Anda di halaman 1dari 12

KAUNSELING KELOMPOK- ISU & ETIKA

1- PENGENALAN KAUNSELING KELOMPOK


Kaunseling Kelompok adalah satu proses antara individu
(interpersonal process) yang melibatkan seorang kaunselor
dengan beberapa orang ahli atau klien yang meneroka diri
serta situasi yang dialami. Jadi proses ini menekankan
pemikiran yang sedar, dari segi perasaan dan kelakuan. Tujuan
kaunseling kelompok ini adalah untuk memperbaiki tingkah
laku klien yang tidak mengikut norma-norma kehidupan yang
tidak berkesan atau tidak mendatangkan faedah. Mengikut
Corey (1990), kaunseling kelompok bertujuan mencegah serta
memulih . Hansen et. al (1976), tujuan mencegah klien dari
mengulangi tingkahlaku yang tidak diingini daripada
berterusan. Dapat mengatasi masalah yang dihadapi sebelum
masalah tersebut menjadi serius. Tujuan memulih pula adalah
bagi klien yang sedang mengalami masalah yang serius di
mana kaunseling kelompok merupakan satu proses intervensi
untuk menukar kelakuan .
Kaunseling kelompok berorientasikan masalah yang spesifik,
sama ada masalah itu masalah pembelajaran, kerjaya, sosial
atau emosi. Isi dan fokus perbincangan dalam kelompok
sebahagain besarnya ditentukan oleh klien yang terdiri
daripada individu yang normal (dapat berfungsi dengan
sepenuhnya). Masalah-masalah yang sering di bawa ke dalam
kelompok ialah berkaitan dengan tugas perkembangan dalam
hidup seharian. Fungsi kaunseling kelompok ini serta klien
adalah memberi sokongan dan empati yang diperlukan untuk
menimbulkan suasana yang selamat dan menyembuh yang
membawa kepada kepercayaan ahli berkongsi maklumat dan
perasaan ke arah menimbulkan celik akal, membaiki sikap
serta perlakuan.
Teoriteori kaunseling kelompok adalah guidelines yang
digunakan supaya proses kaunseling yang dijalankan
mendatangkan hasil yang baik atau efektif. Hansen et al
(1976), each theory proposes a process whereby the
counselor and group can participate in the process of changing
the members behavior.Dalam menjalankan sesi, kaunselor
perlulah mematuhi beberapa etika demi matlamat yang hendak
dicapai.

2- DEFINISI ETIKA KAUNSELING KELOMPOK


Etika berasal daripada perkataan Yunani, iaitu ethos yang
bermaksud hukum, adat resam, kebiasaan dan budi pekerti.
Dengan kata lain etika merupakan sesuatu yang berkaitan
dengan peraturan masyarakat yang terdiri dari tatahukum,
tatasusila atau tatatertib masyarakat. Peraturan masyarakat
biasa juga dimaksudkan dengan tradisi, norma, kebiasaan atau
adat, kod, nilai dan pantang larang masyarakat. Peraturan
masyarakat wujud di luar diri individu. Peraturan itu juga
bersifat konkrit serta ditetapkan oleh autoriti dalam sesebuah
masyarakat.
Menurut Kamus Dewan DBP (Edisi Ketiga, 2002), etika adalah
prinsip atau nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang
atau dengan kata lain garis panduan yang harus dipatuhi oleh
seseorang semasa menjalankan tugas mereka.
Etika (dalam Abdul Rahman Md. Aroff, 1999) adalah disiplin
falsafah yang memberi perhatian khusus kepada penilaian
kritikal terhadap norma dan piawai yang mewajarkan kelakuan
persaorangan serta antara individu. Durkheim (1961) pula
menyatakan bahawa etika terdiri daripada suatu sistem
peraturan yang telah ditentukan terlebih dahulu tentang
bagaimana seseorang itu mesti bertindak dalam situasi
tertentu.
Etika adalah suatu tindakan yang menuntut kepatuhan
terhadap piawaian profesional serta undang-undang tentang
apa yang dianggap betul dan yang salah. Menurut Othman
Mohamed (1999), kod etika merupakan tatasusila yang
menentukan peraturan kawalan diri terhadap praktis yang
dijalankan oleh ahli sesuatu profesion. Ianya merupakan
standard asas bagi mencerminkan satu praktis profesional.
Etika juga boleh membawa maksud yang berlainan tetapi saling
berhubungan di antara satu dengan yang lain, iaitu ;
1) pola hidup am atau suatu cara hidup
2) set peraturan tingkah laku atau kod moral
3) tatacara mengenai cara hidup atau peraturan tingkah laku.
Daripada beberapa definisi di atas, dapatlah disimpulkan

