Anda di halaman 1dari 3

1.

KENALI SAYA

Kemahiran : Bertutur dan menulis semula peribahasa yang diteka serta menulis
beberapa ayat mudah berkaitan dengan peribahasa tersebut.

Rasional :

1. Menarik minat murid terhadap Bahasa Melayu.

2. Meluaskan perbendaharaan kata murid.

3. Meningkatkan tahap penguasaan murid terhadap peribahasa.

4. Memberikan peluang kepada murid mengaplikasikan kemahiran peribahasa


dalam ayat mudah.

Objektif :

Di akhir aktiviti murid dapat:

1. Meneka peribahasa yang cuba ditonjolkan melalui kad bergambar.

2. Mengetahui peribahasa baharu dan memantapkan kemahiran peribahasa yang


sedia ada.

3. Menggunakan peribahasa dalam membina ayat mahupun karangan mengikut


kesesuaian yang tepat.

Bahan :

1. Kad bergambar (kad manila)

2. Kertas mahjong

3. Pen marker

4. Sampul surat

Langkah :

1. Fasilitator memberikan arahan yang ringkas dan tepat kepada murid tentang

aktiviti yang ingin dilaksanakan.


2. Murid dikehendaki memilih satu sampul surat yang mengandungi dua

pasang kad bergambar yang telah ditetapkan.

3. Seorang murid dipilih secara rawak daripada kumpulan yang terlibat untuk

menunjukkan kad bergmbar tersebut kepada rakan-rakannya sambil menunjukkan

aksi yang berkaitan untuk meningkatkan kefahaman ahli kumpulan dalam meneka

peribahsa yang cuba ditonjolkan.

3. Murid-murid dikehendaki meneka peribahasa yang cuba ditonjolkan melalui

pasangan kad bergambar dan juga aksi yang ditunjukkan oleh rakannya.

4. Setelah peribahasa diteka dengan tepat, fasilitator mengarahkan murid-murid

untuk merangka dan menulis beberapa ayat mudah dengan menggunakan kedua-

dua peribahasa yang sudah diteka pada kertas mahjong yang disediakan.

6. Fasilitator menyemak ketepatan penggunaan peribahasa dalam ayat yang ditulis

oleh murid.

Catatan :

Senarai peribahasa yang akan digunakan:


BIL GAMBAR YANG AKAN
PERIBAHASA DITUNJUKKAN
1 Berat Tulang -tulang
2 Ringan tulang -tulang
3 Bulat air kerana pembentung, bulat kata -bentuk bulat
kerana muafakat -gambar air
-gambar tangan bersalam
4 Busuk hati -hati
5 Masuk kandang harimau mengaum, -kandang
masak kandang kambing mengembek -harimau
-kambing
6 Rusa masuk kampung -rusa
-kampung
7 Curah air ke daun keladi -gambar air
-daun keladi
8 Nasi sudah menjadi bubur -nasi
-bubur
9 Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke -gambar kuah
nasi -nasi
10 Bagai anjing dengan kucing -anjing
-kucing
11 Bagai cincin dengan permata -cincin
-permata
12 Melepaskan batuk di tangga -orang batuk
-tangga
13 Tikus membaiki labu -tikus
-labu
14 Talam dua muka -talam
-muka manusia
15 Tulang belakang -tulang
16 Hidung tinggi -hidung
17 Lembu dicucuk hidung -lembu
-hidung
18 Hangat-hangat tahi ayam -tahi
-ayam
19 Kera mendapat bunga -kera
-bunga
20 Makan hati -orang sedang makan
-hati

Anda mungkin juga menyukai