Anda di halaman 1dari 30

INTERVENSI KRISIS

1.0 PENGENALAN

2.0 KATEGORI

3.0 PUNCA- PUNCA

4.0 JENIS-JENIS KRISIS

5.0 TEORI- TEORI INTERVENSI KRISIS

6.0 MODEL INTERVENSI KRISIS

7.0 TEKNIK- TEKNIK INTERVENSI KRISIS

8.0 STRATEGI INTERVENSI KRISIS

9.0 CIRI- CIRI KAUNSELOR

10.0 PERANAN KAUNSELOR KRISIS 3011.0LANGKAH-LANGKAH


INTERVENSI

11.0 PENUTUP

12.0 BibliografI

13.0 Lampiran
1.0PENGENALAN

Krisis merupakan satu titik tolak kehidupan seseorang sama ada mampu untuk
menanganinya dan meneruskan hidup ke tahap seterusnya atau sebaliknya. Krisis
terhasil dari stress dan tekanan dalam kehidupan peribadi seseorang. Stress adalah
elemen utama dalam pembangunan krisis. Manusia mempunyai tindak balas yang
berbeza terhadap stress dan situasi krisis berdasarkan kemahiran atau tingkah laku
tersendiri, keupayaan untuk menangani,tahap kematangan dan personaliti. Bagi
sesetengah orang, situasi krisis mungkin berpasangan dengan perubahan tingkah
laku seperti masalah tidur atau makan berlebihan. Bagi sesetengah orang yang lain
pula, krisis mungkin terjadi dalam bentuk ketidakpercayaan, ketidakmampuan untuk
menangani dan penolakan. Selain itu, juga terdapat yang mengalami perubahan
psikologikal ketika berhadapan dengan krisis seperti peningkatan degupan jantung,
berpeluh dan pengsan. Seseorang yang berada dalam keadaan krisis adalah
apabila seseorang itu tidak dapat menentukan matlamat hidup dengan cara yang
biasa disebabkan ada halangan yang besar dan berat ( Caplan ,1961 ). Intervensi
krisis dilakukan apabila berlaku sesuatu keadaan yang menganggu gugat kebajikan
diri atau kebajikan orang lain dan satu langkah segera perlu diambil. Krisis boleh
dibahagikan kepada dua iaitu krisi yang boleh diramal dan krisis yang tidak boleh
diramal. Krisis yang boleh diramal adalah peristiwa atau proses biasa yang berlaku
dalam kehidupan seperti perkahwinan, kehamilan dan persaraan. Krisis yang tidak
boleh diramal adalah peristiwa atau proses yang terjadi secara mengejut dan tiba-
tiba. Contohnya krisis yangtidak boleh diramal adalah jenayah seperti tekanan yang
ditunjukkan oleh mangsa jenayah rogol, pembunuhan dan rompakan bersenjata.
Selain itu, malapetaka semula jadi dan berita mengejut seperti ahli keluarga terlibat
dalam kemalangan adalah contoh krisis yang tidak boleh diramal. Sejarah krisis
secara keseluruhannya dapat dilihat pada empat tahap iaitu suatu keadaan kritikal
terjadi di mana penentuan dibuat sama ada seseorang itu mempunyai keupayaan
untuk menangani krisis tersebut atau tidak. Seterusnya, peningkatan ketegangan
dan persekitaran yang tidak terurus akan menambah kebolehupayaan seseorang
dan melahirkan satu tuntutan untuk sumber tambahan untuk menyelesaikan krisis
adalah diperlukan. Akhir sekali, petunjuk mungkin diperlukan bagi menyelesaikan
masalah ketidaktentuan personaliti yang besar. Intervensi pula membawa maksud
campur tangan yang boleh digambarkan sebagai apa yang kaunselor lakukan atau
boleh lakukan dalam program bimbingan dan kaunseling yang komperehensif.
Contoh- contoh intervensi adalah perkhidmatan sesi kaunseling sama ada secara
individu, kelompok kecil atau kelompok besar. Selain itu, Program Pembimbing
Rakan Sebaya dan konsultasi juga dikira sebagai intervensi. Pemilihan intervensi
kaunseling yang berkesan melibatkan bilangan faktor yang berbeza, penilaian ke
atas masalah klien, matlamat yang diinginkan, pemilihan klien, ciri-ciri personal dan
gaya pembelajaran. Pentingnya intervensi krisis masa kini dalam kaunseling juga
dikaitkan dengan meningkatnya kejadian-kejadian yang boleh menyebabkan
berlakunya krisis. Ini adalah kerana peredaran zaman yang dilalui turut dilimpahi
dengan pelbagai masalah seperti peperangan dan bencana dunia, sebagaimana
yang diucap oleh Caplan ( 1964 ), dalam J & G ( 2001 ), apabila sesuatu kejadian
dipersepsikan oleh seseorang itu sebagai satu ancaman kepada keselamatan
dirinya untuk memenuhi sesuatu keperluan atau untuk kehidupan yang bermakna.

2.0 KATEGORI

Terdapat dua jenis kategori dalam intervensi krisis iaitu kategori krisis yang boleh
diramal dan krisis yang tidak boleh diramal.

2.0.1 Krisis Yang Boleh Diramal

Krisis yang boleh diramal adalah peristiwa atau proses biasa yang berlaku dalam
kehidupan. Individu yang mengalami krisis ini boleh mengawal krisis kerana ia boleh
diramal. Oleh itu, inidvidu boleh menyiapkan diri untuk menghadapi sebarang
kemungkinan yang akan datang. Antara contoh krisis yang boleh diramal adalah
perkahwinan, kehamilan dan persaraan.

2.0.2 Krisis Yang Tidak Boleh Diramal

Krisis yang tidak boleh diramal adalah peristiwa atau proses yang terjadi secara
mengejut dan tiba-tiba. Antara contoh krisis yang tidak boleh diramal adalah jenayah
seperti tekanan yang ditunjukkan oleh mangsa jenayah rogol, pembunuhan dan
rompakan bersenjata. Selain itu, bencana alam dan malapetaka semula jadi serta
berita mengejut seperti ahli keluarga terlibat dalam kemalangan adalah contoh krisis
yang tidak boleh diramal.

3.0 PUNCA-PUNCA KRISIS

Antara punca-punca krisis ialah kekecewaan. Kekecewaan berlaku apabila sesuatu


yang diingini tidak tercapai contohnya kematian seseorang yang dikasihi dan
disayangi, akibat kegagalan dalam mencapai cita-cita atau keinginan terhadap
sesuatu, kemiskinan hidup dan kegagalan dalam hidup. Konflik juga merupakan
salah satu punca berlakunya krisis.Konflik antara individu berlaku kerana setiap
individu mempunyai nilai pegangan masing-masing yang kadang kala tidak sama.
Apabila berlaku percanggahan dengan nilai yang dipegang dengan individu lain
maka akan berlakulah konflik sekiranya mereka tidak dapat bertolak ansur antara
satu sama lain. Tekanan hidup yang dilalui oleh individu tersebut merupakan satu
lagi punca berlakunya krisis. Keadaan emosi yang tidak stabil dan negatif
serta tindak balas fisiologi yang berlaku dalam situasi individu menerima ancaman
terhadap tujuan dan matlamat yang penting tidak tercapai. Selain itu, kelesuan juga
merupakan antara punca berlakunya krisis. Kelesuaan akan mengakibatkan individu
kurang bergaul dengan masyarakat dan tidak berdaya maju. Hal ini kerana
kurangnya pergaulan dengan masyarakat luar dan pemikiran individu itu sempit
menyebabkan ia mudah menghadapi krisis dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
Kelesuaan berlaku adalah disebabkan sahsiah, sikap, persekitaran, situasi dan
peristiwa dalam hidup. Pengalaman trauma yang dilalui oleh seseorang juga
menyebabkan krisis berlaku. Pendedahan yang keterlaluan yang dialami oleh
individu kepada kejadian-kejadian yang pahit, ngeri dan mengejutkan serta
pengalaman-pengalaman yang boleh mengancam kehidupan individu tersebut
adalah antara punca trauma yang akan mengakibatkan krisis berlaku.Contohnya
individu yang pernah terlibat dalam kemalangan yang dahsyat sehingga
membabitkan nyawa keluarga dan orang tersayang, dia akan berasa takut untuk
memandu seorang diri dan berada di jalan raya. Peristiwa pahit yang pernah berlaku
dalam dirinya menyebabkan dia trauma dan tidak dapat mengawal dirinya dengan
baik. Selain itu, individu yang pernah dirogol dengan sadis akan berasa takut dan
berjaga-jaga dengan lelaki kerana dia sentiasa memikirkan kejadian yang pernah
meragut maruahnya. Dia akan berasa kurang yakin dengan individu yang ingin
mendekatinya dan pengalaman lepas masih tidak dapat dilupakan. Individu yang
trauma ini perlu dibantu agar dapat membentuk keyakinan semula dalam dirinya
bagi meneruskan hidup ini.