bahawa etika mengkaji tingkah laku manusia sama ada patut


atau tidak manusia bertingkah laku (bagaimana seharusnya
manusia bertingkah laku). Etika melibatkan peraturan
masyarakat yang didasarkan norma-norma dan nilai-nilai yang
baik di dalam sesebuah masyarakat itu. Oleh itu mematuhi kod
etika dianggap penting bai membantu membuat keputusan
dalam pengendalian kelompok.
3- KEPENTINGAN ETIKA KAUNSELING KELOMPOK
Setiap profesion yang melibatkan interaksi antara individu,
memerlukan satu bentuk peraturan atau etika yang tersendiri
bagi keperluan ahli-ahlinya. Begitu juga di dalam kaunseling
kelompok, etika memainkan peranan yang penting sebagai
satu garis panduan atau peraturan untuk menjaga
profesionalisma kaunselor, kepentingan ahli kelompok serta
perjalanan kelompok itu sendiri.
Pandangan yang diberikan oleh Swanson & Van Hoose (1977)
yang menyatakan, Standard or code of ethics are designed to
protect the public and also to give guidelines to practitioner so
that difficulty with the law may be avoided by the person who
follow the profesions code, menguatkan lagi fakta di atas.
Di antara-antara kepentingan-kepentingan itu ialah;
1) memberi perlindungan kepada ahli dalam profesion
kaunseling daripada sebarang tindakan yang boleh
menyebabkan public condemnation( penghinaan
masyarakat).
2) Memberi perlindungan kepada klien daripada sebarang
tindakan atau layanan yang tidak profesional, atau kecuaian
pihak kaunselor.
3) Sebagai pengukur kepada self-regulation dalam profesion
itu sendiri.
4) Melindungi kaunselor daripada tindakan undang-undang
sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini bukan
disebabkan oleh kesalahan kaunselor itu sendiri.
5) Mempertingkatkan keberkesanan diri melalui perkongsian
pengetahuan dan kemahiran selaras dengan tuntutan dan
kesedaran pihak klien berkaitan hak mereka dalam undang-

undang.
4- ETIKA DALAM KAUNSELING KELOMPOK
4.1- Pandangan Tokoh-Tokoh:
Etika kelompok diolah mengikut keperluan sesuatu kelompok.
Menurut Gazda (1977), adalah penting bagi ketua kelompok
untuk mengolah satu model bagi mencapai perubahan tingkah
laku. Tambah beliau lagi, bila sesi dirakamkan ahli patut
diberitahu yang mereka boleh memberhentikan rakaman bilabila masa jika mereka merasakan ini menyekat penglibatan
mereka.
Bagi Feignberg (1977) pula, etika dalam kaunseling kelompok
di mana ketua kelompok harus mempunyai latihan yang cukup
dalam teori dan prosedur kelompok. Mereka juga harus sedar
tentang kepelbagaian kesan yang mungkin timbul daripada
prosedur dan proses kelompok.
Memberikan pandangannya, Bindrim (1977) menyatakan
menjadi satu polisi yang wajar jika ketua meminta ahli
menandatangani satu perjanjian yang memerlukan mereka
bersetuju supaya tidak berbincang atau menulis tentang
perkara-perkara yang berlaku dalam kelompok atau
mendedahkan identiti ahli lain.
4.2- Kelayakan Pemimpin Kelompok:
Pemimpin kelompok mestilah mempunyai kelayakan
profesional serta pengalaman yang diperlukan sesuai mengikut
kelompok yang mereka pimpin. Pemimpin seharusnya seorang
yang teraputik, cekap dan berkesan serta bersedia untuk
dicabar dan diuji untuk mendapatkan kepercayaan.
Pemimpin kelompok juga mesti mempunyai fokus yang jelas
terhadap tujuan dan matlamat kelompok, memilih kaedahkaedah yang sesuai dan mampu mengendalikan aktiviti-aktiviti
sepanjang perjalanan kelompok bagi mencapai tujuan dan
matlamat sesuatu kelompok itu.
Pemimpin kelompok mestilah bijak mengendalikan kelompok.
Seandainya terdapat sebarang bentuk pertentangan di dalam
kelompok, contohnya desakan kelompok yang bercanggah
dengan kehendak ahli-ahl lain, pemimpin perlulah peka dan

