Anda di halaman 1dari 1

Dua Ekor Kambing

Seekor kambing hitam dan seekor kambing putih berjalan dengan gagah dari arah yang
berlawanan di sebuah tebing sungai. Air sungai mengalir dengan sangat deras. Sebuah pohon
yang jatuh, telah dijadikan jambatan untuk menyeberangi sungai tersebut. Pohon yang dijadikan
jambatan sangat kecil. Tetapi dua ekor kambing itu tidak merasa ketakutan. Rasa sombong
mereka tidak membiarkan mereka untuk mengalah dan memberikan jalan terlebih dahulu kepada
kambing lain.

Kambing hitam melangkah ke jambatan itu manakala kambing putih pun tidak mahu
mengalah dan juga melangkah ke jambatan. Akhirnya kedua-dua kambing bertemu di tengah-
tengah jambatan. Mereka masih tidak mahu mengalah dan saling menolak dengan tanduk
mereka sehingga jatuh ke dalam sungai.

Keesokan hari, kedua-dua kambing bertemu di jambatan tersebut. Tetapi kali ini mereka
memberi laluan kepada satu sama lain. Mereka juga berkawan baik selepas itu.

Anda mungkin juga menyukai