4.0 JENIS KRISIS

4.1 Krisis Perkembangan

Krisis perkembangan berlaku melalui perkembangan normal seseorang dalam


kehidupannya. Contohnya ialah waktu seseorang masuk ke sekolah. Ia boleh
digambarkan sebagai peristiwa yang biasanya dialami dalam pertumbuhan dan
kematangan (Aguilera) dalam Myer (2000). Konsep perkembangan normal yang
penting bermaksud perubahan individu sepanjang masa dalam cara yang
diramalkan dengan ”normal” merujuk kepada apa yang biasa bagi kebanyakan
orang dalam satu kumpulan umur tertentu sama ada kumpulan umur bayi, remaja
atau lebih daripada umur 60 tahun. Ahli teori perkembangan juga membuat
pemerhatian bahawa kebolehan manusia untuk tumbuh dan berubah dengan cara
yang dijangkakan adalah satu hasil interaksi di antara keperluan psikologi individu
dengan kebolehan, jangkaan sosial, tuntutan, sumber dan peluang
(Bronfrenbrenner, 1979,1989), dalam Myer (2000). Pertumbuhan yang sihat yang
mana memerlukan pencapaian kognitif, emosi dan tugas-tugas tingkah laku dan
enakmen kejayaan dalam jangkaan peranan sosial, adalah satu proses yang berlaku
hanya dalam konteks untuk mengekalkan persekitaran (Bronfrenbrenner,1979:
Erikson, 1963; Piaget, 1929), dalam Myer (2000). Apabila seseorang bergerak
melalui beberapa tahap (perkahwinan, kelahiran anak, anak-anak meninggalkan
rumah, persaraan atau kematian) dalam kehidupan, mereka akan mengalami krisis
untuk menyesuaikan diri dengan situasi ini. Ia merupakan satu peristiwa di dalam
urutan pertumbuhan manusia dan perubahan yang diramatik atau anjakan wujud
yang menghasilkan respons yang abnormal. Lebih penting peristiwa tersebut, lebih
berkemungkinan ke arah tindakan krisis. Lebih sejajar peristiwa dengan corak
penerimaan budaya, kurang reaksi krisis. Sebagai contoh, krisis perkembangan
wujud bila melahirkan anak, bergraduan, perubahan kerjaya di pertengahan umur,
atau bersara. Krisis perkembangan dianggap sebagai normal, walaubagaimanapun
semua orang dan semua krisis perkembangan adalah unik dan mesti di ukur dan di
kendalikan dalam keadaan yang unik. Budaya di negara barat pula menjangkakan
keluar dari rumah dan berdikari hingga mereka sampai ke zaman dewasa. Walau
bagaimanapun, dalam budaya lain, ia lebih diterima untuk tinggal di rumah dan
kanak-kanak tidak diharapkan untuk berdikari.Oleh sebab itu, jika anak-anak tidak
meninggalkan rumah dan bergantung kepada ibu bapa di Amerika Syarikat, krisis
akan terbentuk bagi ibu bapa mereka. Dalam budaya yang lain, ibu bapa akan
mengalami krisis jika anak-anak mereka meninggalkan rumah. Beberapa teori telah
diutarakan untuk menerangkan pelbagai kawasan atau domain pertumbuhan dan
perubahan (kognitif, fizikal, sosioemosi). Erikson (1963), yang fokus kepada
perkembangan psikososial, menegaskan bahawa setiap tahap perkembangan
terdapat tugas penting atau konflik yang perlu diselesaikan oleh individu untuk
bergerak ke tahap yang seterusnya. Contohnya, Erikson menyatakan bahawa tugas
penting dalam perkembangan kanak-kanak (umur 6-12 tahun) adalah untuk
mengukuhkan ”industri”, atau kebolehan untuk berjaya dalam cabaran-cabaran baru
seperti tugas untuk perhubungan dengan rakan sebaya dan guru dan pembentukan
kemahiran penyelesaian masalah. Krisis Perkembangan merujuk kepada situasi
yang mana individu diselubungi (perasaan sedih, derita dan sebagainya), tidak dapat
untuk mengendalikannya, dan tidak dapat berfungsi dengan sesuai dalam memberi
respon terhadap peralihan peranan perkembangan. Secara semula jadinya dalam
semua tahap perkembangan berlaku ketegangan atau tekanan khusus dan
berpotensi untuk menghadapi konflik. Bagaimana individu mengendalikannya
bergantung kepada faktor-faktor lain (kewangan, personal, sokongan sosial). Jika
individu tidak dapat mengendalikan semua ketegangan dan menyelesaikan semua
konflik dengan berjaya, krisis perkembangan akan terhasil. Sebagai contoh, tugas
perkembangan seorang kanak-kanak termasuklah belajar untuk berhubungan
dengan rakan sebaya dan guru.Kanak-kanak mungkin mengalami konflik dengan
rakan sebaya dan guru. Kesukaran ini berpotensi untuk membentuk krisis kepada
kanak-kanak tersebut kerana penguasaaan kejayaan peranan rakan sebaya dan
pelajar adalah asas kepada jangkaan budaya pada peringkat remaja untuk
membentuk kesedaran kendiri dan identiti. Krisis Perkembangan mungkin juga
muncul dalam pertengahan kehidupan seperti sesetengah individu mengalami
kerisauan, kesedihan atau takut menjadi tua. Individu kemungkinan menjadi sangat
tertekan dengan peralihan perkembangan di mana mereka terpaksa menyesuaikan
diri dengan perubahan peranan apabila bersara dan mula untuk berdepan secara
terus dengan kematian mereka di mana mereka melihat diri mereka dan orang yang
sama umur seolah-olah menolak kesihatan. Selain itu, wanita yang telah
menghabiskan kehidupannya untuk anak-anak mungkin mengalami krisis identiti
dimana dia melihat anak-anak yang telah dewasa meninggalkan rumah. Seseorang
tidak akan mengalami krisis jika mereka berjaya menyesuaikan diri dengan peralihan
hidup. Ia perlu ditekankan bahawa apabila seseorang mengalami krisis
perkembangan, mereka mungkin mengadu atau menunjukkan simptom yang lain.
Jadi, remaja yang mengalami krisis perkembangan mungkin dirujuk kepada rawatan
sekira nya menyalahgunakan dadah atau alkohol. Kaunselor krisis perlu menyedari
masalah tingkah laku seperti simptom individu yang mengendalikan sesuatu secara
beremosi dan krisis interpersonal yang wujud dalam peralihan perkembangan.
Menurut Aguilera (1994), krisis perkembangan adalah peristiwa yang biasa dialami
dalam pertumbuhan dan kematangan. Konsep perkembangan normal membawa
maksud perubahan individu sepanjang masa dalam cara yang diramalkan.
Perkataan normal merujuk kepada sesuatu yang biasa bagi kebanyakan orang
dalam satu kumpulan umur tertentu sama ada di peringkat bayi, remaja atau umur
golongan emas. Selain itu, pemerhatian daripada ahli teori perkembangan juga
mendapati bahawa kebolehan manusia untuk tumbuh dan berubah dengan cara
yang dijangkakan adalah hasil daripada interaksi antara keperluan psikologi individu
dengan, jangkaan sosial, tuntutan,sumber dan peluang (Bronfrenbrenner, 1979,
1989). Pertumbuhan yang sihat memerlukan pencapaian kognitif, emosi dan tingkah
laku dan enakmen kejayaan dalam jangkaan peranan sosial merupakan proses yang
berlaku hanya dalam konteks untuk mengekalkan persekitaran (Bronfrenbrenner,
1979; Erikson, 1963; Piaget, 1929). Apabila seseorang bergerak melalui beberapa
tahap seperti perkahwinan, kelahiran anak, anak-anak meninggalkan rumah,
persaraan dan kematian dalam kehidupan, mereka akan mengalami krisis untuk
menyesuaikan diri dengan situasi tersebut. Ia merupakan satu peristiwa dalam
urutan pertumbuhan manusia dan perubahan yang dramatik akan menghasilkan
respon yang abnormal. Keadaan ini akhirnya akan menyebabkan terjadinya krisis.
Sebagai contoh, krisis perkembangan biasanya berlaku apabila malahirkan anak,
menerima ijazah, perubahan kerjaya pada usia yang semakin meningkat atau
bersara. Krisis perkembangan sebagai sesuatu perkara yang normal namun semua
orang dan semua krisis perkembangan adalah unik dan mesti di ukur serta
dikendalikan dalam keadaan sesuai. Dalam budaya Barat mereka menganggap
bahawa anak-anak meninggalkan rumah untuk berdikari adalah sesuatu yang
normal namun bagi kebanyakan budaya meninggalkan rumah adalah sesuatu
perkara yang negatif. Oleh itu, di negara Barat sekiranya anak-anak tidak
meninggalkan rumah maka akan terjadinya krisis manakala bagi budaya lain pula
akan timbul krisis apabila anak-anak meninggalkan rumah.Terdapat beberapa teori
yang dikemukakan untuk menerangkan tentang pertumbuhan dan perubahan dari
segi kognitif, fizikal dan emosi. Menurut Eric Erikson (1963), yang mengutarakan
tentang perkembangan psikososial manusia dan menegaskan bahawa setiap tahap
perkembangan terdapat tugas atau konflik yang perlu diselesaikan oleh individu
untuk bergerak ke tahap seterusnya. Sebagai contoh, pada tahap remaja (umur 13-
20 tahun) berlaku proses identiti dan kecelaruan identiti. Krisis perkembangan juga
merujuk kepada situasi yang mana individu diselubungi perasaan sedih, derita dan
lain-lain yang mana individu tersebut gagal untuk mengendalikan dan tidak dapat
berfungsi dengan sesuai dalam memberi respon terhadap peralihan peranan yang
berlaku. Kebiasaannya, dalam semua tahap perkembangan akan terjadi ketegangan
dan tekanan khusus untuk menghadapi konflik dan untuk mengendalikan sesuatu
konflik adalah bergantung kepada faktor lain seperti kewangan, personal dan
sokongan sosial. Jika individu tidak dapat mengendalikan semua ketegangan dan
tidak dapat menyelesaikan masalah atau konflik yang dialami maka krisis
perkembangan akan terhasil. Krisis perkembangan juga terjadi dalam pertengahan
kehidupan seperti sesetangah individu mengalami kerisauan, kesedihan atau takut
menjadi tua. Individu kemungkinan akan berasa tertekan dengan peralihan
perkembangan di mana mereka perlu menyesuaikan diri dengan perubahan peranan
apabila bersara dan mula berdepan dengan kematian. Selain itu,wanita yang telah
menghabiskan kehidupannya untuk anak-anak akan mengalami krisis apabila
melihat anak-anak yang telah dewasa meninggalkan rumah. Seseorang tidak akan
mengalami krisis jika mereka berjaya menyesuaikan diri dengan peralihan hidup.

4.2 Krisis Situasi

Krisis situasi adalah suatu bentuk ancaman yang datang pada satu-satu masa di
mana kita terduga akan kejadian tersebut dan ia sangat menggangu kita. Contohnya
kematian orang yang dicintai. Krisis Situasi adalah peristiwa yang berlaku tanpa
dijangka sepanjang kehidupan seseorang. Kebanyakan krisis biasanya berlaku tiba-
tiba dan tidak dapat dikawal. Ciri-ciri atau tanda krisis situasi adalah jelas pada
peristiwa luaran. Krisis situasi berlaku dengan tidak dijangkakan dan boleh berlaku
pada mana-mana tahap dalam kehidupan individu.Tiga ciri Krisis Situasi ialah
Sudden Onset (Permulaan tiba-tiba),iaitu apabila peristiwa yang melanda tanpa
memberi amaran awal dan unexpectedness (tidak dijangkakan) di mana apabila
peristiwa berlaku individu tidak pernah menimbangkannya secara serius. Ciri ketiga
ialah emergency (kecemasan) bermaksud apabila diancam di dalam cara yang
kemungkinan (fizikal, emosi), ia memerlukan tindakan secara tiba-tiba untuk
mengelakkan sebarang kecederaan. Contoh Krisis Situasi yang sesetengahnya
mempunyai potensi yang tinggi menyebabkan trauma termasuklah kemalangan
kereta, diagnosis kesakitan yang kronik, kematian orang tersayang, menjadi mangsa
penjenayah, keganasan rumahtangga, rogol atau penderaan seksual pada zaman
kanak-kanak. Krisis situasi termasuklah juga peristiwa yang boleh memberi kesan
kepada lebih daripada seorang pada satu masa iaitu mungkin memberi kesan
kepada keseluruhan komuniti. Contohnya ialah bencana alam seperti banjir kilat dan
taufan yang berpotensi menyebabkan Krisis Situasi.
What makes a situation a crisis situation depends on “how intensely the client views
the problem as intolerable or how much emotional disequilibrium the client
experiences.”