bertindak bijak mengatasi isu tersebut. Seandainya ada ahli


yang menjadi sasaran di dalam kelompok, pemimpin haruslah
berani campur tangan.
Sebagai pemimpin kelompok, perlulah turut melakukan aktivitiaktiviti yang dilakukan oleh ahli-ahli kelompok sebagai
sokongan kepada kelompok untuk melakukan perkara itu
dengan penuh yakin dan berani. Pemimpin juga harus faham
tentang nilai-nilai dalam kelompok dan sedar bahawa nilai-nilai
itu adalah selaras dengan etika profesionnya.
Etika dalam kaunseling kelompok juga melibatkan
tanggungjawab yang dituntut daripada seorang ahli profesional
seperti kaunselor atau pemimpin kepada kelompok yang
spesifik seperti orang-orang yang memerlukan bantuan atau
sesuatu khidmat dari pemimpin tersebut. Menjadi
tanggungjawab pemimpin kelompok untuk memaklumkan
kepada bakal ahli kelompok tentang prosedur dan matlamat
kelompok, peraturan kelompok, teknik-teknik yang akan
digunakan, harapan ahli, risiko psikologikal dan faktor lain yang
boleh mempengaruhi mereka dalam membuat keputusan untuk
melibatkan diri dengan kelompok.
Ahli kelompok seharusnya bersedia mentafsirkan pembelajaran
mereka dalam kelompok dengan kehidupan seharian mereka
dan menggunakannya dengan berkesan. Jesteru itu etika
kaunseling kelompok berkait rapat dengan prinsip-prinsip
akhlak dan moral yang perlu ada pada kaunselor semasa sesi
kaunseling dijalankan. Semasa sesi perjanjian dijalankan satu
perjanjian bertulis perlu dimenterai antara ahli dengan
kaunselor. Prosedur ini penting kerana melindungi hak-hak ahli
dan juga kaunselor.
Pemimpin kelompok seharusnya berusaha menggendalikan sesi
kelompok dan seterusnya menilai kesan bagi kelompok
pimpinannya. Proses susulan di dalam kelompok adalah penting
kerana ia merupakan satu aspek akauntabiliti pemimpin
kelompok. Melalui proses ini juga akan mendorong ahli
kelompok untuk meneruskan tingkah laku positif yang mereka
pelajari dalam kelompok setelah mengetahui adanya proses
susulan setelah tamat sesi kelompok.
Akhirnya, pemimpin kelompok perlu berwaspada dengan tandatanda kelemahan psikologikal ahli kelompok seperti ahli

