Anda di halaman 1dari 2

10.

0PERANAN KAUNSELOR KRISIS

a)Campur Tangan Segera

Campur tangan segera berlaku pasa masa seseorang kaunselor itu berhadapan
denganklien. Kaunselor perlu bertindak segera untuk membantu klien mengurangkan
kebimbangan, mengelak dari terus tidak berorientasi dan pastikan bahawa klien tidak
melakukan kecederaan pada diri sendiri atau orang lain.

b)Menilai Keadaan Klien

Adalah penting bagi kaunselor untuk menilai darjah keseriusan krisis secepat
mungkin pada hubungan atau pertemuan awal dengan klien. Terdapat satu sistem yang te
lah diperkenalkan oleh Myer dan rakan-rakan dalam menilai kerisauan yang dialami oleh
klien. Sistem tersebut adalah
Triage Assessment System, Three Dimensional Crisis Assessmen Model. Ianya adalah
untuk mendapatkan maklumat mengenai kefunsian klien dari afektif, tingkah laku dan
kognitif. Kekuatan krisis dinilai berdasarkan kepada pandangan subjektif klien dan
bukannya berdasarkan kepada pandangan kaunselor

c)Kenal Pasti Seseorang Itu Dalam Krisis

Sifat empati dan kefaham kaunselor adalah sangat penting. Klien menunjukkan tingkah
laku yang berbeza-beza menandakan mereka berada dalam situasi krisis. Sebagai
contoh, klien menangis, bercakap tanpa henti, menjerit, menjadi murung, kaku dan
menjauhkan diri. Untuk mendapatkan maklumat yang tepat berdasarkan situasi yang telah
ditunjukkan oleh klien dengan tepat, ada kalanya kaunselor perlu mendapatkan maklumat
yang tepat daripada keluarga klien dan kawan-kawan tentang tingkah laku klien sebelum
krisis dan memberi perhatian terhadap gangguan tingkah laku dan ketidakfungsian klien.
Kata-kata yang selalu dilontarkan oleh klien adalah seperti “saya tidak rasa ape” maksud
klien dia kebas, “saya terlalu takut” membawa maksud bahaya, “saya memerlukan
bantuan sekarang” membawa maksud klien memerlukan bantuan segera dan “saya perlu
lakukan sesuatu” membawa maksud klien berada dalam keadaan terdesak.

d)Pendengar Yang Baik

Mendengar dengan tepat dan kemahiran mendengar adalah perlu bagi kaunselor sama
ada membantu individu dalam krisis atau tidak. Kemahiran mendengar adalah nerupakan
komponen utama dalam model intervensi krisis. Teori pemusatan insan pula
mengemukakan cara-cara yang baik dalam mendengar dan berkomunikasi seperti
penggunaan soalan-soalan terbuka. Sebagai contoh, “ceritakan kepada saya bagaimana
ia berlaku”.
e)Penyokong

Seorang kaunselor perlu ada di sisi klien ketika klien mengalami krisis. Hal ini adalah
kerana, kemungkinan klien memerlukan bantuan untuk menyediakan satu senarai orang
yang boleh memberi pertolongan. Pada masa tersebut, seorang kaunselor yang mesra,
empati dan asertif adalah amat diperlukan oleh klien.

f)Membuat rancangan

Kaunselor membentuk rancangan jangka pendek bagi membantu klien untuk menangani
krisis semasa. Hal ini juga adalah untuk mengawal secara jangka panjang.Rancangan ada
lah perlu merangkumi mekanisme dalaman klien juga sumber-sumber pertolongan
daripada persekitaran. Kemungkinan pada waktu itu, tindakan yang
memerlukan pergerakan fizikal adalah diperlukan. Seorang kaunselor yang berkesan
adalah kaunselor yang sensitif terhadap keperluan klien untuk berfungsi secara autonomi
dan segera.

g)Rujukan

Dalam situasi tertentu, klien perlu dirujuk kepada agensi-agensi lain untuk mendapatkan
bantuan seterusnya. Dalam melaksanakan peranan ini, kaunselor perlu mempunyai
jaringan kerja yang luas. Hubungan yang baik antara kaunselor dalam agensi seperti
Jabatan Kebajikan Masyarakat, tempat perlindungan,polis adalah boleh
mempercepatkan proses rujukan.

h)Susulan

Susulan adalah perlu dalam mana-mana situasi bagi memastikan klien melaksanakan
apa sahaja yang dirancangkan. Kaunselor melakukan susulan untuk menentukan klien
mendapatkan bantuan daripada agensi di mana mereka dirujuk. Jika sekiranya terdapat
masalah, dengan adanya susulan kaunselor maka ianya akan dapat tahu mengapa
sesuatu rancangan itu tidak dilaksanakan dan kenapa klien menghadapi masalah.

Anda mungkin juga menyukai