Pengetahuan asas tentang peristiwa krisis adalah satu langkah pertama kepada
kaunselor dalam membentuk kemahiran yang diperlukan untuk menolong individu
yang berada dalam krisis. Pengetahuan ini termasuklah memahami definisi
intervensi krisis. Kunci untuk membezakan antara krisis situasi dengan krisis yang
lain adalah krisis ini berlaku secara tiba-tiba, mengejut, mendesak, dan katastropik.
Krisis situasi adalah peristiwa yang berlaku tanpa dijangka sepanjang kehidupan
seseorang. Kebanyakan krisis biasanya berlaku tiba-tiba dan tidak dapat dikawal.
Ciri-ciri atau tanda krisis situasi adalah jelas pada peristiwa luaran. Krisis situasi
berlaku dengan tidak dijangkakan dan boleh berlaku pada mana-mana tahap dalam
kehidupan individu. Tiga ciri krisis situasi ialah Sudden Onset (permulaan tiba-tiba)
adalah peristiwa yang melanda tanpa memberi amaran awal dan tidak dijangkakan
dan apabila berlaku individu tidak pernah menimbangkannya secara serius. Selain
itu, krisis situasi juga bersifat kecemasan yang bermaksud apabila diancam dalam
cara fizikal dan emosi ia memerlukan tindakan secara tiba-tiba untuk mengelakkan
sebarang kecederaan. Antara contoh krisis situasi yang mempunyai potensi yang
tinggi akan menyebabkan trauma termasuklah kemalangan kereta, sakit yang kronik,
kematian orang yang disayang, menjadi mangsa penjenayah, keganasan rumah
tangga, rogol atau penderaan seksual semasa kanak-kanak. Krisis situasi juga
termasuklah peristiwa yang boleh memberi kesan kepada lebih daripada seorang
pada satu masa iaitu memberi kesan kepada keseluruhan komuniti seperti bencana
alam seperti banjir kilat dan taufan. Pengetahuan asas tentang peristiwa krisis
situasi adalah satu langkah pertama kepada kaunselor dalam membentuk
kemahiran yang diperlukan untuk menolong individu yang berada dalam krisis.
Pengetahuan ini termasuklah memahami definisi intervensi krisis. Untuk
membezakan antara krisis situasi dengan krisis yang lain ialah krisis ini berlaku
secara tiba-tiba, mengejut dan mendesak.

4.3 Krisis Kewujudan

Krisis kewujudan berlaku apabila seseorang menunjukkan konflik dan perasaan


risau apabila berhadapan dengan isu-isu kemanusiaan yang penting. Krisis
kewujudan merujuk kepada konflik dalaman dan kerisauan yang mengiringi isu
penting dalam kemanusiaan, tanggungjawab, kebebasan, tidak bergantung dan
komitmen. Krisis kewujudan mungkin akan mengiringi kesedaran pada umur 40-an.
Perkara tersebut tidak akan menjadi signifikan dan jelas kepada profesian atau
organisasi, contohnya individu yang menyesal pada umur 50 tahun memilih untuk
tidak berkahwin atau meninggalkan ibu bapa di rumah, dan tidak pernah hidup
berasingan dan sekarang telah kehilangan semua kemungkinan untuk hidup
bahagia sepenuhnya dan menjadi orang yang berfaedah atau perasaan merebak
dan berterusan pada umur 60an di mana peringkat individu merasa hidup sudah
tidak bermakna, dan mereka mengelak untuk memenuhkan hidup mereka dengan
perkara yang bermakna. Krisis Kewujudan berlaku apabila seseorang berada dalam
situasi seperti saya seorang yang gagal, saya hampir lulus, tetapi saya belum dapat
bayangkan apa yang akan saya lakukan nanti, saya tidak akan pernah berjaya
dalam kerjaya saya, sekarang saya adalah duda,saya sendirian lagi, “Hidupku tidak
mempunyai tujuan”, pernikahanku berakhir dengan perceraian, saya terlalu tua
untuk meraih apa yang saya cita-citakan dan saya ditolak kerana warna kulit saya.
Krisis ini berlaku apabila individu itu tidak dapat menerima realiti dan perkara yang
terjadi kepada dirinya dan pemikiran-pemikiran yang negatif dan tidak rasional yang
telah mengganggu kehidupan.“Existential Crises is inner conflict and anxiety around
existential concerns inexamples like time running out, responsibility, choice and
accountability, freedom and lack of meaning. A void remains that cannot be filled in a
meaningful way.”

Termasuk dalam kategori krisis ini adalah perkara atau peristiwa mengancam yang
telah terjadi di mana ia akan pulih tetapi memerlukan satu tempoh masa yang cukup
lama dan memerlukan kita sendiri berupaya menerimanya dan kita menyedarinya.
Kesedaran yang berlaku pula adalah hasil daripada perubahan yang berlaku dalam
persepsi kita di mana kita memang boleh menyangkalnya untuk sementara waktu,
namun pada suatu ketika dan masa, kita harus menghadapinya secara realistik jika
kita tetap ingin meneruskan hidup dan memenuhi tuntutan-tuntutannya.

5.0 TEORI INTERVENSI KRISIS

Salah satu kesan sampingan proses pembangunan yang pesat dalam sesebuah
Negara adalah kemunculan masalah sosial dan psikologikal seperti tekanan,
penyakit mental dan bunuh diri. Untuk menangani masalah tersebut maka intervensi
krisis amat diperlukan. Krisis intervensi melibatkan suatu pengurusan situasi krisis
yang diakibatkan sesuatu keadaan atau peristiwa tertentu. Perkhidmatan intervensi
adalah bantuan kecemasan yang bersifat sementara atau hanya untuk jangka masa
yang pendek. Kursus ini mencakupi suatu liputan asas tentang teori krisis dan
pelbagai intervensi yang dilakukan terhadap klien. Pelajar juga didedahkan kepada
cara mengetahui perasaan, fikiran, dan tingkah laku klien. Kursus ini juga
membincangkan strategi dan sumber bantuan kepada individu, kelompok atau
komuniti yang bermasalah demi menolong mereka kembali kepada keadaan
keseimbangan atau kestabilan yang asal.Berikut adalah teori yang relevan dalam
krisis (sebagai satu cara pertolongan yangterancang). Jasonik (1984),
mengkonsepsikan teori krisis ini kepada empat peringkat yang berbeza : teori krisis
asas, teori krisis lanjutan, teori krisis gunaan dan teori ekosistem
5.1 Teori Krisis Asas

Basic Crisis Intervention helped professionals and paraprofessionals identify crisis


situations in those manifesting “pathological” symptoms Previous to this, clients
werelabeled as abnormal. Lindeman and Caplan noted that crisis was transitory and
wasaccompanied by normal grief responses. (Accompany “loss”):

o Preoccupation with the lost one


o Identification with the lost one
o Expressions of guilt and hostility
o Some disorganization in daily routine
o Some evidence if somatic complaints

Out of this theory, clinicians were encouraged to intervene in ways to eliminate


the“affective, behavioral and cognitive distortions that precipitated the psychological
trauma inthe first place.”

“What makes a situation a crisis situation depends on “how intensely the client views
the problem as intolerable or how much emotional disequilibrium the client
experiences.”

Kajian, penulisan dan ajaran yang di berikan oleh Linderman (1944, 1956),
memberikan pemahaman baru yang profesional tentang krisis. Linderman
membantu kaunselor memberikan intervensi krisis kepada orang yang menderita
kerana kehilangan di mana mereka tidak mempunyai diagnosis pathalogi yang
spesifik tetapi menunjukkan simptom pathologi. Teori krisis asas Linderman dan
kerja beliau memberikan sumbangan yang substansif kepada kita dalam memahami
tingkah laku klien yang mengalami kesedihanyang amat sangat akibat mengalami
kehilangan sesuatu yang amat berharga di dalam hidup. Beliau membantu untuk
mengenal pasti respons tingkah laku seperti kesedihan yang amat sangat adalah
normal, bersifat sementara, dan boleh berkurang melalui penggunaan intervensi
jangka pendek. Contoh tingkah laku yang biasa kepada orang yang mengalami krisis
termasuklah terlalu leka dengan kehilangan, identifikasi kepada kehilangan,
mengespretasikan rasa bersalah dan permusuhan, rutin harian yang tidak tersusun,
dan bukti terhadap rungutan somatik.( Jasonik, 1984).

Linderman menyangkal persepsi lazim yang menyatakan bahawa klien yang


menunjukkan respons krisis patut dirawat sebagai seorang yang abnormal atau
bermasalah pathalogi. Linderman memfokuskan kepada resolusi segera untuk
kesedihan selepas kehilangan,Caplan (1940), pula memperkembangkan idea yang
di bina oleh Linderman kepada keseluruhan faktor dalam kejadian yang traumatik.
Caplan melihat krisis sebagai sesuatu perkara yang terhasil daripada halangan yang
wujud kepada matlamat hidup di mana ia tidak boleh di atasi oleh tingkah laku yang
biasa. Halangan ini boleh muncul dalam perkembangan hidup seseorang dan situasi
tertentu. Linderman dan Caplan menguruskan intervensi krisis ini mengikut trauma
psikologi yang menggunakan paradigma keseimbangan dan ketidakseimbangan.
Peringkat dalam paradigma Linderman adalah, keseimbagan yang terganggu, terapi
ringkas atau tugas kesedihan, tugas klien dalam melalui masalah dan kesedihan,
dan keseimbangan (Jasonik, 1984). Caplan menghubungkan konsep dan peringkat
yang di perkenalkan oleh Linderman kepada semua perkara dalam perkembangan
dan situasi dan memperkembangan intervensi krisis kepada menghapuskan herotan
dalam kognitif,emosi, dan tingkah laku yang menjadi punca utama kepada trauma
psikologi.

Kerja yang dilakukan oleh Linderman dan Caplan ini memberikan dorongan dalam
penggunaan strategi intervensi krisis dalam kaunseling dan terapi ringkas dengan
orang yang menunjukkan reaksi manusia biasa terhadap perkara yang traumatik.
Teori krisis asas,mengikut kaedahnya adalah memfokus kepada membantu orang
yang tidak wajar yang disebabkan oleh perkara yang traumatik.