menangis sepanjang masa berada di dalam kelompok, ahli


seperti dalam keadaan celaru serta tertekan (berada dalam
dunianya yang tersendiri), ahli berdiam diri sepanjang masa
dalam kelompok dan tanda-tanda psikologikal lain. Ini
menandakan penglibatan mereka di dalam kelompok harus di
tamatkan.
Adalah tidak beretika mengamalkan kaunseling tanpa
persediaan yang rapi American Group Psychotherapy
Association dan Association for Specialists in Group Work
(ASGW), menggariskan secara terperinci, piawaian terbaik bagi
latihan yang diperlukan oleh kaunselor.
4.3- Kerahsiaan:
Kerahsiaan merupakan salah satu etika di dalam kelompok
yang perlu dititikberatkan. Ahli-ahli perlu mendapat makluman
tentang kerahsiaan di dalam kelompok, seawal waktu
penstrukturan, semasa sesi berjalan dan apabila kelompok
berakhir. Maklumat kelompok tidak akan diberitahu kepada
mana-mana pihak melainkan setelah mendapat kebenaran dan
persetujuan kelompok demi kebaikan kelompok sendiri.
Selain daripada itu identiti setiap ahli dalam kelompok
hendaklah dirahsiakan dan menjadi tanggungjawab ke atas
semua ahli (Kod Etika Kaunselor, 2005)
5- ISU-ISU DALAM KAUNSELING KELOMPOK
Proses kaunseling kelompok akan menjadi lebih bermakna dan
sangat berkesan sekiranya proses tersebut dapat berjalan
mengikut nilai, norma dan tingkah laku yang diterima dalam
persekitaran masyarakat. Peterson (1970). Satu Sistem etika
adalah menjadi panduan berdasarkan nilai-nilai yang biasa
dipegang dan dihargai oleh masyarakat. Kaunseling kelompok
juga dapat membantu ahli mencapai matlamat dan tujuan yang
telah digariskan bersama dengan ahli kelompok dalam
menentukan hala tuju dan matlamat yang hendak dicapai
dalam persetujuan bersama.
Namun walaubagaimanapun terdapat halangan-halangan yang
menyebabkan proses ini tidak dapat dilaksanakan seperti yang
diharapkan. Ini adalah disebabkan isu-isu yang wujud dalam
kaunseling kelompok yang boleh memberi kesan yang buruk

atau pengalaman yang ngeri terhadap ahli sekaligus mencemar


nilai kepercayaan dan penerimaan ahli terhadap kaunseling
kelompok.
Selain itu juga isu-isu yang wujud dalam kaunseling kelompok
akan memberi kesan yang lebih mendalam kerana bukan
seorang ahli yang akan mengalami trauma atau tekanan tetapi
ramai, kerana jumlah ahli dalam kelompok adalah lebih
daripada satu. Maka sudah tentu akan memburukkan lagi
pandangan masyarakat terhadap kaunseling kelompok serta
menghilangkan nilai kepercayaan masyarakat terhadap
kaunseling kelompok.
5.1- Pemimpin Kelompok:
Antara isu-isu yang terdapat dalam kelompok ialah isu
melibatkan kepimpinan. Isu ini secara keseluruhannya
melibatkan tahap kredibiliti yang dimiliki oleh pemimpin atau
kaunselor yang bertindak sebagai ketua atau penggerak utama
dalam proses kaunseling kelompok. Tidak kira apa jenis
kelompok yang dipimpin, apa pendekatan yang digunakan atau
apa gaya kepimpinan yang dilaksanakan dalam kaunseling
kelompok, kejayaan kelompok sangat bergantung kepada
pemimpin yang mengetuai kelompok tersebut.
Terdapat pelbagai permasalahan atau persoalan yang
ditimbulkan tentang pemimipin kelompok sama ada dari segi
latihan yang diperoleh, kelayakan yang dimiliki, kecekapan dan
pengalaman pemimpin dalam menerajui sesuatu kelompok.
Disamping itu juga isu kepimpinan ini mengukur tahap
kemampuan pemimpin dalam menguasai masalah yang
diketengahkan dalam kelompok.
Ini antara isu yang dikaitkan dengan pemimpin dalam
kelompok. Adalah menjadi tanggungjawab pemimpin dalam
memimpin ahli kelompok mencapai matlamat yang telah
dipersetujui bersama tanpa wujud perkara yang bercanggah
dengan nilai dan norma persekitaran masyarakat. Rosenbaum
(1972). Bakal ketua perlu diberitahu tentang beberapa jenis
kelompok dalam proses pengajaran yang formal dan perlu
mendapat peluang untuk mengolah teori sendiri yang rasional
dan praktikal.
5.2- Keahlian Kelompok:

