakinan
diri dalam belajar kemahiran membaca.

Selain itu, guru juga harus menyediakan suasana yang kondusif dan pihak sekolah perlu
membekalkan segala keperluan seperti bahan bantu mengajar atau kemudahan asas untuk mambantu
dalam pembelajaran murid dan meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murid.

Kaedah pengajaran kemahiran membaca di peringkat kesediaan membaca yang digunakan


biasanya adalah berbeza antara murid-murid kerana terdapat perbezaan tahap kebolehan membaca
dalam kalangan murid. Guru perlu menjaga perasaan murid dan mengenal pasti tahap penguasaan
bahasa murid. Guru perlu memberi kesabaran dan prihatin kepada murid-murid tersebut. Guru harus
berfikir dan menentukan penggunaan pelbagai kaedah pengajaran dan bahan bantu mengajar yang
menarik dan berbentuk interaktif agar dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran membaca.
Oleh itu, murid-murid tidak akan berasa jemu atau tertekan dalam belajar kemahiran membaca,

23
sebaliknya dapat menarik minat belajar murid-murid dan mereka belajar dengan rela hati tanpa
paksaan dan menikmati keseronokan membaca.
Di samping itu, ibu bapa juaga memainkan peranan yang utama dalam meningkatkan
kemahiran membaca anak mereka. Hal ini penting untuk menyemai amalan membaca pada diri anak
mereka sejak kecil lagi. Ibu bapa patut memupuk minat membaca pada diri anak-anak mereka dengan
menyediakan bahan bacaan yang menarik di rumah supaya pelajar itu berminat dan sentiasa
menjalani aktiviti membaca di rumah.

Akhir kata, kejayaan pengajaran kemahiran membaca perlu dirancang dan melibatkan
pelbagai aspek. Hal ini termasuklah latihan guru, perancangan yang teliti bagi perkembangan,
penggunaan bahan dan kaedah yang sesuai di dalam bilik darjah. Kemahiran membaca yang berkesan
amat penting kerana kemahiran itu bagai kunci pintu ilmu dan jambatan ilmu bagi murid-murid
untuk mendapat ilmu pengetahuan yang dapat digunakan untuk memajukan diri, bangsa dan negara.

(5876 patah perkataan)

24
5.0 RUJUKAN
Dr Faridah binti Nazir dan Dr Tuan Jah binti Tuan Yusof, (2013), Pengantar Linguitik Bahasa
Melayu. Selangor:Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad, (2012), Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu.
Selangor:Oxford Fajar Sdn.Bhd..

Tuan Jah Tuan Yusof Phd, (2011), Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Tuan Jah Tuan Yusof Phd dan Faridah Nazir Phd, (2011), Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu.
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

A.Ahmad Yusof, (2007), Pendekatan Pembelajaran Kemahiran Membaca Menerusi Lagu dan Muzik
Berasaskan Komputer Bagi Murid Tahun Satu . Dicapai dari
https://www.academia.edu/1104903/
Pendekatan_pembelajaran_kemahiran_membaca_menerusi_lagu_dan_muzik_berasaskan_komputer_
bagi_murid_tahun_satu

Nor Laila binti Kuslan, (2014), Aktiviti Pemulihan Bacaan Di Sebuah Sekolah Rendah .
Dicapai dari http://studentsrepo.um.edu.my/4701/1/TESIS_NORLAILA_BT_KUSLAN.pdf

25
6.0 LAMPIRAN

Lampiran
Lampiran
1 1

Lampiran 1 Lampiran 1

Lampiran 1
Lampiran 1
26
Lampiran 1

Lampiran 2

Lampiran 2

27

Anda mungkin juga menyukai