Semua manusia pernah merasai pengalaman yang traumatik dalam hidup


mereka.Walaupun tidak menjadi tekanan atau keadaan kecemasan, trauma dalam
diri mereka.Walaupun tidak menjadi tekanan atau keadaan kecemasan, trauma
dalam diri mereka boleh menyebabkan krisis. Apabila perkara yang traumatik itu
dengan subjektifnya dlihatkan sebagai satu ancaman kepada pemenuhan keperluan,
keselamatan, atau kewujudan yang bermakna maka individu itu akan memasuki
tahap krisis (Caplan,1964). Krisis juga diiringi oleh ketidakseimbangan sementara,
dan mengandungi potensi dalam perkembangan manusia. Resolusi dalam
menghadapi krisis mungkin akan membawa kepada hasil yang positif dan membina
seperti peningkatan diri dalam menyelesaikan masalah dan penurunan kepada
perkara yang negatif seperti merosakkan diri dan tingkah laku yang tidak betfungsi.

5.2 Teori Krisis Lanjutan

“Adaptational Theory: The crisis is “sustained through maladaptive behaviors,


negativethoughts and destructive defense mechanisms.” The basic premise is that
the crisis will recede when the person learns more adaptive ways of dealing with the
crisis.”

Teori krisis lanjutan ini dibangunkan kerana teori terlalu bergantung kepada
pendekatan psikoanalisis sahaja, ia tidak menjelaskan secara mencukupi tentang
faktor sosial, persekitaran dan situasi yang juga boleh menyebabkan timbulnya
krisis. Sebagai teori krisis dan intervensi yang diperkembangkan. Ia menjadi lebih
halus jelas tentang pendekatannya, iaitu pendekatan yang mengenal pasti faktor
yang mempengaruhi, punca utama atau agen penyebab krisis. Contoh utama dalam
batasan pandangan ini adalah,diagnosis yang salah oleh pengamal yang pertama
kali bertemu dengan mangsa gangguan seksual yang sebelumnya mengalami
pathalogi di mana krisis tersebut menjadi sebab dia berada di dalam trauma. Teori
krisis dan intevensi telah berkembang dan menjadi lebih jelas apabila memberikan
kombinasi yang tepat dalam perkembangan sosiologi, psikologi, persekitara dan
situasi yang terlibat.

5.2.1 Teori Psikoanalisis

“Psychoanalytic Theory: Disequilibrium occurs because of something suppressed in


the person’s unconscious or past emotional experiences.”

Teori Psikoanalisis diaplikasikan dalam teori krisis lanjutan, ia berdasarkan kepada


pandangan tentang ketidakseimbangan yang mengiringi krisis seseorang yang boleh
difahami melalui mendapatkan maklumat tentang pemikiran bawah sedar individu
dan pengalaman emosi yang lepas. Teori psikoanalisis mengandaikan bahawa
sesetengah lekatan pada peringkat awal kanak-kanak adalah penjelasan yang
utama kenapa sesuatu itu menjadi krisis.Teori ini boleh digunakan untuk membantu
klien membina celik akal yang dinamik da ntingkah laku mereka sebagai penyebab
krisis yang berlaku ke atas diri mereka.

5.2.2 Teori Humanistik

Teori humanistik adalah dibina berdasarkan pelbagai dimensi. Cormier dan


Hackney(1987), memerihalkan sebagai peningkatan estim kendiri iaitu keterbukaan,
kepercayaan, perkongsian, keselamatan, penerimaan tanpa syarat, empati yang
tepat, dan ketulenan. Intipati dalam teori humanistik ini adalah manusia tidak mampu
menyimpan krisis masalah peribadi ini selamanya sekiranya mereka percaya
terhadap diri mereka dan orang lain serta mempunyai keyakinan yang mereka
mampu untuk mencapai kesempurnaan kendiri dan dapat menyelesaikan masalah.

Beberapa psikolog pada waktu yang sama tidak menyukai uraian aliran
psikodinamika dan behaviouristik tentang kepribadian. Mereka merasa bahwa teori-
teori ini mengabaikan kualiti yang menjadikan manusia itu berbeda dari binatang,
seperti misalnya mengupayakan dengan keras untuk menguasai diri dan merealisasi
diri. Di tahun 1950-an, beberapa psikologi aliran ini mendirikan sekolah psikologi
yang disebut dengan humanisme.
Psikologi humanistik mencoba untuk melihat kehidupan manusia sebagaimana
manusia melihat kehidupan mereka. Mereka cenderung untuk berpegang pada
prespektif optimistik tentang sifat alamiah manusia. Mereka berfokus pada
kemampuan manusia untuk berfikir secara sadar dan rasional dalam
mengendalikan hasrat biologisnya, serta dalam meraih potensi maksimal mereka.
Dalam pandangan humanistik, manusia bertanggung jawab terhadap hidup dan
perbuatannya serta mempunyai kebebasan dan kemampuan untuk mengubah sikap
dan perilaku mereka

Apabila seseorang berunding tentang penilaian kendiri dengan orang lain, mereka
akan lebih bergantung kepada orang lain untuk mengesahkan siapa diri mereka.
Oleh sebab itu selagi individu mengekalkan lokus kawalan luaran, krisis akan
muncul. Matlamat akhir dalam teori humanistik adalah membawa kuasa penilaian
kendiri balik kepada individu tersebut, membolehkan dia berupaya untuk kembali
mengawal kehendak diri dan membina kebolehan untuk mengambil apa saja
tindakan yang diperlukan untuk mengatasi situasi krisis.

5.2.3 Teori Kewujudan

Teori kewujudan berfokus kepada krisis klien yang merasa keseorangan di dalam
dunia serta merasa bimbang di dalam keseorangan ini. Penteori Kewujudan melihat
manusia sebagai berupaya mencapai kesedaran kendiri yang membolehkan mereka
berfikir dan membuat keputusan. Lebih tinggi kesedaran mereka kemungkinan
mereka mencapai kebebasan juga lebih tinggi. Kebebasan untuk memilih daripada
alternatif adalah menjadi satu tanggungjawab. Hal ini memberi implikasi bahawa
seseorang itu bertanggungjawab ke atas kewujudannya dan destinasinya, dia bukan
hasil dari kuasa pelaziman yang ditentukan. Kesedaran untuk kebebasan dan
bertanggungjawab menyebabkan bimbang tentang kewujudan seseorang yang
menjadi asas sifat semulajadi manusia lalu menimbulkan krisis. Mengetahui bahawa
seseorang itu perlu memilih tanpa mengira kesannya, menyebabkan krisis
kebimbangan. Krisis kebimbangan tentang kewujudan juga adalah hasil daripada
kesedaran tentang kematian kerana sedar bahawa manusia mempunyai masa
terhad untuk merealisasikan potensi diri.

5.2.4 Teori Kognitif Tingkah laku

Satu teori yang cuba menerangkan bagaimana manusia memperoleh dan berubah
sikap mereka apabila bertindak ke atas komunikasi berbentuk pemujukan. Teori
memberi fokus kepada kenyataan bahawa penerima sesuatu maklumat bukan
sekadar memberi tindak balas terhadap maklumat yang diterima, tetapi juga
menggerakkan pemikirannya terhadap maklumat tersebut. Apabila seseorang
menerima sesuatu perkara, maklumat yang cuba memberi mesej tentang sesuatu
perkara, maklumat tersebut akan dihubung kaitkan dengan pengetahuan sedia-ada,
menjadikan pemikirannya bertindak balas secara aktif terhadap maklumat yang
diterima. Teori ini mula diambil perhatian oleh Anthony G. Greenwald pada tahun
1930an. Kajian beliau adalah berkenaan dengan perubahan sikap. Perubahan sikap
ini berhubung dengan pembelajaran, persepsi, fungsi dan konsistensi.

Teori ini menekankan kepentingan pemikiran kognitif terutamanya pemikiran yang


tidak produktif dan tidak berfungsi. Terapi kognitifnya berkesan sebagai rawatan
jangka pendek terutamanya dalam menangani krisis kemurungan dan stres. Hal ini
menunjukkan krisis intervensi berlaku. Pendekatan kognitif untuk menolong klien
menjadi lebih realistik di dalam menginterpretasikan sesuatu peristiwa yang boleh
mengurangkan kesan perasaan kecewa, sedih bimbang iaitu mengurangkan
generalisasi di dalam kes kemurungan dan mengurangkan projeksi dalam kes
kebimbangan.

6.0 MODEL-MODEL KRISIS INTERVENSI

Terdapat 3 model asas intervensi krisis yang telah dibincangkan oleh Both Leiner
(1974) dan Belkin (1984). Model-model tersebut ialah Model Equilibrium, Model
Kognitif dan Model Peralihan Psikososial. Model-model ini menyediakan kerja asas
dalam semua strategi dan metodologi (kajian) intervensi krisis. Semua model
intervensi krisis adalah berdasarkan teori. Strickler dan Bonnefil (1974), telah
menghubungkaitkan teori krisis dan pendekatan psikoanalisis dengan psikoterapi
melalui isu-isu berikut:

1) Matlamat rawatan adalah menstrukturkan dan meningkatkan kecekapan klien


menghadapi kesukaran untuk menggunakan kemahiran penyelesaian masalah

2) Sasaran rawatan adalah spesifik dan berkait rapat dengan lingkungan masalah
klien (mengaitkan konflik interpersonal klien dan ketidakfungsian role klien)

3) Tumpuan klien adalah memastikan masalah masih lagi dalam kawalan melalui
teknik pemfokusan masalah secara aktif.

4) Rawatan disesuaikan dengan tahap sedar klien dan konflik emosi separa
sedar.Konflik-konflik tersebut dikendalikan dengan cara mendapatkan rujukan untuk
situasi permasalahan tersebut kemudian memfokuskan kepada apa yang diperoleh.

5) Situasi yang berlaku secara tiba-tiba dikesan dengan segera kerana ia


mempengaruhi pergerakan situasi permasalahan.

6) Modifikasi trait karakter klien dan bentuk personaliti bukanlah objektif utama
dalam rawatan ini.
7) Kebiasaannya, fenomena pemindahan klien terhadap kaunselor intervensi
bukanlah menyumbang kepada sebarang kepentingan terhadap proses terauputik.
Namun begitu,sesetengah pemindahan biasanya menjadi penghalang terhadap
rawatan yang dijalankan.

8) Rawatan adalah berdasarkan maklumat latar belakang yang diperoleh melalui


pengetahuan personaliti, kefungsian ego, dan kefungsian sosialisasi klien.

Prinsip-prinsip penting di atas menyediakan perantaraan di antara teori krisis dan


intervensi. Prinsip-prinsip tersebut juga menjelaskan bahawa prinsip psikologi krisis
adalah asas terhadap latihan klinikal (Belkin, 1984). Maka, penetapan tahap ujian
ringkas dilakukan terhadap model-model intervensi krisis seperti equilibrium, kognitif,
dan peralihan psikososial.