Selain itu juga isu keahlian dalam kelompok merupakan


sesuatu yang perlu dititi beratkan. Ini kerana kejayaan
kelompok dalam mencapai matlamatnya sangat bergantung
kepada ahli-ahli yang terlibat dalam sesuatu kelompok. Ini
menunjukkan pemilihan ahli dalam kelompok mestilah
mengikut klasifikasi jenis kelompok yang hendak dilaksanakan
dan kaedah kepimpinan yang akan digunakan oleh pemimpin
dalam mengendalikan kelompok tersebut.
Bagi menentukan pemilihan ahli kelompok adakah menjadi
tanggungjawab pemimpin untuk membuat pemilihan ahli
kelompok. Tidak kira apa jenis kelompok yang hendak
ditubuhkan, pemilihan ahli mesti mengikut klasifikasi jenis
kelompok yang hendak dikendalikan oleh pemimpin . The
American Psychological Association (APA) dalam Guidelines for
Psychologists Conducting Growth Group (1973) mencadangkan
Satu temu bual menapis peserta harus dijalankan oleh ketua
kelompok sebelum individu diterima menjadi ahli. Adalah
menjadi tanggungjawab ketua menapis dan menolak mereka
yang memikirkan bahawa pengalaman kelompok tidak sesuai
bagi mereka. Cadangan ini dipersetujui oleh Gazda (1977) dan
menambah, proses menapis patut diolah untuk memastikan
peserta faham apa yang diharapkan daripada mereka dan
menerima yang mungkin menikmati faedah yang lebih
daripada pengalaman kelompok. Yalom (1975) menyatakan,
jika penapisan pemilihan ahli kelompok tidak dijalankan dengan
teliti, ahli itu boleh meninggalkan kelompok dengan perasaan
hampa dan tawar hati. Yalom menerangkan bahawa lebih
mudah mengenal pasti individu yang sesuai.
Maka jelas tanggungjawab terhadap ketua untuk memilih ahli
bagi sesuatu penubuhan sesuatu kelompok bertujuan
mengelakkan berlakunya konflik sesama ahli menyebabkan
proses atau sesi tidak dapat dijalankan dan wujud gangguangangguan yang menyebabkan timbulnya isu dalam kelompok
sekaligus menyekat proses kelompok. Ahli juga perlu
dinyatakan kenapa dan mengapa pemilihan ahli perlu dilakukan
sebelum kelompok ditubuhkan.
5.3- Kerahsiaan Kelompok:
Kerahsiaan merupakan faktor yang perlu dititikberatkan dan
perlu diberi penjelasan yang terperinci atau mendalam kepada

ahli kelompok semasa peringkat penstrukturan dilakukan. Ini


kerana kerahsiaan dalam kaunseling kelompok sangat sukar
untuk dikawal kerana jumlah ahli yang ramai, sudah tentunya
pemimpin tidak dapat memberi jaminan terhadap kerahsiaan
dalam pelaksanaan kelompok. Olsen (1971) menyatakan
Ketua kelompok boleh menjamin kerahsiaan untuk dirinya
sahaja, dia mesti memberitahu ahli tentang tanggungjawab
mereka menghormati rahsia yang telah dibincangkan. Dia juga
harus menyedarkan ahli bahawa dia tidak boleh menjamin
kerahsiaan ahli lain dalam hal ini.
Isu kerahsiaan ini sangat sensitif, oleh itu pemimpin perlu
membincangkan secara khusus kepada ahli tentang kerahsiaan
yang perlu dititikberatkan dan perlu jujur untuk tidak
berlakunya kebocoran hal-hal peribadi, hal-hal yang sensitif
mengenai seseorang ahli dalam kelompok. Disarankan kepada
pemimpin setiap kali berakhir pertemuan ataupun sesi,
pemimpin perlu memberi penegasan atau penekanan terhadap
ahli tentang prinsip kerahsiaan dalam kelompok.
Corey, Corey dan Callanan (1984). Bagi kaunselor walaupun
aspek kerahsiaan ini telah diberitahu pada awal kelompok,
adalah menjadi tanggungjawab kaunselor untuk mengingatkan
ahli tentang prinsip kerahsiaan ini dari masa ke semasa.
5.4- Penilaian Kelompok
Isu yang ada dalam kaunseling kelompok ialah penilaian dan
tindakan susulan Pemimpin perlu memberi penekanan terhadap
tindakan susulan selepas tamat sesi kaunseling kelompok.
Pemimpin boleh melaksanakan tindakan susulan ini selepas
sebulan atau tiga bulan selepas sesi tamat. Ini bertujuan untuk
membincangkan tentang kesan kaunseling kelompok dan hasil
yang diperoleh dalam kelompok. Melalui sesi susulan ini
pemimpin dapat gambaran yang sebenar dan dapat melihat
sendiri sama ada ahli-ahli dapat menggunakan pengalaman
dan pengajaran yang dilalui dalam kelompok. Selain itu juga
ahli dapat meluah serta berkongsi pengalaman yang telah
dilalui untuk sama-sama mendapat maklum balas dan
pengukuhan selepas meninggalkan sesi kelompok.
Tempoh ini ahli digalakkan membuat pendedahan kendiri yang
mendalam. Namun menjadi tanggungjawab pemimpin untuk
mengajar dan menerangkan kaedah pendedahan kendiri yang