6.1 Model Equilibrium

Model ini merupakan suatu model yang ternyata memperihalkan keseimbangan dan
ketidakseimbangan. Manusia yang menghadapi krisis lazimnya menghadapi
ketidakseimbangan dari segi psikologi dan emosi. Maka, mereka akan menghadapi
kesukaran untuk mengendalikan dan menggunakan kaedah penyelesaian masalah
yang tepat dalam kehidupan mereka. Matlamat model ini adalah membantu individu
mencapai semulakeseimbangan dalam tahap pra krisis (Caplan, 1961).

Model ini juga merupakan suatu model yang sesuai untuk mengatasi intervensi pada
peringkat permulaan iaitu apabila manusia berada di luar kawalan diri, gagal
menyesuaikan diri dan tidak berupaya untuk memilih pilihan yang sesuai dan tepat
sehinggalah manusia tersebut berjaya meningkatkan kebolehan dirinya untuk
bertindak. Berpandukan masa yang tepat, manusia akan memperoleh kestabilan diri,
manakala yang selebihnya boleh diperoleh kemudian. Misalnya, tindakan terbaik
adalah menyiasat faktor terpendam yang mendorong kepada bunuh diri sehingga
individu tersebut mampu menstabilkan diri dengan memikirkan bahawa hidup ini
adalah sangat berharga. Ini merupakan model asli intervensi krisis dan selalunya
digunakan pada peringkat permulaan krisis (Caplan, 1961; Leitner,
1974;Lindermann, 1944).

6.2 Model Kognitif

Model ini berdasarkan kepada kenyataan bahawa krisis adalah berakar umbi
daripada pemikiran yang salah mengenai sesuatu peristiwa atau situasi. Namun,
model ini juga bukan sekadar berdasarkan peristiwa atau fakta mengenai sesuatu
peristiwa dan situasi sahaja (Ellis,1962). Matlamat model ini adalah untuk membantu
manusia sedar dan mengubah pandangan dan kepercayaan mereka mengenai
sesuatu krisis. Pegangan asas model ini adalah manusia boleh memupuk kawalan
terhadap krisis dalam kehidupan mereka melalui perubahan cara berfikir
terutamanya mengenal pasti dan mempertikaikan ketidakrasionalan dan kekalahan
diri mereka. Selain itu, manusia mampu mengekalkan dan memfokuskan
kerasionalan dan elemen penghargaan diri dalam proses pemikiran mereka.

Transcrisis: the original crisis event becomes submerged into the unconsciousandre-
emerges when anxiety is re-experienced. A woman who experienced rapewillre-
experience problems with being sexually intimate with a man and experience
problems in intimate relationships. Transcrisis points are stressful situations a
person encounters after the crisis that perpetuate the original trauma—
“psychological aftershocks.”

Mesej yang disampaikan oleh manusia yang menghadapi krisis lazimnya akan
berbentuk negatif dan hanya berkisar kepada situasi sebenar. Dilema yang
berpanjangan akan memberi kesan terhadap luaran individu berkenaan, seterusnya
menolak sejelas-jelasnya persepsi dalaman kepada pengucapan kendiri yang
negatif.

Akhirnya, pemikiran individu itu sendiri yang menetapkan bahawa tiada syarahan
yang boleh meyakinkan sebarang kemungkinan positif bakal berlaku daripada situasi
tersebut.Tingkah laku mereka akan dipengaruhi oleh pengucapan kendiri yang
negatif seterusnya beranggapan bahawa hidup sudah tiada harapan lagi.

Pada ketika ini, intervensi krisis akan bertindak sebagai sambungan semula
pemikiran individu ke arah positif melalui praktis dan pengulangan kenyataan yang
baru mengenai situasi yang berlaku sehinggalah kenyataan lama yang berunsurkan
negatif terhapus. Model ini merupakan suatu model yang bersesuaian setelah klien
distabilkan dan kembali dalam lingkungan permulaan krisis equilibrium. Komponen
asas model ini dapat ditemui dalam kerja rational-emotiveoleh Ellis (1982),
pendekatan kognitif-behavioral oleh Meichenbaum(1977), dan sistem kognitif oleh
Beck (1976), dan Beck, Rush, Shaw, Emery (1987).
6.3 Model Peralihan Psikososial

Model ini beranggapan bahawa individu merupakan produk (keluaran) daripada


dirinya sendiri di samping pembelajaran yang diperoleh daripada persekitaran sosial.
Ini kerana, manusia selalunya akan berubah, membangun dan membesar.
Persekitaran sosial dan pengaruh sosial pula adalah secara berturutan mengalami
perkembangan. Krisis mungkin berkait dengan kesukaran dalaman dan luaran
seseorang individu (termasuklah psikologikal,sosial, dan persekitaran).

Matlamat model ini ialah bekerjasama dengan klien dalam mentafsirkan kesukaran
dalaman dan luaran yang menyumbang kepada krisis dan menolong mereka (klien)
untuk memilih alternatif yang mampu bertindak terhadap tingkah laku pada masa
kini, sikap, dan penggunaan sumber daripada persekitaran. Gabungan unsur
dalaman yang sesuai akan bertindak dengan mekanisme, sokongan sosial dan
sumber daripada persekitaran untuk membantu klien mencapai kawalan
autonomous klien (hidup tanpa krisis).

Model ini tidak melihat krisis sebagai suatu unsur dalaman yang mudah. Model ini
juga menyentuh bahagian luaran individu dan sentiasa menitikberatkan sistem yang
memerlukan perubahan. Masyarakat kelas atasan, keluarga, pekerjaan, agama dan
masyarakat adalah sebahagian daripada sistem tersebut. Namun, hanya
sesetengah dimensi luaran sahaja yang menggalakkan penyesuaian psikologi.
Dengan berpandukan masalah-masalah krisis, beberapa peningkatan dalam jangka
masa panjang akan dipraktikkan, kecuali sistem sosial yang mempengaruhi individu
tersebut mengalami perubahan atau individu tersebut telah menerima kedinamikan
sesebuah sistem. Seperti model kognitif, model peralihan psikososial nampaknya
menjadi paling sesuai setelah klien distabilkan. Ahli teori yang menyumbang kepada
model peralihan psikososial ini termasuklah Adler (Ansbacher & Ansbacher,
1956),Erikson (1963), dan Minuchin (1974).

Model dalam pekerjaan sosial ini memiliki ciri yang sama iaitu untuk
membandingkan dan membezakan intervensi yang didahului dengan kontrak antara
klien dengan pekerja sosial serta memanfaatkan lingkungan sekitar klien. Secara
eksplisit intervensi krisis didasarkan pada Ego Psikologi Psikodinamik. Fokus dari
praktis kepada kedua-dua model ini berbeza. Fokus kepada intervensi krisis adalah
menghentikan gangguan keberfungsian masyarakat yang normal, sedangkan praktis
berpusat tugas (Task Centred) difokuskan pada menetapkan kategori-kategori dari
masalah yang ada. Keduanya mencuba untuk memperbaiki kekuatan-kekuatan
dalam masyarakat dalam menghadapi masalah yang dinyatakan.
Intervensi krisis ini membantu klien dalam membuat penyesuaian diri untuk
memfokuskan sesuaut perkara yang utama dan penting dalam usaha mengawal
emosi. Apabila seseorang individu itu menghadapi masalah ia secara idak langsung
akan menguatkan pemikiranya apabila akan muncul masalah di masa akan datang.
Sementara itu dalam Task Centred difokuskan kepada praktis yang digunakan untuk
pemecahan masalah. Inventori krisis ini merupakan teori yang bersumber dari
masalah-masalah yang ada dalam kehidupan, sedangkan Task Centred lebih
mengarah kepada proses pemecahan masalah secara pragmatis. Dalam pekerjaan
sosial, intervensi krisis ini dipandang sebagai sebuah teknik umum dalam
menghadapi masalah klien dan relevan dengan semua bidang dalam pekerjaan
sosial misalnya bidang kesihatan.

7.0 TEKNIK- TEKNIK INTERVENSI KRISIS

7.1 Pembaharuan Dan Pertumbuhan

Teknik ini bertujuan untuk membantu klien menyedari kekuatan yang ada dalam diri
klien.Teknik ini lebih kepada melakukannya secara kelompok yang mana setiap
individu yang berada di dalamnya akan memberikan semangat antara satu sama
lain, seterusnya dapat membina pertumbuhan baru dalam diri setiap ahli kelompok
tersebut. Di dalam teknik ini terdapat juga teknik-teknik lain yang digunakan seperti
kumpulan pertemuan, kesedaran deria, meditasi, latihan berkomunikasi dan seni-
seni kreatif.

7.2 Teknik Mudah Penerokaan

7.2.1 Probing

Probing ialah satu kemahiran primary atau kemahiran utama dalam melakukan sesi
kaunseling dengan membenarkan kaunselor untuk memulakan dan meneroka cerita
dan permasalahan mereka supaya kaunselor dan klien dapat berkongsi keraguan,
kebimbangan, idea, pengalaman dan perasaan yang sering dirasainya. Kaunselor
akan bertanya untuk mendapatkan maklumat supaya dapat mengetahui apakah
sebenrnya permasalahan klien hingga menggangu emosinya dengan menggunakan
kemahiran memfokus serta memberitahu. Probing ini akan berlaku sekiranya klien
sudah bersedia untuk berkongsi apa yang terjadi.

Contohnya :

Kaunselor: : “ Kalau boleh beritahu saya apa yang menyebabkan awak berasa
sangat kecewa dan apa agaknya yang boleh kamu ceritakan kepada saya apa
sebenarnya yang terjadi”
Probing juga digunakan dalam fasa awal dan secara keseluruhannya intervensi
krisis adalah untuk mendapatkan maklumat terperinci yang sesuai untuk menilai
keselamatan klien dan mengena lpasti keperluan segera dengan menngunakan
soalan tertutup. Soalan tertutup penting untuk mendapatkan maklumat yang spesifik.
“Close probes” boleh digunakan apabila memerlukan untuk mendapatkan maklumat
dengan segera, namun dengan menggunakan“close probes” akan membuatkan
klien merasakan kaunselor lebih banyak menyoal berbanding perasaan ingin
menolong dan semakin sukar untuk membentuk perasaan kerjasama dan
bergantung kepada kebolehan diri.