perlu dilakukan oleh ahli. Pemimpin jangan terlalu mendesak


untuk ahli mendedahkan hal-hal yang agak sulit sebelum
mereka bersedia. Jika tidak ahli akan menarik diri dengan
perasaan malu kerana telah menceritakan lebih dari yang
sepatutnya.
Ku Aien (2012). Kaunseling Kelompok
http://cr2bkuaien.blogspot.com/2012/12/kaunseling-kelompok-isu-etika.html

Kaunseling Kelompok
Published : 22:17 Author : cik pooh

Definisi Kaunseling Kelompok

Aminah Haji Hashim (1996) menegaskan Kaunseling Kelompok adalah suatu


proses perhubungan antara individu secara berkelompok, yang melibatkan
seorang kaunselor dengan beberapa orang ahli yang mencerminkan diri mereka
serta situasi yang dialami. Tujuan perhubungan tersebut adalah untuk mengubah
sikap dan kelakuan.
Kaunseling kelompok adalah satu proses antara individu (interpersonal process)
yang melibatkan seorang kaunselor dengan beberapa orang ahli atau klien yang
meneroka diri serta situasi yang di alami. Process tersebut menekankan
pemikiran yang sedar, perasaan dan kelakuan ( Corey, 1990 ).
Cottle dan Downie (1970), melihat kaunseling sebagai proses seorang
kaunselor membantu seorang klien memahami dan menerima maklumat
mengenai dirinya dan interksi dengan orang lain supaya dia dapat membuat
keputusan yang berkesan mengenai pilihan-pilihan dalam hidupnya.
Manakala menurut Zainal Abidin (2002), kaunseling adalah satu perbincangan
antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang individu atau kelompok
kecil yang memahami kekeliruan dan memerlukan bantuan bersama-sama
memikirkan dan meneliti beberapa altenatif untuk mengatasi sesuatu kecelaruan
dan seterusnya melaksanakan alternatif yang dipilih.

Pengenalan Kaunseling Kelompok

Kaunseling kelompok merupakan satu perkhidmatan pertolongan


psikologikal yang membantu individu normal berkembang secara holistic
mengikut potensi mereka. Tujuan kaunseling kelompok adalah membaiki sikap
dan tingkah laku klien yang tidak berkesan atau tidak mendatangkan
faedah. Mengikut corey (1990) kaunseling kelompok bertujuan mencegah serta
memulih. Hansen et al (1976) menjelaskan, tujuan mencegah adalah supaya
klien dapat mengatasi masalah yang dihadapi sebelum masalah tersebut

menjadi serius, mana kala tujuan memulih pula adalah bagi klien yang sedang
mengalami masalah yang serius di mana kaunseling kelompok merupakan satu
proses intervensi untuk menukar kelaluan.
Kaunseling kelompok berorientasikan masalah yang spesifik, sama ada
masalah itu masalah pembelajaran kerjaya, sosial atau emosi. Isi dan fokus
perbincangan dalam kelompok, sebahagian besarnya ditentukan oleh klien yang
terdiri daripada individu yang normal(dapat berfungsi dengan sepenuhnya).
Kebanyakkan masalah yang dibawa ke dalam kelompok adalah berkaitan dengan
bertugas perkembangan dalam hidup seharian. Dengan itu kaunseling kelompok
berorientasikan perkembangan (growth oriented), dan fungsi kaunseling serta
klien adalah memberi sokongan dan empati yang diperlukan untuk menimbulkan
suasana yang selamat dan menyembuh yang membawa kepada kepercayaan
ahli berkongsi maklumat dan perasaan ke arah menimbulkan celik akal,
membaiki sikap serta perlakuan.
Kelompok kaunseling berasaskan model pendidikan dan model perubatan. Ia
merupakan pertolongan yang diberi kepada individu yang berfungsi penuh dan
menghadapi masalah emosi, sosial dan intelek. Mengikut Szasz (1973) dalam
Ohlsen (1977) Adalah menjadi satu kesilapan jika dilihat pemulihan individu
yang bermasalah emosi itu sebagai hanya satu rawatan perubatan. Ini adalah
sebab individu itu telah lama menggunakan cara mengatasi masalah yang tidak
sesuai yang mungkin dipelajari sejak usia kecil lagi. Melalui kaunseling kelompok
individu itu akan mempelajari cara dan perlakuan baru yang lebih sesuai supaya
ia dapat membina perhubungan yang memuaskan di kalangan sanak saudara,
sahabat handai serta rakan sekerja. Maka dengan itu kaunseling kelompok
adalah satu pertolongan yang diberi kepada individu yang menghadapi masalah
emosi, sosial dan intelek melalui model pendidikan dan model perubatan.
Model pendidikan merangkumi aspek-aspek membimbing, mengajar,
menunjuk cara serta mengasuh individu tersebut dengna perlakuan-perlakuan
yang lebih berkesan supaya dapat menangani masalah yang dihadapi. Model
perubatan pula meliputi aspek mengkelasifikasi danmendiagnosa masalah
secara mendalam tetapi tidak termasuk preskrepsi atau memberi ubat.
Kaunseling
kelompok
menumpukan
masa
membantu
individu
mengidentifikasi
perlakuan
yang
tidak
mendatangkan
faedah
atau
menguntungkan diri. Individu dalam kelompok kaunseling mempelajari perlakuan
baru supaya dapat berfungsi dengan berkesan. Gazda (1973) menegaskan beliau
lebih suka melihat kaunseling kelompok sebagai terletak di satu kontinum yang
berorientasikan pencegahan kepada yang berorientasikan pemulihan. Di sebelah
pemulihan beliau letakkan psikoterapi, di sebelah mencegah pula diletakkan
kelompok bimbingan, latihan perhubungan antara manusia serta variasi-variasi
di bawah pergerakan potensi manusia. Manakala di tengah-tengah kontinum
tersebut di masukkan kaunseling kelompok.

Matlamat Kaunseling Kelompok

Corey (1990) mengemukakan beberapa matlamat ahli kelompok kaunseling yang


dikongsikan bersama.

1.
untuk belajar mempelajari diri dan orang lain
2.
untuk mendapatkan pengetahuan tentang diri sendiri dan
memperkembangkan identiti diri
3.
untuk menerima bahawa orang lain mempunyai keperluan dan
masalah serupa, dengan itu berusaha mewujudkan perasaansense of
universalityI
4.
untuk meningkatkan penerimaan diri, keyakinan diri, hormat diri
supaya dapat melihat diri dari sudut yang baru ( a new view of one self )
5.
untuk mencari alternative dalam menangani isu perkembangan
dalam hidup dan dalam mengatasi beberapa konflik.
6.
untuk meningkatkan arah diri, autonomi dan bertanggungjawab
terhadap diri dan orang lain
7.
untuk menyedari bahawa ada pilihan dalam hidup dan mempelajari
cara membuat keputusan secara matang.
8.
untuk merancang menukar beberapa perlakuan dan mengikut
rancangan yang telah dibuat.
9.
untuk mempelajari kemahiran social yang berkesan
10.
untuk lebih peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain
11.
untuk mempelajari cara bersemuka (confrantation ) dengan orang
lain secara berhati-hati, mengambil berat, jujur dan berterus terang
12.
untuk menukar kepada memenuhi keperluan sendiri daripada
memenuhi keperluan orang lain
13.
untuk menjelaskan nilai hidup diri dan membuat keputusan serta
mencari jalan untuk mengubahsuai nilai-nilai tersebut supaya menjadi
lebih bahagia dalam hidup.
Cik Pooh (2012) http://mycikpooh143.blogspot.com/2012/10/kaunselingkelompok.html

Anda mungkin juga menyukai