Egan (1994), kejelasan termasuk pengalaman yang spesifik, tingkah laku yang
spesifik dan perasaan yang lebih tepat untuk dirasai dan difahami. “kekaburan dan
ketidakjelasan akan kelihatan”. Bergantung kepada kaunselor untuk membantu
menolong klien mencapai kejelasan untuk mengambil tindakan. Dengan kemahiran
empati dan probing kaunselor akan membantu klien untuk menyenaraikan atau
menyatakan secara spesifik apa yang diingini sebenarnya. Kemahiran mendengar
yang aktif dan memberi maklum balas yang mana dapat dilihat atau dijelaskan
melalui empati dan kombinasi ciri-ciri kaunselor seperti ketulinan, gabungan
kemahiran menolong yang efektif, keinginan untuk menolong. Probes menyatakan
persoalan untuk medapatkan maklumat dalam membantu klien untuk meluahkan
dan menggalakkan klien untuk bercakap dan selesa untuk bercerita, dan untuk
mengenal pasti alternatif penyelesaian dan membina matlamat.

7.3 Teknik Membangunkan Perkembangan Hubungan

Salah satunya ialah menerima dan mendengar dengan aktif. Mendengar dengan
aktif terhadap apa yang klien katakan secara verbal dan nonverbal merupakan
langkah pertama untuk menguasai intervensi krisis. Pendengaran yang sebenar
adalah termasuk memerhati, mendengar dan memberi respon terhadap tingkah laku
nonverbal klien, mesej verbal, dan konteks atau cara klien yang dipengaruhi oleh
konteks di mana mereka tinggal, bergerak dan orang yang berhampiran dengan
mereka.

Egan (1994), menegaskan kaunselor agar sedar tentang bayangan sebenar klien.
Beliau menyatakan contoh mendengar dengan tidak aktif ermasuklah “mendengar
dengan menilai”(evaluate listening ), di mana kaunselor menilai apa yang telah klien
katakan, mendengar dengan menapis ( filtered listening) di mana kaunselor
membuat tapisan terhadap apa yang didengar melalui sikap ‘bias’nya sendiri, “ fact
centered ” iaitu kaunselor memberikan respon yang dominan lebih kepada perasaan
bersalah terhadap kekecewaan klien. Setiap kemahiran mendengar ini biasanya
bermasalah dalam keadaan krisis, apabila kaunselor kadang-kadang mendengar
dan memberi respon cepat dan secara aktif dan apabila kedua-dua situasi dan
keadaan klien sedang semangat untuk bercerita.“

“ Attending ” adalah pelengkap kepada kemahiran mendengar termasuklah dari


aspek verbal dan nonverbal. Penerimaan terhadap tingkah laku nonverbal
memerlukan kaunselor mempunyai “eye contact ” yang bagus, ekspresi muka, dan
menerima perasaan klien, serta postur badan yang menunjukkan kesedaran
terhadap apa yang klien mahu. Pengetahuan tentang beberapa perkara seperti
perbezaan budaya dalam “eye contact ” atau sensitiviti terhadap keadaan klien yang
tidak selesa dengan kerapatan fizikal akhirnya menyatakan bagaimana
keberkesannya kaunselor berinteraksi secara nonverbal dengan individu tersebut.

Penerimaan terhadap aspek tingkah laku termasuklah menggunakan kemahiran


menggunakan parafrasa. Bersama-sama dengan kemahiran empati, kaunselor
memberi maklum balas terhadap apa yang ingin klien sampaikan untuk
menunjukkan kefahamannya tentang penceritaan klien. Parafrasa yang afektif
adalah apabila kaunselor menyatakan idea utama dan memberikan maklum balas
yang pendek serta tepat terhadap mesej utama yang ingin disampaikan oleh klien.

Pada dasarnya empati adalah bagaimana untuk bersama klien dengan kemahiran
yang spesifik. Ini bermaksud, kita memasuki kehidupan orang lain untuk sementara
waktu, bergerak bersama-sama tanpa membuat sebarang penilaian. Empati dalam
intervensi krisis menyediakan kaunselor untuk sanggup dan boleh meninggaklan
sebentar perasannya dan cuba untuk mengalami perasaan klien tanpa
menghilangkan matlamat sebenar yang ingin dicapai. Bagi memastikan
keberkesanan empati, perilaku dilakukan dengan komunikasi nonverbal dan
membenarkan maklum balas yang tepat dan aktif dengan perasaan. Empat
memerlukan untuk menyatakan emosi sebenar kandungan mesej yang tepat untuk
memberi respon yang tepat dan efektif terhadap apa yang klien sampaikan.

Empati tidak sama dengan simpati atau perasaan bersalah terhadap klien. Buka
juga projeksi atau membuat anggapan terhadap respon emosi seseorang klien.
Tambahan pula,seseorang pendengar yang empati perlu memberi reaksi emosi
yang selaras dengan respon emosi klien yang berada dalam keadaan krisis.
Memberi respon terhadap empati berlaku apabila kaunselor memilih untuk
meletakkan perasaannya sama dengan klien untuk memahami pengalaman dan
saling memberi respon terhadap emosi klien. Penerimaan, mendengar dengan aktif
dan kemahiran memberi respon mempunyai dua tujuan yang asas. Pertamanya,
membolehkan kaunselor untuk membentuk perhubungan di mana klien akan
merasakan dihargai dan difahami. Empati dapat memelihara dan meneruskan
perhubungan menolong dan dengan adanya perasaan empati dapat menjadikan
satu keadaan perhubungan saling menolong. Dalam masa sama, kemahiran ini akan
memudahkan klien untuk berkongsi cerita sebenar.
7.4 Probing.

Probing adalah kemahiran utama yang membenarkan kaunselor untuk


mengeluarkan cerita dan membolehkan mereka untuk berkongsi keraguan, idea,
pengalaman dan perasaan semasa menjalankan sesi intervensi krisis. Probing
termasuklah dalam pertanyaan kaunselor, pertanyaan untuk maklumat dan
kemahiran memfokus serta memberitahu kepada klien tentang sesuatu perkara.
Probing kaunselor akan kelihatan apabila kaunselor meminta klien untuk berkongsi
apa yang terjadi kepada dirinya sehingga dianggap mengganggu dirinya. Hal ini
kerana klien mungkin tidak bersedia untuk meluahkan masalah yang dihadapi dan
mereka beranggapan belum tiba masanya untuk mereka membongkarkan apa yang
ada dalam diri mereka sendiri.

Sebelum kaunselor membuat probing, kaunselor perlu melihat kepada tanda-tanda


yang ditunjukkan oleh klien melalui gerakan non verbal seperti pergerakan badan,
‘eyecontact’ dan sebagainya. Kaunselor perlu peka dengan tanda yang ditunjukkan
oleh klien. Antara perkara yang perlu diambil berat oleh kaunselor ialah faktor
kekaburan dan penghakiman. Contoh kekaburan yang mungkin dihadapi oleh klien
ialah apa yang mereka cakap selalunya tidak sama dengan apa yang mereka
fikirkan. Mereka menganggap bahawa apa yang mereka fikirkan adalah perkara
yang sudah diketahui oleh kaunselor. Ia boleh dilihat melalui kata-kata dan
perluahan yang dipamerkan oleh klien.

Contohnya jika klien berkata; “Saya tidak tahu”, mungkin menunjukkan


ketidakpastian atau keraguan klien terhadap soalan yang dikemukan. Kaunselor
boleh bertanya klien; “Apa yang mereka tidak tahu?, “Bagaimana mereka tidak tahu?
dan sebagainya. Dengan menggunakan kaedah penyoalan seperti ini akan
memandu klien untuk menjawab soalan yang mereka rasa tidak perlu diberitahu.
Selain itu, orang lain juga mungkin sudah membuat keputusan yang memerlukan
penilaian atau penghakiman seseorang. Sama ada mereka atau orang lain telah
membuat satu keputusan yang boleh mendedahkan kelemahan. Sebagai contoh,
jika klien berkata “saya tidak dapat lakukan” dan kaunselor perlu meneroka keadaan
klien ketika ini.

Di samping itu, kaunselor juga boleh menggunakan komunikasi secara


talian,contohnya seorang kaunselor akan meminta klien untuk menceritakan tentang
situasi dirinya;“Apa agaknya perkara yang membuatkan jiwa terganggu
sebenarnya?”, “Jika awak tidak keberatan, beritahulah saya bagaimana perkara ini
terjadi dari awal hinggalah sekarang”,“Kalau boleh, beritahulah saya apa sebenarnya
yang membuatkan awak kecewa”, atau “apa agaknya yang boleh kamu ceritakan
kepada saya tentang apa yang telah terjadi?” Probing digunakan dalam fasa awal
sesi dan secara keseluruhannya intervensi krisis adalah untuk mendapatkan
maklumat penuh dan terperinci yang sesuai untuk menilai keselamatan klien dan
mengenal pasti keperluan segera klien dengan menggunakan soalan tertutup.
penyoalan secara kerap penting untuk mendapatkan maklumat yang spesifik. “Close
probes” boleh digunakan apabila memerlukan untuk mendapatkan maklumat dengan
segera,namun dengan menggunakan “close probes” akan membuatkan klien
merasakan kaunselor lebih banyak menyoal berbanding perasaan ingin menolong
dan semakin sukar untuk membentuk perasaan kerjasama dan bergantung kepada
kebolehan diri. Oleh itu, kaunselor perlu bijak menggunakan intonasi suara semasa
menyoal klien agar mereka mahu berkongsi dan bercerita tentang masalah yang
membelenggu diri mereka.

Menurut Egan (1994), kejelasan termasuk pengalaman yang spesifik, tingkah laku
yang spesifik dan perasaan yang lebih tepat untuk dirasai dan difahami. “Kekaburan
dan ketidakjelasan akan kelihatan”. Bergantung kepada kaunselor untuk membantu
menolong klien mencapai kejelasan untuk mengambil tindakan. Dengan kemahiran
empati dan probing, kaunselor akan membantu klien untuk menyenaraikan atau
menyatakan secara spesifik apa yang diingini sebenarnya.

Egan juga menyatakan bahawa kemahiran kaunselor menggunakan gabungan yang


bijaksana dalam mnggunakan empati dan probes(untuk membantu klien krisis
menjelaskan atau menyatakan pemerhatian atau keraguan dengan lebih konkrit)
penting untuk membantu klien melahirkan, meneroka dan menjelaskan kepentingan
dan keperluan. Kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum balas yang
mana dapat dilihat atau dijelaskan melalui empati dan kombinasi ciri-ciri kaunselor
seperti ketulenan, gabungan kemahiran menolong yang efektif serta keinginan untuk
menolong. Probes menyatakan persoalan untuk medapatkan maklumat dalam
membantu klien untuk meluahkan dan menggalakkan klien untuk bercakap dan
selesa untuk bercerita, dan untuk mengenal pasti alternatif penyelesaian dan
membina matlamat.

8.0 STRATEGI INTERVENSI KRISIS

Strategi Pelbagai Kesan.

Strategi ini melibatkan usaha menyokong yang berbentuk intensif. Biasanya


digabungkan dengan rancangan pengubahan tinkah laku yang aktif. Kumpulan iaitu
agensi dan pakar biasanya terlibat dalam strategi pelbagai kesan ini. sokongan
persekitaran digabungkan dengan sokongan hubungan (antara manusia; keluarga).
Krisis ini boleh digunakan sebagai batu loncatan untuk keluarga atau individu yang
terlibat menggerakkan sumber-sumber bagi menghadapi krisis yang seterusnya.

Di dalam proses ini mereka mempelajari pelbagai cara untuk mencegah krisis pada
masa hadapan. Strategi ini juga boleh digunakan untuk orang dewasa yang
menghadapi krisis yang tidak melibatkan keluarga. Mereka boleh pergi ke pusat
kesihatan mental untuk mengikuti rancangan yang telah disediakan serta menerima
pemerhatian yang intensif dari pelbagai kaunselor professional ataupun bukan
professional.
9.0CIRI-CIRI KAUNSELOR

9.1 Kesedaran Kendiri dan Pemahaman Kendiri (Self-awareness and self-


Understanding)

Kaunselor yang profesional perlu mempunyai kesedaran kendiri yang kuat dan
sofistikated termasuklah kesedaran bagaimana untuk berhadapan dengan orang lain
dan apa isu yang menyebabkan berlakunya kebimbangan. Tanpa kesedaran dan
kefahaman kendiri, ia akan mengurangkan keberkesanan dalam intervensi krisis.
Dengan kesedaran kendiri, kaunselor krisis dapat membezakan keperluan dan
perasaannya sendiri daripada keseluruhan klien dan lebih membenarkan klien
membuat penentuan secara berkesan berdasarkan kepada persepsi dan pilihan
klien.

Dalam memberi pertolongan yang profesional, proses mendapatkan kesedaran


kendiri dan pemahaman kendiri adalah sepanjang hayat. Ia adalah satu proses yang
berterusan yang melibatkan refleksi kendiri dan penelitian fikiran, penglibatan dalam
kaunseling secara personal, dan penyeliaan ke atas kerja profesional seseorang.
Kesedaran dan pengalaman kendiri juga boleh meningkat melalui pengalaman
pembinaan kesedaran secara spesifik,contohnya, menghadiri satu latihan
profesional bagi memberi kesedaran kepada diri tentang budaya.

Kesedaran kendiri termasuklah pemahaman tentang asal sesebuah keluarga seperti


peranan keluarga, corak tingkah laku serta kesedaran tentang perasaan dan
keperluan seseorang. Kesedaran kendiri amat penting bagi semua kaunselor,
terutamanya bagi kaunselor yang menyediakan kaunseling. Ini kerana kaunselor
berdepan dengan situasi yang cepat berubah dan mungkin mengancam kehidupan
seseorang yang memerlukan kaunselor untuk menenangkan dan membantu klien.
Sesetengah daripada apa yang klien lihat dan dengar mungkin mengejutkan,
menyedihkan atau megelirukan. Ia memerlukan kaunselor bertindak dengan cara
tersendiri untuk membolehkan kaunselor memilih waktu untuk meneroka klien dan
bila serta bagaimana untuk berkomunikasi dengan klien untuk memberi sokongan
sehingga klien merasa tenang.

9.2 Ketulenan dan Keaslian (Authenticity and Genuineness)

Ketulenan didefinisikan sebagai “perkongsian diri dengan menghubungkannya


dalam keadaan bersahaja, ikhlas, spontan, terbuka dan menggunakan cara yang
asli” (Hepworth,Rooney, & Larsen,1997, p.20). Ia termasuklah kebolehan kaunselor
untuk jujur dengan klien yang memerlukan pertolongan. Keupayaan kaunselor krisis
untuk bersikap tenang, bertimbang rasa, dan objektif tidak bermakna kaunselor
melepaskan secara emosional dan terlalu mengawal.

Ini bermakna kaunselor yang menolong secara profesional boleh menghubungkan


seseorang secara personal dan spontan. Rogers (1980) menyatakan bahawa
”appalling consequences” (akibat yang dahsyat) mengurangkan anggapan
pertolongan dengan menggunakan kemahiran yang spesifik. Egan (1994),
menerangkan, kaunselor pelatih mesti belajar dan menggunakan kemahiran
komunikasi yang spesifik, tetapi mereka mesti ”use them in a fully human way”, oleh
itu kemahiran dan teknik menjadi tambahan kepada ilmu kemanusiaan kaunselor.

Ini penting dalam intervensi krisis untuk membolehkan kaunselor menemui


keperluan emosi dan psikologi seseorang dalam krisis. Herman (1997), menegaskan
bahawa semua yang menyediakan kaunseling kepada orang-orang yang menjadi
mangsa mesti mempunyai”committed moral stance” (pendirian moral yang komited)
yang menggandaikan ”a positionsolidarity” (satu posisi perpaduan) dengan klien.
Beliau menggambarkan perpaduan moral melibatkan pemahaman tentang
ketidakadilan utama tentang pengalaman yang menyebabkan trauma dan keperluan
untuk menyelesaikannya untuk mengembalikan sesetengah makna keadilan.

Egan (1994), menyediakan panduan yang boleh digunakan dalam sesi individu dan
dalam konteks kaunseling krisis :

1.Jangan terlalu menitikberatkan peranan menolong. Kaunselor yang bersikap


genuine akan cuba membantu dengan baik untuk mengelakkan berlaku
pergantungan terhadap peranan profesional mereka.

2.Menjadi spontan, bijaksana dan menghormati, tapi elakkan penipuan dan


mempelajari respon yang ditunjukkan.

3.Elakkan bertindak defensif. Kaunselor yang genuine boleh berhadapan dan


menerima kritikan negatif secara terbuka dan jujur.

4.Bersikap terbuka dan bebas untuk terlibat dalam tahap perkongsian yang dalam,
sesuai dengan keperluan klien. Ini termasuklah tidak mempunyai agenda
tersembunyi.

9.3 Kesedaran dan Pemahaman terhadap Kebudayaan (Cultural Competence)

Kaunselor yang profesional adalah yang mempunyai kesedaran tentang


kebudayaan dan pengetahuan seperti kemahiran untuk berhadapan klien dengan
baik daripada latar belakang budaya yang berbeza. Semua tingkah laku dan
pembentukan perspektif diri dan orang lain dipengaruhi persekitaran sosio budaya.
Budaya merujuk kepada corak tentang pembelajaran kepercayaan, tingkah laku dan
bahan-bahan yang dikongsi oleh ahli-ahli dalam kumpulan.

Budaya adalah kompleks dan dipengaruhi oleh semua aspek kewujudan kita
termasuk identiti diri dan pandangan tentang dunia. Setiap daripada kita adalah unik
yang merupakan ahli daripada pelbagai budaya. Oleh itu, berlaku perkongsian
perasaan, pemikiran, andaian dan bias dengan orang lain dalam budaya yang sama.
Hasilnya perhubungan seseorang dalam kumpulan etnik yang diberi, gender,
keupayaan, seksualiti, agama dan kelas sosial akan membentuk identiti khusus,
pandangan tentang dunia, makna moral, kepercayaan spiritual dan perhubungan
untuk mengawal dan pengekalan.

Kecekapan terhadap kebudayaan bermula dengan kesedaran kendiri.


Keberkesanan kaunselor dalam kaunseling secara individu daripada latar belakang
budaya yang berbeza ditentukan oleh kesedaran tentang pandangannya tentang
dunia, dan dengan memahami dan menghargai pandangan klien tentang dunia.
Kesedaran kendiri tentang budaya termasuklah tanggapan tentang nilai kebudayaan
seseorang, sikap dan kepercayaan dengan memahami bagaimana ia memberi
kesan kepada perhubungan kaunseling. Pemahaman tentang pengalaman
kebudayaan dan pandangan klien tentang dunia memerlukan latar belakang tentang
pengetahuan secara umum serta perbezaan kebudayaan kumpulan seperti
memahami bagaimana nilai kebudayaan dan tingkah laku kedua-dua kaunselor dan
klien dalam perhubungan kaunseling dan proses kaunseling.

Oleh itu kaunselor krisis perlu :

1. Menentukan bagaimana pentingnya pengenalan etnik kepada klien yang


berkrisis, dan akan meneroka kesannya kepada perspektif yang berhubungan
dengan krisis dalamcara yang betul.

2. Sedar dan menggunakan sistem sokongan klien

3. Menyediakan ”budaya orang tengah” , menolong individu dan keluarga untuk


mengenal pasti dan menyelesaikan konflik nilai.

4. Mengetahui bahawa terdapat kebaikan dan keburukan dalam latar belakang


etnik yang sama seperti klien.

5. Jangan rasa bahawa kaunselor perlu mengetahui segalanya tentang setiap


budaya kumpulan. Sedar tentang pengaruh budaya dan terbuka untuk memahami
perspektif budaya klien yang unik.

6. Selalu cuba untuk berfikir tentang perbezaan budaya lain.

Keberkesanan intervensi krisis bergantung kepada kebolehan untuk sedar tentang


kebudayaan, berpengetahuan dalam mendengar dengan cekap, untuk bertanya
soalan-soalan yang sensitif tentang makna pendedahan klien .

10.0 PERANAN KAUNSELOR KRISIS

a) Campur Tangan Segera

Campur tangan segera berlaku pasa masa seseorang kaunselor itu berhadapan
dengan klien. Kaunselor perlu bertindak segera untuk membantu klien
mengurangkan kebimbangan,mengelak dari terus tidak berorientasi dan pastikan
bahawa klien tidak melakukan kecederaan pada diri sendiri atau orang lain.

b) Menilai Keadaan Klien

Adalah penting bagi kaunselor untuk menilai darjah keseriusan krisis secepat
mungkin pada hubungan atau pertemuan awal dengan klien. Terdapat satu sistem
yang telah diperkenalkan oleh Myer dan rakan-rakan dalam menilai kerisauan yang
dialami oleh klien.Sistem tersebut adalahTriage Assessment System, Three
Dimensional Crisis AssessmenModel . Ianya adalah untuk mendapatkan maklumat
mengenai kefungsian klien dari afektif,tingkah laku dan kognitif. Kekuatan krisis
dinilai berdasarkan kepada pandangan subjektif klien dan bukannya berdasarkan
kepada pandangan kaunselor.

c) Kenal Pasti Seseorang Itu Dalam Krisis

Sifat empati dan kefaham kaunselor adalah sangat penting. Klien menunjukkan
tingkah laku yang berbeza-beza menandakan mereka berada dalam situasi krisis.
Sebagai contoh, klien menangis, bercakap tanpa henti, menjerit, menjadi murung,
kaku dan menjauhkan diri. Untuk mendapatkan maklumat yang tepat berdasarkan
situasi yang telah ditunjukkan oleh klien dengan tepat, ada kalanya kaunselor perlu
mendapatkan maklumatyang tepat daripada keluarga klien dan kawan-kawan
tentang tingkah laku klien sebelum krisis dan memberi perhatian terhadap gangguan
tingkah laku dan ketidakfungsian klien. Kata-kata yang selalu dilontarkan oleh klien
adalah seperti “saya tidak rasa ape” maksud klien dia kebas, “saya terlalu takut”
membawa maksud bahaya, “saya memerlukan bantuan sekarang” membawa
maksud klien memerlukan bantuan segera dan “saya perlu lakukan sesuatu”
membawa maksud klien berada dalam keadaan terdesak.

d) Pendengar Yang Baik

Mendengar dengan tepat dan kemahiran mendengar adalah perlu bagi kaunselor
samaada membantu individu dalam krisis atau tidak. Kemahiran mendengar adalah
nerupakan komponen utama dalam model intervensi krisis. Teori pemusatan insan
pula mengemukan cara-cara yang baik dalam mendengar dan berkomunikasi seperti
penggunaan soalan-soalan terbuka. Sebagai contoh, “ceritakan kepada saya
bagaimana ia berlaku”.

e) Penyokong

Seorang kaunselor perlu ada di sisi klien ketika klien mengalami krisis. Hal ini adalah
kerana, kemungkinan klien memerlukan bantuan untuk menyediakan satu senarai
orang yang boleh memberi pertolongan. Pasa masa tersebut, seorang kaunselor
yang mesra, empati dan asertif adalah amat diperlukan oleh klien.
f)Membuat rancangan

Kaunselor membentuk rancangan jangka pendek bagi membantu klien untuk


menangani krisis semasa. Hal ini juga adalah untuk mengawal secara jangka
panjang. Rancangan adalah perlu merangkumi mekanisme dalaman klien juga
sumber-sumber pertolongan daripada persekitaran. Kemungkinan pada waktu itu,
tindakan yang memerlukan pergerakan fizikal adalah diperlukan. Seorang kaunselor
yang berkesan adalah kaunselor yang sensitif terhadap keperluan klien untuk
berfungsi secara autonomi dan segera.

g) Rujukan

Dalam situasi tertentu, klien perlu dirujuk kepada agensi-agensi lain untuk
mendapatkan bantuan seterusnya. Dalam melaksanakan peranan ini, kaunselor
perlu mempunyai jaringan kerja yang luas. Hubungan yang baik antara kaunselor
dalam agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, tempat perlindungan, polis
adalah boleh mempercepatkan proses rujukan.

h)Susulan

Susulan adalah perlu dalam mana-mana situasi bagi memastikan klien


melaksanakan apa sahaja yang dirancangkan. Kaunselor melakukan susulan untuk
menentukan klien mendapatkan bantuan daripada agensi di mana mereka dirujuk.
Jika sekiranya terdapat masalah, dengan adanya susulan kaunselor makan ia akan
dapat tahu mengapa sesuatu rancangan itu tidak dilaksanakan dan kenapa klien
menghadapi masalah.

11.0 LANGKAH-LANGKAH DALAM INTERVENSI KRISIS

a) Mendengar

o elemen pendengaran
o membina rapport dan kepercayaan
o mengenal pasti masalah yang dihadapi
o menolong klien dengan mengenal pasti faktor hubungan
o teknik dalam pendengaran
o mengunakan nama pertama, bertanyakan kepada klien sama ada
selesa dengan menggunakan nama tersebut.
o menggunakan soalan yang berkaitan permasalahannya.
o bertanyakan atau menggunakan soalan berkaitan perasaannya.

b) Membantu

(i) Elemen dalam membantu

o mengenal pasti tahap kedalaman krisis


o membantu dalam melihat tahap kecederaan fizikal ataupun dalaman
yang memberi kesan terhadap orang lain.
o mengenal pasti corak perilaku, kekuatan dan sumber klien.

(ii) Teknik dalam membantu

o adakah klien cuba membunuh diri, cuba membunuh atau kedua-dua


sekali.
o adakah disebabkan pertambahan atau tekanan krisis tersebut
menyebabkan gangguan dalam hidupnya bersama keluarga, sahabat,
pekerjaan dan sebagainya.
o adakah disebabkan krisis ini mengusutkan dan mengelirukan
pandangannya tentang realiti.
o bagaimanakah klien menangani kerisauan, tekanan atau kemurungan?
o apakah cara atau jalan yang digunakan di masa lalu. Adakah terdapat
kepelbagaian dalam cara tersebut?
o kenal pasti sumber daripada keluarga dan sosial, adakah sumber
tersebut baik atau buruk?
o cuba kenal pasti bahan yang digunakan sebagai sokongan di masa
lalu dalam menghadapi krisis sama ada klien menghadapi, melarikan
diri atau ia mengelirukan klien?

c) Membina pelan tindakan

(i) Elemen dalam membina pelan tindakan

o Pilih dan menggunakan cara yang sesuai dalam pelan tindakan.


o Membantu dalam memperkukuhkan kemahiran klien.
o Perundingan tentang pelan tindakan dan terma-terma.
o Memlilih sumber yang bersesuaian.
o Merancang tindakan yeng memerlukan tingkahlaku segera dan
pelaksanaannya.

(ii) Teknik dalam pelan tindakan.

o Menggunakan 3 cara:-
- mula dengan tidak mengarah.
- bekerjasama dalam kerja berkumpulan dan menyertai aktiviti
- bertindak mengarah jika klien tidak mahu bekerjasama.
o Apabila membuat pelan tindakan, pastikan ia mudah dan senang
diurus.
o Pelan tindakan jangka pendek, 24 jam hingga 3 hari.
o Memastikan pelan tindakan diterima dan diberi perhatian.
o Merancang pengawasan berterusan.

d) Penamatan.

o Mengimbas pelan tindakan yang lengkap.


o Pengawasan berterusan.
o Menggunakan pelan yang baru untuk menghadapi krisis.

7 tahap model intervensi krisis ( Albert R. Robert )

Model kaunseling intervensi krisis

1 membina hubungan dn kepercayaan


2 Mengenal pasti masalah
3 mengukuhkan perhubungan
4 meneroka sumber di sekeliling
5 pebincangan cara penyelesaian
6 penamatan

Dalam menangani masalah krisis yang dihadapi oleh klien, seseorang kaunselor
perlulah mampu bentindak segera pada bila-bila masa yang mungkin tidak ada
banyak maklumat yang diperolehi berkenaan dengan klien. Apa sahaja tindakan
yang diambil oleh kaunselor hanyalah berdasarkan kepada penilaiannya dan
maklumat yang ada pada masa tersebut. Dengan itu, penilaian kaunselor yang tepat
adalah amat diperlukan. Selain itu,kaunselor perlu cekap dalam membentuk satu
formulasi untuk membantu klien yang manghadapi krisis. Kelewatan dalam hal ini
akan membantutkan pertolongan secara relatif,sama ada kaunselor menggunakan
pendekatan direktif, bukan mengarah atau kejasama,kaunselor lebih aktif dan
terlibat berbanding dengan kaunselor ynang berhadapan dengan klien yang tidak
berada dalam situasi krisis.

Kaunselor juga seharusnya mampu menggunakan kemahiran kaunseling untuk


melahirkan perasaan klien yang mendalam dan perasaan yang terpendam dalam diri
klien seperti prospek kematian. Sebagai contoh klien yang berhadapan dengan
penyakit terminal. Seterusnya, seseorang kaunselor perlu mampu berhadapan
dengan klien yang mengalami emosi yang kuat dan penderitaan yang amat
menyakitkan hati. Sekiranya seseorang kaunselor itu tidak kuat untuk menghadapi
klien yang mempunyai emosi yang tinggi, berkemungkinan seseorang kaunselor itu
akan terganggu dengan keadaan yang ditunjukkan oleh klien tersebut.Seseorang
kaunselor juga mestilah bersedia dan bertanggungjawab terhadap apa yang akan
berlaku serta mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk berhadapan dengan
situasi klien yang menghadapi masalah krisis.

12.0 PENUTUP

Kepentingan intervensi krisis dalam kaunseling juga di lihat apabila teknik-teknik


seperti pembaharuan dan pertumbuhan yang dilaksanakan dengan baik didapati
berkesan untuk orang-orang yang berada dalam keadaan krisis. Dalam hal ini, maka
dapatlah kita lihat bahawa intervensi krisis ini merangkumi pelbagai aspek dalam
membantu seseorang menyelesaikan sesuatu permasalahan. Kenyataan ini disebut
oleh Gilchrist (1992), menyatakan proses kaunseling yang berkesan membabitkan
penilaian kaunselor terhadap empat dimensi iaitu fizikal, kognitif, afektif dan spiritual.
Kaunselor juga perlu cepat dalam membentuk satu formulasi untuk membantu klien
kerana permasalahan krisis boleh berlaku tanpa diramal. Penggunaan kemahiran
seperti melayan, mendengar dan empati sebenarnya dapat melahirkan perasaan
yang terpendam klien dan apa yang paling penting kaunselor hendaklah
bertanggung jawab terhadap apa yang dilakukan dan mempunyai keyakinan diri
yang tinggi untuk berhadapan dengan situasi klien.

Selain itu, matlamat asas kaunseling ini adalah untuk menyelesaikan sesuatu krisis
yang dihadapi oleh seseorang individu, contohnya seperti menyelesaikan konflik
ataupun tekanan seseorang. Intervensi ini juga bertujuan untuk menukarkan
persepsi ancaman ataupun bahaya seseorang individu kepada cuba memulihkan
kefungsian sosial sekurang-kurangnya ke tahap sebelum krisis.

Kaunseling krisis dikendalikan pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Situasi krisis
juga boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Oleh itu, kaunselor perlu
sentiasa bersedia tetapi kaunseling biasa memerlukan penggunaan bilik khas dan
perlu menetapkan masa terlebih dahulu. Kaunseling krisis selalunya berlaku
sementara waktu sahaja dan dijalankan dalam jangka masa yang singkat.
Kebiasaanya ia berlaku tidak lebih daripada tujuh minggu iaitu sehinggalah klien
dapat menyesuaikan diri dan berada dalam keadaan`equilibirium` atau seimbang.

Bibliografi

Cormier, S. and Hackney, H. (1994).Counseling strategies and Interventioun


(5thed.). US:Allyn and Bacon.

Greenstone, J.L., & Leviton, S. C. ( 2002 ).Crisis Intervention.: Crises and How To
RespondThem. USA

Sabariah Siron ( 2005).Teori Kaunseling.Selangor: Terbitan Pearson Malaysia


Sdn.Bhd.

Anda mungkin juga menyukai